Support My Blog

Wednesday, May 18, 2022

KULINER POPULAR MALAYSIA (Part 4)

KULINER POPULAR MALAYSIA merupakan salah satu perkara yang penting untuk semua orang mengetahuinya. Ini kerana negara Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum yang hidup harmoni semenjak dahulu lagi. Setiap kaum di Malaysia juga bebas mengamalkan budaya mereka dimana selagi ia masih tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Kesemua mereka bebas mengamalkan tradisi dan saling hormat menghormati sebagai satu masyarakat yang mendokong kemajuan Malaysia. Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia dimana ia diikuti pula dengan kaum Cina, India serta beberapa kaum lain seperti Iban, Kadazan, Orang Asli dan minoriti lainnya. Masyarakat majmuk di Malaysia juga telah membuatkan ramai pelancong dari luar selesa datang bercuti ke negara kita dengan jutaan pengunjung sebelum pandemik covid-19 dan akan menjadi destinasi pelancongan yang terus menarik. Memang disebabkan oleh Malaysia yang memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah jika makanan orang Malaysia juga terdiri dari pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Makanan rakyat Malaysia mempunyai terlalu banyak pilihan dimana kuliner yang popular lazimnya mudah di dapatkan di restoren, jamuan keramaian, pasar malam, bazaar ramadan, pasar tamu, gerai tepi jalan sehingga ada dihidangan di hotel-hotel. Kehebatan kuliner Malaysia ini membolehkan banyak jenis makanan ini yang dikomersilkan sehingga ia ada juga dipopularkan diluar negara dengan beridentitikan sebagai 'Kuliner Malaysia'. Antara kuliner Malaysia yang tersenarai termasuk Nasi Lemak, Sate, Roti Canai, Nasi Beriyani, Nasi Kandar, Pisang Goreng, Mee Goreng Mamak, Asam Laksa, Apam Balik, Mee Kari, Char Keuw Teow, Otak-otak, Teh Tarek, Ais Kacang, Cendol, Chee Cheong Fun, Lok-Lok, Roti John, Karipap dan juga Rendang. Banyak lagi kuliner lain boleh disenaraikan sebagai kuliner istimewa daripada kueh muih dan ulam-ulaman. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa kuliner menarik di Malaysia sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


(10) APAM BALIK
Makanan apam balik merupakan sejenis makanan yang enak dimakan semasa panas-panas lagi. Makan ini dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai 'Asian Peanut Pancake' dimana di Indonesia ia dipanggil sebagai 'Martabak Manis'. Apa pun penulis blog memang suka makan apam balik tradisional yang merupakan apambalik disediakan dari tepong yang diadun dan kemudian dimasak didalam kuali khas. Kini kalau teringin hendak makan apam balik di rumah hanya pesan on-line sahaja dan kurang 20 minit sudah sampai dirumah melalui Grabfood atau PandaFood atau syarikat penghantaran makanan lain. 
Apam Balik merupakan sejenis lempeng atau penkek leper yang dimasak menggunakan acuan khas dan boleh ditemui di mana jua di Malaysia dan memang ia turut dijual secara meluas oleh penjaja di mana sahaja termasuk di kompleks membeli belah, gerai tepi jalan, pasar malam, pasar tani dan banyak lokasi lain. Biasanya bahan yang digunakan untuk membuat apam balik terdiri dari adunan tepung, santan, air, gula, telur dan soda penaik. Makanan ini pada penulis blog mempunyai kepelbagaian yang mana ia mempunyai inti seperti kacang tanah yang dikisar, gula dan krim jagung manis sebagai resepi tradisional. Kini terdapat banyak jenis inti lain yang boleh diletakkan seperti hirisan coklat, parutan kelapa, susu, cheese, pisang dan sebagainya mengikut selera atau permintaan pengguna. Apam Balik juga telah diisytiharkan sebagai makanan warisan negara oleh Jabatan Warisan Kebangsaan Malaysia dimana makanan ini memang murah serta mengenyangkan. Ada apam balik kecil yang rangup dimana ia seanak snek yang disukai oleh kanak-kanak. Harga sekeping apam balik daripada RM1.00 satu sehingga RM5.00 bergantung kepada saiz, jenis inti dan juga lokaliti premis jualan.


