POKOK JELATANG (Laportea spp) atau sinonim dengan nama Urtica dioica adalah juga sejenis tumbuhan yang daunnya berbulu (miang) yang boleh menyebabkan kesan gatal-gatal pada kulit jika bersentuhan. Tumbuhan ini memiliki 22 jenis iaitu sejenis tumbuhan didalam keluarga Urticaceae termasuk 10 spesis yang lazim ditemui iaitu Laportea aestuans (L.) Chew atau Jelatang Hindia barat, Laportea bulbifera (Siebold & Zucc.) Wedd., Laportea canadensis (L.) Wedd. atau Jelatang Kanada, Laportea cuneata (A.Rich.) Chew. atau Jelatang rumput, Laportea cuspidata (Wedd.) Friis, Laportea grossa (Wedd.) Chew, Laportea interrupta (L.) Chew. atau Jelatang Hawaii, Laportea peduncularis (Wedd.) Chew, Laportea pterostigma Wedd. atau Jelatang beracun dan juga Laportea urentissima Gagnep. Melihat tumbuhan ini dimana bahagian daun atau bahagian lain tumbuhan ini (bunga, dahan dan sebagainya) boleh menyebabkan gatal-gatal pada kulit apabila disentuh (kecuali pada bahagian tapak tangan). Ia merupakan sejenis rumpai yang terdapat didalam kebun atau belukar di kawasan tropika seperti di Asia Tenggara dan kawasan subtropika. Walau pun dilihat daunnya bersaiz agak kecil akan tetapi apabila terkena kulit menyebabkan ia akan mengalami keracunan yang simptomnya dengan kulit gatal, pedih, kemerahan dan menyebabkan bengkak kepada yang allergi. Namun pembaca blog ini jangan khuatir kerana tanaman jelatang terutama daunnya yang sudah dimasak atau pun direndam dalam air panas akan kehilangan toksin beracun tersebut. Daunnya pun boleh diproses menjadi makanan yang digemari. Biasanya daun jelatang ada digunakan dengan cara dikeringkan dahulu dan direbus bersama seperti daun teh. Di beberapa negara seperti Nepal dan India dilaporkan dimana daun mudanya juga dipakai untuk masakan makanan unik. Ada yang memasak sebagai sup sayur, ada yang digoreng mencelup tepung, ada yang buat teh minuman dan sebagainya. Diteliti lanjut biasanya pada seluruh tanaman jelatang dipenohi dengan bulu-bulu halus terutama pada bahagian daun dan batang. Jika tersentuh kulit manusia maka kesannya boleh mencetuskan keradangan kesakitan. Penulis blog belum menjumpai petani atau usahawan yang menanam herba ini secara komersil di Malaysia dan kebanyakannya masih hidup liar sahaja. Artikel malam Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai apakah dia pokok jelatang dan khasiat daripada tumbuhan tersebut untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.
Bagaimanakah jika pembaca terkena daun ini secara sengaja atau tidak sengaja dan teknik perawatannya?. Jika sesiapa tersentuh tumbuhan jelatang semasa di kebun, belukar atau dihutan maka bersiaplah untuk mengalami ruam dan gatal (Sila lihat rajah disebelah). Pokok dan daun jelatang cukup mudah dikenali oleh mereka yang berada dilapangan dan cuba mengelakkan untuk tidak of tersentuhnya. Bagaimana pun sebahagian besar memang tidak mengenalinya dan mudah terkena apabila masuk kawasan semak. Ada pula mereka yang allergi dalam waktu yang relatif singkat kulit mereka pun akan timbul ruam atau bahkan lepuh yang berisi cairan. Maka mereka akan terus menggaru dan memegang bahagian kulit lain dan merebakannya kepada bahagian lain kulit. Penulis blog akan senaraikan tindakan awalan jika terkena gatal akibat daun jelatang. Pertama sekali adalah sebaiknya DIBERSIHKAN BAHAGIAN KULIT tersebut apabila sudah terkena daun ini. Sebaiknya gunakan air bersabun atau air suam panas untuk selama sekurang-kurangnya 10 minit dan tumpukan padapoint terawal yang kena. Kalau boleh dibersihkan pula bahagian kulit dan juga dalam kuku (mungkin sudah menggaru). Jika sudah sampai rumah disyorkan agar terus membasuh pakaian dan kasut dengan sabun. Kedua langkah boleh dilakukan adalah kenna pastikan agar JANGAN MENYENTUH RUAM. Ini kerana ruam pada gatal daun jelatang ini cepat tersebar jika digaru dan dipindahkan kelokasi lain. Apa lagi elakkan daripada menyentuh kawasan sensitif seperti pada Mulut, Bibir, Mata dan juga alat kelamin. Perlu diingat dimana seluruh bahagian tumbuhan jelatang (sekalipun yang sudah mati) mengandungi minyak alergi bernama urushiol yang boleh menimbulkan rasa gatal atau melepuh jikabersentuhan dengan kulit. Anda juga boleh BERENDAM DALAM LARUTAN ASTRIGEN apabila kulit melepoh dan elakkan memicit pecahkan. Larutan ini adalah merupakan larutan yang dibuat dari campuran aluminium sulfat dan aluminium asetate selama 20 minit. Larutan Burow ini sebenarnya berfungsi sebagai astringen yang mampu dalam mengecilkan ukuran lepuh dan mengeringkannya. Langkah ke 4 dimana anda satu badan boleh BERENDAM dalam larutan oatmeal. Kajian mendapati dimana larutan oatmeal mampu mengurangkan ruam dan mengurangkan rasa gatal. Teknik ke 5 adalah dengan MELETAKKAN TUALA SEJUK dimana ia awalnya disejukkan dari dalam peti ais (freezer) ketempat yang gatal. Boleh juga masukkan tuala dalam bekas yang ada air batu dan diperah sebelum digunakan dan ulang beberapa kali. SAPUKAN UBAT GATAL yang ada dalam simpanan dikawasan yang terkena tumbuhan jelatang ini. Biarkan sehingga kering dan hilang masaalah tersebut atau ulang lagi sapuan jika belum berkesan. Apabila semua perkara diatas sudah dicuba akan tetapi masih belum dapat menyelesaikan masaalah kegatalan dan ruam maka sebaiknya dengan SEGERA PERGI JUMPA DOKTOR untuk rawatan selanjutnya.
