Akhbar Harian Metro dengan tajuk berita iaitu 'Khasiat daun pokok lemuni' antara cerita yang ada dipaparkan kepada umum. Apa pun dilaporkan dimana pokok lemuni (lemuni hitam) atau nama saintifiknya Vitex trifolia adalah tanaman herba yang popular di utara Semenanjung Malaysia. Spesies lemuni akan tumbuh renek dan berkayu serta mempunyai ketinggian rata-rata satu hingga tiga meter, namun mampu mencecah hingga lima meter. Daun lemuni tersusun berlawanan sepanjang batang dan biasanya tersusun secara kompaun bercabang tiga dengan kepanjangan sekitar satu hingga 12 cm. Warna daun yang menarik iaitu ungu gelap kebiasaannya akan bertukar kehijauan apabila matang. Pokok lemuni biasanya turut menghasilkan bunga yang bersaiz kecil. Tumbuhan yang lebih mudah dijumpai di kawasan kampung ini ternyata menyimpan banyak khasiat dan digunakan sebagai ubat tradisional merawat beberapa penyakit. Daun yang direndam dan dijadikan bahan mandian dikatakan mampu memulihkan anggota badan lemah manakala bahagian akar yang direbus dipercayai baik untuk ibu baru lepas bersalin. Selain diambil sebagai ubat tradisional, pucuk muda atau daun lemuni turut enak dijadikan ulam selain digunakan sebagai bahan masakan. Antara hidangan yang terkenal adalah nasi lemuni yang mana ia mencampurkan jus daun lemuni bersama santan dan dimasak bersama nasi. Daunnya juga dipercayai dapat membunuh jentik-jentik nyamok selain turut dijadikan ubat nyamuk.
Beberapa media lain menyatakan akan khasiat Daun Lemuni sebagai sejenis herba yang memang begitu dikenali oleh kalangan masyarakat yang tinggal di kampung khususnya di sebelah utara dan pantai timur. Daun ini cukup terkenal dalam ramuan membuat nasi ulam atau nasi lemuni atau nasi lemak (Sila lihat foto disebelah). Rupanya masih ramai yang pernah menggunakan daun lemuni dalam masakan nasi lemak kerana dipercayai ia memberi khasiat awet muda dari spesis tumbuhan yang mana ia adalah merupakan tumbuhan yang rendang. Dilaporkan dimana khasiat daun lemuni sebagai salah satu amalan memakan bahan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung akan ianya menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah Melayu ini tidak akan hilang di telan zaman. Antara khasiatnya adalah ia akan mengelakkan bisa gigitan binatang daripada merebak, legundi, memulihkan anggota-anggota badan yang lemah, mengubati muntah darah, mengubati penyakit rheumatism, merawat ibu-ibu lepas bersalin, merawat luka-luka kecil serta sebagai ubat cacing. Daun ini cukup terkenal dalam ramuan membuat nasi ulam dan nasi lemak. Rupanya masih ramai yang telah pun menggunakan daun lemuni dalam masakan nasi lemak kerana dipercayai memberi khasiat awet muda di desa. Tumbuhan ini merupakan pokok yang rendang dengan ketinggian satu hingga tiga meter. Daunnya jenis kompaun bercabang tiga dan ketika muda berwarna biru kehitaman dan apabila matang berwarna hijau dengan tulang daun berwarna biru kehitaman. Lemuni mempunyai bunga yang bersaiz kecil.Lemuni ialah sejenis tumbuhan renek dan kadang kala boleh membesar melebihi ketinggian 5 meter. Saya tidak pasti kegunaannya, namun dari penceritaan orang tua-tua, tumbuhan ini boleh digunakan dalam ramuan perubatan secara tradisional untuk merawat ibu-ibu lepas bersalin serta rawatan luka-luka kecil. Daunnya juga dikatakan boleh dijadikan salah satu bahan campuran untuk memasak nasi beriani. Kajian dari analisis kimia menunjukkan ia daun ini mengandungi bahan x-pinene, camphne, terpenyal-acetate dan diterpene alcohol. Kesemua sebatian ini merupakan minyak pati yang memberikan aroma kepada tumbuhan ini.
