Support My Blog

Sunday, December 24, 2023

KESUBURAN TANAH VS BAJA KIMIA

FUNGSI UTAMA TANAH
adalah ia dikenalpasti sebagai asas untuk pengeluaran makanan (food production). Ia merupakan asas kepada semua jenis tumbuhan dim mukabumi ni untuk tumbuh seterusnya digunakan di bidang pertanian sebagai pembekal kepada rantauan makanan untuk manusia, haiwan dan hidupan lain. FAO menyatakan dimana 
dianggarkan ada  sebanyak 95% daripada makanan kita adalah datangnya daripada tanah (Soils). Oleh itu faktur kesuburan tanah (soil health) yang dapat membekalkan nutrien, air, udara dan akar hanya menjadikan tumbuhan subur dan seterusnya dapat ia menghasilkan makanan. Pada penulis blog peranan tanah juga terkait dengan melindungi akar tumbuhan daripada kerosakkan akibat cuaca dan bencana. Tanah adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui dan terhad dimana ini bermakna jika ia rosak dan terjejas maka ia tidak dapat dengan mudah untuk dapat dipulihkan semula dalam jangka hayat manusia. Banyak pihak semakin amat bimbang memandangkan laporan oleh Pertubuhan Pertanian dan Makanan Dunia (FAO) ada keluarkan kenyataan dan menyatakan bahawa sebanyak 33% daripada kawasan tanah adalah di nilai sebagai tahap sederhana hingga tahap amat terjejas yang disebabkan oleh faktur Hakisan, Salinisasi, Pemadatan, Pengasidan dan juga oleh Pencemaran oleh bahan kimia. Isu kemerosotan kesuburan tanah adalah disebabkan oleh penggunaan tanah yang tidak lestari, amalan pengurusan dan iklim yang semakin melampau. FAO menyatakan bahawa kawasan semula jadi tanah yang produktif amat terhad memandangkan ia semakin berada di bawah tekanan intensifikasi dan berlaku persaingan penggunaan untuk tanaman, pembalakan, padang rumput atau ternakan dan perbandaran. Selain itu ada juga keadaan untuk memenuhi permintaan penduduk yang kini jumlahnya semakin berkembang untuk penghasilan tenaga dan makanan serta pengeluaran bahan mentah. Pada penulis blog mendapati dimana kesemua ini akan mendorong kepada kehilangan kesuburan tanah dan kemerosotan kualiti tanah dimana masyarakat umum selalunya gagal untuk mereka dapat mengenalpasti atau dengan sengaja tidak akan mereka mempedulikan hakikat bahawa ia akan mengambil masa sehingga 1,000 tahun untuk membentuk satu sentimeter (1cm) tanah dalam menambakbaik kualitinya. Artikel pada malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan dan kupas mengenai isu tanah subur yang terjejas sehingga menganggu pengeluaran makanan kepada penduduk dunia untuk dijadikan bahan rujukkan.


Setiap tahun ada satu hari yang penting di ketahui umum dan pembaca blog ini semua iaitu '
Hari Bumi Sedunia' dimana antara tema terkini adalah “Kini Giliran Kita Untuk Memimpin” yang disambut diperingkat dunia. Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  dimana pada tahun 2015 telah pun mengistiharkan dimanaiasebagai Tahun Antarabangsa Tanah di seluruh dunia termasuk semua negara disyorkan mengambil langkah penting dalam memerangi kemerosotan tanah. Beberapa saranan dimana sebagai contoh adalah untuk menganalisis tanah-tanah di seluruh negara agar dapat dilakukan memandangkan semakin kurangnya kajian berhubung situasi sebenar akan keseluruhan kualiti tanah di Malaysia. Beberapa jabatan kerajaan dan syarikat swasta ada membuat analisa tanah dimana ia bertujuan untuk mengetahui akan status jenis tanah dan kesuburan tamah semasa ingin membuka ladang dan memulakan usaha pertanian. Penulis blog ingin berkongsi maklumat bagaimana perlu ada kajian lengkap sama ada terdapat sebarang keperluan khusus untuk menambahkan input termasuk bahan kimia pertanian dan baja organik untuk ditabur ke tanah di Malaysia agar lebih subur. Merujuk kepada hasil kajian dimana dari persampelan di 10 sawah padi di Jelapang Padi di utara Semenanjung Malaysia kebun oleh Jabatan Pertanian Maaysia dilihat dimana jelas menunjukkan dimana 90% penanam padi hanya bergantung kepada baja subsidi padi sahaja. Kajian ini mendedahkan ramai pesawah menjalankan amalan agronomi penanaman padi secara  konvensional (pesawah biasanya menggunakan bahan kimia pertanian subsidi sahaja) tidak seperti pesawah padi di sekinchan, Selangor yang banyak membeli baja dan racun kimia tambahan dengan kos sendiri. Pesawah di Sekinchan mampu menghasilkan padi sehingga 8 - 10 metrik tan sehektar berbanding di kawasan di Kedah puratanya cuma 4,500 mt/ha. Pemberian baja organik dan bahan lain dilaporkan membantu menyyuburkan tanah pertanian.


