Support My Blog

Wednesday, August 11, 2021

POKOK LEMUNI - PELBAGAI CERITA

POKOK LEMUNI
(Vitex trifolia) merupakan sejenis tumbuhan herba atau tumbuhan sering digunakan didalam masyarakat tempatan terutama di Negeri Utara Semenanjung Malaysia. Pokok ini merupakan pokok yang mudah tumbuh didalam belukar atau sesuai ditanam untuk kegunaan khusus. Dalam pada itu ada beberapa info perbincangan mengenai khasiat daun pokok lemuni dimana memang ramai dikalangan generasi baru yang tidak mengetahuinya. Dalam merujuk penelitian yang dilakukan, penulis blog sebenarnya ada juga mendapat tahu dimana pokok lemuni (terutama jenis Lemuni Hitam) adalah tanaman herba yang popular dinegeri-negeri seperti di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis. Spesies pokok lemuni tumbuh renek dan berkayu serta ia mempunyai ketinggian sekitar satu hingga tiga meter sahaja bagaimana pun ada juga ditemui dimana ia mampu mencecah hingga ketinggian lima meter. Melihat kepada bentuk pokok lemuni, lazimnya akan dilihat daunnya akan tersusun berlawanan (opposite) sepanjang batang dan biasanya tersusun secara kompaun bercabang tiga dengan saiz panjang daun sekitar 1 - 12 cm. Tumbuhan dari jenis renek serta berkayu ini boleh mencapai ketinggian hingga melebihi 4 - 5 meter jika tidak dicantas dimana setiap satu tangkai daun mempunyai sekitar 5 helai daun yang mana bentuknya juga tirus. Warna daun adalah hijau dengan daun dilihat berkilat di bahagian atas. Terdapat dua jenis pokok Lemuni dikenalpasti oleh penulis blog iaitu LEMUNI PUTIH dan juga LEMUNI HITAM. Antara perbezaan antara Pokok Lemuni Putih atau Pokok Lagundi (Vitex trifolia var Linn) dengan Pokok Lemuni Hitam ini adalah dimana di bahagian bawah pucuk lemuni hitam akan kelihatan daunnya mempunyai pigmen bewarna ungu gelap. Masyarakat tempatan terutama mereka yang tinggal dinegeri-negeri di sebelah utara  Semenanjung Malaysia memang gemar menggunakannya sebagai ulam-ulaman dan bahan campuran ketika memasak nasi lemak Lemuni.  Antara kegunaan lain herba ini didakwa bahagian akarnya boleh direbus dan diminum bagi perempuan lepas bersalin. Boleh juga digunakan untuk merawat luka akibat terbakar dengan cara memanaskan daunnya di dalam periuk yang panas tanpa ia dicampur air. Daun yang panas ini kemudiannya ditekapkan pada luka tadi. Rencana subuh ini selepas bersahur saya menulis dalam "Anim Agro Technolgy" mengenai beberapa cerita dipaparkan oleh media tempatan mengenai testimoni pokok dan khasiat daun lemuni didalam masyarakat tempatan untuk bahan rujukkan pembaca semua.