Di kalangan masyarakat Melayu dilaporkan daun lemuni boleh digunakan untuk mengubati penyakit rheeumatism, daunnya ditumbuk dengan kapur barus kemudian dipupuk pada tempat yang sakit. Air rebusan daun muda digunakan untuk tujuan mengubati muntah darah. Air rendaman daun ini jika dijadikan air mandi dipercayai dapat memulihkan anggota-anggota badan yang lemah, terutama setelah sembuh dari sakit yang berlarutan. Manakala biji biji benih pokok lemuni putih turut mempunyai khasiat tersendiri iaitu dipercayai boleh ianya membantu mengelakkan bisa gigitan binatang daripada merebak, bijinya dijadikan ubat cacing. Sementara itu lain-lain nilai perubatan yang ada pada lemuni ialah daunnya boleh juga digunakan untuk mencuci rambut untuk menghalau kutu dan mencegah kelumumur serta mengubati kurap dan luka-luka di celah kaki.Akhbar SinarPlus melaporkan artikel bertauk 'Ramuan Nasi Lemuni, Bagus Buat Wanita Dalam Pantang' yang manarik ceritanya untuk penulis kongsikan. Nasi lemuni tidaklah sepopular nasi hujan panas mahupun nasi dagang. Namun, khasiat nasi lemuni dikatakan melebihi daripada resipi nasi jenis lain. Hal itu diakui oleh seorang anak jati Perak, Noorlila Mohd Idris, 43 tahun yang mana dia sudah 23 tahun memasak nasi berkenaan yang dikatakan sangat popular di negeri utara tanah air. Lazimnya, sajian berkenaan dinikmati oleh golongan ibu berpantang dan mereka yang bercita-cita untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. Noorlila atau mesra dengan panggilan Kak Lila berkata, beliau mula jatuh cinta dengan nasi lemuni ketika ibu mertuanya iaitu Shahrom Mohd Nasir memasak sajian itu ketika dirinya berpantang selepas dia melahirkan anak sulungnya puluhan tahun lalu. Nasi berkenaan dikatakan memang mempunyai nilai kesihatan yang cukup baik kerana dimasak dengan salah satu jenis daun herba yang bagus untuk kesihatan wanita. Daun herba yang dimaksudkan adalah daun lemuni yang diperoleh daripada pokok herba jenis renek yang sangat mudah didapati di kawasan tempat tinggalnya iaitu di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak. Namun begitu, terdapat elemen istimewa yang dimasukkan iaitu jus dan ekstrak daun lemuni. Apabila nasi ditanak maka ia akan menyerap khasiat daun lemuni sekali gus menjadikan hidangan berkenaan sebagai hidangan yang sihat. Itu sebab wanita yang berpantang digalakkan makan nasi lemuni. Kepada mereka yang ingin panaskan badan atau kelihatan awet muda turut boleh menjadikan nasi lemuni sebagai menu kegemaran. Nasi Lemak Lemuni memang sesuai dimakan bersama ikan bilis dan telur rebus (Sila lihat foto dibawah sekali). Selain nasi lemuni dan nasi ulam didakwa masyarakat tempatan menjadikan daun lemuni sebagai ulam-ulaman. Akar pokok lemuni juga kata wanita itu, boleh dijadikan sebagai air rebusan untuk diminum oleh wanita yang sedang berpantang. Bagi menyediakan resepi Nasi Lemuni bahan diperlukan adalah seperti 3 cawan beras, 7 tangkai daun lemuni, 1/2 cawan santan kotak/pekat (cairkan menjadi 1 cawan), 1 inci halia, 1 biji bawang besar, 1 helai daun pandan, Sedikit halba dan garam. Cara penyediaan dengan mencabut daun lemuni dan kisarkan (khususnya bahagian pucuk). Sukatannya adalah 3 cawan beras iaitu bersamaan 4 cawan air dan santan kelapa (dicampurkan). Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Masukkan air lemuni dan santan yang telah digabungkan tadi. Masak sehingga kering dan nasi lemuni boleh dihidangkan bersama sambal ikan bilis, ikan masin bulu ayam, telur rebus dan juga timun seperti hidangan nasi lemak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca tetap blog anim agro technology kali ini
. Wasallam!!!...NASI LEMUNI... POPULAR DI UTARA....
MUDAH DITANAM... SENANG DIJAGA...
RESEPI NASI LEMUNI... TERSEDIA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Air Keroh, Melaka,
Malysia.
(8 Zulhijjah 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.