Di beberapa negara terutama di w
ilayah Asia yang merupakan pengguna terbesar baja di dunia perlukan bahan tersebut untuk meningkatkan hasil tanaman petani. Merujuk laporan dimana jumlah penggunaan nutrien baja di Asia ialah sebanyak 58.5% daripada jumlah penggunaan dunia. Dilaporkan dimana jenis baja mineral merupakan lebih banyak digunakan dimana sekitar 90% daripada baja yang digunakan oleh semua jenis sistem pertanian di Malaysia sama ada oleh perladangan atau pekebun kecil di Malaysia. Baja utama yang selalu digunakan adalah seperti Baja Urea, Baj Ammonium sulfat, Baha Kalsium ammonium nitrat, Batu fosfat, Super fosfat, Ammonium fosfat, Kalium klorida, Kalium sulfat dan NPK, NP dan baja sebatian PK. Penggunaan baja di Malaysia pada 2012 adalah 1,570.7kg/ha daripada tanah pertanian dimana kini sudah meningkat lebih tinggi lagi. Apa pun dilapaorkan dimana ada kesan negatif ekologi daripada baja kimia yang mana ia semakin membimbangkan. Naja jenis Nitrogen sintetik dimengurangkan kandungan humus dan biodiversiti dalam tanah, menyebabkan pengasidan tanah dan meningkatkan pengeluaran nitrus oksida, gas rumah hijau penyebab perubahan iklim yang akan menjejaskan pengeluaran makanan pada masa depan. Peningkatan dalam keasidan tanah mengurangkan pengambilan fosfat oleh tanaman, meningkatkan kepekatan ion toksik dalam tanah, dan menghalang pertumbuhan tanaman. Kelenyapan humus dalam tanah menghilangkan kemampuan untuk menyimpan nutrien. Gas rumah hijau diperolehi daripada lebihan nitrogen adalah menjejaskan iklim. Ringkasnya, nitrogen sintetik memusnahkan prinsip asas utama pengeluaran pertanian dan membahayakan jaminan keselamatan makanan masa depan. Dilaporkan dimana pada masa ini ramai petani memerlukan kuantiti baja yang banyak untuk pertanian organik iaitu baja ini seharusnya dikeluarkan sendiri atau bersumberkan dari ladang. Salah satu penyelesaian kepada masalah ini bagi memenuhi tuntutan tanah serta penyelesaian kepada masalah pengurusan sisa organik dengan cara petani membuat baja kompos. Teknologi kompos adalah amat banyak dimana ia boleh diperolehi dan telah terbukti amat berjaya dalam situasi di kebun sedia ada. Teknologinya terdiri daripada kompos anaerobik biasa hinggalah kepada pelbagai prosedur kompos aerobik seperti kompos bio-tahi lembu dan kompos cacing. Semburan foliar seperti vermiwash dan panchagavya terbukti amat berkesan sebagai semburan cecair ke atas tanaman.


