Support My Blog

Wednesday, March 27, 2019

DURIAN MUSANG KING - PETUNJUK GEOGRAFI

DURIAN MUSANG KING (D197) atau nama sinonim lain sebagai DURIAN RAJA KUNYIT telah berjaya mendapatkan penarafan Petunjuk Geografi atau dalam bahasa peringkat antarabangsanya lebih dikenali sebagai 'Geographical Identification' atau 'GI' daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 2 Januari 2015. Perkara ini adalah selaras denngan Akta Petunjuk Geografi 2000 Peraturan-peraturan petunjuk geografi tahun 2001 (Akta Petunjuk Geografi 2000 (Akta 602). Peraturan bagi pendaftaran ini adalah dibawah SubPeraturan 29(3) dibawah Akta. Nama tuan pendaftar adalah Jabatan Pertanian Malaysia yang didaftarkan bermula 12 Mac 2014 dan akan hanya tamat pada 12 Mac 2024 (10 tahun kemudian). Dalam sijil tersebut barang yang dinyatakan adalah termasuk Durian Segar Musang King dan Buah Proses Minima 'Musang King'. Aktiviti untuk mendaftarkan durian Musang King telah bermula sejak tahun 2013 lagi akan tetapi hanya berjaya di terima pendaftarannya pada tahun 2014. Penulis Blog merujuk kepada persijilan ini sebagai satu kejayaan Jabatan Pertanian untuk meningkatkan martabat durian tempatan kepada satu lagi penarafan di peringkat negara khususnya dan peringkat dunia amnya. Mungkin ramai orang awam dan peminat durian Musang King ini belum mengetahui perkara ini dan artikel ini antara yang pertama mewar-warkan akan kejayaan penarafan ini. Selain daripada durian varieti Musang King penulis blog dapati Tanaman Halia Bentong juga telah menerima status GI ini pada tahun 2017. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan kejayaan Jabatan Pertanian dalam mendaftarkan durian Musang King sebagai sejenis buah yang mencapai penarafan dibawah MyIPO untuk rujukkan dan bacaan.


Dalam keterangan MALAYSIA DURIAN MUSANG KING jelas dinyatakan di Malaysia terdapat 199 klon (kini disebut varieti) durian yang didaftarkan oleh Jabatan Pertanian. Musang King adalah satu klon durian yang telah didaftarkan. Ia terdapat diseluruh Malaysia termasuk Negeri Sabah dan Sarawak. Produk yang terhasil daripada durian musang king adalah seperti durian segar 'Musang King' serta buah proses minimal 'Musang King'. Durian Musang King mempunyai kulit berwarna hijau muda atau kekuningan dan isi durian Musang King berwarna sangat kuning. Kualiti, reputasi dan ciri lain yang membezakan Dirian 'Musang King'dengan durian lain ialah hujung buah durian tersebut mempunyai kawasan tidak berduri yang sebesar diot 0.50 sen. Warna hujung durian adalah perang, tengah duri adalah perang kekuningan; pangkal duri perang. Selain daripada itu, garis pangsa yang jelas dan duri halus dipangkal bergabung dengan duri kasar. Durian Musang memerlukan pengairan bantuan semasa ertumbuhan vegetatif dan juga memerlukan kemarau diantara 1 - 3 bulan untuk merangsang pembungaan serta Musang memerlukan air yang cukup apabila kudup bunga mulai pecah dan buah mula terbentuk. Air tidak boleh berlebihan semasa perkembangan buah bagi mengelakan persaingan makanan antara buah muda dengan pembentukkan pucuk baru. Kaedah pembiakan adalah dengan cara menggunakan teknik cantuman mata tunas atau cantuman baji serta pemilihan bahan pembiakan dari sumber pokok yang tulen. Walau pun harga durian Musang King mahal berbanding dengan durian lain, permintaan yang sangat tinggi dari pihak pembeli adalah kerana kelebihan yang ada pada durian Musang King tiada tandingan berbanding dengan durian yang ada sekarang. 


Apakah dia Asas Petunjuk Geografi ini?. Penulis blog membuat rujukan dan bertanya kepada MyIPO dimana mereka jelaskan bahawa Petunjuk Geografi (GI) ini adalah tanda yang digunakan ke atas sesuatu produk kerana produk tersebut mempunyai kualiti dan reputasi yang boleh dikaitkan dengan kawasan berkenaan. Ia bertujuan untuk perlindungan akan diberikan walaupun Petunjuk Geografi itu tidak didaftarkan. Perlindungan juga tetap diberikan terhadap satu lagi Petunjuk Geografi yang walaupun ianya di keluarkan di negara, kawasan, wilayah atau daerah dimana produk itu dihasilkan akan tetapi ia telah memberi gambaran palsu kepada umum bahawa ia dihasilkan di negara, kawasan, wilayah dan daerah yang lain. Bagaimana pun dijelaskan dimana ada pengecualian dari perlindungan petunjuk Geografi yang bertentangan dengan ketenteraman awam atau adat atau wilayah asal; atau pun Petunjuk geografi yang tidak lagi mempunyai pendaftaran di negara asal atau pun Petunjuk geografi yang tidak lagi digunakan di dalam negara atau di wilayah asal. Biasanya Hak Penggunaan Petumjuk Geografi ini hanya pengeluar yang menjalankan aktiviti di dalam kawasan geografi seperti yang dinyatakan di dalam sijil pendaftaran sahaja dimana ia boleh menggunakan Petunjuk Geografi yang berdaftar di dalam urusan perniagaan. Hak pengunaan produk hendaklah sepertimana yang didaftarkan iatiu ia berdasarkan spesifikasi kualiti, reputasi atau ciri-ciri yang dinyatakan didalam sijil pendaftaran. Bagusnya apabila penulis blog diberitahu dimana ada Tempoh Penggunaan dan Tempoh Perlindungan bagi Petunjuk Geografi yang berdaftar adalah 10 tahun bermula dari tarikh pemfailan dan boleh diperbaharui setiap 10 tahun. Pemohona yang layak adalah individu yang menjalankan activiti sebagai pengeluar di kawasan seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan dan berkaitan dengan produk sebagaimana yang disenaraikan di dalam borang permohonan. Selain itu adalah pihak berkuasa tempatan; atau  pun organisasi perniagaan atau persatuan. Sekarang ini baru penulis agak jelas apakah dia GI untuk kes Durian Musang King (D197) ini dan kepentingannya kepada industri durian negara.


