Support My Blog

Friday, May 20, 2022

KULINER POPULAR MALAYSIA (Part 6)

KULINER POPULAR MALAYSIA merupakan salah satu perkara yang penting untuk semua orang mengetahuinya. Ini kerana negara Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum yang hidup harmoni semenjak dahulu lagi. Setiap kaum di Malaysia juga bebas mengamalkan budaya mereka dimana selagi ia masih tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Kesemua mereka bebas mengamalkan tradisi dan saling hormat menghormati sebagai satu masyarakat yang mendokong kemajuan Malaysia. Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia dimana ia diikuti pula dengan kaum Cina, India serta banyak kaum lain seperti Iban, Kadazan, Orang Asli dan beberapa kaum lain sebagai kaum minoriti. Masyarakat majmuk di Malaysia juga telah membuatkan ramai pelancong dari luar selesa datang bercuti ke negara kita dengan jutaan pengunjung sebelum pandemik covid-19 dan akan menjadi destinasi pelancongan yang terus menarik. Situasi dimana  disebabkan oleh Malaysia yang memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah jika makanan orang Malaysia juga terdiri dari pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Makanan rakyat Malaysia mempunyai terlalu banyak pilihan dimana kuliner yang popular lazimnya mudah di dapatkan di restoren, jamuan keramaian, pasar malam, bazaar ramadan, pasar tamu, gerai tepi jalan sehingga ada dihidangan di hotel-hotel. Kehebatan kuliner Malaysia ini membolehkan banyak jenis makanan ini yang dikomersilkan sehingga ia ada juga dipopularkan diluar negara dengan beridentitikan sebagai 'Kuliner Malaysia'. Antara kuliner Malaysia yang tersenarai termasuk 
Nasi Lemak, Sate, Roti Canai, Nasi Beriyani, Nasi Kandar, Pisang Goreng, Mee Goreng Mamak, Asam Laksa, Apam Balik, Mee Kari, Char Kuew Teow, Otak-otak, Teh Tarek, Ais Kacang, Cendol, Chee Cheong Fun, Lok-Lok, Roti John, Karipap dan juga Rendang. Banyak lagi kuliner lain boleh disenaraikan sebagai kuliner istimewa daripada kueh muih dan ulam-ulaman. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa kuliner popular yang menarik di Malaysia sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


(16) CENDOL
Kuliner Cendol adalah diambil selalunya sebagai pencuci mulut yang mungkin ia berasal dari Indonesia namun begitu popular di Malaysia. Penulis blog memang suka minum cendol ini kerana ia mampu menghilangkan dahaga dan mengenyangkan juga. Cendol diperbuat dari santan kelapa, jeli hijau yang mana ia diperbuat daripada tepung beras serta berwarna hijau daripada air pandan dan juga ais batu yang dikisar. Bagi menambah keenakan rasa manis dan aroma pula akan ditambah dengan air gula melaka (Sila lihat foto disebelah).  Cendol biasanya boleh didapati di seluruh Malaysia yang biasa dijual digerai tepi jalan atau pun restoren dan selalu ada juga disediakan dihotel-hotel. Kuliner popular ini juga sudah menjadi satu kebiasaan dihidangkan semasa majlis-majlis perkahwinan bersama kuliner lain. Apa pun penulis blog suka juga jenis cendal istimewa dimana ia turut dihidangka bersama isi durian, pulut, kacang merah dan jagung dan beberapa lagi. Penulis blog suka juga cendol yang ditambah isi nangka dan juga tapai. Minuman cendol ini juga sangat popular di negara Singapura sehingga pernah mendapat liputan istimewa oleh rangkaian TV CNN beberapa kali disiaarkan diseluruh dunia. Harga cendol antara yang murah diantara RM1.00 semangkuk sehingga lebuh RM 10 semangkuk (cendol durian musang king).


(17) CHEE CHEONG FUN
Makanan Chee Cheong Fun atau jug ia dikenali sebagai 'mee gelung' yang berwarna putih dan bentuknya seakan-akan kuetiaw adalah sejenis makanan masyarakat Cina. Ia merupakan makanan masyarakat Kantonis dan berasal dari China Selatan dan juga Hong Kong. Apa pun di Malaysia kuliner Chee Cheong Fun ini biasanya dihidangkan dengan sos soya manis yang berwarna hitam (Sila lihat foto disebelah). Biasanya ia popular di Pulau Pinang dimana antara kelainannya adalah menggunakan sos yang menggunakan pes udang, berwarna hitam, berasa manis dan pekat seperti karamel. Berlainan pula dengan jenis yang sama tetapi popular di Bandaraya Ipoh makanan Chee Cheong Fun ini pula biasanya dihidangkan dengan dua cara iaitu kering atau berkuah atau jenis bersos. Terdapat juga makanan ini seperti versi kering biasanya dihidangkan dengan bijan, sos soya, bawang goreng, minyak bawang, sos cili dan jeruk cili. Manakala versi bersos pula dihidangkanbersama kuah kari dan juga cendawan. Makanan ini dijual dengan harga diantara RM3.00 - RM4.00 satu hidangan bergantung kepada zaiz hidangan dan premis. Penulis blog pernah ujirasa makanan ini semasa jamuan kerajaan negeri di Pulau Pinang dahulu. 


(18) LOK-LOK
Makanan Lok-Lok merupakan sejenis 'steamboat' versi Cina dimana ia adalah merupakan makanan yang dicucuk dengan lidi yang kemudiannya direndam ke dalam air mendidih atau sup panas sehingga masak. Pada penulis blog bahan yang digunakan adalah menyamai dengan bahan untuk membuat makanan 'Yong Tou Fu' cuma cara hidangan dan memakannya sahaja yang agak berlainan. Makanan ini biasanya boleh dimakan dengan pelbagai pilihan sos. Biasanya ia dimakan dengan kuah kacang, sos cili atau sos manis untuk menambah rasa. Lazimnya makanan ini boleh didapati kebanyakannya di gerai penjaja jalanan, food truck, medan selera dan di mana mana kawasan ramai orang di bandaraya dan pekan Malaysia. Apa pun dilaporkan diantara Lok-Lok yang dijual terdiri daripada pelbagai ramuan seperti telur puyuh, kepah, kerang, sosej, bebola ikan, bebola daging, bebola sotong, udang, sayuran, daging vegetarian, cendawan dan aneka juadah yang telah dimasak seperti wantan dan tauhu goreng. Harga jualan bergantung kepada jenis bahan yang dicelup dalam air dan jumlah yang dimakan kerana setiap jenis adalah berlainan harga. Di Bandar Melaka ada sebuah kedai lok lok yang sangar popular sehingga berbaris panjang pelanggan tempatan dan dari Singapura yang ingin menikmati makanan ini. Artikel 
ini ditulis dalam tujuh (7) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6 dan Part 7 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KULINER MALAYSIA... BANYAK JENISNYA...
NASI LEMAK... SENARAI YANG PERTAMA...
MUDAH DIDAPATI .. ADA DIMANA-MANA...
HARGA MAMPU... SEMUA KENA UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...