Support My Blog

Monday, August 23, 2021

POTENSI TANAMAN AREN (Part 2)

POKOK AREN
(Arengga pinnata) atau Pokok Kabung atau Pokok Enau merupakan sejenis pokok dalam keluarga Palma atau Arecaceae yang lazimnya tumbuh meliar dihutan. Apa pun ramai yang kurang tahu dimana pokok enau atau aren ini adalah tumbuhan yang terpenting setelah tanaman Kelapa Sawit dan Kelapa kerana ia merupakan tanaman serba guna. Tumbuhan ini dikenal dengan berbagai nama lain seperti Nau, Hanau, Peluluk, Biluluk, Kabung, Juk atau Ijuk, Kawung, Taren, Akol, Akel, Akere, Inru, Indu; Moka, Moke, Tuwa, Tuwak dan banyak lagi mengikut loghat tempatan di nusantara. Diperingkat dunia pula tumbuhan yang natif di nusantara ini di panggil sebagai Sugar Palm atau Gomuti (Inggeris), Arenpalm (Belanda), Zukerpalme (Jerman) dimana ada setengah negara melindungi tumbuhan ini dibawah undang-undang negara mereka agar ianya tidak pupus. Apa pun pada penulis blog tumbuhan aren ini memang tidak asing lagi kerana beberapa kali ada membuat tinjauan teknologi kepada pengusaha gula aren atau gula kabung di Pahang, Melaka, Perak, Sarawak, Kelantan dan Kedah semasa bertugas dahulu. Memang pun penulis blog dapati dimana kalangan masyarakat kampong pada umumnya mereka sudah sejak lama mengenali pokok aren sebagai pokok yang dapat menghasilkan bahan-bahan untuk industri IKS. Hampir semua bahagian atau produk tanaman dari pokok aren ini dapat dimanfaatkan dan memang mempunyai nilai ekonomi. Akan tetapi dilaporkan dimana tanaman ini kurang mendapat perhatian untuk dikembangkan atau diusahakan secara komersil di Malaysia akan tetapi dijadikan industri di negara Indonesia. Beberapa kawasan seperti di Bangka Belitung, Maluku Utara, Sumatra, Sulawesi dilaporkan telah ada petani dan usahawan mengkomersilkan tanaman dan industri aren sehingga mampu mengeksport produk berasaskan pokok aren. Penghasilan gula aren, gula semut, perabut dari kayu aren, nira, gila aren cair, tali serta ethanol dilaporkan mula dipasarkan dari aktiviti penanaman aren yang lebih sistematik. Artikel pada pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya berkongsi maklumat mengenai potensi penanaman aren sebagai satu lagi komoditi yang boleh dimajukan di Malaysia agar menjadi bahan untuk rujukkan pembaca semua.

Amat penting bakal kepada petani atau pengusaha aren komersil untuk megetahui akan kegunaan pokok aren ini. Tanaman pokok
 aren amat berguna sama ada ia baik berfungsi sebagai tumbuhan untuk tujuan konservasi (conservation), mahu pun fungsi yang boleh menghasilkan berbagai komoditi seperti makanan, perabut, kosmetik, bahan api, makanan ternakan dan kesihatan yang mempunyai nilai ekonomi. Aspek fungsi konservasi dikaitkan dimana pokok aren ini dengan sistem perakaran yang dalam dan melebar akan sangat berguna untuk mencegah terjadinya hakisan tanah. Demikian pula dengan daun yang cukup lebat dan batang yang tertutup dengan lapisan selaput batang (ijuk) yang sangat efektif untuk menahan turunnya air hujan terus kepada lapisan permukaan tanah. Disamping itu juga peranan pokok aren yang lazimnya tumbuh baik pada bahagian tebing-tebing bukit, lereng dan cerun adalah sangat baik sebagai pokok untuk mencegah cerun terhakis atau melongsor. Fungsi penghasilan produk terpenting adalah produk makanan sama ada ia diperolehi daripada bahagian buah, akar, batang, daun, bunga dan bahagian lain yang sesuai. Di laporkan bahagian akar aren digunakan untuk berbagai Ubat Traisional dijadikan minuman teh berubat dan minuman arak yang juga dapat digunakan sebagai ubat sembelit, ubat sakit perut dan ubat penyakit paru-paru. Bahagian batang yang keras pula sering digunakan sebagai bahan pembuat alat-alat rumah tangga (senduk) dan ada pula yang digunakan sebagai bahan asas bangunan (Rumah, Pondok, Gazebo). Bahagian isi batangnya juga dapat menghasilkan tepong sagu iaitu sebagai sumber karbohidrat yang dimakan dan ia juga digunakan sebagai bahan asas dalam pembuatan roti, mee soon, mee dan campuran pembuatan pelekat gam. Sedangkan hujung batang yang masih muda (umbut aren) yang rasanya manis dapat digunakan sebagai sayur yang enak. Paling utama adalah kutipan nira yang boleh dijadikan gula aren, gula aren cair, gula semut, cuka, alkohol, methanol dan sebagainya. Selalunya bahagian daun muda, tulang daun dan pelapah daunnya sesuai digunakan sebagai pembungkus rokok, sapu lidi dan tutup botol sebagai pengganti gabus. Buahnya dapat diproses menjadi bahan makanan seperti 'kolang-kaling' yang banyak digunakan untuk campuran minuman berperisa. Malaysia merupakan pengimport tegar produk kolang kaling dari Indnesia sejak berkurun dahulu. 