Dari beberapa kajian dilaporkan dimana k
adar kemerosotan tanah semasa mengancam kemampuan generasi masa depan untuk memenuhi keperluan paling asas mereka. Siasatan awal yang dilporkan termasuk pihak CAP menuntut Kerajaan Malaysia menjalankan kajian ke atas tanah Malaysia secara besar-besaran dan melakukan analisis sistematik dan dapat memajukan dasar negara yang jelas berhubung penggunaan input organik untuk meningkatkan pemulihan tanah yang terjejas. Langkah ini perlu bukan hanya untuk menyelamatkan tahap kesuburan tanah di Malaysia akan tetapi uanya akan mengembangkan tanah yang subur yang membolehkan petani dapat menuai hasil makanan yang lebih tinggi dimana ia semestinya akan lebih berkhasiat untuk memastikan kesihatan manusia. Penulis blog tertarik dengan laporan media bertajuk 'Malaysia tanah subur tapi import makanan RM70 bilion setahun' yang di nyatakan oleh Perdana Mentri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. Dakwanya kerajaan kini dalam usaha mengurangkan kebergantungan import makanan negara selain mahu memperkasakan sektor pertanian negara. Langkah yang akan diterajui Jabatan Pertanian itu merupakan usaha jangka sederhana seterusnya dapat dilaksanakan dengan menyeluruh. Beliau dakwa kini negara mengimport produk makanan termasuk benih tumbuhan dengan nilai amat besar dan menelan kos hampir RM70 bilion setahun. Malaysia ini mempunyai hujan, air, kesuburan tanah, namun kita import produk makanan amat besar sehingga RM70 bilion setahun. Kerajaan India juga dilaporkan akan naikkan cukai eksport bawang merah dan bawang putih sehingga 40 peratus dimana ia bukan di bawah kawalan negara. Antara isu kritikal termasuk harga ayam dan kekurangan bekalan makanan menggambarkan risiko dihadapi negara. Beberapa keperluan asas makanan turun naik pengeluarannya dimana ini te;ah pun meletakkan Malaysia dalam risiko kerana kebergantungan kepada import. Keselamatan bekalan makanan menjadi lebih kritikal terutama tempoh tiga tahun sejak Covid-19 menjelma. Ada beberapa negara bertindak mengehadkan eksport makanan dan ini menyebabkan harga barangan makanan melonjak berikutan rantaian pengeluaran yang terjejas disebabkan pandemik dan kenaikan kos input kimia. Pada tahuan 2020, Malaysia mengimport produk makanan bernilai RM55.5 bilion. Defisit import kepada eksport makanan naik paling pantas iaitu 24 peratus atau RM21.7 bilion. Itu sama dengan bayaran khas RM500 Aidilfitri kerajaan selama 21 kali. bagaimana pun dalam tempoh 10 tahun, kos terkumpul import makanan negara adalah RM482.8 bilion atau tujuh kali ganda peruntukan pembangunan dalam bajet 2021. Malaysia kini terlalu bergantung kepada import walaupun negara ini subur dan jutaan ekar tanah tidak dimanfaatkan. Malaysia telah pun  mengimport daging kambing bernilai RM879.4 juta, mangga (RM87.9 juta), kelapa (RM266.1 juta) dan daging lembu (RM2.2 bilion) pada tahun 2020. Penulis blog dapati dimana apa yang lebih merungsingkan apabila produk biji kelapa, mangga, kambing dan lembu boleh ditanam dan diternak di negara ini perlu diimport. Selain itu produk lain seperti biji kopi, bawang, kentang, sotong, susu segar, kobis bulat, cili, dan halia juga masih tinggi nilai importnya. 


Malahan Malaysia dilaporkan pernah mengimport beras bernilai AS$620 juta pada 2020 iaitu dilaporkan sebagai negara pengimport ke 9 paling besar di dunia dalam kategori 10 negara terbesar iaitu Arab Saudi, China, Iraq, Perancis dan Amerika Syarikat. Sesiapa yang pernah ke 
Jepun dapat lihat setiap inci tanah dimanfaatkan terutama untuk tanaman padi. Ia berlaku sebab rakyat di negara itu merasakan beras negara lain tidak sedap. Beras import dikenakan levi tambahan bagi melindungi petani tempatan. Sebenarnya kos import makanan Malaysia akan terus meningkat terutama dengan nilai ringgit yang semakin menurun. Malaysia ada tanah tetapi sebahagian besar terbiar atau tidak dimajukan secara berkesan. Di Korea Selatan, pisang ditanam ketika musim sejuk dan negara itu diliputi salji. Apa pun di Malaysia, tiada usaha menggantikan petani yang semakin tua dimana didakwa tiada subsidi atau geran yang diperuntukkan kepada golongan muda berkecimpung dalam sektor pertanian atau sudah tidak ada minat golongan muda dalam sektor pertanian. Di Eropah dan Amerika dimana sektor pertanian diberikan subsidi besar bagi memastikan dasar keselamatan makanan mereka terjamin. Keluasan tanah pertanian di Malaysia dilihat ia semakin mengecil dan tiada siapa tahu anggaran sebenar dan isu kesuburan tanah yang semakin menurun menjejaskan penghasilan tanaman. Apa yang dilihat dimana tanah pertanian sudha pun diubah kepada perumahan, perkilangan, pembinaan prasarana demi konsep untuk pembangunan. Pembahagian harta pusaka selepas kematian pemilik Islam menjadikan tanah luas mengecil dan tiada saiz ekonomi atau “economy of scale” bagi kegiatan komersial. Di negara maju, tanah pertanian digazet supaya saiznya kekal walaupun selepas kematian pemilik sebagai syarat menerima subsidi. Di Sememangnya Malaysia apa yang merisaukan adalah ia diambang bahaya keselamatan bekalan makanan jika tiada usaha mengurangkan atau menghentikan import, mewujudkan petani generasi baru, mengekalkan saiz pertanian dan menggalakkan pengeluaran walaupun saiz tanah kecil menggunakan kaedah moden serta usaha menyuburkan tanah secara lestari. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAH PERTANIAN... PENTING DIJAGA...
JENIS BAJA KIMIA... BANYAK IA DI GUNA...
BAJA ORGANIK... MENYUBURKAN TANAH JUA...
KURANGKAN IMPORT... MAKANAN TERSEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1826, Hotel Pullman,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(2 Jamadilakhir 1446H).
Posted from:
Chalet no 8, Tg Uda River Resort,
Kg Sitiawan, Perak.

Saturday, December 23, 2023

PERTANIAN REGENARATIF - APA DIA?

