Dilaporkan antara cabaran utama penternakan arnab adalah bagaimana untuk mendapatkan stok arnab secara konsisten. Cabaran ini sering dilaporkan terutama dikalangan mereka yang baru memulakan projek atau mahu mereka yang ingin memperbesarkan jumlah penternakan mereka. Ramai pengusaha yang gagal memenuhi permintaan pasaran daging arnab yang terus meningkat dari pelanggan setia dan juga permintaan dari luar. Dilaporkan kebanyakan penternak arnab sudah ada ikatan tetap dengan membekalkan dagig arnab kepada beberapa restoren. Sate arnab dan daging arnab perap terus meningkat permintaannya sedangkan penternak semakin sukar menambah stok ternakannya. cabaran kedua terhadap industri ternakan arnab adalah disebabkan Kos Makanan Arnab yang semakin neik tinggi. Tinjauan penulis blog kepada beberapa penternak arnab menyatakan dimana apabila harga mananan (pellet) mahal maka daging arnab yang dijual juga akan jadi mahal dimana ini membebankan pengguna. Ini kerana bagi mendapatkan daging arnab berkualiti maka diperlukan makanan berkualiti yang agak mahal harganya. daging arnab yang berkualiti memberikan khasiat lebih baik berbanding dengan daging lain dimana ramai pengguna sudah sika memakannya berbanding dahulu. cabaran lain adalah kadar kematian arnab yang berlaku disebabkan oleh beberapa faktur seperti bunyi bising, makanan tercemar, penyakit, suhu dan sebagainya.
Portal berita bernama melaporkan ada usahawan 'Cabar diri ternak arnab' iaitu Mohd Fauzi dari Kuala Nerus, terengganu sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).Dia kini telah menceburi bidang penternakan arnab untuk dijadikan sumber rezeki baharu. Dia yang pernah bermain alat muzik, menjadi tukang urut, menjual tisu atau makanan ringan di tempat awam merupakan antara cara biasa Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan mencari rezeki yang bersesuaian dengan keupayaan mereka yang terhad. bagi Mohd Fauzi (50 tahun) yang buta kedua-dua matanya mencabar diri untuk keluar dari 'zon selesa' itu dengan menceburkan diri dalam bidang penternakan arnab sejak dua tahun lalu, selepas yakin dengan potensi cerah dalam industri berkenaan. Dia yang juga sebagai Pengerusi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) Wilayah Terengganu nyatakan pada awalnya beliau kurang yakin dengan kemampuan dirinya untuk menguruskan ternakan itu kerana mempunyai masalah penglihatan. Dia setelah mendengar sendiri penerangan daripada beberapa ahli Persatuan Penternak Arnab Negeri Terengganu berani memulakan langkah dengan memelihara tiga ekor arnab sebagai percubaan dirumahnya di Seberang Takir. Dia menggunakan kaedah penternakan unik iaitu dengan merujuk tarikh yang ditandakan pada setiap arnab peliharaanya agar dapat memantau perkembangan haiwan berkenaan dengan lebih mudah dan sistematik. Data yang akan direkod ialah seperti tarikh mengawan, tarikh lahir dan tarikh cerai susu. Disebebkan dia tidak dapat melihat, setiap arnab akan dimasukkan ke dalam sangkar berserta nombor rujukan khas untuk memudahkannya mengenal pasti identiti haiwan tersebut. Kini dia sudah mempunyai lebih 100 arnab ternakannya dengan pendapatan lebih RM2,000 sebulan dan berkongsi kelebihan menternak arnab dengan OKU cacat penglihatan yang lain agar mereka juga mampu berdikari sepertinya. Seekor anak arnab boleh dijual pada harga antara RM150 - RM180 manakala arnab dewasa berharga lebih RM300 bergantung pada baka dan saiz haiwan berkenaan. Dilaporkan ada 6 ahli persatuan OKU telah mula menternak arnab dan kami sentiasa menganjurkan kursus penternakan dengan modul lengkap seperti pemilihan spesies arnab, jenis sangkar, pemakanan yang berkualiti dan cara membiakkan arnab yang sempurna untuk mendapatkan anak yang berkualiti.
Dilaporkan antara cabaran dalam menternak arnab adalah apabila 'Arnab baka mati kerana masalah bekalan air' yang menyedihkan penternak tersebut. Kisah dimana seorang penternak arnab baka dari Kampung Pengkalan Maras, Tepoh mengalami kerugian lebih RM30,000 apabila 28 ekor ternakannya mati (Sila lihat foto disebelah). Kematian arnab pelbagai jenis baka seperti English Anggora dan German Giant itu dipercayai berpunca daripada kekurangan air bersih selepas berlaku krisis bekalan air di Kuala Nerus sejak 1 Ogos 2921. Bagi Noraisyah Mohd Sofian (28 tahun) dimana dia tidak menjangka masalah air di kawasan Kuala Nerus berterusan. ia tergaman apabila melihat arnab baka yang berharga ribuan ringgit mati begitu saja akibat kekurangan bekalan air untuk diminum seperti biasa. Arnab import itu manja dan memang tidak tahan jika tidak minum air bersih oleh itu ia mati kerana ketiadaan air. Berita kerosakan paip air di dasar sungai tersebut dilaporkan dalam berita utama semua media. Dia memang tidak buat persediaan awal kerana tidak menjangka masalah air itu berlarutan dalam tempoh yang lama. Dia kini terpaksa memberi arnabnya meminum air daripada kolam ikan namun ia tidak sesuai untuk arnab dan ada yang mengalami cirit-birit. Terbaru dilaporkan ada lapan ekor lagi yang mati kira-kira jam 10.30 malam dan ia sungguh menyedihkannya. Dakwanya arnab baka dari Amerika Syarikat iaitu English Anggora berharga RM3,800 antara yang mati. Lebih lima tahun dia menjalankan penternakan arnab baka itu dan pertama kali mengalami kerugian besar seperti itu. Masalah bekalan air pernah berlaku di kawasannya namun dalam tempoh 12 jam ia kembali pulih seperti biasa. Dia berharap krisis bekalan air di kawasan Kuala Nerus segera diselesaikan supaya kegiatan penternakan arnab yang dijalankan tidak terus terjejas. Jika masalah air itu berterusan kemungkinan lebih banyak arnab yang mati selepas ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
KURANG BAKA.. GANGGU PASARAN...
ORANG OKU... SAMBUT TERNAKAN...
AKIBAT AIR TIADA... RUGI KEMATIAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Bukit Baru, Melaka,
Malaysia.
(13 Rejab 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.