Dalam pada itu penulis blog ada membuat rujukkan dalam media tempatan dimana ada satu laporan media tempatan bertajuk "Masyarakat belum faham harta intelek" dari Utusan Online. Berita dari Kuantan dipetik dimana rata-rata dimana masyarakat negara ini belum mengenali dan mengetahui tentang harta intelek dan komponennya yang terdiri daripada cap dagangan, paten, reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi dan hak cipta serta kepentingannya kepada mereka. Ia memetik kenyataan dari Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Datuk Abdul Manan Ismail berkata, sehubungan itu pihaknya memerlukan sokongan media arus perdana di negara ini untuk mereka dapat terus menyebarluaskan maklumat berhubung harta intelek. Contoh yang mudah ialah kita sering dengar ‘saya hendak patenkan produk saya’, sedangkan yang betul adalah ‘saya hendak daftarkan produk saya’. Produk adalah komponen harta intelek yang terdiri daripada cap dagangan, reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi dan hak cipta. Paten merupakan komponen harta intelek yang diberikan lesen kepada produk melibatkan langkah reka cipta yang mampu menyelesaikan sesuatu masalah seperti penghasilan teknologi baharu. Dia bercakap ketika berucap pada majlis Malam Media MyIPO Bersama Media Pahang. Pihak media memainkan peranan besar dalam membentuk pola pemikiran masyarakat dan membentuk sikap pembaca supaya dapat bertindak secara proaktif. Kini dengan penyampaian berita dan maklumat tepat maka masyarakat akan lebih peka terhadap isu serta kepentingan perlindungan harta intelek.  Pihak MyIPO akan bergerak secara lebih aktif dalam menyalurkan berita dan maklumat yang diperlukan oleh pihak media bagi memastikan maklumat diperoleh lebih bermaklumat serta tepat. Usaha ini juga dapat menghentikan kegiatan pelanggaran harta intelek seperti muat naik secara tidak sah, membuat salinan langgaran hak cipta serta penghasilan dan pembelian produk jenama tiruan. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology dimana durian varieti Musang King sebenarnya telah menerima ststua Petunjuk Geografi pada 2 Januari 2015 lagi untuk pengetahuan rakyat Malaysia. Wasallam!!...
DURIAN MUSANG KING... SUDAH LAMA...
PETUNJUK GEOGRAFI... KINI DITERIMA..
PEMACU INDUSTRI... MESTI DIBANGGA...
BACA ARTIKEL... BARU TAHU PERKARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Rejab 1440H).

Tuesday, March 26, 2019

POTENSI PELANCONGAN DURIAN

DURIAN dan PELANCONGAN DURIAN merupakan satu sektor yang boleh dikembangluaskan di Malaysia terutama untuk pelancong-pelancong daripada negara China dan Barat yang sukakan makan durian. Buah Durian (Durio zibethinus) merupakan sejanis buah tempatan yang paling popular sehinggakan ia digelar ''Raja Segala Buah'' atau dalam bahasa Inggeris sebagai ''King of the fruits''. Beberapa tahun kebelakangan ini pelancong daripada China antara yang paling dominan dalam sektor pelancongan negara selain daripada Singapura untuk mereka menikmati durian Malaysia. Kini kerajaan perlu mengukuhkan lagi industri pelancongan durian (Durian AgroTourism) atau 'Duriotourism' ini melalui pelbagai kaedah dan cara melibatkan antara Kementerian Pertanian, Kementerian Pelancongan, Kerajaan Negeri dan juga usahawan durian tempatan. Pada taun 2018 Jabatan Pertanian merekodkan keluasan tanaman durian sekitar 73,740 hektar di Malaysia atau 37% daripada jumlah keseluruhan kawasan tanaman buah-buahan negara seluas 198,434 hektar (Sumber: Laporan Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Sebanyak 341,332 metrik tan buah durian dihasilkan pada tahun 2018 dimana cuma 23,381 mt (6.8%) buah durian yang dieksport melibatkan pendapatan sebanyak RM118.2 juta. Dilaporkan sebanyak 236 mt dieksport ke China dengan nilai RM9.45 juta dimana rakyat China sebenarnya boleh menikmati durian segar Malaysia yang enak jika mereka datang ke negara ini. Data tersebut juga menunjukkan sebanyak 7,681 mt buah durian telah diimport pada tahun 2018 terutama dari Thailand bernilai RM19.2 juta (Hampir sama dengan jumlah nilai eksport durian Malaysia ke China). Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai potensi pelancongan durian khususnya kepada pelancong dari China dimasa akan datang.


Dimanakah kedudukan tanaman durian ini di usahakan di Malaysia?. Jabatan Pertanian dalam laporan sama menunjukkan di Johor sahaja terdapat seluas 18,117 ha tanaman durian diikuti dengan Pahang (14,867 ha), Sarawak (10,714 ha), Kelantan (7,563 ha) dan juga Sabah (4,986 ha) dimana negeri lain kurang dari keluasan Sabah. Penulis blog juga merujuk data Jabatan Pertanian dimana dilaporkan terdapat sebanyak 1,576,021 pokok durian didaftarkan dimana 38.5% adalah daripada jenis durian kampong, kedua jenis durian varieti D197 atau Musang King (36.1%), ketiga adalah varieti D24 Bukit Merah (11.3%), ke 4 adalah Durian Lain2 varieti (10.01%), ke 5 adalah durian varieti D168 Hajah Hasmah (1.9%), ke 6 adalah Durian Duri Hitam D200 (1.03%) dan ke 7 adalah varieti durian D160 Teka/Musang Queen (0.73%). Terdapat banyak varieti durian yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian sejak berpuloh tahun lalu. Daripada apa yang penulis blog pernah menulis banyak siri mengenai varieti durian ini dinyatakan ada dalam penulisan ini (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Apa pun penanaman varieti durian ini banyak bergantung kepada faktur Kawasan Agroklimatik (agro climatic zone) dan juga faktur keserasian pengguna. Penanaman varieti durian sebaiknya bercampur-campur dengan beberapa varieti lain dalam satu kebun untuk membolehkan keserasian proses pendebungaan. Disyorkan varieti D197 dicampur dengan varieti D24, D2, D7, D16 dan sebagainya agar kecekapan pendebungaan optimum dimalam hari.