PERTANIAN REGENARATIF (Regenerative Agriculture atau Regenrative Farming) dima ia merupakan satu konsep dimana maksudnya adalah pertanian yang berprinsip dalam usaha meningkatkan kualiti di kawasan pertanian dengan pentingkan aktiviti rehabilitasi dan revitalisasi keseluruhan ekosistem termasuk menjaga kepentingan tanah dan air. Sejak lama dimana amalan pertanian memang telah menitikberatkan kepada usaha dalam pengurusan air, penggunaan baja dan mempertahankan kepelbagaian aktiviti biologi untuk dapat menyediakan keadaan tanah pertanian pertanian yang sihat. Kesannya dimana dengan meningkatkan kesihatan tanah dan menjaga kesuburan tanah maka kadar karbon dan biomass tanaman yang di hasilkan menjadi lebih banyak dimana ini akan menjadikan kualiiti hasil pertanian meningkat dan seterusnya mendapat harga jualan produk lebih tinggi. Ada banyak aspek dalam pertanian regenaratif yang boleh di amalkan bagi tujuan ini. Bagi penulis blog dimana pertanian regeneratif adalah dimaksudkan juga dengan bagaimana pendekatan amalan pertanian dijalankan yang bertujuan untuk meningkatkan kesihatan dan kesuburan tanah bersamaan dengan melindungi sumber sedia ada dan keanekaragaman pelbagai hidupan dan persekitaran sedia ada. Apa pun aktiviti memulihkan kesihatan tanah perlu dilakukan demi membantu mengurangkan kadar karbon dimana tanah yang lebih sihat  biasanya ia mampu meningkatkan hasil penuaian hasil serta membantu meningkatkan pendapatam petani. Kepada semua pembaca blog maksud pertanian regenaratif ini boleh dimaksudkan dengan basaha mudah sebagai 'Pertanian Penjanaan Semula' yang bermaksud sejenis pertanian yang mengembangkan konsep dan yang objektif utamanya adalah menjalin hubungan antara petani dan peternak untuk mereka mengarahkan kegiatan ekonominya ke arah sesuatu yang lebih lestari (sustainable). Apa pun lazimnya dalam banyak proses amalan agronomi yang telah dilaksanakan melalui pertanian moden dilaporkan cara konvensional ini akan menyebabkan kehilangan kesuburan tanah. Maka dengan alasan tersebut maka pendekatan pertanian regeneratif akan menjadi semakin penting dimasa akan datang untuk menjamin penghasilan lebih baik untuk bekalan makanan dunia. Dalam pada itu memandangkan evolusi teknologi dan peningkatan pengeluaran dan permintaan makanan penduduk dunia terus meningkat maka kepentingan menjaga agar tanah pertanian terus subur perlu di fikirkan. Sejak dulu amalan pertanian sudah menjalankan proses konvensional yang menggunakan unsur-unsur bahan kimia yang merosakkan tanah. Kini kesannya dimana ini bukan sahaja menyebabkan jumlah hasil pengeluaran yang dapat dilakukan menurun tetapi sumber asas sedia ada termasuk tanah semakin tercemar. Kualiti Air dan juga kualiti tanah dalam kawasan yang paling banyak terjejas kerana ia telah dipengaruhi oleh amalan pertanian moden yang menyebabkan kehilangan kesuburan tanah, berlaku penurunan kehadiran mikrobiologi, mineral dan bahan organik dimana faktur ini amat mempengaruhi prestasi kesuburan tanaman dan penghasilan pertanian. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kupas mengenai apakah dia pertanian regenaratif untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Dilaporkan dimana kaedah 
pertanian regeneratif akan memainkan peranan lebih penting untuk mengembalikan komponen dinamik ini ke tanah. Asas sistem pertanian dan penternakan ini adalah sistem eko-pintar sepenuhnya. Ia juga di maksudkan sebagai usaha bagi mencampurkan perkembangan terbaik teknologi moden dengan keperluan pembangunan yang lebih lestari. Jika ada kumpulan holistik yang dibentuk oleh pertanian, penternakan dan perhutanan disebut kemudian sebagai 'kitaran sistem makanan lestari' dimana objektif pertanian regeneratif adalah untuk ianya dapat mencapai keseimbangan dengan cara yang semakin sihat. Keseimbangan ini mesti membolehkan sumber semula jadi akan tidak habis dimana asasnya tanah dapat menghasilkan semula pada kadar yang lebih cepat daripada sumber yang diekstrak keluar oleh tanaman dan cara lain. Sememangnya penulis blog faham dimana perkara ini cukup mencabar pakar-pakar sains diseluruh dunia. Manusia akan terus bertambah dimana keperluan makanan juga terus meningkat sedangkan kawasan tanah sesuai untuk pertanian semakin berkurang disebabkan oleh pembangunan. Tanah pertanian sedia ada juga dilaporkan semakin berkurangan dan sudah tercemar atau kurang subur lagi akibat penggunaan bahan kima yang berlanjutam. Objektif lain dari pertanian degeneratif adalah menjadikan semua operasi pertanian dan aktiviti ternakan akan lebih menguntungkan. Ini juga bertujuan untuk petnai dapat mengurangkan kos pengeluaran setersunsya juga petani dapat malakukan hubungan simbiosis antara haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sisa biomass di tanah dengan cara yang luar biasa termasuk membuat kompos. Sekiranya petani terus menerus bertania secara konvensional dengan menggunakan bahan kimia ianya akan merendahkan kualiti tanah yang mana ini akan menyebabkan tanah kehilangan kesuburannya. Sejak dulu sudha dilaporkan mula berlaku apa yang dikatakan sebagai 'Proses Penggurunan' atau dalam bahasa Inggeris ebagai 'desertification'. Desertification ini adalah proses buatan manusia yang mana ia menyebabkan pengurangan kesuburan dan penggurunan tanah dimana dulu tanah tersebut merupakan kawasan pertanian dengan tanah yang subur. Pa pun kemudian jika berlaku isu dimana tanah kehilangan kesuburan sebenarnya ia sudah kehilangan asas keupayaan untuk menghasilkan tanaman dengan produktif. Selalunya apa yang berlaku adalah tanah mula terhakis dan setiap masa ia memerlukan kewujudan mikrob dalam tanah  yang menjadi sedikit jumlahnya. Amalan untuk menjadikan cadangan pertanian regeneratif menjadi kaedah didalam usaha untuk menjalankan pertanian di seluruh dunia perlu dilakukan.


