Support My Blog

Tuesday, August 24, 2021

POTENSI TANAMAN AREN (Part 3)

POKOK AREN
(Arengga pinnata) atau Pokok Kabung atau Pokok Enau merupakan sejenis pokok dalam keluarga Palma atau Arecaceae yang lazimnya tumbuh meliar dihutan. Apa pun ramai yang kurang tahu dimana pokok enau atau aren adalah tumbuhan yang terpenting setelah Kelapa Sawit dan Kelapa kerana ia merupakan tanaman serba guna. Tumbuhan ini dikenal dengan berbagai nama lain seperti Nau, Hanau, Peluluk, Biluluk, Kabung, Juk atau Ijuk, Kawung, Taren, Akol, Akel, Akere, Inru, Indu; Moka, Moke, Tuwa, Tuwak dan banyak lagi mengikut loghat tempatan di nusantara. Diperingkat dunia pula tumbuhan yang natif di nusantara ini di panggil sebagai Sugar Palm atau Gomuti (Inggeris), Arenpalm (Belanda), Zukerpalme (Jerman) dimana ada setengah negara yang telah melindungi tumbuhan ini dibawah undang-undang agar tidak pupus. Apa pun pada penulis blog tumbuhan aren ini memang tidak asing lagi kerana beberapa kali membuat tinjauan teknologi kepada pengusaha gula aren atau gula kabung di Pahang, Melaka, Perak, Sarawak, Kelantan dan Kedah semasa bertugas dahulu. Memang penulis blog dapati dimana kalangan masyarakat kampong pada umumnya mereka sudah sejak lama mengenal pokok aren sebagai pokok yang dapat dituai menghasilkan bahan-bahan untuk industri IKS. Hampir semua bahagian atau produk tanaman dari pokok aren ini dapat dimanfaatkan dan mempunyai nilai ekonomi. Akan tetapi dilaporkan dimana tanaman ini kurang mendapat perhatian untuk dikembangkan atau diusahakan secara komersil di Malaysia akan tetapi dijadikan industri di negara Indonesia. Beberapa kawasan seperti di Bangka Belitung, Maluku Utara, Sumatra, Sulawesi dilaporkan telah ada petani dan usahawan berjaya mengkomersilkan tanaman dan industri aren sehingga mampu mengeksport produk yang berasaskan pokok aren. Penghasilan gula aren, gula semut, perabut dari kayu aren, nira, gila aren cair, tali, methanol dilaporkan mula dipasarkan dari aktiviti penanaman aren yang lebih sistematik. Artikel pada pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya berkongsi maklumat mengenai potensi penanaman aren sebagai satu lagi komoditi yang boleh dimajukan di Malaysia agar menjadi bahan rujukkan pembaca semua.

Penjagaan tanaman aren tidak sama dengan tanaman pokok kelapa kerana perosak dan penyakit tanaman aren 
belum terlalu banyak di ketahui. Namun sebagai langkah untuk pencegahan lazimnya jenis penyakit dan serangga yang biasa menyerang jenis palmae yang lain seperti kelapa, kelapa sawit dan sagu berpotensi menyeang pokok aren juga. Serangga seperti Kumbang Tanduk atau Kumbang badak (Oryctes thinoceros), Kumbang Sagu atau RPW (Rhinochophorus ferrugineus), Belalang (Sexava spp) adalah antara serangg yang boleh menyreang pokok aren. Serangga lain seperti jenis serangga pengisap nira yang lain dan bunga seperti lebah, kelawar dan musang. Pengendalian perosak ini boleh dilakukan dengan beberapa cara sama ada secara mekanikal atau dengan cara menggunakan bahan kimia. Pokok aren yang diserang oleh kumbang tanduk dan RPW dengan teruk sebaiknya perlu ditebang dan dibakar. Pada peringkat awal serangan boleh dilakukan semburan bahan kimia seperti Heptachlor 10 gram, Diazonin 10 gram dan BHC. Dalam pada itu antara jenis penyakit yang menyerang pokok aren seperti Bintik Daun yang berwarna kuning yang disebabkan oleh Pestalotia sp., Helmiathosporus sp. dimana kawalan dilakukan dengan menyembur racun serangga seperti Dithane N-45 atau Delsene NX 200. Kawasan kebun perlu selalu dibersihkan daripada rumpai yang akan menganggu pertumbuhan pokok aren. Rumpai sering tumbuh pada dua keadaan iaitu pada batang pokok aren dan diatas tanah disekeliling batang pokok aren sendiri. Jenis rumpai yang boleh tumbuh pada batang pokok aren ada beberapa jenis pokok tumpang seperti dedalu, pakis dan sebagainya yang perlu dibuang secara berjadual dengan secara manual. Tanaman pokok aren dari umur 1 - 4 tahun perlu dibersihkan rumpai yang ada pada pokok dan atas tanah secara mekanikal ataupun menyembur racun rumpai diatas tanah bagi pertumbuhan terbaik.