Antara beberapa varieti durian yang sesuai dimajukan untuk kemersil dan dusrian tourism adalah seperti D197 (Musang King) diikuti dengan varieti D24 (Bukit Merah), D168 (Hajah Hasmah/IOI), D160 (Teka / Musang Queen), D200 (Duri Hitam) dan D175 (Udang Merah). Beberapa varieti lain yang juga boleh diketengahkan seperti durian kampong yang pelbagai penciriannya. Bagaimana pun kini pengguna sudah mempunyai banyak pilihan membeli dan makan durian. Bagi pengguna disekitar Lembah Kelang mereka lebih suka dengan durian Musang King yang luas ditanam di Pahang Barat (Raub, Bentong dan dserah sekitarnya). Bagi ramai pengguna di Johor pula umumnya mereka suka dengan durian D24 dan juga D168. Bagaimana pun bagi pengguna di Pulau Punang dan Kedah mereka lebih preer makan durian D200 (Duri Hitam), D275 (Udang Merah) dan juga D160 (Teka/Musang Queen). Pada penduduk Pulau Pinang penulis blog pernah diberitahu mereka tidak berapa suka makan durian musang king begitu juga penduduk di Raub dakwa mereka tidak berapa suka dengan durian duri hitam. Apa pun kepada pelancong asing mereka hanya mahukan buah yang berkualiti dan jaminan puashati jika memakannya. Oleh itu kombinasi beberapa varieti durian juga boleh dipromosikan kepada pelancong asing termasuk dari China dengan membuat penerangan. Kelebihan durian Malaysia jika hendak dibandingkan dengan durian Thailand adalah kerana ia masak ranum dan gugur bukan dipetik diatas pokok. Oleh itu durian Malaysia memberikan tahap citarasa sebenar dengan aroma dan bau yang sangat kuat. Pelancong akan menikmati dengan berselera semasa makan durian (Sila lihat foto disebelah). Program promosi makan durian di negara kita perlu dimajukan lagi dengan lebih tersusun dan mereka suka hadir kempen makan buah di Malaysia.


Kalendar Pengeluaran durian daripada apa yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian bermula jangkaanya pada Mei 2019 dan berakhir September 2019 dan ia berulang saban tahun. Seawal hujung bulan Mei 2018 durian akan mula gugur di Johor dimuloakan dengan Daerah Pontian, Johor BAhru, dan naik ke atas sehingga ke Segamat dengan beberapa varieti popular seperti D168 Hajah Hasmah, D24 dan D197 Musang King dengan anggaran pengeluaran 3.550 mt pada Mei, 8.870 mt pada Jun, 3,610 mt pada Julai dan 1,720 mt bulan Ogos 2018. Kalendar pengeluaran durian seperti ini telah disediakan oleh Jabatan Pertanian untuk keseluruh negarai di Semananjung Malaysia. Antara beberapa lokasi yang mana telah ada aktiviti pelancongan durian di Johor yang aktif seperti kebun durian Kg Simpang 4, Parit Jamil, di Muar dan Kg Wawasan di Kulai serta Kg Melayu Raya atau Kg Parit Rambai di Pontian. Mereka ini sering menerima pelancong daripada Singapura dimusim durian. Negeri Pahang pula memang popular dengan durian dimana buah akan gurgu mulai Julai (3.570 mt), bulan Ogos (14,296 mt) dan bulan September (17,670 mt). Antara lokasi kunjungan pelancong domestik dan luarnegara yang popular di Pahang seperti di Bilut Hill Resort (Raub), Raub River Hill Resort (Cheroh, Raub), Lama Pesona Resort and SPA (Raub), 8 Acre Resort (Sg Klau, Raub), Lembah Temir Resort (Raub), Rock Mountain (Sg Ruan, Raub), WaterWay Villa (Bentong), Dudun Uncle Ting (Raub), Tanah Aina (Bentong), Happy Orchard 9968 (Raub), 5S Station (Raub), Musang King Seafood (Kg Tras, Raub) dan juga banyak lokasi lain tidak tersenarai di sini.



Pulau Pinang memang sudah terkenal dengan pelancongan durian dimana paling lama penulis blog lawati lebih 20 tahun lalu adalah Penang Tropical Fruit. Banyak lokasi lain di Pulau Pinang yang kini beroperasi sebagai durian spot semasa musim durian terutama kepada mereka yang meminati varieti Udang Merah (D175), varieti Hor Lor/ Labu (D163) serta beberapa jenis durian kampong yang unik. Di Pulau Pinang juga ada pakej 'durian tourism' yang sangat popular dikalangan pelancong asing dengan lokasi tempat tinggal mewah dan dibawa keseluruh Malaysia sehingga ke Sabah semasa musim durian. Di Perak pula memang sebuah negeri durian yang sudah popular sejak dulu sehingga penyanyi Mr Os menyanyikan lagu 'Durian dan Berbunga' yang didengar hingga kini. Destinasi pelancongan yang terkenal di Perak adalah MARDI Agrotourism Park di Kuala Kangsar yang menyediakan pakej penginapan, riadah, buah-buahan tempatan dan juga makanan tradisional. Banyak lagi pengusaha swasta di Perak yang menyediakan kemudahan untuk durian tourism yang boleh di google di internet. Pada penulis blog durian tourism ini telah dibuat sejak lama dahulu dimana ia sangat aktif dimusim durian. Kini jika ada kerjasama yang hebat daripada Kementerian Pelancongan (MOTAC) dan Kementerian Pertanian (MoA) dan beberapa kerajaan Negeri dipercayai lebih banyak promosi dan kemudahan awam akan dinaiktaraf sehingga lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia terutama daripada seluruh dunia termasuk China. Kalau mereka hendak makan durian segar makan boleh datang ke Malaysia dan kurangkan eksport. Semuga artikel dalam anim agro  technology memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.. 
MUSIM DURIAN ...IA SUDAH TIBA...
BUAH GUGUR... PELANCONG ADA...
DURIOTOURISM..DARI SATU DUNIA..
ADA POTENSI... BAGI DILAKSANA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajay,
Malaysia.
(17 Rejab 1440 H).



Monday, March 25, 2019

SHELLOUT - SEMAKIN POPULAR

SHELL OUT merupakan satu konsep baru hidangan makanan berasaskan seafood yang mana ia kini menjadi satu trend terbaru di Malaysia. Hidangan makanan shell out ini akan dicurahkan (maknanya 'di lambakkan') diatas plastik bersih diatas meja makan dikelilingi oleh pelanggan. Nasi putih juga dihidangkan berasingan dihadapan pelanggan dan mereka makan secara bersama-sama memilih lauk didepan mata. Konsep ini amat sesuai dengan Islam yang selalu digalakkan makan bersama dalam satu dulang ketika kenduri atau jamuan 'ruahan' di kampong saya dulu. Dalam pada itu penulis blog dapati trend makanan di Malaysia akan sentiasa kehadapan mengikut perkembangan semasa seiring dengan kepantasan teknologi maklumat. Para pengusaha restoren dan kedai makan sentiasa berusaha melakukan anjakan paradigma dengan menyajikan hidangan yang menarik perhatian pelanggan. Mereka perlu melakukan revolusi dan pengolahan menu makanan supaya restoren dan kedai makan mereka sentiasa menjadi tumpuan pengunjung. Hal ini berlaku kerana selera pelanggan sentiasa berubah ubah terutama dengan kepantasan teknologi maklumat dimana semua orang akan berlumba-lumba untuk mereka memaparkan apa yang mereka makan. Dalam mereka cuba mencari pelanggan mesti ada tempat yang mempunyai tarikan menu unik untuk lebih ramai pdapat menikmati makanan dan yang paling penting keenakkan rasa serta rupa makanan yang mereka makan. Makanan Seafood Shell Out merupakan pilihan no 1 rakyat Malaysia masakini kerana rupa dan rasa menambat hati untuk merasainya. Banyak restoren yang menawarkan menu yang istimewa ini tumbuh bagai cendawan selepas hujan terutama di kawasan Lembah Klang dan beberapa pusat pelancongan. Keenakkan unik dari makanan seafood shell out ini pasti menjadi bualan samada golongan wanita atau lelaki terutama yang tinggal di kawasan Bandar sekaligus menimbulkan minat dan tahap keinginan untuk menikmatinya. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" yang ke 5,219 mengenai makanan shell out selepas menikmati bersama anak, menantu dan cucu di Pulau Pangkor untuk dikongsi info bersama anda semua.


