Support My Blog

Wednesday, May 4, 2022

BUNGA TERATAI DI SAWAH MELAKA

MELIHAT BUNGA TERATAI
(Nelumbium nelumbo Druce) adalah satu perkara yang menarik kepada penulis blog. Ini kerana bunga teratai yang terdapat di taliair di Sawah Teluk Rimba, Merlimau adalah cantik sekali. Bunga teratai juga merupakan sejenis tumbuhan akuatik yang mempunyai beberapa nama lain seperti Seroja, Water Lily, Lotus, Padma, seroia, Eygptian Seeds, tarate, taratai besar dan beberapa lagi. Tumbuhan daripada famili Nelumbaceae ini merupakan sejenis tumbuhan yang boleh diambil sebagai bahan makanan dan juga tanaman oranmental yang menarik. Tanaman akuatik yang perlukan banyak air ini mampu tumbuh selama bertahun yang hasilkan keindahan dimana ia adalah sesuai di Asia. Teratai ditanam secara komersil terutama dibeberapa negara seperti China, India dan beberapa negara lain. Di China sahaja mereka menanam lebih daripada 300,000 hektar dimana rakyat China adalah pemakan hampir 70% teratai dunia daripada penggunaan untuk makanan terutama dimakan sebagai sayuran. Ia juga sesuai ditanam di kawasan berair atau pun didalam kolam, tasik cetek dan paya. Didalam keadaan liar tumbuhan ini akan hidup subur. Tanaman air yang tumbuh tegak. Rizomnya tebal bersisik dimana ia juga tumbuh menjalar. Daun dan bunga keluar terus dari rizomnya yang terikat pada lumpur di dasar kolam. Helaian daun lebar dan bulat disambungkan oleh tangkai yang panjang dan bulat berdiameter 0.5-1 cm dan panjangnya 75-150 cm. Daun tersembul ke atas permukaan air dan ia menegak seperti perisai. Permukaan daun berlilin dimana warnanya hijau keputihan, tepi rata, bahagian tengah agak mencekung, tulang daun tersebar dari pusat daun ke arah tepi dengan saiz diameter 30-50 cm. Bunganya berbau harum yang tumbuh menegak di atas permukaan air dengan tangkai bulat panjang dan kukuh dengan ukuran panjang tangkai bunga sekitar 75-200 cm. Diameter bunga 15-25 cm, dengan benang sari banyak kepala sari kuning, mahkota bunga lebar dan ada yang kelopak dimana ada dilihat lipatan dengan warna merah jambu, putih dan kuning. Bunga mekar sehari penuh dari pagi sampai petang. Setelah bunga layu maka mahkota bunga akan gugur sehingga tertinggal pangkal atau perdu bunga yang akan membekalkan buah dan biji didalamnya. Bentuk buah seperti Kon (cone) yang terbalik dengan mana pada permukaannya adalah mendatar seakan span mandi dan berlubang-lubang yang berisi 15-30 biji dengan warna buah adalah hijau kekuningan. Ia kemudian menjadi hijau dan akhirnya coklat hitam dimana ada garisan tengah 6-11 cm. Artikel petang ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya kongsi info mengenai sejenis tumbuhan akuatik iaitu teratai di Sawah Teluk Rimba, Melaka dan kisah menarik bunga ini untuk dijadikan rujukan semua pembaca blog.

Bunga Teratai
 sering kali juga disebut sebagai 'Permata di air' kerana bunga yang mekar sering mencantikkan permukaan air. Kalangan masyarakat dunia mereka juga menjadi simbol baik sejak dari zaman kuno sehingga zaman modern. Semuanya ini juga berkait dengan berkat keindahannya. Di negara empat musim lazimnya teratai paling sesuai ditanam di musim bunga sebab ia perlukan kehangatan dan sinar matahari yang banyak untuk berbunga. Bunga teratai dapat tumbuh dengan baik di negara tropika sepanjang tahun serta juga beberapa kawasan sub-tropika di seluruh dunia. Bunga ini akan tumbuh dengan baik di kawasan air yang tenang dan selalu juga ia mampu tumbuh dilokasi yang keadaan airnya yang kotor juga. BUNGA Teratai hidup di permukaan air dimana bunganya muncul dari tangkainya. Biasanya ukuran bunganya sekitar 5 hingga 10 cm dengan bentuk bunganya berwarna beragam sesuai dengan jenisnya sama ada ia meliputi warna putih bersih atau pun berwarna merah muda sehingga kepada warna ungu kebiruan. Pada bahagian tengah bunga umumnya berwarna kuning. DAUN teratai pula akan berada muncul di permukaan air iaitu bersama dengan bunganya. Ukuran daun teratai umumnya sangat besar jika dibandingkan dengan ukuran bunganya atau pun sekitar 1 hingga 2 meter. Daun teratai secara fizikal pula berbentuk bulat dengan dibagagian tepinya halus dan agak menggulung ke dalam. Namun ada juga jenis teratai dengan mana pada pinggiran daun agak bergerigi. Warna daun teratai sangat bervariasi iaitu ada yang berwarna hijau agak muda dan cerah dan ada juga yang berwarna hijau tua. Walau pun dilaorkan daun teratai tidak ada lapisan lilin pada permukaannya tetapi jika air menitis ke daun dilihat ia tidak akan membentuk butiran. TANGKAI Bunga teratai unik kerana terletak pada bahagian tengah daun. Tangkai ini berasal dari rizom yang ada di dalam lumpur atau bagian dasar tempat tumbuhnya teratai. Umumnya ia memang suka tumbuh di kolam, sungai, ataupun rawa dengan perairan tenang sama ada boleh menjalar dan menegak. Akar Teratai akan tumbuh di bawah permukaan air dimana memang selalu tidak kerlihatan sama juga dengan batang teratai pun juga tidak terlihat dari atas.