Penulis blog kongsikan penjelasan iaitu bagaimana pendekatan p
ertanian regeneratif boleh dijalankan iaitu ia merangkumi beberapa amalan pertanian terpilih. Pendekatan pertama adalah Amalan Penanaman Karbon dimana amalan bagi meningkatkan karbon tanah dengan meningkatkan struktur dan juga tahap kesuburan tanah serta melalui pengurangan pelepasan gas rumah hijau. Seterusnya adalah amalan Pembajakan Minimal atau Tiada Pembajakan di lakukan diatas tanah. Cara ini akan seterusnya dapat mengurangkan atau menghapuskan pembajakan mekanikal yang selalunya amalan seperti ini akan mengurangkan kehilangan karbon, berlaku hakisan tanah dan kes gangguan struktur tanah. Amalan ketiga adalah berkaitan dengan Penggiliran Tanaman (Crop Rotation) dimana secara baiknya petani akan menanam dengan pelbagai jenis tanaman dan tanaman berlainan antara baris untuk mengelakkan ada patogen perosak dan penyakit serta mengelakkan kes-kes hakisan tanah, membantu mengawak rumpai, memelihara kelembapan dieskeliling tanaman dan dapat memperbaiki struktur atau kesuburan tanah. Perlu juga diamalkan apa yang dikatakan sebagai Pemulihan dan Perlindungan Ekosistem dimana peru sentiasa dijaga akan aktiviti pemulihan landskap semula jadi seperti hutan, sumber bekalan air dan keadaan tanah lembap untuk mengekalkan biodiversiti dan kelestarian alam sekitar. Sejak lama sudah diperkenalkan Amalan IPB atau Pengurusan Perosak Bersepadu dimana penggunaan kaedah biologi dan musuh semulajadi dan bukannya racun kimia untuk mengawal perosak dan penyakit tumbuhan perlu dilakukan oleh petani. Penggunaan racun kimia yang dibuat berterusan akan menyebabkan serangga dan patogen lain akan menjadi kebal. Seterusnya amalan Pemulihan Pastura Bersepadu terutama bagi pengurusan padang rumput yang luas dengan melakukan penggiliran ternakan dan pusingan kawasan ragutan bersepadu bertujuan untuk mengekalkan ekosistem dan biodiversiti kawasan pastura yang sihat. Penulis blog ada banyak membincangkan mengenai Amalan Menggunakan Sungkupan dimana penggunaan sungkupan yang diperbuat daripada sisa tanaman atau bahan organik lain untuk melindungi tanah daripada hakisan, memperbaiki lagi struktur tanah, mengekalkan kelembapan dan akan menyekat pertumbuhan rumpai agar dibuat dengan baik. Kini lebih ramai petani suka menggunakan sungkupan plastk sivershine dimana sebenarnya untuk jangkamasa panjang ia seterusnya menyebabkan tanah menjadi toksik dan tanaman tidak mampu tumbuh dengan subur. Sila baca tulisansaya mengenai isu ini dnegan pautan berikut (Sila Klik Disini). langkah seterusnya dengan Amalan Agroforestry iaitu pendekatan yang mana ia menggabungkan tumbuhan pokok hutan berkayu bersama dengan aktiviti tanaman atau ternakan di tapak yang sama untuk meningkatkan hasil tanaman, mengurangkan hakisan, meningkatkan biodiversiti dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Seterusnya amalan pertanian regenaratif adalah dengan mengamalkan Penggunaan Kompos dan juga Sisa Organik dimana penggunaan kompos, baja hijau dan bahan organik lain bertujuan untuk meningkatkan kesuburan tanah, memperbaiki struktur tanah dan membolehkan kepelbagaian mikrobiologi berada dalam tanah. Akhir sekali adalah dengan cara pendekatan termasukaktiviti seperti Pemulihan dan Pemuliharaan Kepelbagaian Genetik yang berkait dengan keperluan untuk menanam jenis tumbuhan tempatan dan tradisional serta amalan memulihara benih untuk mengekalkan kepelbagaian genetik dan sistem pertanian yang lebih mampan.