Masa ini trend makan di luar adalah menjadi satu cara kehidupan dimana terdapat banyak premis menyediakan makanan sama ada di kompleks membeli belah, medan selera, lokasi persiagaan komersil, gerai tepi jalan, kedai mamak dan banyak lagi. Pasti ramai diantara kita yang pernah pergi ke restoren yang menghidangkan makanan shell out. Namun agaknya berapa ramai diantara kita yang tahu apa itu menu Seafood Shell Out dan siapa yang memulakannya. Seafood Shell out merupakan menu makanan laut yang terdiri dari kerang, ketam, udang, pelbagai jenis siput yang dimasak kering bersama pes cili dan dimakan bersama sayur sayuran yang direbus seperti brokoli, jagung, kentang, lobak merah. Nasi putih juga disediakan tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Hidangan Seafood Shell Out ini dikatakan menjadi viral apabila seorang selebriti dan pelakon iaitu Haniz Zalika memaparkan di Instagram miliknya. Kunjungan beliau ke restoren Shell Out di Kota Damansara menjadikan menu ini menjadi bualan dan ikutan masa kini. Menu ini kelihatan sangat menarik dan nampak menyelerakan. Dalam masa beberapa hari sahaja, menu ini menjadi tular di laman sosial dan orang awam terutama peminat beliau menjadi teruja untuk menikmatinya. Itulah pengaruh media sosial dan aura seorang selebriti akan memberikan kesan kepada rakyat akhirnya mengubah corak pemakanan dan trend pemakanan di Malaysia. Walau pun penulis blog hanya beberapa kali makan makanan ini dan ianya nampak seperti menu biasa yang dimasak dan dimakan bersama keluarga. Tarikan utama seafood shell out adalah hidangan makanan laut ini dihidangkan di atas meja besar yang dilapik dengan plastik tanpa ada sebarang mangkuk atau pinggan bagi mengisi menu menu tersebut. 


Pelanggan shell out juga perlu makan menggunakan tangan kerana sudu atau garfu juga selalunya tidak disediakan. Hanya apron untuk mengalas pakaian dan beberapa pengetuk kecil bagi mengetuk kulit ketam diberikan kepada pelanggan. Dalam maksud yang lain, plastik yang besar dan bersih akan dihamparkan di atas meja makan lalu diletakkan makanan laut yang telah dimasak ditengah tengah meja lalu bermakan secara beramai ramai samada bersama kawan kawan atau keluarga. Ianya sangat sesuai dijadikan menu mudah semasa hujung minggu bersantai bersama keluarga dan kawan kawan sambil mengeratkan silaturahim. Trend ini nampak familiar dengan makanan nasi ambang yang popular dikalangan masyarakat jawa di kampung kampung. Nasi ambang terdiri dari gabungan nasi putih, mee goreng, serunding kelapa dan ayam goreng lalu diletakkan di dalam dulang besar. Nasi ambang biasanya dimakan beramai ramai (dikongsi makan 4 orang atau lebih). Begitu juga konsep hidangan seafood shell out, dulang besar ditukar kepada plastik besar dan menu utama adalah pelbagai jenis makanan laut. Hidangan makanan laut yang segar serta kombinasi diantara mentega dan bawang putih dimana ia membangkitkan aroma dan rasa yang sempurna bagi setiap hidangan. Sayuran sayuran yang direbus lebih berkhasiat untuk dinikmati. Ini merupakan satu contoh makanan seimbang dimana kandungan protein, karbohidrat, vitamin, mineral dan pelbagai jenis lagi terkandung dalam satu hidangan.


Memasak sendiri makanan Shell Out dirumah bermodalkan RM30 sudah memadai untuk kita yang tidak mahu makan diluar. Biasanya resepi untuk masak makanan ini menggunakan bntuk bahan tumis terdiri dari 2 buku bawang merah, 4-5 ulas bawang putih, 1 inci halia, 3 batang cili padi, 2 batang serai, Sedikit ikan bilis dan belacan (optional) serta perasa dimana semua bahan tumis ini perlus dikisar. Bagi bahan rebus maka diperlukan jagung dan brokoli (Sila lihat foto disebelah) dan bahan makanan laut yang sesuai. Dari segi kos pula biasanya gunakan 5 ekor sotong (RM 2.15), 2 ekor ketam nipah (RM15) dan 15 ekor udang (RM6.70). Mulakan dengan merebus ketam, udang , sotong atau lain-lain seafood yang dikehendakki. Bagi ketam ia perlu direbus berasingan dan diasingkan atau toskan. Air rebusan ketam ini akan digunakan sebagai kuah kerana jika dicampurkan semua pati rebusan maka makanan shell out itu menjadi kurang enak. Ada yang gunakan bahan air dari rebusan daging ayam. Semasa tumis perlu masukkan daun limau purut dan juga serai ketuk sebanyak 2 batang. Bila sudah naik bau dan cili dah masak kemudian dimasukkan 4-5 senduk air ketam (ikut bnyak mana kecairan yang suka). Kemudian dimasukkan 2 sudu sos tiram dan 2 sudu sos cili. Selepas itu di masukkan gula, garam dan serbuk perasaa jinomoto. Kalau bagi sesetangah orang ditambah gula agar masnis sedikit bagi menambah keenakannya. Bila sudah siap kuah kemudian dimasukkan smua sayur dan seafood dalam satu bekas dan gaulrata sebelum dihidangkan. Makanan shell oit yang siap dilambakkan diatas meja beralaskan kertas plastik yang bersih dan nasi putih.