Akhbar Harian Metro dengan tajuk berita iaitu  'K
hasiat daun pokok lemuni' antara cerita yang ada dipaparkan kepada umum. Apa pun dilaporkan dimana pokok lemuni (lemuni hitam) atau nama saintifiknya Vitex trifolia adalah tanaman herba yang popular di utara Semenanjung Malaysia. Spesies lemuni akan tumbuh renek dan berkayu serta mempunyai ketinggian rata-rata satu hingga tiga meter, namun mampu mencecah hingga lima meter. Daun lemuni tersusun berlawanan sepanjang batang dan biasanya tersusun secara kompaun bercabang tiga dengan kepanjangan sekitar satu hingga 12 cm. Warna daun yang menarik iaitu ungu gelap kebiasaannya akan bertukar kehijauan apabila matang. Pokok lemuni biasanya turut menghasilkan bunga yang bersaiz kecil. Tumbuhan yang lebih mudah dijumpai di kawasan kampung ini ternyata menyimpan banyak khasiat dan digunakan sebagai ubat tradisional merawat beberapa penyakit. Daun yang direndam dan dijadikan bahan mandian dikatakan mampu memulihkan anggota badan lemah manakala bahagian akar yang direbus dipercayai baik untuk ibu baru lepas bersalin. Selain diambil sebagai ubat tradisional, pucuk muda atau daun lemuni turut enak dijadikan ulam selain digunakan sebagai bahan masakan. Antara hidangan yang terkenal adalah nasi lemuni yang mana ia mencampurkan jus daun lemuni bersama santan dan dimasak bersama nasi. Daunnya juga dipercayai dapat membunuh jentik-jentik nyamok selain turut dijadikan ubat nyamuk.

Beberapa media lain menyatakan akan k
hasiat Daun Lemuni sebagai sejenis herba yang memang begitu dikenali oleh kalangan masyarakat yang tinggal di kampung khususnya di sebelah utara dan pantai timur. Daun ini cukup terkenal dalam ramuan membuat nasi ulam atau nasi lemuni atau nasi lemak (Sila lihat foto disebelah). Rupanya masih ramai yang pernah menggunakan daun lemuni dalam masakan nasi lemak kerana dipercayai ia memberi khasiat awet muda dari spesis tumbuhan yang mana ia adalah merupakan tumbuhan yang rendang. Dilaporkan dimana khasiat daun lemuni sebagai salah satu amalan memakan bahan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung akan ianya menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah Melayu ini tidak akan hilang di telan zaman.  Antara khasiatnya adalah ia akan mengelakkan bisa gigitan binatang daripada merebak, legundi, memulihkan anggota-anggota badan yang lemah, mengubati muntah darah, mengubati penyakit rheumatism, merawat ibu-ibu lepas bersalin, merawat luka-luka kecil serta sebagai ubat cacing. Daun ini cukup terkenal dalam ramuan membuat nasi ulam dan nasi lemak. Rupanya masih ramai yang telah pun menggunakan daun lemuni dalam masakan nasi lemak kerana dipercayai memberi khasiat awet muda di desa. Tumbuhan ini merupakan pokok yang rendang dengan ketinggian satu hingga tiga meter. Daunnya jenis kompaun bercabang tiga dan ketika muda berwarna biru kehitaman dan apabila matang berwarna hijau dengan tulang daun berwarna biru kehitaman. Lemuni mempunyai bunga yang bersaiz kecil.Lemuni ialah sejenis tumbuhan renek dan kadang kala boleh membesar melebihi ketinggian 5 meter. Saya tidak pasti kegunaannya, namun dari penceritaan orang tua-tua, tumbuhan ini boleh digunakan dalam ramuan perubatan secara tradisional untuk merawat ibu-ibu lepas bersalin serta rawatan luka-luka kecil. Daunnya juga dikatakan boleh dijadikan salah satu bahan campuran untuk memasak nasi beriani. Kajian dari analisis kimia menunjukkan ia daun ini mengandungi bahan x-pinene, camphne, terpenyal-acetate dan diterpene alcohol. Kesemua sebatian ini merupakan minyak pati yang memberikan aroma kepada tumbuhan ini.
Di kalangan masyarakat Melayu dilaporkan daun lemuni boleh digunakan untuk mengubati penyakit rheeumatism, daunnya ditumbuk dengan kapur barus kemudian dipupuk pada tempat yang sakit. Air rebusan daun muda digunakan untuk tujuan mengubati muntah darah. Air rendaman daun ini jika dijadikan air mandi dipercayai dapat memulihkan anggota-anggota badan yang lemah, terutama setelah sembuh dari sakit yang berlarutan. Manakala biji biji benih pokok lemuni putih turut mempunyai khasiat tersendiri iaitu dipercayai boleh ianya membantu mengelakkan bisa gigitan binatang daripada merebak, bijinya dijadikan ubat cacing. Sementara itu lain-lain nilai perubatan yang ada pada lemuni ialah daunnya boleh juga digunakan untuk mencuci rambut untuk menghalau kutu dan mencegah kelumumur serta mengubati kurap dan luka-luka di celah kaki.