Tanaman Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) merupakan tanaman yang terluas di tanam di Malaysia dan Indonesia dimana ia telah menjana pendapatan penting kepada KDNK negara. Menyentuh mengenai kepentingan 
pertanian regeneratif bagi tanaman sawit meskipun tidak ada definisi yang diterima secara universal dimana pertanian regeneratif dimaksudkan dengan penggabungan amalan pertanian yang bertujuan untuk mempertahankan kesihatan tanah dan tidak menghabiskan akan sumber alam sedia ada seperti air dengan kaedah sesuai untuk tetap mengurangkan kesan emisi gas rumah kaca. Selain itu juga pertanian regeneratif dapat meningkatkan pendapatan petani dengan memberikan produktiviti hasil yang lebih baik dan meningkatkan bekalan makanan melalui cara penanaman berbagai jenis tanaman. Secara asas dimana menjaga persekitaran amat penting kepada 3 faktur dalam pengeluaran iaitu Iklim, Tanah, Keanekaragaman Hayati dan Air. Bagi iklim perlu di ketahui akan kepentingan penyerapan karbon serta aspek pengurangan pengeluaran (emission) gas rumah kaca. Sumber tanah pula berkait dengan kaedah bagaimana untuk mempertahankan kesihatan tanah dan mencegah degradasinya. Keanekaragaman Hayati bermaksud sebagai bagaiman cara mempromosikan dan kaedah untuk  mempertahankan keanekaragaman hayati dilapangan. Bagi sumber Air pula adalah bagaimana cara meningkatkan perkolasi air, filtrasi dan retensi air. Saintis laorkan dimana sektor pertanian menyumbang lebih dari 1/4 emisi1 gas rumah kaca dunia, sementara pertumbuhan populasi dunia juga terus meningkatkan tekanan pada industri pertanian. Saintis diseluruh dunia perlu fikirkan bagaimana pertanian dapat terus maju tanpa merosakkan kawasan tanah tempat ia tumbuh dan sesuai dengan iklim yang juga berubah. Jika amalan pertanian dilanjutkan secara konvensional maka ia akan merosakkan tanah melalui proses hakisan tanahm pencemaran bahan kimia dan penggurunan. Bekalan makanan dunia akan terjejas apabila lapisan tanah atas kehilangan nutrien dan kesuburan. Menyentuh mengenai tanaman sawit dimana permintaan minyak sawit terus meningkat diseluruh dunia. Kelapa sawit adalah tanaman tahunan (perennials) yang ekonomik sehingga sekitar 20-25 tahun berbeza dengan tanaman untuk minyak masak lain yang ditanam setahun sekali seperti jjagung, rapeseed dan sebagainya. Tanaman tahunan seperti kelapa sawit sangat sesuai untuk mengamalkan pertanian regeneratif dengan mudah. Amalan Tanaman Giliran dilakukan untuk mencegah degradasi lapisan tanah atas lebih dapat diterapkan pada tanaman setahun dengan tanaman penutup bumi kekacang. Sistem akar tanaman penutup bum ini telah berkembang baik membolehkan ia menyimpan karbon lebih efektif dan meningkatkan kapasiti menahan air dan infiltrasi, retensi nutrisi, dan mengurangkan hakisan tanah (yang meningkatkan kehidupan mikrob dalam tanah).  