Penelitian penulis blog mendapati pengusaha kafé dan restoren shell out pasti berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik dengan cara menghidangkan juadah menu yang menyelerakan dalam usaha menarik perhatian pelanggan untuk berkunjung dan menikmati juadah yang disediakan. Faktor harga yang berpatutan menjadi keutamaan pelanggan dalam pemilihan restoren atau kafe seafood shell out. Harga makanan yang mahal, rasa yang tidak sedap dan perkhidmatan yang rendah pasti menyebabkan pelanggan berfikir 2 atau 3 kali untuk datang semula ke restoren atau kafe tersebut. Penulis bloh makan shell out di Pulau Pangkor dengan harga RM30.00 satu hidangan (untuk 2 orang makan) dan bagi sekeluarga cuma belanja RM90.00 sahaja tidak termasuk minuman (Sila lihat foto disebelah). Memang enak makan secara jemaah ini dimana sambil bercerita dangan keluarga dalam masa 45 minit semuanya sudah habis dimakan. Dalam pada itu ada beberapa perkara mengenai makanan shell out yang penting diperhatikan iaitu kesegaran bahan hasilan laut seperti ketam, udang dan sotong atau kerang. Jika terkena yang busuk satu atau dua kali kunyah sudah tidak mahuu teruskan makanan shell out tersebut. Pastikan tidak ada yang sakit perut selepas makan shell out kerana kualiti hasilan laut tersebut.


Dalam laporan media tempatan dilaporkan dimana ada sesetengah pengusaha akan mengenakan bayaran harga makanan berdasarkan berat makanan laut yang di pilih. Sebagai contoh di Melaka ada juga pengusaha yang menawarkan harga makanan secara pakej iaitu RM 75.00 untuk 1 pek hidangan yang boleh dimakan bersama 4 orang pelanggan. Kebiasaanya setiap pakej melengkapi dengan menu nasi putih, beberapa hidangan makanan laut seperti ketam masak sambal, kerang bakar, udang bersos, sayur sayuran dan minuman ringan. Selain dari itu, ada juga pengusaha café atau restoren shell out ini mengenakan bayaran kepada pelanggan berdasarkan jumlah berat makanan laut yang diambil. sebagai contoh harga ketam segar yang perlu dipilih oleh pelanggan berharga RM 25.00 bagi 500 gram berat ketam. Pelanggan boleh meminta pihak restoren memasak makanan laut tersebut berdasarkan citarasa pelanggan. Tarikan utama restoren atau café shell out adalah tahap kebesaran makanan laut seperti ketam, udang loster atau udang biasa, kepah, sotong dan pelbagai lagi. Saiz makanan laut yang besar berbanding yang dibeli dipasar dan dimasak sendiri pasti menarik perhatian pelanggan lebih lebih lagi apabila diviralkan di media sosial. Selain itu, kebanyakkan café atau restoren shell out ini menyajikan makanan laut yang segar dimana mereka mengambil dan membeli makanan laut dari jeti pengumpulan ikan atau dari peraih yang dipercayai. Ianya sebagai satu jaminan kepuasan kepada pelanggan dan sekaligus menjaga mutu makanan itu sendiri. Terdapat juga beberapa menu lain yang disajikan kepada pelanggan bagi mereka yang kurang gemar atau alah kepada makanan laut seperti nasi biryani kambing, vegetarian food, burger chese dan sebagainya. Ianya bergantung kepada kreativiti pengusaha bagi menarik perhatian pelanggan dalam usaha memajukan perniagaan supaya seiring dengan kehendak dan kepuasan pelanggan. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca anim agro technology kali ini.  Wasallam!!!...
MAKANAN SHELL OUT... TREND SEMASA...
LAUKPAUK DILAMBAKKAN... DIATAS MEJA...
NASI PUTIH... DILETAKAN SEDIKIT SAHAJA...
ENAK DAN KENYANG... BAYAR BERSAMA...

,
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 179, Joe's Fisherman Inn,
Pantai Nipah, Pulau Pangkor,
Lumut, Perak,
Malaysia.
(16 Rejab 1440H).


Sunday, March 24, 2019

TANAM BULUH, LUPAKAN SAWIT

"LUPAKAN SAWIT dan TANAM BULUH" itulah yang sedang hangat di perkatakan di Malaysia berikutan saranan oleh Menteri Industri Utama iaitu YB Teresa Kok Suh Sim. Berita ini hangat diviralkan sehingga mengapat berjuta respon dari rakyat Malaysia yang masih berusaha keras untuk menyara keluarga akibat kejatuhan harga komoditi kelapa sawit dan getah untuk satu jangkamasa agak lama. Media perdana dan warganet melihat perkara ini dalam dua persepsi iatu yang setuju menyokong akan tetapi lebih ramai yang tidak bersetuju bahkan hanya senyum sinis sahaja. Pada penulis blog, industri komoditi utama negara mungkin perlu dilihat semula keseluruhannya dengan mempelbagaikan lagi aktiviti untuk mengalakkan sektor agromakanan, IAT dan sebagainya. Media tempatan bertajuk ''Lupakan kelapa sawit, tanam buluh'' pada 3 Mac 2018 menyatakan rakyat negara ini disaran beralih kepada tanaman lain seperti buluh dan kelapa selaras dengan cadangan kerajaan menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit di kawasan baharu di seluruh negara. Menteri Industri Utama YB Teresa Kok Suh Sim berkata dimana langkah itu penting memandangkan tanaman baharu seperti buluh dilihat amat berpotensi dan mendapat permintaan baik. Beliau rasa inilah masanya untuk negara hentikan perluasan penanaman kelapa sawit dan melihat kepada tanaman lain contohnya di Pahang sesete­ngah kawasan terdapat banyak pokok buluh. Buluh boleh dijadikan banyak barangan dan Jepun adalah pasaran terbaik untuk produk buluh. Perkara ini adalah antara jenis pokok (tanaman) yang boleh kita lihat dab beliau minta lupakan hanya menumpukan kepada penanaman kelapa sawit. Beliau berkata semikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Projek The Valley@Bentong, Pahang (Sila lihat foto diatas). Beliau menambah selain buluh, pokok kelapa dilihat berpotensi dan boleh mendatangkan keuntungan yang mana Malaysia sendiri mengimport kira-kira RM1 juta kelapa setahun. Langkah menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit adalah tepat memandangkan minyak sawit di dalam negara mencukupi bagi tujuan menstabilkan harga komoditi itu. Jelasnya, kejatuhan harga minyak sawit hujung tahun lalu menyaksikan ramai pekebun kecil menderita dan terkesan berbanding syarikat besar yang dilihat masih mampu meraih keuntu­ngan. Sementara itu beliau juba mengulas menge­nai kunjungannya ke Indonesia baru-baru ini dan membuat perbincangan me­ngenai masa depan minyak sawit dengan Indonesia berjalan baik dan Malaysia bersama Indonesia akan terus membantah usaha Kesatuan Eropah (EU) untuk memboikot minyak sawit. Artikel malam ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya mengupas isu yang mndapat perhatian rakyat Malaysia mengenai lupakan sawit dan tanam buluh.