Akhbar SinarPlus melaporkan artikel bertauk '
Ramuan Nasi Lemuni, Bagus Buat Wanita Dalam Pantang' yang manarik ceritanya untuk penulis kongsikan. 
Nasi lemuni tidaklah sepopular nasi hujan panas mahupun nasi dagang. Namun, khasiat nasi lemuni dikatakan melebihi daripada resipi nasi jenis lain. Hal itu diakui oleh seorang anak jati Perak, Noorlila Mohd Idris, 43 tahun yang mana dia sudah 23 tahun memasak nasi berkenaan yang dikatakan sangat popular di negeri utara tanah air. Lazimnya, sajian berkenaan dinikmati oleh golongan ibu berpantang dan mereka yang bercita-cita untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. Noorlila atau mesra dengan panggilan Kak Lila berkata, beliau mula jatuh cinta dengan nasi lemuni ketika ibu mertuanya iaitu Shahrom Mohd Nasir memasak sajian itu ketika dirinya berpantang selepas dia melahirkan anak sulungnya puluhan tahun lalu. Nasi berkenaan dikatakan memang mempunyai nilai kesihatan yang cukup baik kerana dimasak dengan salah satu jenis daun herba yang bagus untuk kesihatan wanita. Daun herba yang dimaksudkan adalah daun lemuni yang diperoleh daripada pokok herba jenis renek yang sangat mudah didapati di kawasan tempat tinggalnya iaitu di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak. Namun begitu, terdapat elemen istimewa yang dimasukkan iaitu jus dan ekstrak daun lemuni. Apabila nasi ditanak maka ia akan menyerap khasiat daun lemuni sekali gus menjadikan hidangan berkenaan sebagai hidangan yang sihat. Itu sebab wanita yang berpantang digalakkan makan nasi lemuni. Kepada mereka yang ingin panaskan badan atau kelihatan awet muda turut boleh menjadikan nasi lemuni sebagai menu kegemaran. Nasi Lemak Lemuni memang sesuai dimakan bersama ikan bilis dan telur rebus (Sila lihat foto dibawah sekali). Selain nasi lemuni dan nasi ulam didakwa masyarakat tempatan menjadikan daun lemuni sebagai ulam-ulaman. Akar pokok lemuni juga kata wanita itu, boleh dijadikan sebagai air rebusan untuk diminum oleh wanita yang sedang berpantang. Bagi menyediakan resepi Nasi Lemuni bahan diperlukan adalah seperti 3 cawan beras, 7 tangkai daun lemuni, 1/2 cawan santan kotak/pekat (cairkan menjadi 1 cawan), 1 inci halia, 1 biji bawang besar, 1 helai daun pandan, Sedikit halba dan garam. Cara penyediaan dengan mencabut daun lemuni dan kisarkan (khususnya bahagian pucuk). Sukatannya adalah 3 cawan beras iaitu bersamaan 4 cawan air dan santan kelapa (dicampurkan). Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Masukkan air lemuni dan santan yang telah digabungkan tadi. Masak sehingga kering dan nasi lemuni boleh dihidangkan bersama sambal ikan bilis, ikan masin bulu ayam, telur rebus dan juga timun seperti hidangan nasi lemak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca tetap blog anim agro technology kali ini
. Wasallam!!!...
POKOK LEMUNI... BANYAK GUNANYA...
NASI LEMUNI... POPULAR DI UTARA....
MUDAH DITANAM... SENANG DIJAGA...
RESEPI NASI LEMUNI... TERSEDIA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Air Keroh, Melaka,
Malysia.
(8 Zulhijjah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...