Support My Blog

Monday, May 16, 2022

KULINER POPULAR MALAYSIA (Part 2)

KULINER POPULAR MALAYSIA merupakan salah satu perkara yang penting untuk semua orang mengetahuinya. Ini kerana negara Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum yang hidup harmoni semenjak dahulu lagi. Setiap kaum di Malaysia juga bebas mengamalkan budaya mereka dimana selagi ia masih tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Kesemua mereka bebas mengamalkan tradisi dan saling hormat menghormati sebagai satu masyarakat yang mendokong kemajuan Malaysia. Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia dimana ia diikuti pula dengan kaum Cina, India serta banyak kaum lain seperti Iban, Kadazan, Orang Asli serta beberapa kaum lain sebagai kaum minoriti. Masyarakat majmuk di Malaysia juga telah membuatkan ramai pelancong dari luar selesa datang bercuti ke negara kita dengan jutaan pengunjung sebelum pandemik covid-19 dan akan menjadi destinasi pelancongan yang terus menarik. Memang negara  Malaysia yang memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah jika makanan orang Malaysia juga mempunyai banyak dan pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Makanan rakyat Malaysia mempunyai terlalu banyak pilihan dimana kuliner yang popular lazimnya mudah di dapatkan di restoren, jamuan keramaian, pasar malam, bazaar ramadan, pasar tamu, gerai tepi jalan sehingga ada dihidangkan di hotel-hotel. Kehebatan kuliner Malaysia ini membolehkan banyak jenis makanan ini yang dikomersilkan sehingga ia ada juga dipopularkan diluar negara dengan beridentitikan sebagai 'Kuliner Malaysia'. Antara kuliner Malaysia yang tersenarai termasuk Nasi Lemak, Sate, Roti Canai, Nasi Beriyani, Nasi Kandar, Pisang Goreng, Mee Goreng Mamak, Asam Laksa, Asam Pedas, Apam Balik, Mee Kari, Char Keuw Teow, Otak-otak, Teh Tarek, Ais Kacang, Cendol, Chee Cheong Fun, Lok-Lok, Roti John, Karipap dan juga Rendang. Banyak lagi kuliner lain boleh disenaraikan sebagai kuliner istimewa daripada kueh muih dan ulam-ulaman. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa kuliner menarik di Malaysia sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


(4) NASI BERIYANI
Nasi beriyani merupakan makanan yang berasal dan popular dari Negeri Johor dimana ia menjadi makanan ikonik dinegeri tersebut. Penulis blog yang berasal dari Johor juga sangat suka makan nasi beriyani sejak lama dahulu kerana ia sering dihidangkan dikampong semasa jamuan perkahwinan. Dari segi sejarah dilaporkan dimana asal usul 
Nasi Briyani merupakan nasi campur masyarakat India yang dimasak menggunakan beras basmathi. Bagaimana pun kini kalangan orang Melayu didapati lebih hebat masakan nasi beriyani mereka dengan pelbagai modifikasi sehingga terkenal seperti 'Nasi Beriyani Gam' dan sebagainya (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya ia akan dimasak bersama pelbagai jenis rempah ratus khusus, yogurt, daging dan serta sayuran ditambah dengan kekacang. Antara ramuan dan rempah yang digunakan termasuklah buah pala, lada kering, bunga cengkih, minyak sapi, buah pelaga, daun bay, kayu manis, ketumbar, daun pudina, halia, bawang dan bawang putih dan sos tomato. Penulis blog paling suka dengan nasi beriyani Kambing dimana selain daripada mendapatkannya di gerai di Johhor, penulis blog sepanjang masa pandemik mendapatkannya secara on-line sahaja. Nasi Briyani ini juga terdiri dari pelbagai jenis seperti jenis Briyani Kambing, Briyani Ayam, Beriyani Daging (Lembu), Beriyani Cendawan serta Briyani Sayuran. Kebanyakan juadah ini boleh didapati di banyak restoran khusus dan restoren India di seluruh Malaysia. Harga sepinggan nasi beriyani diantara RM9.00 sehingga RM15 mengikut lauk dan juga lokasi.