Industri KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) pada awal tahun 2019  ini banyak diperkatakan orang ramai kerana beberapa isu terutamanya harga rendah BTS. Tanaman ini merupakan paling luas ditanam di Malaysia dan ia menjadi sumber penting dalam ekonomi negara semenjak lama dulu dalam bidang pertanian dengan nilai pengeluaran berbillion ringgit. Apabila harga minyak petrolium turun pada paras sangat rendah ia dilaporkan telah pun menjejaskan pendapatan negara dengan ketara. Dikatakan setiap USD 1 satu tong harga minyak mentah turun akan menyebabkan kekurangan hasil negara sebanyak RM300 juta. Kalau dahulu harga minyak mentak berlegar sekitar USD48 satu tong dan kini hanya USD28 satu tong (penurunan USD20) satu tong cuba kira berapa kehilangan pendapatan dalam sebulan. Saya ada banyak menulis artikel mengenai sawit dalam blog ini (Sila klik disini). Negara Malaysia bernasib baik kerana masih mampu mengeluarkan 'minyak' daripada pokok kelapa sawit yang menjadi alternatif kepada masaalah kelembapan ekonomi dunia masa ini. Bagaimana pun stok simpanan minyak sawit di Malaysia berkemungkinan akan mencapai paras terendah sejak Julai tahun 2015 lalu iaitu berikutan isu fenomena El Nino yang mana ia menjejaskan pengeluaran negara kedua terbesar tanaman sawit di dunia ini. Kesan teruk daripada cuaca kering akibat fenomena El Nino menjejaskan pengeluaran minyak sawit negara kerana kelapa sawit adalah tumbuhan daripada keluarga Arecaceae yang perlukan banyak air. Kesan jerebu hampir 4 bulan yang disumbangkan oleh negera Indonesia juga menyebabkan hasil kelapa sawit kurang. Ia berpunca daripada kurangnya proses fotosintesis (matahari tidak tembus kepada daun), Kurang turun hujan (pokok kering) dan kurang berlaku proses pendebungaan (Kumbang pendebunga halus iaitu jenis Elaeidobius kamerunicus tidak dapat terbang bagi menjalankan aktiviti pendebungaan). Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh agensi Bloomberg yang melibatkan penanam sawit, peniaga dan penganalisis dilaporkan stok simpanan kelapa sawit negara telah pun jatuh 11 peratus kepada 2.33 juta tan metrik pada Januari 2016 lalu berbanding bulan yang sebelumnya. Harta kelapa sawit paling diterima sepanjang tahun 2019 yang mana ia menjejaskan banyak pihak sama ada pihak perladangan apa lagii kepada pekebun kecil kelapa sawit.

Tanaman BULUH (Bambusa spp L) merupakan satu usaha yang berpotensi untuk dilakukan oleh penduduk kampong yang mana mereka mempunyai kawasan sesuai. Saya banyak menulis artikel mengenai buluh untuk dirujuk (Sila klik disini) dan banyak pautan lain. Usaha untuk menanam pokok buloh iaitu tanaman dari keluarga Poaceae untuk penghasilan rebung buloh agak kurang diperkatakan kerana pokok buloh dikatakan jenis rumpai yang agak sukar untuk dimusnahkan apabila ia telah hidup subur dan membiak disuatu kawasan. Bagaimana pun kini telah ada usaha menanam buluh rebung madu (atau padu) yang bersaiz kecil rumpunnya untuk ditanam secara komersil yang banyak di usahakan diutara Semenanjung Malaysia (Sila baca artikel saya sebelum ini -Sila klik disini). Pokok Buloh mempunyai banyak jenis dimana ia dikatakan ada 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Rebung buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok dipermukaan tanah untuk ia membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anak (rebung) akan dikeluarkan diperdu pokok buloh. Persoalannya adalah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang boleh menguntungkan?. Dalam saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Terdapat beberapa jenis buluh di Malaysia yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah setelah saya buat rujukan adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Minyak(Bambusa vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan juga jenis Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea). Tanaman buluh pada kebanyakan negara dikawal kerana pokok buluh adalah dikelaskan sebagai 'world fastest growth' dan menjadi masaalah jika tidak dikawal.

Berbalik kepada isu semasa, dilaporkan menteri membuat kenyataan media bertajuk ''Penjelasan Teresa Kok isu buluh ganti sawit''. Menteri Industri UtamaTeresa Kok menjelaskan bahawa tanaman buluh bagi menggantikan kelapa sawit sebagaimana disiarkan Mingguan Malaysia hari ini hanyalah sebagai cadangan alternatif. Beliau memberitahu, selain buluh, yang turut dicadangkan termasuklah nanas dan kelapa. Sehubungan itu, tajuk laporan Mingguan Malaysia hari ini `Lupakan Kelapa Sawit, Tanam Buluh' dianggap beliau sebagai tidak wajar walaupun isi kandungannya boleh diterima. Berikut merupakan kenyataan penuh Teresa berkenaan isu tersebut iaitu (1) Saya ingin merujuk kepada laporan akhbar yang bertajuk 'Lupakan Kelapa Sawit, Tanam Buluh' yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2019. (2) Tajuk laporan akhbar ini adalah tidak wajar walaupun isi kandungan laporan tersebut boleh diterima. (3) Dalam sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Projek The Valley @ Bentong, Pahang, semalam, saya ditanya oleh pemberita berkenaan hasrat kerajaan untuk mengehadkan perluasan penanaman kelapa sawit. (4) Justeru, saya menjelaskan bahawa tujuan kerajaan berbuat demikian adalah sebagai salah satu langkah bagi melawan sentimen anti-minyak sawit di Eropah yang kini telah menjejaskan pengeksportan minyak sawit kita ke pasaran global khususnya negara-negara Eropah. (5) Sehubungan itu, Kementerian Industri Utama di bawah saya sedang mengambil langkah untuk melawan pengaruh kempen anti-minyak sawit di Eropah yang mutakhir ini menjadi semakin kuat. (6) Saya juga memberitahu wartawan dalam sidang akhbar semalam bahawa harga minyak sawit Malaysia telah jatuh dengan agak teruk pada tahun lepas. Ini sekali gus menjejaskan pendapatan ramai pekebun kecil. (7) Oleh sebab itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menasihati rakyat, malahan termasuklah kementerian saya agar tidak terlalu bergantung kepada satu-satu jenis tanaman. Perdana Menteri menegaskan adalah penting bagi negara kita untuk mengkaji penanaman jenis tanaman yang lain. (8) Buluh, nanas dan kelapa yang saya sebutkan semalam adalah sebagai cadangan alternatif kepada para pekebun kecil yang selama ini sangat bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan.  (9) Kenyataan saya juga hanya rujuk kepada beberapa kawasan yang bersesuaian di Pahang yang kebetulannya mempunyai banyak buluh. (10) Pemilihan tanaman yang lain adalah bergantung kepada kesesuaian tempat. Ada tempat yang sesuai untuk tanam pokok kelapa, ada yang lebih sesuai untuk nenas atau pokok durian. (11) Dengan adanya penjelasan ini, saya berharap kekeliruan dapat dirungkaikan.  Kenyataan tersebut merujuk kepada laporan Mingguan Malaysia yang disiarkan.

