TENAGA NUKLEAR merupakan satu perkara yang ada digunakan didalam pelbagai industri termasuk industri pertanian. Sebelum berbincang jauh penulis blog merujuk kepada bebrpa jurnal apakah dia tenaga nuklear kerana semua orang akan gerun dengan 'bom nuklear'. Dari beberapa rujukan dilaporkan dimana 'Tenaga Nuklear' merupakan sejenis tenaga yang 'mengikat' nukleas sesebuah atom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti proses pereputan radioaktif dan pelakuran nuklear. Penulis blog yang beberapa kali membuat lawatan dan tinjauan ke Nuklear Malaysia (NM) bagi mengadakan mesyuarat berkaitan teknologi nuklear dalam bidang pertanian di Bangi, Selangor difahamkan dimana teknologi nuklear adalah merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder seperti tenaga eletrik. Sudah banyak loji komersil menggunakan reaksi pembelahan nuklear untuk hasilkan letrik diseluruh dunia. Tenaga nuklear mula ditemui oleh ahli fizik Perancis bernama Henri Becquerel pada tahun 1896 (126 tahun lalu) semasa beliau membuat kajian terhadap uranium. Tenaga nuklear boleh dibebaskan dalam 3 cara iaitu pertama dengan proses 'Pereputan Radioaktif' dimana ia melibat satu proton atau neutron dalam nukleus radioaktif yang mereput lalu membebaskan zarah-zarah atau sinaran elektromagnet. Kedua adalah dengan proses 'Pembelahan Nuklear' iaitu membelah satu satu nukleus berat menjadi tiga dan ke 3 adalah melalui 'Pelakuran Nuklear' iaitu dengan kaedah menggabungkan dua nukleus atom untuk membentuk satu nukleus yang lebih berat. Mungkin agak sukar untuk kita yang bukan pakar bidang ini unyuk memahaminya. Bom Nuklear sehingga kini paling ditakuti kerana kemampuannya didalam memusnahkan kehidupan dan mengamcam keselamatan sejagat. Bagaimana pun artikel in ibertumpu kepada kaitan nuklear dengan pertanian. Artikel ini khusus membincangkan dalam blog "Anim Agro Technology" satu laporan oleh Berita Harian bertajuk kepentingan tenaga nuklear untuk memajukan pertanian bagi dijadikan bahan rujukkan semua.
Menarik membincangkan bagaimana tenaga nuklear boleh digunakan untuk majukan pertanian. Kepakaran dalam bidang nuklear demi pembangunan bioteknologi memang ia diperlukan bagi memajukan pertanian negara. Ini kerana pada penulis bloh dimana tenaga nuklear adalah antara sumber tenaga alternatif yang mendatangkan pelbagai manfaat dalam kehidupan manusia merangkumi pelbagai bidang. Bagaimana pun masih tidak ramai yang sedar teknologi nuklear semakin mendapat tempat dalam bidang pertanian memandangkan kecenderungannya sebagai salah satu dalam penambahbaikkan dalam meningkatkan penghasilan pelbagai jenis tanaman. Bukan sekadar menghasilkan baka tumbuhan yang lebih baik dan bermutu bahkan teknologi ini juga mampu didalam membasmi serangga perosak dengan menghalang pembiakannya. Merujuk kepada perkara tersebut pihak Agensi Nuklear Malaysia (ANM) yang mana ia beribupejabat di Bangi, Selangor banyak menjalankan aktiviti berkaitan dengan tenaga nuklear dalam bidang pertanian. Bagi seorang penyelidij di ANM seperti Salmah Moosa (51 tahun) ia adalah antara mereka yang terbabit memiliki kepakaran dalam bidang nuklear demi pembangunan bioteknologi yang diperlukan bagi memajukan pertanian negara. Menyebut tentang nuklear memang ia sering disalah ertikan dikalangan umum. Bagaimana pun tanggungjawab beliau sebagai penyelidik kanan bahagian agroteknologi dan biosains di Agensi Nuklear Malaysia yang mula bertapak di negara ini sejak tahun 1972 ini bagaimanapun sering kali disalah erti. Ia sudah menjadi kebiasaan apabila sering juga memaklumkan bahawa apabila bekerja dengan Agensi Nuklear Malaysia ramai yang menganggap tugasnya adalah membuat bom atom.