Pokok aren juga memerlukan jadual untuk pembajaan yang teratur. Amalan pembajaan ini boleh 
dilakukan untuk tujuan merangsang agar pertumbuhan pokok aren agar lebih cepat membesar dan matang seterusnya mampu untuk ia mengeluarkan tandan, mayang dan buah. Pembajaan dilakukan pada tanaman berumur 1-3 tahun dengan memberikan seperti baja seperti baja Urea, NPK, baja organik dan KCL yang ditaburkan pada sekeliling batang anak pokok aren yang telah digemburkan tanahnya (Sila lihat foto disebelah). Pokok aren yang dijaga baik mampu berhasil dengan lebih cepat terutama jika ditanam dari varieti pokok renek yang unggul.  Aktiviti pemungutan hasil dari pokok aren ini ada pelbagai. Antara jenis hasil adalah ditentukan dengan umur pokok, kesuburan pokok, keupayaan mengutip, jaminan pasaran dan juga tentunya harga ditawarkan. Pokok aren didakwa dimana pada semua bahagian dari pokok aren boleh digunakan dimana ia akan menghasilkan produk yang mempunyai nilai ekonomi. Antara bahagian pokok aren yang boleh dijadikan penghasilan adalah bahagian Selaput (Ijuk), Nira, Buah, Biji, batang dan bahagian akarnya. Lazimnya Ijuk akan dikutip setelah pokok berumur lebih 5 tahun dan telah berbuah. Ijuk selalunya dikumpulkan secara manual dengan dikumpulkan dan boleh diproses menjadi tali, serta pembuatan peralatan keperluan rumah tangga. Penuaian nira aren merupakan aktiviti pengutipan hasil terpenting sebagai bahan asas gula merah, tuak, ethanol dan cuka. Buah aren yang matang akan dituai dengan berhati-hati untuk mengelakkan kegatalan dan kecederaan pada buah. Isi buah aren boleh diproses menjadi makanan enak dikenali sebagai 'Kolang-kaling' yang dijual untuk pasaran domestik dan eksport. Dalam pada itu juga dilaporkan dimana tepung aren (teoung sagu) boleh dihasilkan sebagai bahan asas dalam pembuatan sabun, mee dan juga cendol. Batang pokok aren yang matang selalunya amat keras dimana selalunya boleh diproses menjadi barang krat, barang keperluan dapor (senduk) dan dijadikan kayu keras untuk dibuat binaan rumah dan struktur lain.

Cara mengutip hasil dari pokok aren adalah berbeza mengikut jenis hasilnya. Bagi mereka yang menuai selaput aren atau ijuk ini biasanya ia d
ihasilkan dari pohon aren yang telah berumur lebih dari 5 tahun atau sehingga ada tongkol atau mayangnya bunganya keluar. Pokok yang masih muda hanya keluarkan selapot ijuk yang sedikit dan kecil sahaja. Pokok yang mula belajar berbunga kualiti dan hasil ijuknya tidak baik. Penuianan dan pemungutan ijuk dapat dilakukan dengan memotong pangkal pelepah-pelapah daun dan kemudian ijuk yang bentuknya berupa seperti kain anyaman ijuk dengan menggunakan parang dari tempat ijuk itu menempel pada batang pokok. Kepingan-kepingan  anyaman ijuk yang baru terlepas dari batang pokok aren kemudian dikumpulkan dan diikat dengan kemas. Walau pun semasa mengambilnya ia masih mengandung lidi-lidi ijuk akan tetapi kemudian lidi-lidi ijuk ini boleh dipisahkan dari serat-serat ijuk dengan menggunakan tangan. Bagi membersihkan serat ijuk dari berbagai seperti serat yang bersaiz besar boleh dilakukan dengan alat sisir kawat. Ijuk yang sudah dibersihkan dapat dipergunakan untuk pelbagai produk (Sila lihat foto disebelah). Produk Kolang Kaling diperolehi dari isi biji buah aren yang setengah masak. Setiap biji buah aren biasanya mengandungi tiga biji buah. Buah aren yang setengah matang ini mempunyai kulit biji buahnya agak nipis, lembik dan selalu berwarna kuning inti biji (endosperm) berwarna putih agak jernih sebagai (Sila lihat foto paling bawah). Proses membuat  kolang-kaling dimulakan dengan membakar buah aren tujuan agar kulit luar dari biji dan lendir yang menyebabkan rasa gatal pada kulit dapat dihilangkan. Biji-biji yang hangus ini lemudian perlu dibersihkan dengan air sampai dihasilkan isi biji yang bersih. Seterusnya ia direbus buah aren dalam periok sampai mendidih selam 1-2 jam. Dengan merebus buah aren ini maka kulit biji menjadi lembik dan memudahkan untuk memisahkan dengan isi biji dan kemudian ia dicuci berulang-ulang sehingga menghasilkan kolang-kaling yang bersih. Apa pun bagi menghasilkan kolang-kaling yang baik serta bersih dan kenyal maka isi biji yang sudah dicuci direndam dalam air kapur selama 2 - 3 hari. Setelah direndam dalam air kapur maka kolang-kaling yang terapung inilah yang siap untuk dipasarkan dan seterusnya dimakan.