Seyerusnya media menjelaskan ''Tanam buluh hanya alternatif'' dimana Teresa Kok dalam satu sidang media pada Sabtu berkata kerajaan mencadangkan pekebun kecil memberi tumpuan kepada tanaman alternative bagi melawan kejatuhan harga sawit di pasaran dunia. Ia bagi melawan sentimen anti minyak sawit yang dijalankan oleh Eropah sekali gus menjejaskan eksport minyak sawit Malaysia ke pasaran global. Kementerian Industri Utama di bawah saya sedang mengambil langkah untuk melawan pengaruh kempen anti minyak sawit di Eropah yang mutakhir ini menjadi semakin kuat. Perdana Menteri menasihati rakyat, malahan termasuklah kementerian saya agar tidak terlalu bergantung kepada satu-satu jenis tanaman. YAB menegaskan adalah penting bagi negara kita untuk mengkaji kesesuaian penanaman tanaman alternatif bagi tujuan untuk mempelbagaikan pendapatan pekebun kecil. Justeru Teresa berkata tajuk laporan sebuah akbar tempatan “Lupakan Kelapa Sawit, Tanam Buluh” adalah tidak wajar. Buluh, nanas dan kelapa yang saya sebutkan semalam adalah sebagai cadangan alternatif kepada para pekebun kecil yang selama ini sangat bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan. Kenyataan saya juga hanya merujuk kepada beberapa kawasan yang bersesuaian di Negeri Pahang yang kebetulannya mempunyai banyak buluh,” katanya dalam satu kenyataan. Teresa dalam satu sidang media pada Sabtu berkata kerajaan mencadangkan pekebun kecil memberi tumpuan kepada tanaman alternative bagi melawan kejatuhan harga sawit di pasaran dunia.

Wartawan Azman Ibrahim dalam Utusan Online me;a[prkan ''Analogi pokok dengan manusia untuk harmoni'' sesuai untuk dikupas. Ia paparkan seorang  peserta memegang sepanduk ketika perarakan dan perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini. Berita dari Kuala Lumpur pada 28 Mac 2019 menyatakan dimana setelah beliau mencetuskan kontroversi dengan isu cadangan penanaman buluh bagi menggantikan kelapa sawit, Menteri Industri Utama, Teresa Kok bercerita mengenai pokok lagi. Kali ini, Teresa tampil membuat analogi pokok hutan yang perlu mempunyai pelbagai spesis untuk hidup subur dan membuat perbandingannya dengan manusia. Katanya, pokok hanya hidup subur jika ditanam dengan pelbagai jenis spesis di dalam hutan. “Saya Menteri Industri Utama, jaga pokok punya. Semua tahu bahawa di bawah kementerian saya, terdapat banyak pokok. Baru-baru ini, saya mahu membuat penanaman semula hutan dan saya diberitahu bahawa jika hendak menanam pokok, kita perlu spesis pokok yang berbeza-beza. Barulah ia akan tumbuh subur dan sihat.  “Perkara sama juga untuk manusia. Kita terdiri daripada pelbagai spesis. Berbeza pemikiran, namun kita dapat hidup bersama-sama,” katanya sewaktu berucap pada program Solidariti Kedamaian yang berlangsung di Dataran Merdeka di sini hari ini. Dalam artikl lain bertajuk ''Teresa Kok dihantui isu tanaman buluh'' juga menarik dikupas. Bermula dengan isu menggantikan tanaman komoditi dengan buluh terus dipersoalkan terhadap Menteri Industri Utama, Teresa Kok dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. Perkara itu telah pun dibangkitkan oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang mahu tahu apakah alasan menteri tersebut dalam mencadangkan tanaman buluh sebagai gantian.  Jelasnya, hal itu mahu diketahui oleh penduduk Baling, Kedah yang ramai terdiri dalam kalangan golongan penoreh getah yang dikatakan masih hidup di bawah paras kemiskinan. “Memandangkan Baling kawasan getah terbesar dalam negara dan kawasan yang paling miskin yang mana Menteri Pembangunan Luar Bandar boleh sahkan. Boleh saya tanya satu soalan mengenai getah? Minta tolong soalan tambahan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika memohon soalan tambahan ketiga diajukan kepada Teresa mengenai sektor getah dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. Namun Teresa tidak memberikan laluan sekali gus membuatkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof tidak membenarkan soalan tambahan ketiga. “Menteri tidak beri (soalan). Okay, orang di Baling tanya mengapa menteri suruh tanam pokok buluh?” balas Abdul Azeez yang kecewa kerana tidak diberikan peluang untuk bertanyakan soalan.   Kenyataan Teresa sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila turut mencadangkan tanaman buluh sebagai satu daripada alternatif kepada pekebun kecil yang selama ini bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan. Beliau bagaimanapun menjelaskan cadangan itu alternatif bukannya sebagai pengganti utama tanaman sawit. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technoly kali ini. Wasallam!!!...
TANAM BULUH... GANTI SAWIT KATANYA...
BILA MEMBACA... RAMAI ORANG KETAWA...
BELUM DICUBA... ADAKAH AKAN BERJAYA...
MENARIK SUNGGUH... LAPORAN MEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Purajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Rejab 1440H).

Saturday, March 23, 2019

TKPM SEKIJANG - STATUS TERKINI

TKPM SEKIJANG atau Taman kekal Pengeluaran Makanan Sekijang, Segamat, Johor adalah merupakan salah satu daripada projek pengeluaran bahan makanan negara yang berjaya. Penulis blog yang merupakan pengasas kepada perlaksanaan TKPM Sekijang pada tahun 2000 (Sudah 18 tahun berlalu) berpeluang membuat pemantauan ke projek ini setelah sekian lama bekerja diseluruh negara. Ini juga bermakna umur penulis pada waktu itu adalah 42 tahun sebagai Pegawai Pertanian Daerah Segamat. Masih ingat bagaimana hutan seluas 82 ekar ini yang terdiri daripada hutan kayu sederhana dan rimbunan buluh mengambil masa beberapa bulan untuk di bersihkan. Apa yang tidak boleh dilupakan apabila projek ini telah menyebabkan 4 kematian sebelum kejayaan ini dapat realisasikan sehingga kini. Cabaran lain yang penulis tidak boleh lupakan adalah dari bantahan keras daripada Pengulu Mukim dan kumpulannya yang nyatakan bahawa projek ini tidak akan berjaya atau akan tutup (mati) selepas 1 -2 tahun perlaksanaannya. Beliau telah menghalang, menganggu dan menyusahkan Pejabat Pertanian Daerah semasa proses awal peringkat perlaksanaannya dicabar sehingga ketika mesyuarat perlaksanaan TKPM sedang berlangsung, kami di serbu beliau dengan kata nista yang tidak masuk akal. Bagaimana pun selepas 18 tahun berlalu didapati projek ini telah berjaya menghasilkan 1.005 juta metrik tan makanan bernilai RM2.321 juta dengan terkini libatkan 9 peserta daripada 8 pesertanya mendapat pendapatan bulanan melebihi dari sasaran RM5,000 sebulan (Sumber: Laporan kemajuan TKPM Malaysia, jabatan Pertanian Malaysia , 2019). Projek ini adalah diantara 74 projek TKPM diseluruh negara iaitu dibawah bimbingan Jabatan Pertanian yang berjaya kekal sehingga hari ini. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology" saya paparkan narative TKPM Sekijang di Segamat, Johor sebagai satu projek yang boleh dijadikan contoh dimana saya berbangga sebagai pengasas projek tersebut pada tahun 2000 dahulu.