Dalam perladangan sawit ada beberapa perkara sesuai dilakukan pertamanya adalah menyentuh kilang sawit. Kini sisa kilang sawit telah di sesuaikan dengan kaedah pengurusan sisa POME yang dijaga dengan baik. POME kini telah pun 
diproses dan di proses menjadi baja kompos atau baja organik yang sesuai dikitar semula untuk tanaman makanan. Jika ia dilakukan maka kebergantungan kepada baja kimia dapat dikurangkan dengan ekonomik. Dalam mengawal masaalah serangan tikus di ladang sawit kini diperkenalkan pemasangan rumah Burung Hantu (Tyto alba) dalam ladang sawit sebagai sangat berkesan. Perosak tikus selalunya akan merosakan tanaman kelapa sawit muda dan memakan buah sawit yang masak menyebabkan kerugian. Pada masa ini sudah di laksanakan apa yang dikatakan sebagai amalan prinsip Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) yang dipatuhi oleh semua pengusaha tanaman sawit. 
Tanaman sawit di kawasan tropika dengan menerima curahan hujan yang tinggi perlu mematuhi RSPO untuk tujuan pasaran eksport keseluruh dunia. Pada penulis blog dimana tanaman monokultur seperti kelapa sawit kurang mendokong cara bagaimana keanekaragaman semulajadi jika hendak ianya dibandingkan fauna didalam hutan tropika sedia ada. Ada ekempen dari negara barat menyatakan beberapa negara pengeluar minyak sawit telah memusnahkan hutan dan haiwan termasuk orang hutan sebagai kempen anti-minyak sawit. Bagaimana pun dilihat isu ini dimainkan oleh mereka yang kurang faham dimana penanaman sawit sebenatnya adalah membolehkan ia seperti penghutanan semula cuma sawit mampu memberikan hasil. Kini banyak negara rantau ini amalkan pendekatan keanekaragaman hayati selama 10 tahun terakhir dengan hasil yang sebenarnya. Pertanian regeneratif menjadi sangat penting dalam meningkatkan kelestarian sektor pertanian termasuk untuk kelapa sawit. Meningkatnya permintaan akan makanan yang ditambah dengan menipisnya tanah yang subur memang ia memerlukan sistem pertanian baru termasuk Penjanaan Semula Pertanian atau Regenaratif Pertanian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
REGENERATIF PERTANIAN... APA DIA...
JARANG DI BINCANG... DI MALAYSIA....
BANYAK FAKTUR... PERLU DI CERNA...
KURANG FAHAM...SILA BACA SEMULA...  

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1926, Hotel Pullman,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(2 RabiulAkhir 1445H).
Published from,
Room 8, Tanjung Uda Resort,
Kg Sitiawan Setiawan, Perak.
A family gathering day....

Friday, December 22, 2023

BUAH NONA SERI KAYA - FAKTA MENARIK

BUAH NONA
(Annona squamosa) atau pun BUAH NONA SERIKAYA merupakan buah tropika yang kurang popular di Malaysia tetapi ianya mudah dikenali kerana bentuk buahnya dan namanya iaitu tumbuhan dari keluarga Annonaceae. Nama lain atau synonim bagi buah ini adalah seperti Annona reticulata sementara di negara jiran Indonesia buah ini dipanggil sebagai Mulwo, Binoa atau Manowa. Penulis blog ada mmembuat rujukkan yang menyatakan bahawa buah ini dipercayai berasal secara semulajadi dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pada masa ini buah nona telah pun ianya diusahakan di banyak negara termasuk kawasan di Asia Tenggara dan seluruh kawasan tropika. Apa yang unik mengenai buah nona adalah bentuk buahnya yang dilihat ia berbonggol dan mempunyai banyak biji dan boleh didapati di sepanjang tahun (tidak bermusim). Apa pun buah ini juga dipanggil sebagai buah N
ona serikaya atau Bullock’s Heart (Inggeris), Mulwo, Binao, Manowo, Serikoyo (Indonesia), Noi Nong (Thailand), Sarikaya (Filipina), Ramphal (India), Coeur de Boeuf (Perancis), Coracao de Boi (Portugis) dan Kanowa (Jawa). Pokok nona mempunyai batang yang tingginya sekitar 3 - 7 meter dimana pada semua bahagian pokoknya selalu ia mempunyai bau yang kuat apabila ia di ramas, terluka atau lebam. Bentuk daunnya bujur memanjang dan agak lembik di hujung tepinya. Manakala bunganya dalam karangan yang pendek. Kelopak daun sewaktu kuncup tersusun secara tertutup dan bersatu pada pangkalnya. Di bahagian bawah bunga meninggi dan ia mempunyai banyak benang sari dan berwarna putih. Penghubung ruang sari di atas ruang sari melebar dan menutup ruangnya. Bila ia berputik buahnya banyak dimana dikepala putik boleh dikatakan seakan duduk. Buahnya majmuk dan lebih kurang berbentuk bola. Anak buahnya khusus dengan hujung mendatar, juga pada waktu masak masih berhubungan. Saiz buahnya pelbagai iaitu ada yang berbentuk simetri kepada bentuk hati, bujur atau sfera dengan ukuran saiznya berukuran daripada 5 -12 cm. Apa pun sellaunya ada terdapat pelbagai jenis Buah Nona dimana diantara yang sering dijumpai adalah buah nona yang mana ia mempunyai kulit berwarna Kulit Hijau dan  Kulit Merah. Rasa buahnya manis dan sedap walau pun biji buah nona amat keras dan jika tertelan tidak akan memberikan kesan sakit tetapi bahagian isi rong biji ini dilaporkan ia mengandungi racun. Artikel pada petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai buah nona seri kaya untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Menyentuh mengenai buah nona ini dimana bahagian b
ijinya pula berwarna coklat kehitaman. Isi buah berwarna putih dan seakan kotor apabila cukup masak (Sila lihat foto disebelah). Bahagian yang banyak digunakan adalah bahagian biji, buah muda dan daunnya. Bijinya dikatakan mengandungi ia khasiat insektisida dan perlu elakan memakannya. Manakala pada bahagian daunnya pula dikatakan mengandungi khasiat anti inflamasi dan antelmintik. Sifat khas tanaman ini ialah ia ada rasa kelat dan beracun. Pada bahagian kulit kayu pokok ini ia mengandungi kira-kira 0.12% bahan dinakakan sebagai Anonaine. Dalam pada itu dilaporkan ada getah daripada dahan yang dipotong mengandungi akrid dan bahan ini boleh menyebabkan keradangan dan boleh memberi kecederaan teruk pada mata jika terkena. Kulit akar kayunya pula apa yang penulis blog tahu dimana ia dikatakan mengeluarkan tiga jenis alkaloid iaitu Anonaine, Liriodenine dan Reticuline. Apa pun dilaporkan dimana buah nona dikatakan rendah dalam lemak tidak tepu, tidak mempunyai kolesterol, rendah kandungan sodium, tiada ada gula, tinggi dalam potassium, tinggi dalam vitamin B6 dan amat tinggi dalam vitamin seperti vitamin C serta mengandungi kalsium dan fosforus. Ini bererti buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam usaha menghasilkan sel darah merah (erytrocyte), membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak. Penulis blog agak jarang jumpa buah nona kulit merah tetapi lebih kerap jumpa buah nona kulit hijau. Lazimnya dimana apabila buah nona seri kaya ini masak sepenuhnya maka ia amat lembut untuk dipegang dari luar dan juga bahagian dalamnya lebih mudah isinya dikeluarkan. Isinya boleh dimakan dengan cara mencungkil dengan sudu iaitu cara sama seperti mana semasa memakan buah avokado dan buah kiwi. Selalunya isi buahnya sesuai untuk ia dihancurkan dan ditambahkan dengan susu kocak ataupun air krim bagi menambah keenakan rasanya.


