Support My Blog

Sunday, August 8, 2021

PROSES KULIT PISANG - BAJA KOMPOS (Part 3)

KULIT PISANG KAPOK (Musa paradisiaca formatypica) atau seakan Pisang Nipah atau Pisang Abu adalah tebal dan sesuai diproses untuk ianya dijadikan baja kompos. Pisang Kapok adalah salah satu jenis pisang yang paling banyak di tanam dimana buahnya paling sesuai dijadikan makanan popular iaitu 'Pisang Goreng' yang laris. Berdasarkan kepada beberapa pemerhatian terhadap penjual pisang goreng didapati jenis pisang ini mudah ditanam dan banyak dijual dipasar untuk dijadikan pisang goreng. Lazimnya pisang kapok ini juga dijadikan pelbagai kuih-mueh lain dari berbagai jenis makanan. Seiring dengan semakin penggunan pisang ini maka kulit pisang jenis ini akan semakin banyak terbuang dan dapat mencemari persekitaran terutama dari gerai jualan pisang goreng. Apa pun belum ada atau kurang usahawan melihat bagaimana pemanfaatan dan penggunaan kulit pisang dilakukan bagi mengurangkan pembaziran dan kurangkan kulit pisang ini dibuang begitu sahaja. Salah satu kaedah bagaimana unutk memanfaatkan sisa kulit pisang adalah dengan proses pengkomposan (composting process). Ada kajian dilakukan dimana kandungan bahan Nitrogen (N), Posforus (P) dan Kalium (K) adalah merupakan unsur makro yang terkandung pada kompos. Unsur nitrogen diantaranya terdapat pada tanaman Kekacang (Leguminosae). Tanaman kekacang ini sering digunakan sebagai sumber baja kompos sebab ia dapat mengikat nitrogen hasil simbiosis bakteria Rhizobium. Kekacang seperti Mucuna bracteata merupakan salah satu Leguminosae yang banyak digunakan sebagai Tanaman Penutup Bumi atau Legume Cover Crop (LCC) yang selalu ditanam dikawasan ladang baru dibuka. Tumbuhan seperti Mucuna bracteata digunakan sebagai LCC pada estet kelapa sawit dan getah serta dusun durian sebab peratus penutupan tanahnya yang tinggi dibandingkan LCC jenis lain. Berdasarkan penerangan di atas memang perlu adanya cara penyelesaian untuk mengatasi masalah sisa kulit pisang dalam sektor pertania. Terdapat beberapa kajian dan juga pemerhatian dilakukan siantis dimana ia dilakukan dengan memanfaatkan campuran sisa kulit pisang dengan daun Kekacang Mucuna bracteata menjadi kompos yang lebih bermanfaat hasilnya. Artikel pagi Khamis ini sambil menonton TV Astro Sport 831 Sukan Olimpik Tokyo 2020 saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai teknologi kaedah memproses kulit pisang menjadi baja kompos untuk dijadikan bahan rujukan pembaca blog semua.

Analisa Kadar Nitrogen dalam kajian ini dilakukan dimana  pada hari ke-7 dimana kadar N kompos adalah sekitar 2.87%. Seterusnya kadar N semakin meningkat menjadi 2.95% pada hari ke-14 dan juga kadar N mencapai nilai tertinggi pada hari ke-21 sekitar 3.44%. Kandungan N pada kompos kulit pisang ini berada lebih tinggi dari kadar minimum piawaian kompos iaitu 0.4%. Kadar N pada kompos semakin lama semakin meningkat. Perkara ini adalah disebabkan dimana semakin banyak mikro-organisme yang tumbuh dalam timbunan dan campuran bahan kompos untuk menguraikan bahan organik yang ada. Pertumbuhan bakteria berada pada fasa seterunya dimana semakin banyak bakteria yang terhasil akan semakin meningkatkan proses ketersediaan N dalam baja kompos. Nitrogen Organik boleh digunakan oleh mikro-organisma sebagai sumber unruk membentuk protoplasma dalam proses membanyakan sel. Bakteria-bakteria dalam bahan kompos akan menguraikan protein menjadi pepton, peptide dan asid amino melalui proses aminosasi. Asid Amino akan mengalami proses amonifikasi menjadi amonia (NH3) dan amonium (NH4). Setelah itu amonia (NH3) diubah menjadi Nitrite (NO2- ) dan Nitrate (NO3) yang merupakan bentuk N yang lebih stabil. Selain itu dilaporkan apabila proses pereputan ini berhenti maka mikro-organisme yang ada dalam bahan organik ini akan mati. Kesannya kandungan N yang ada dalam tubuh mikro-organisma akan ikut terurai meningkatkan unsur N pada kompos. Penambahan EM4 juga sangat berpengaruh dengan peningkatan kadar N pada kompos dimana EM4 ini semakin meningkatkan jumlah mikro-organisme semasa proses pengkomposan.