Tumbuhan jelatang dahulu banyak ditemui di pekarangan rumah dan tumbuh secara liar di banyak tempat. Sifatnya yang sering dapat menimbulkan gatal-gatal menyebabkan ia tanaman ini kerap dipandang sebagai rumpai yang tidak berguna. Bagaimana pun dilaporkan iaitu daun jelatang boleh juga bagi dimanfaatkan menjadi makanan dan minuman berkhasiat jika diproses dengan cara betul. Tanaman pernah dilaporkan sebagai salah satu daripada kaedah bahan perubatan tradisional sejak lama dahulu. Kajian lanjut saintis mendapati dimana ekstrak daun jelatang digunakan untuk mengubati atau mampu merawat penyakit seperti alergi, penyakit kulit dan juga masalah berkaitan dengan tulang. Di luar negara mereka menggunakan daun ini dalam merawat masaalah sakit otot dan sendi. Antara produk yang berasaskan daun jelatang seperti ubat sapuan atau salap, krim, tincture, tablet atau dalam bentuk ekstrak cair. Tetapi beberapa laporan nyatakan ia paling banyak digunakan daun jelatang sebenarnya untuk membuat serbuk teh. Minuman teh jelatang didakwa mampu membantu dalam pembersihan pada bahagian dalaman tubuh, memgurangkan bengkak pada mata, membantu meningkatkan metabolisme dan kekebalan tubuh dan membantu dalam menyeimbangkan kandungan natrium berlebiham. Khasiat teh daun jelatang juga didakwa mampu untuk membantu meredakan masalah haid pada wanita, membantu untuk membersihkan darah dan mengurangkan kesan allergi. Paling hebat apabila didakwa ia mampu membuang semua racun dari tubuhbadan dan menjaga kebersihan dan juga kesihatan kulit.
Khasiat daun jelatang bagi kesihatan ada banyak diperkatakan secara testimoni. Mungkin perlu lebih banyak penyelidikan klinikal dilakukan dimasa akan datang untuk lebih saintifik kebaikannya. Daun jelatang dilaporkan mampu untuk ia meredakan gejala pembesaran prostat bagi lelaki. Dalam satu laporan kajian pada tahun 2013 dilaporkan dimana daun dan akar jelatang mampu untuk ianya meredakan masaalah yang disebabkan oleh pembesaran prostat. Massalah seperti susah buang air kecil, buang air kecil tidak tos atau inkontinensia urine dapat diatasi dengan meminum teh daun jelatang (Sila lihat foto disebelah). Saintis mendapati dimana zat kimia dalam tanaman jelatang boleh mengatur keseimbangan bagi hormon termasuk hormon testosteron dan estrogen. Biasanya gangguan hormon akan menjadi salah satu penyebab pembesaran prostat jinak. Kedua dilaporkan dimana daun jelatang akan mengatasi masaalah reumatik dan osteoartritis dimana laporan kajian dalam Journal of Rheumatology menunjukkan bahawa dengan memminum ekstrak daun jelatang akan membantu mengatasi reumatik. Daun jelatang berfungsi sebagai antiradang dalam tubuh. Seterusnya dimana khasiatnya sebagai bahan Anti-allergi yang baik. Tumbuhan ini walau pun menyebabkan kegatalan pada kulit sebaliknya apabila sudah diproses jadi teh atau masakan ia didakwa mampu melawan tindakbalas allergi. Ia juga berfungsi sebagai antihistamin yang mampu untuk menghentikan rasa gatal, bersin, hidung berair dan radang pada mata. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
ADA RUAM... MENYIKSAKAN JUGA...
D RAWAT AWAL... ADA TEKNIKNYA...
JUMPA DOKTOR... JIKA MERBAHAYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Muharam 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.