Dalam portal berita sinarharian.com (utara) dengan artikel bertajuk 'Pokok Jati Jadi Tarikan Eko Pelancongan' agak menarik dikongsikan. Laporan dari Mata Ayer, Perlis dimana usaha Kerajaan Negeri didalam membantu menjadikan negeri itu menjadi salah satu destinasi pelancongan bercorak alam sekitar dapat dilihat dengan kerjasama dua jabatan untuk menjayakan eko-pelancongan yang telah dirasmikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini. Usaha sama Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) itu bertujuan untuk menjadikan Malaysia khususnya Perlis sebagai salah satu destinasi pelancongan kerana mempunyai deretan pokok jati yang tertua di Malaysia. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Ridzuan Salleh dakwa sehingga ini pihaknya sudah menanam pokok jati melibatkan 625 hektar tanah di seluruh Perlis dimana keluasan terbabit mempunyai potensi tinggi untuk dijadikan pusat agro-pelancongan hutan. Salah satu pokok jati yang sangat besar dipeluk oleh Ridzuan bersama Abd Latif sebagai salah satu pokok yang terbesar di dalam plot 17 Hutan Simpan Mata Ayar Mukim Titi Tinggi (Sila lihat foto disebelah). Ridzuan berkata dimana tanaman pokok jati di negeri itu merupakan hasil yang terbaik dan menjadi ikon kepada Perlis malah negara ini dalam pengeluaran kayu jati yang bermutu tinggi. Kayu Jati dari negeri Perlis didakwa unik kerana kualitinya tidak sama dengan tempat lain. Ini adalah kerana kayu jati di Perlis hampir sama dengan jati di Brunei dan Thai. Selain dapat membantu menyamankan udara didakwa ia juga punca pendapatan pengusaha ladang jati milik persendirian. Sementara itu, Ketua Pengarah FRIM juga turut mengulas mengenai inisiatif pihaknya untuk terus menghitung jejak karbonnya (carbon footprint) yang bermula sejak tahun 2011 atas tujuan menjimatkan tenaga dengan mengurangkan pembaziran dan kos operasi. Beliau berkata dimana inisiatif terbabit menunjukkan kesungguhan serta komitmen FRIM terhadap penjagaan alam sekitar kerana ia mampu memberi penjimataan. Menurutnya FRIM merupakan institusi pertama di Malaysia yang mengisytiharkan pelepasan karbonnya dan seterusnya dapat melindungi alam sekitar. FRIM berharap usaha ini dapat menggalakkan oiganisasi lain untuk turut serta menghitung jejak karbon mereka bagi tujuan memastikan perancangan pengurusan tenaga yang lebih cekap dan menyumbang terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar dan hutan negara.
Dilaporkan oleh beberapa portal berita tempatan dimana 'Pokok Jati PLUS mula Ditebang Untuk Keselamatan' menarik untuk dikongsikan kali ini. Berita dari Kangar menyatakan dimana kerja-kerja menebang lebih 10,000 pokok jati di tepi jalan raya seluruh Perlis sudah mula dilakukan sejak minggu lepas atas faktor keselamatan pemandu kenderaan di negeri ini. Exco Sumber Asli dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Mat Rawi Kassim berkata kerajaan berasa lega apabila tugas menebang pokok berkenaan sudah dilakukan kerana telah tertangguh sejak dua tahun lepas. Apa pun kerajaan memandang serius kerisauan masyarakat yang banyak membuat aduan kerana pokok itu tidak sesuai ditanam di kawasan jalan raya yang merbahaya kepada orang ramai. Kerajaan bimbang apabila terdapat kes kemalangan dan kecederaan kerap berlaku berpunca kerana kenderaan merempuh pokok yang tumbang merentangi jalan raya. Beliau memberitahu Bernama dimana kerja-kerja penebangan tersebut pada peringkat pertama ketika ini iaitu melibatkan sebanyak 2,700 pokok di Jalan Santan dan Jalan Guar Jentik, Kangar, Perlis. Seterusnya pokok jati berkenaan akan ditebang secara berperingkat hingga keseluruhan pokok jati yang ditanam lebih 10 tahun itu habis ditebang (Sila lihat foto disebelah). Menurutnya dimana kerja-kerja penebangan pokok-pokok berkenaan dilakukan oleh sebuah syarikat yang berpengalaman dari Kedah, setelah dua syarikat yang dipilih sebelum ini gagal melaksanakannya atas faktor kewangan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BANYAK DI TANAM... DILEBUHRAYA...
DIBUAT PERABUT... MAHAL HARGA...
BANYAK KISAH... DIDALAM MEDIA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Air Keroh,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(18 Syawal 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.