Kajian juga menganalisa kadar Posforan (P) dan Kalium (K) semasa pembuatan kompos kulit pisang. Dilaporkan dari hasil pengujian kadar Posforus dalam kajian ini pada hari ke-7 adalah 0.32% dan pada hari ke-14, meningkat menjadi 0.33%. Selanjutnya pada hari ke-21 dimana kadar P pada kompos kulit pisang akan menjadi 0.36%. Dari hasil kajian dapat dilihat bahwa kadar P pada kompos semakin lama semakin meningkat. Perbandingan dengan nilai piawaian dimana kadar minimum P pada kompos adalah sekitar 0.1% sahaja. Dari hasil kajian dapat dilihat bahwa kandungan P pada kompos dari sisa kulit pisang kapok dan daun Mucuna bracteata telah memenuhi piawaian ini. Pada bahan organik segar biasanya nutrien P terdapat dalam bentuk organik kompleks yang sulit digunakan terus oleh tanaman untuk proses pertumbuhan. Keadaan P tersebut diproses oleh mikroorganisme dapat mengubah bentuk nutrient menjadi bahan PO4 2- yang mudah diserap oleh tanaman. Bagi analisa unsur Kalium (K) dalam kompos ini dimana pada hari ke-7 proses pengomposan, kadar K sisa kulit pisang kapok dan daun Mucuna bracteata adalah sekitar 7.23% dimana ia  semakin meningkat menjadi 8.87% di hari ke-14 dan 9.25% pada hari ke-21. Kadar K pada kompos ini sebenarnya sudah melebihi kadar minimum K berdasarkan piawaian antarabansa iaitu hanya sekitar 0.2% sahaja. Umumnya mikro-organisme pelarut P juga mampu melarutkan K dalam tanah yang mana ia terdapat pada mineral tanah. Salah satu mikrob pelarut P yang terdapat semasa proses pengkomposan adalah terdiri dari Actinomycetes. Pengikat unsur K berasal dari hasil pereputan bahan organik oleh Actinomycetes dalam timbunan bahan kompos. Bahan kompos yang merupakan bahan organik segar mengandung K dalam bentuk organik kompleks tidak dapat dimanfaatkan langsung oleh tanaman untuk pertumbuhannya. Akan tetapi dengan adanya penguraian oleh Actinomycetes maka organik kompleks tersebut dapat diubah menjadi organik sederhana yang akhirnya menghasilkan unsur K yang dapat diserap tanaman. Kemudian apabila penguraian selesai maka mikro-organisma ini akan mati dan kandungan K dalam mikroo-rganisma akan bercampur dalam bahan kompos dan meningkatkan kandungan K dalam kompos. Penambahan EM4 yang mengandung Actinomycetes secara langsung dapat meningkatkan kandungan Kalium pada kompos. Berdasarkan hasil penelitian boleh disimpulkan bahawa kompos yang terbuat dari sisa kulit pisang kapok dan tanaman kekacang Mucuna bracteata telah memenuhi syarat kompos yang baik.  

Jangkamasa proses pengkomposan yang dilakukan dalam kajian adalah selama 21 hari. Pada umumnya waktu pengomposan yang terbaik adalah selama 60 hari dimana penggunaan EM4 untuk mempercepatkan lagi proses pengkomposan sangat berkesan. Proses penguraian semakin baik dengan meningkatnya kadar N pada hari ke-21. Selain itu proses perubahan N pada pengomposan terjadi sebab adanya proses pereputan bibantu oleh mikrob yang menghasilkan amonia dan N. Amonia dan N yang berlebihan ini terperangkap di dalam timbunan kompos bila ada rongga kompos yang kecil sehinggakan amonia dan Nitrogen yang berlebihan tidak dapat terlepas ke udara. Penambahan EM4 juga berpengaruh terhadap kadar N dimana semakin banyak mikrob yang melakukan proses pereputan maka kadar N akan semakin meningkat. Berdasarkan hasil kajian dapat diketahui waktu terbaik pengomposan dimana kadar N, P, dan K yang terbaik adalah setelah dikomposkan selama 21 hari. Kajian ini boleh disimpulkan dimana baja kompos yang terbuat dari sisa kulit pisang dan daun kekacang Mucuna bracteata boleh memenuhi piawaian kualiti kompos dengan kandungan unsur Nitrogen (N - 3.44%), Posforus (P - 0.35%) dan Kalium (K - 9.85%) tmelalui proses penkomposan yang terbaik selama 21 hari disediakan. Bagaimana pun untuk kecekapan untuk digunakan sebaiknya baja kompos ini diproses selama 2 bulan atau 60 hari. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.

PISANG KAPOK.... TEBAL KULITNYA...
ISI DIGORENG... KULITNYA BERSISA...
DIBUAT KOMPOS... ORGANIK BAJA...
SIAPA BERMINAT... SILA MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Zulhijjan 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...