Penanaman Aren sebaiknya dimulakan dengan pengumpulan dan pemilihan varieti aren yang terbaik. Ada beberapa petani yang berminat menanam varieti benih aren renek (genjah) yang dilaporkan lebih ianya cepat berhasil iaitu dalam masa 3 -5 tahun sahaja berbanding dengan varieti aren biasa yang mengambil masa 5-7 tahun untuk berhasil. Biasanya tanaman aren dapat dibiakan melalui cara generatif (dengan biji) atau dari benih liar yang tumbuh. Kaedah ini akan mendapatkan benih tanaman dalam jumlah banyak sehingga mudah dikembangkan dari pokok aren matang dalam kebun untuk dijadikan benih aren berkualiti dan dijual secara besar-besaran. Kepada mereka yang belum lagi dia mempunyai pokok induk matang sebaiknya kenalpasti siapa pembekal benih aren yang telah pun mendapat persijilan atau disyorkan oleh pengusaha yang telah berjaya. Buat kajian dahulu siapa pembekal benih aren yang mana mereka ada membekalkan beberapa varieti unggul seperti varieti genjah, Colombus, Marcus dan sebagainya yang disyorkan berhasil tinggi, cepat berhasil dan kurang masaalah penjagaan. Jika ada pokok sendiri untuk dijadikan benih pilih pokok yang mana buahnya diambil apabila memenuhi syarat untuk dijadikan benih aren. Pilih pokok aren yang pertumbuhannya sihat, berdaun lebat dimana buah aren telah cukup masak (ripe) iaitu berwarna kuning kecoklatan dan isi daging buah lunak. Ukuran buah sebaiknya adlah besar (garispusat minima 4 cm) dengan ia mempunyai kulit buah halus (tidak ada tanda ianya diserang penyaklit). Kemudian dikeluarkan biji aren dengan membelahnya secara berhati-hati. Pilih biji aren yang ukuran biji relatif besar, biji yang berwarna hitam kecoklatan, ada permukaan halus (tidak keriput), biji ini dalam keadaan tidak berpenyakit. Perhatikan dimana biji mengandungi asid oksalat yang apabila terkena pada  kulit kita akan menimbulkan rasa sangat gatal. Oleh itu proses ini perlu memakai sarung tangan sepanjang proses.Cara lain untuk elakkan gatal dengan cara memeram buah terlebih dahulu buah aren yang sudah tua  mereput dan busuk. Pemeraman sesuai dilakukan dengan memasukan buah aren ke dalam kotak kayu dan ditutup dengan karung guni yang selalu dibasahkan. Setelah selama 10 hari maka buah aren menjadi busuk yang ini memudahkan pengambilan bijinya untuk dibuat benih.

Proses penyediaan benih aren penting dari peringkat awal sehingga benih sedia untuk ditanam. Benih aren boleh diperolehi melalui benih yang tumbuh liar dibawah pokok dan benih yang disediakan daripada biji yag dipilih dan disemai. Bagi menyediakan anakbenih aren semulajadi dari pokok liar berlaku kerana biji benih ini dibantu oleh haiwan liar memakan buah aren seperti musang dan haiwan lain dimana bijinya keluar secara utuh dari perutnya bersama kotoran tahinya. Benih ini tumbuh tersebar secara tidak teratur dan berkelompok disekitar pokok induk. Bagi menanamnya sebaiknya anakbenih ini di cabut secara berhatiti (anakbenih diputar diambil bersama-sama dengan tanahnya). Ia juga sebaiknya kemudian perlu segera ditanam terus dikebun atau ditanam dahulu didalam polibeg berisi media semaian selama 2 - 4 minggu sebelum sesuai dipilih semula untuk ditanam. Bagaimanapun bagi penanaman aren yang luas dan perlukan banyak anakbenih diperlukan pembenihan dari biji yang disemai atau membelinya sahaja. Proses menyemai biji aren berlangsung agak lama tetapi boleh mendapatkan benih terpilih. Bagi tujuan mempercepat biji bercambah sebaiknya dirawat dahulu biji benih dengan merendam biji dalam larutan HCL dengan kepekatan 95 % selama 15-25 minit atau juga cara merendam biji tersebut dalam air panas bersuhu 50ยบ Celcius selama 3 minit. Ada pula petani yang mengikis pada  biji pada bahagian berdekatan embrio. Sediakan polibeg berukuran 20 x 25 cm yang diisi dengan media semaian sama ada tanah campuran kompos, pasir dan tanah 3 : 1 : 1 atau cocpeat semaian. Buat lubang secukupnya pada bahagian bawahnya sebagai saliran. Biji-biji yang telah dirawat tersebut dimasukan kedalam polibeg sedalam sekitar ¾ bahagian biji berada di bawah permukaan tanah dengan tunasnya mesti menghadap ke bawah sedikit mengiring. Jangkawaktu bagi pemjagaan semaian aren selama 12 - 15 bulan. Semaian perlu disiram 2 kali sehari iaitu waktu pagi dan petang dimana jika ada rumput perlu dibuang. Penanaman benih aren boleh dilakukan dengan sistem monokultur atau dengan sistem tanaman bercampur. Cara sistem monokultur terlebih dahulu dibersihkan kebun dan dibuat lubang penanaman dengan jarak 5m x 5m atau 9 m x 9 m mengikut kesesuaian. Lubang tanaman dengan ukuran 30 x 30 x 30 cm disediakan dan 
diberi dimasukan baja organik, urea, TSP dibiarkan lubang selama 3-5 hari sebelum penanaman. Berikan naungan sesuai selepas benih ditanam dan disiram selalu. Artikel ini ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel bersiri ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologi kali ini. Wasallam!..
POKOK AREN.. POKOK ENAU SAMA...
MAYANG DIPOTONG... HASILKAN NIRA...
NIRA DIPROSES...GULA AREN JADINYA...
ADA POTENSI... DIKOMERSILKAN DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Muharram 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...