Penulis blog merujuk kepada satu artikel dalam portal berita hmetro.com yang bertajik '
Keistimewaan teratai' untuk dikongsikan. Ditunjukkan juga foto sekuntum bunga teratai yang mempunyai diameter antara lima hingga 10 cm dan warnya terang (Sila lihat foto disebelah).  Flora akuatik ini juga daripada keluarga Nymphaeaceae berasal dari Asia biasanya tumbuh di atas air yang tenang seperti kolam, sungai dan bekas lombong. Ia sellelau ada bunga yang mekar kembang di atas permukaan air dimana bunga teratai memiliki daun berbentuk oval dikatakan mempunyai lebih lebih 50 spesies seluruh dunia. Selalunya ia memiliki ukuran diameter bunga antara lima hingga 10 cm dimana bunga teratai mempunyai pelbagai warna yang menarik seperti putih, putih kekuningan, ungu, ungu lembut, biru, merah jambu dan merah muda. Antara spesies bu­nga teratai yang popular termasuk Nymphaea caerulea bunganya berwarna biru keunguan juga dipanggil lotus Mesir biru dan juga jenis Nymphaea gigantea violacea bunganya berwarna putih campuran ungu. Jenis lain yang popular termasuk Nymphaea jamesoniana yang mana bunganya berwarna putih kekuningan dan jenis Nympaea pubescens dimana bunganya berwarna merah jambu. Dilaporkan dimana ia menjadi bunga rasmi bagi India, Mesir dan Vietnam sejak lama. Bunga teratai mempunyai khasiat tersendiri terutama kesihatan termasuk mengubati batuk berdarah, panas dalam badan, mengurangkan insomnia, menormalkan tekanan darah, menghilang­kan tekanan dan memelihara kesihatan mata. Dilaporkan bunga yang berasal dari Mesir berikutan peninggalan kuno di makam Ramses II ini juga dipercayai teratai digunakan dalam upacara tradisional masyarakat Mesir kuno. Ia kemudian telah merebak ke wilayah Yunani dan digunakan sebagai per­sembahan bagi Nymphs (nama wanita cantik), akhirnya teratai mendapat nama jolokan Nymphae dalam bahasa latin. Uniknya, teratai akan timbul di permukaan air dan kembang mekar pada waktu pagi. Menjelang petang, bunganya kembali kuncup atau akan tenggelam ke dalam air.

Dalam pada itu dipersoalkan bagaimana pengguna hendak mendapatkan jika rawatan daripada bahagian pokok teratai mengikut cara betul. Mungkin ada resepi yang dianggap tradisional untuk dapat merawat masaalah batuk darah atau muntah darah sebaiknya mengambil rizom teratai dan kemudian ia dicuci bersih lalu dijadikan JUS. Kumpul jus ini sehingga sebanyak satu gelas berukuran 200 cc dan kemudian ia diminum. Disyorkan agar perbuatan ini dapat dilakukan selama 3-5 hari berturut-turut. Bagi mengatasi masaalah muntah-muntah atau cirit birit pula disyorkan untuk mengambil sebanyak 50 g rizom teratai dan juga sebanyak 15 gram halia yang dicuci lalu dikisar menjadi jus atau boleh juga diparut serta ambil airnya. Minum dengan kekerapan sebanyak sehari 3 kali. Bagi menghadapi masaalah sakit perut sebaiknya ambil sebanyak 50 g rizom teratai dan 10 g bahan halia kemudian ia diparut atau dikisar dengan pengisar. Kemudian air tersebut dijadikan jus dan air perahan tersebut perlu dicampur 10O cc air dimana ia kemudian dipanaskan sehingga tahap mendidih. Setelah cecair yang tersebut di sejukkan tambahkan dimana campur satu sudu madu lebah dan ia kemudian di diminum.
 Tinjauan ke Sawah Benting, Parit Penghulu, Sg Rambai pada Hari raya Aidilfitri ini adalah satu kenangan menarik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anmin agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BUNGA TERATAI... TERAPONG DIA...
ATAS AIR... BESAR SAIZ DAUNNYA...
BUNGA CANTIK... MERAH JAMBU IA...
MEMBUAT POSING... DI HARI RAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(2 Syawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...