(11) MEE KARI
Makanan mee kari merupakan salah satu kuliner yang popular di Malaysia dan sering dijual dibanyak lokasi dan ada dihidangkan semasa jamuan. 
Mee Kari merupakan satu hidangan yang penuh berperisa serta unik dipercayai berasal dari hasil gabungan hidangan masyarakat Cina dan India tetapi kini mee kari orang Melayu yang paling popular. Penulis blog suka makan mee kari semasa balik ke Melaka kerana enak dan keunikan rasanya terutama yang dimasak didalam claaypot. Ada banyak jenis mee kari tetapi yang membezakannya adalah kuahnya dimana ada yang diperbuat dari rempah kari yang diadun bersama santan, pes cili, tauhu kering, udang, ayam, sotong, kerang, serai dan daun pudina dan ada yang berlainan bahan lain.
Hidangan ini menjadi kegemaran ramai golongan masyarakat tidak mengira bangsa dan boleh didapati dengan mudah di restoran tempatan. Ini kerana mee kari selalunya tidak pedas dan mengandungi mee serta sayuran dan sesuai dimakan semasa panas lagi. Kuah karinya yang enak boleh dimakan bersama mee, kuetiaw ataupun bihun sebagai kelainan dimana ia juga boleh dimakan bersama cili asam atau cili jeruk. Beberapa hotel terkemuka ada menyediakan mee kari dan penulis blog suka untuk menikmati makanan mee kari ini di Longe MAS yang dihidangkan. Anggaran harga semangkuk mee kari sekitar RM5.00 - RM10 dimana ia bergantung kepada lokaliti, portion dan kualiti.


(12) CHAR KUEW TEOW
Makanan popular Char Kuew Teow makanan yang sangat penuli blog suka makan terutama ketika pergi ke Utara Semenanjung Malaysia. Banyak premis di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perlis yang menyajikan makanan char kuew teow yang viral untuk dinikmati. Salah satunya adalah yang ada di Alor Setar, Kedah yang penulis blog suka menikmatinya (Sila lihat foto disebelah). Terdapat beberapa pilihan makanan ini yang boleh di buat senddiri dirumah atau pun membelinya di restoren, gerai, pasar malam dan pelbagai lokasi lain. Ada yang disediakan sebagai Vhar Keuw Teoww Kering dan ada yang disediakan sebagai Char Kuew Teow Basah (lebih enak). Makanan ini disukai oleh semua golongan masyarakat dan kaun kerana ia tidak pedas, lemak, mengenyangkan dan juga mudah didapati. Biasanya ia digoreng dengan kepanasan suhu yang tinggi sehingga ada yaang api merah masuk kuali bersama kicap cair, kicap pekat, cili, pes udang, udang, kerang, tauge dan daun kucai. Bergantung kepada pengguna ada jenis Char Kuew Teow yang akan digoreng bersama dengan telur, udang, kerang, tauge dan lain-lain lagi dengan api yang kuat dalam beberapa minit sahaja sudah siap. Apa yang saya pernah lihat dimana hidangan ini turut disajikan diatas daun pisang yang diletakkan di dalam pinggan bagi meningkatkan lagi aromanya dan lebih enak. Harga sepinggan makanan ini serendah RM3.00 sepinggan kecil (memang tidak kenyang) sehingga kepada RM10.00 sepinggan di premis yang hebat dengan kuantiti yang juga banyak. 
Artikel ini ditulis dalam tujuh (7) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6 dan Part 7 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KULINER MALAYSIA... BANYAK JENISNYA...
NASI LEMAK... SENARAI YANG PERTAMA...
MUDAH DIDAPATI .. ADA DIMANA-MANA...
HARGA MAMPU... SEMUA KENA UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...