(5) NASI KANDAR
Nasi Kandar adalah sejenis kuliner popular di Malaysia dimana ia ada dijual dibanyak rangkaian restoren Mamak dengan ramai yang meminatinya. Premis nasi kandar ada yang dibuka 24 jam dimana bila-bila masa sahaja boleh semua orang mendapatkannya terutama mereka yang tinggal dibandar-bandar besar yang padat penduduknya. Kuliner ini bagi penulis blog bagaimana pun kurang minat makan nasi kandar sejak dahulu dan jarang pergi makan kuliner ini. Seingat saya hanya 2 kali sahaja ada makan nasi kandar itu pun dibelanja oleh rakan yang taksub dengan makanan ini. 
Nasi kandar adalah sejenis hidangan yang begitu popular dan berasal dari Pulau Pinang. Ia merupakan hidangan nasi putih (ada juga nasi warna lain) yang disajikan bersama kuah kari serta lauk pauk tambahan. Biasanya ia berlainan harga disebabkan oleh jenis lauk pauk yang dipiilih sama ada ia dimakan bersama ayam goreng, kari kambing, sotong goreng, udang goreng, ikan goreng, daging lembu dan sebagainya. Ia juga sering dilengkapi dengan sayuran seperti peria goreng, kobis goreng, ulam dan sebagainya. Hampir kesemua golongan masyarakat di Malaysia serta ekspratriat juga sangat menggemari Nasi Kandar tidak kira di mana sahaja menjadi premis nasi kandar tidak pernah sepi. Harga nasi kandar bergantung kepada jenis aup yang dipilih daripada paling murah cuma telur goreng sehingga kepada lauk mahal seperti sotong dan udang bersaiz besar. 


(6) ASAM PEDAS

Asam Pedas merupakan makanan yang sangat popular khususnya di Melaka dan Muar. Bagaimana pun kini kuliner asam pedas sudah boleh didapati dibanyak premis seperti Restoren, Kantin, Gerai Makan, Pasar Malam, Bazaar Ramadan, Medan Selera dan sebagainya. Asam pedas pada penulis blog 
merupakan satu jenis masakan yang popular dikalangan Masyarakat Melayu di Malaysia sebagai sejenis lauk yang dihidangkan bersama nasi. Apabila disebut sahaja perkataan 'ASAM PEDAS' dalam sektor tanaman, jangan cepat keliru dengan sejenis tumbuhan asam yang rasanya pedas - itu memang tidak ada!. Gelaran Masakan Asam Pedas lebih tepat kerana sememangnya rasa masakan ini adalah satu kombinasi antara Rasa Masam (Berasaskan Asam) dan juga Pedas (Berasaskan Cili). Penulis blog memang sangat suka makan asam pedas dengan nasi panas dan sayur jenis berdaun seperti Kangkong, Sawi atau Bayam serta kobis yang ditumis kering. Masakan Asam Pedas berlainan adalah berasaskan kepada bahan utamanya iaitu IKAN, DAGING, TETEL DAGING atau AYAM. Asam Pedas Ikan memang ada banyak jenis ikan yang sesuai seperti Ikan Parang, Ikan Tenggiri, Ikan Pari, Ikan Kembong, Ikan Tongkol, Ikan Jenahak, Ikan Sembilang, Ikan Merah, Ikan Selar Ikan Cencaru dan banyak lagi yang tidak dapat disebutkan. Pada penulis blog selalu dapati asam pedas Ikan Jenahak, Ikan Merah dan Ikan Pari merupakan pilihan kerana rasa lemaknya yang hebat (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog acapkali juga makan makanan asam pedas yang eksotik iaitu 'Asam Pedas Belangkas di Kota Tinggi Johor (Sila lihat foto paling bawah). Paling penting ikan yang digunakan masih segar dari laut seperti di kawasan pendaratan ikan di Parit Jawa, Muar. Kebanyakan restoran biasa menggunakan ikan kembong atau ikan selar sebagai menu asam pedas kerana senang didapati dan harga yang agak murah. Ikan Parang menjadi kegemaran orang Melaka untuk dimasak asam pedas. Memang ikan parang sedap dimasak asam pedas tetapi masaalahnya adalah banyak duri. Petua orang tua perlu ditarek ekor dengan kuat sebelum ikan parang dipotong untuk meleraikan duri ikan parang. Artikel ini ditulis dalam tujuh (7) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6 dan Part 7 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KULINER MALAYSIA... BANYAK JENISNYA...
NASI LEMAK... SENARAI YANG PERTAMA...
MUDAH DIDAPATI .. ADA DIMANA-MANA...
HARGA MAMPU... SEMUA KENA UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...