Memang masih jarang ada orang yang mengaitkan teknologi nuklear dengan sektor pertanian malahan ada yang mempersoalkan apa kaitannya dalam penanaman padi atau nanas dan sebagainya yang berkaitan dengan tanaman. Perkata tersebut adalah antara cabaran yang perlu mereka di ANM hadapi apabila orang ramai tidak faham manfaat sebenar nuklear. Ini kerana ramai yang menyangka ia hanya digunakan untuk tujuan dalam kemusnahan sahaja. Saintis ini menceritakan pembabitannya dalam bidang nuklear, yang dimulakan sebagai tugas sebagai pegawai penyelidik di agensi itu pada tahun 2001 selepas kerjaya awalnya sebagai pembantu penyelidik dalam bidang farmaseutikal di Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BFBK) pada tahun 1991. Antara kejayaan pernah dilaporkan dimana beliau telah menghasilkan Padi Tongkat Ali (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog merujuk kepada lamanweb ANM dan MARDI dimana dinyatakan Padi MR84 yang telah pun diperkenalkan oleh MARDI kini lebih dikenali di kalangan petani sebagai padi `Tongkat Ali' rupanya. Dilaporkan dimana nama padi itu ditukar namanya kepada Tongkat Ali sedangkan Mardi dan kementerian tidak berbuat demikian. Pertukaran nama mungkin berlaku kerana padi itu luar biasa iaitu ianya mempunyai daya ketahanan, boleh melawan penyakit dan mengeluarkan hasil yang tinggi. Didakwa dimana ia mungkin nasinya mempunyai khasiat yang tinggi bagi mengekalkan kesihatan atau menaikkan nafsu makan.
Peranan di Agensi Nuklear Malaysia kini banyak membabitkan penyelidikan bertujuan menghasilkan kepelbagaian baharu pelbagai jenis tanaman untuk kemajuan bidang pertanian di negara ini. Menerusi teknologi nuklear banyak kepelbagaian tanaman baharu dapat dihasilkan yang bukan saja tahan penyakit, malah cepat matang dan memberikan hasil pulangan yang lebih tinggi. Kebanyakan tanaman memang sudah ada berlaku mutasi secara semula jadi tetapi menerusi beberapa penyelidikan dan kajian di sini kami rangsang tumbuhan terbabit untuk mempercepatkan mutasinya supaya dapat menghasilkan kepelbagaian tanaman yang lebih baik. Dilaporkan dimana diantara kejayaan yang pernah ANM lakukan adalah dengan menghasilkan padi tongkat Ali yang lebat berbuah tetapi tidak mudah rebah selain ia mudah untuk dituai dan mempunyai hasil yang lebih tinggi. Dalam pada itu kajian mengenai kesan asal usul burung walid juga dijalankan. Selain penyelidikan untuk menambah baikkan baka tanaman, Salmah mendakwa dimana mereka juga turut bertanggungjawab dalam kawalan mutu dengan menjalankan analisis terhadap kandungan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang digunakan secara meluas dalam industri perubatan herba, kosmetik dan penjagaan kesihatan. Biasanya kajian yang dijalankan adalah atas permintaan pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan permit terhadap produk berkaitan. Berkongsi mengenai perkembangan kerjayanya, Salmah nyatakan beliau kini sedang menjalankan kajian terhadap produk sarang burung walid untuk mengenal pasti ketulenannya. Kajian itu adalah atas permintaan Kementerian Kesihatan sendiri berikutan adanya dakwaan produk sarang burung walid di negara ini mengandungi bahan campuran lain yang tinggi kandungan nitriknya sehingga dilarang dieksport. Menerusi teknologi nuklear kita cuba mengesan asal usul burung ini sama ada ia benar-benar berasal dari Malaysia atau mungkin produk yang dihasilkan adalah daripada sarang burung yang diusahakan di negara lain seperti Indonesia. Penyelidikan yang sedang dibangunkan ini akan diguna pakai oleh pihak Kementerian Kesihatan dan Jabatan Veterinar bagi tujuan penguatkuasaan. Kajian yang dijalankannya itu disifatkan cukup penting demi keselamatan pengguna selain melindungi produk sarang burung walid yang dianggap cukup bernilai tinggi kerana harganya mampu mencecah RM10,000 bagi setiap kilogram. Semuga artikel ini memberi sedikit info kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.SEKTOR PERTANIAN... KAJIANNYA ADA...
BAKA BARU... BENIH PADI DAN BAJA...
PRODUK WALIT... DICARI KAJIANNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Persimpangan Bukit Beruang,
Melaka,
Malaysia.
(12 Rejab 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.