Industri aren berkait rapat dengan proses pengumpulan dan pemprosesan nira. 
Nira Aren dihasilkan dari penyadapan tangkai atau mayang (tandan) bunga sama ada ia bunga jantan maupun bunga betina. Akan tetapi biasanya jenis tandan bunga jantan yang dapat menghasilkan nira dengan kualiti baik dan jumlah yang banyak. Jadi biasanya penyadapan nira hanya dilakukan pada tandan bunga jantan diutamakan. Sebelum penyadapan dimulakan perlu dilakukan persiapan penyadapan dengan memilih bunga jantan yang siap disadap, yaitu bunga jantan yang tepung sarinya sudah banyak yang jatuh di tanah. Perkara ini dapat dilihat jika disebelah batang pokok aren dimana pada permukaan tanah dilihat berwarna kuning. Bersihkan tongkol (tandan) bunga dan memukul-mukul serta mengayunnya agar dapat melancarkan pengeluaran air nira. Proses memukul batang tandan ini dilakukan berulang-ulang selama tiga minggu dengan selang dua hari pada pagi dan petang dengan jumlah pukulan kurang lebih 250 kali. Bagi mempastikan yang bunga jantan yang sudah dipukul-pukul dan diayun-ayun tersebut sudah atau belum menghasilkan nira biasanya perlu dilakukan dengan cara menoreh (dilukai) tongkol (tandan) bunga tersebut. Apabila torehan tersebut mengeluarkan nira maka bunga jantan sudah siap untuk disadap. Penyadapan dilakukan dengan memotong tongkol (tandan) bunga pada bahagian yang ditoreh. Kemudian pada potongan tongkol dipasang bekas mengutip air nira sebagai penampung nira yang keluar (Sila lihat foto disebelah)Penyadapan air nira dilakukan 2 kali sehari (dalam 24 jam) pagi dan petang. Pada setiap penggantian bekas air nira ia dilakukan pembaharuan hirisan potongan dengan maksud agar saluran atau pembuluh capillary terbuka, sehingga nira dapat keluar dengan lancar. Biasanya setiap tandan bunga jantan dapat dilakukan melalui penyadapan selama 3 - 4 bulan sampai tandan mengering. Hasil dari air aren dapat diproses menjadi gula aren, tuak, cuka dan minuman segar.

Produk yang penting dari pokok aren adalah 
Tepung Aren (Sila lihat foto disebelah)Tepung aren dapat dihasilkan dengan memanfaatkan batang pokok aren dengan proses menebang pokok aren yang banyak mengandungi pati atau tepungnya sama dengan proses mengumpulkan sagu dari pokok rumbia. Hanya pokok aren yang mencapai umur 15 - 25 tahun umur masih relatif matang) sesuai untuk ditebang. Pokok ditancapkan kapak atau pahat ke dalam batang pokok aren sedalam 10 - 12 cm pada tahap  ketinggian 1.5 meter dari permukaan tanah. Kemudian diperiksa hujung kapak atau pahat tersebut apakah terdapat tepung atau pati yang melekat. Apabila dilihat ada tepung atau pati membuktikan dimana pokok aren tersebut sudah sesuai untuk ditebang. Pokok aren ini kemudian ditebang dan batangnya ini dipotong menjadi beberapa bahagian sepanjang 1.5 - 2.0 meter setiap satu. Log in ikemudian dibelah dan dipisahkan kulit luar dari batang dengan empulurnya. Empulur ini kemudian mesti diparut atau ditumbuk dimana kemudian dicampur dengan air bersih (diekstraksi). Hasil ekstraksi dimendapkan sekama satu malam (12 jam) dan dilakukan pemisahan air dengan mendapannya. Mendapan ini perlu dilakukan pencucian semula dengan air bersih dan kemudian ia dimendapkan lagi sehingga menghasilkan mendapan pejal yang bersih dan hasil mendapan dijemur sampai kering. Apa pum biasanya tepung aren (serng dipanggil juga sebagai tepung sagu) dapat digunakan sebagai bahan asas bagi pembuatan seperti mee, soon, cendol dan campuran bahan pelekat kayu lapis dan pelbagai produk lain. Artikel ini ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel bersiri ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologi kali ini. Wasallam!..
POKOK AREN.. POKOK ENAU SAMA...
MAYANG DIPOTONG... HASILKAN NIRA...
NIRA DIPROSES.. GULA AREN JADINYA...
ADA POTENSI... DIKOMERSILKAN DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Muharram 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...