Projek TKPM diseluruh negara sebanyak 74 projek melibatkan sebanyak 1,384 peserta dengan keluasan fizikal 11,869 hektar dan diusahakan berhasil seluas 10,304 hektar dengan jumlah semua pengeluaran sebanyak RM 90.174 juta metrik tan bernilai RM193.46 juta sehingga tahun 2018. Daripada jumlah tersebut seramai 372 pserta (37%) telah berjaya mendapat pendapatan melebihi RM5,000 sebulan yang dikelaskan sebagai berpendapatan sangat baik bagi usahawan dalam pertanian sektor tanaman. Di negeri Johor terdapat 10 buah TKPM yang dimajukan dengan jumlah keluasan 1,282 hektar bertanam dan melibatkan penghasilan sebanyak 5.657 juta metrik tan dan nilai pengeluaran sebanyak RM10.725 juta sehingga 2018. Antara TKPM lain di Johor adalah TKPM Pagoh, TKPM IPAH, TKPM Lepau, TKPM Sri Pantai, TKPM Ulu Tiram, TKPM Sg Lebak, TKPM Jemaluang, TKPM Tenggaroh dan TKPM Sedili. Antara beberapa jenis tanaman di banyak TKPM di Johor adalah pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan seperti nangka, nanas, limau, pisang, jambu batu, melon dan sebagainya. TKPM Sekijang ini mendudukki tempat kedua tertinggi dalam pengeluaran hasil makanan (RM2.32 juta) selepas TKPM Ulu Tiram (RM4.742 juta) dalam negeri Johor sehingga 2018. TKPM Ulu Tiram, Kota Tinggi dilaporkan paling tinggi didalam penghasilannya disebabkan peserta mereka dengan luas tanaman kebanyakannya sayuran daun (30 hari tuai) yang dieksport ke Singapura dan parasan domestik seperti kangkong, bayam, kailan, sawi, salad dan sebagainya).  


TKPM Sekijang yang terletak 8 km dari Bandar Segamat mula ditanam pada tahun 2002 dengan sayur-sayuran dan buah-buahan terutamanya jambu batu. Bagaimana pun kejadian banjir besar pada 2006 telah memusnahkan kesemua tanaman dan prasarana di TKPM yang menyebabkan kerugian besar kepada pengusahanya dan pihak kerajaan sehingga ramai yang meninggalkan projek tersebut. Kemudian dilaporkan telah berlaku 3 kali lagi banjir di TKPM Sekijang yang menyebabkan kerugian. Kes banjir ini adalah disebabkan TKPMini  yang terletak bersebelahan dengan Sg Segamat adalah kawasan mudah banjir. Selepas itu. terkini dalam lawatan penulis blog hanya tinggal 76 hektar sahaja yang dikekalkan sebagai TKPM sementara kawasan tepi sungai yang selelu terjejas banjir di keluarkan. Serangan nematod pada jambu batu pada beberapa tahun lepas menyebabkan terdapat beberapa peserta tanaman jambu batu (varieti GU8) telah mengubah tanaman kepada buah nenas (Jenis Selangor sweet/Yankee), Durian Belanda, Limau Kasturi, Pisang dan beberapa lagi. Kawasan sayuran adalah yang paling aktif diusahakan dengan sayuran seperti cili, bendi, petola, kacang panjang, timun, peria, kangkung, bayam dan banyak lagi. Ketua Peserta En Azmi yang saya temui adalah berasal dari negeri Selangor sanggup berhijrah ke TKPM Sekijang ini kerana mempunyai tanah subur dan sesuai diusahakan dengan perjanjian yang logik kepadanya. Mereka membayar semua sewaan tanah dengan baik sehingga kini. Pasaran hasil pertanian disini adalah di Segamat dan dihantar ke Melaka, Johor Bahru serta ada yang dihantar sehingga ke Singapura.


TKPM Sekijang ini sudah matang statusnya selepas 18 tahun ia telah dibangunkan dan terdapat ramai peserta yang disingkirkan daripada projek ini apabila gagal mematuhi peraturan sebagai peserta. Antara faktur dimana mereka dikeluarkan atau gagal meneruskan aktiviti disini sebagai peserta projek adalah kegagalan membayar sewa tanah, kekurangan modal, tidak serius mengusahakan tanah mereka, faktur umur dan kesihatan, ada yang berpindah ketempat lain, gagal untuk membayar hutang bank dan tidak berminat lagi. Pada penilaian saya, projek TKPM ini walau banyak masaalah perlaksanaannya akan tetapi merupakan satu platform terbaik disediakan oleh keajaan melalui Jabatan Pertanian dalam menentukan pengeluaran makanan dinegara ini berterusan dengan dikawal aktivitinya. TKPM Sekijang adalah salah satu contoh TKPM yang membuktikan dimana knsep seperti ini mampu memberi ruang kepada peserta terutama dari golongan B40 untuk meneruskan lagi pengeluaran makanan negara secara signifikan. Mereka dipersijilkan dengan MyGAP agar jaminan mutu dan kualiti makanan yang dikeluarkan terjamin. Pemantauan penulis blog di TKPM ini diiringi oleh beberapa pegawai termasuk Pengarah dan Timbalan Pengarah Pertanian  Johor, Pegawai Teknikal serta peringkat daerah. Perbincangan dengan peserta serta motivasi diberikan agar peserta akan terus berjaya dalam bidang agromakanan negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali  ini. Wasallam!!!..
TKPM SEKIJANG... SATU USAHA...
DAH 18 TAHUN... LAMA UMURNYA...
RM2.32 JUTA... NILAI HASILNYA...
PENULIS LAWAT... RASA BANGGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 718, Hitel View,
Jalan Sia Her Yam,
Segamat,Johor,
Malaysia.
(6 Rejab 1440H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...