Penulis blog memang ada beberapa kali terserempak dan lihat lipan bara semasa dikampong dahulu. Spesis lipan bara ini boleh membesar sehingga 20 cm panjangnya dimana warna badannya sama ada coklat kemerahan atau merah bergantung kepada habitatnya dan dilihat kakinya sering berwarna kuning kemerahan atau kuning oren (Sila lihat foto disebelah). Di lihat dibahagian kepalanya ada sepasang sesungut dipanggil sebagai 'forcipules' yang mana ia digunakan sebagai senjata lipan untuk mengesan dan membunuh mangsanya. Lipan jenis ini boleh dijumpai dibanyak lokasi didunia terutama dinegara beriklim tropika dan juga berada diklim sub-tropika. Lipan bara ini akan aktif bergerak dan memburu mangsanya pada waktu malam. Pada waktu siang lipan ini akan cenderung menduduki kawasan yang gelap dan tidak panas seperti di balik batu, dicelah-celah kayu dan ruang-ruang kecil yang sempit dimana didalam rumah ia sering berada dikawasan bilik tandas. Jangan terkejut jika seekor lipan besar jika menyengat seorang bayi boleh membunuhnya. Bagaimana pun sengatan lipan terhadap orang dewasa jarang ada kes kematian kerana mereka mempunyai daya tahan lebih tinggi dengan venom yang dapat dirawat dengan ubat. Tidak seperti serangga lebah atau tebuan dimana apabila menyengat ia akan berlaku sekali sahaja tetapi lipan mampu menyengat beberapa kali. Hebatnya dimana lipan mampu menembusi kasut dipakai bila menyengatnya. Bagaimana pun sebaiknya dapatkan rawatan doktor perubatan dengan segera apabila disengat lipan dan haiwan berbisa lainnya.
Bagaimanakah hendak menghalau lipan seperti lipan bara didalam rumah yang berkesan?. Terdapat beberapa kaedah atau cara bagaimana kita boleh menghalau lipan dari dalam rumah sebagai panduan. Ramai kalangan kita yang ketakutan dan panik apabila melihat lipan berada didalam rumah merayap terutama lipan bara yang berwarna kemerahan dan bersaiz besar. Apa lagi jika ia ada beberapa ekor dan sering kelihatan terutama pada waktu malam. Ada yang buntu tidak tahu hendak buat apa apabila ternampak lipan di dalam rumah. Ada yang cepat-cepat mengambil penyapu atau aerosol untuk membunuhnya atau menyemburnya. Bagaimana pun langkah pertama adalah agar anda janga panik dan risau kerana artikel ini saya cuba berikan panduan yang akan membantu mengenali jenis lipan dan cara untuk menghalau mereka secara berkesan. Apa pun kalau ternampak kelibat lipan didalam rumah mesti semua orang memang tidak lena tidur. Paling digeruni adalah semasa tidur tiba-tiba ada benda bergerak diatas tilam dan merayap di kaki atau badan dengan warna merah atau semasa tengah tidur tiba-tiba ada rasa benda merayap pula lipan masuk dalam kain ke seluar. Ada pula semasa sedang mandi dan sedang syampu rambut tiba-tiba ada seranga seakan lipan naik atas kaki dan penulis blog percaya apa lagi menjerit dan melompatlah ketakutan. Apa pun sebagai peringatan dan tanda lipan masuk rumah adalah bila anda ternampak mereka merayap di kawasan yang agak lembap dan ia selalunya adalah berdekatan dengan bilik air. Jika ada sebaiknya pembaca blog tidak perlu cemas sangat kalau ternampak lipan bagaimana pun perlu cari cara untuk cepat-cepat menghalau dan membasmi mereka.
Sebenarnya kenapa ramai yang takut dengan serangga merayap berkaki banyak seperti lipan ini. Lipan iatau pun dalam bahasa Inggeris disebut 'centipedes' ini memang digeruni ramai orang disebabkan ia mempunyai senjata sengatan berbisa yang menyakitkan apabila di sengat. Walau pun marfologinya lipan tidak mempunyai taring atau penyegat akan tetapi lipan akan menggunakan dua kaki depan yang berbentuk seperti penyepit bernama 'Forcipules' untuk menyepit dan menyuntik bisa venak kedalam tubuh. Apabila dimasukkan bisa venom kedalam lubang maka ia menyebabkan akan bengkak, kemerahan dan sekan gatal juga rasanya dan memang sakit (Sila lihat foto disebelah). Pada sesetengah mereka yang pernah digigit lipan dilaporkan dimana kesan sengatan lipan ini seakan kena gigitan ular dimana ada dua bintik halus merah akan tetapi sakit bisa itu memang berlainan bergantung kepada jenis ular. Kalau kena patuk ular memang tidak boleh dibawa berbincang terutama ular berbisa hebat seperti ular tedung kerana ia memang boleh membawa maut. Penulis blog syorkan apabila kena sengatan atau gigitan lipan maka bahagian tersebut memang akan jadi bengkak dan rasa gatal-gatal. Sebaiknya untuk mengurangkan rasa tidak selesa sebelum mendapatkan rawatan doktor maka dibasuh dahulu bahagian disengat dengan sabun antibakteria dan dibilas dengan air yang banyak. Sebaiknya pembaca jangan picit untuk mengeluarkan bisa kerana luka boleh dijangkiti kuman. Jangan risau sebab bisa sengatan lipan tidak akan merebak dimana jika ia mula pula membengkak dan amat digalakkan agar merendam di dalam air panas atau pun suam panas (35 - 40 darjah Celcius) selama 30 minit. Kemudian disapu krim steroid untuk kurangkan gatal dan kemerahan (boleh cuba Hydrocortisone). Apa yang paling penting jika ada stok maka makan ubat tahan sakit (seperti Ibuprofen atau Diclofenac) kerana dilaporkan selepas kena sengat kesan rasa sakitnya boleh melarat sampai 48 jam. Pergi mendapatkan rawatan dari doktok diklinik swasta atau hospital yang berdekatan untuk rawatan selanjutnya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
WARNA MERAH... COKLAT JUGA...
DIDALAM RUMAH... ADA DIJUMPA...
DISENGAT LIPAN... RAWAT SEGERA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Zulhijjah 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.