Terdapat beberapa laporan dimana pada s
etiap bahagian pokok nona ini juga dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat alternatif. Air rebusan daun dari pokok buah nona seri kaya ini dikatakan boleh digunakan sebagai ubat untuk ianya menghapuskan masaalah cacing iaitu terutamanya yang terdapat di dalam usus. Ðaun yang telah dihancurkan pula ia juga dikatakan boleh digunakan sebagai ubat tampal pada bisul dan juga ulser. Ðaunnya juga dikatakan boleh dijadikan penawar bagi merawat luka daripada dikerumuni lalat, penyakit cirit-birit, radang usus (najis berdarah), masalah mual-mual, sengal-sengal tulang, batuk dan selesema. Buah yang belum masak pula dikatakan kaya dengan tannin dimana jika dikeringkan boleh diguanakan sebagai ubat menentang diarrea dan disenteri. Dalam kes lain ada laporan dimana pada bahagian kulit pokok nona pula dikatakan mempunyai sifat astringen dan air rebusannya yang diambil sebagai tonik juga dikatakan mempunyai khasiat untuk mengubat diarrea dan disenteri. Caranya ialah dengan mengambil sedikit kulit bersaiz lebih kurang dua jari dan dimasak dengan 400 cc air sehinggalah air itu tinggal hanya 50% dan di minum sebanyak tiga kali. Ðalam kes yang teruk, daun, kulit kayu dan buah hijau dikatakan boleh direbus bersama selama lima minit dalam seliter air dan dijadikan sebagai air rebusan yang berkhasiat. Akar kulit kayu pula dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat tampal di sekeliling gusi untuk melegakan sakit gigi. Biji buahnya beserta daun pokok nona dikatakan boleh ditumbuk bagi mengatasi masalah sakit sendi dan dijadikan sebagai ubat untuk membunuh kutu kepala. Perlu awas dimana walau bagaimanapun pada bijinya mempunyai kesan toksik dan tidak boleh dimakan.  Kajian makmal menunjukkan dimana kandungan nutrisi yang terdapat di dalam sebiji buah nona yang bersaiz sederhana (81.2g) terdiri daripada bahan tenaga (63 kcal), Karbohidrat (13.64 g), Protein (1.62 g) dan Lemak (0.24 g). Ini menunjukkan dimana setiap 1 biji buah nona yang bersaiz sederhana dapat membekalkan komponen penting yang lain seperti kalsium dan zat besi. Buah nona turut mengandungi kadar kalium yang tinggi dan kandungan sodium yang rendah.


Pokok yang kurang popular di tanam di Malaysia ini dlaporkan memang banyak kegunaan dan khasiatnya. Penulis blog kongsikan 10 kegunnan buah nona untuk dijadikan bahan rujukkan. Pertama ia didakwa mampu m
elancarkan sistem pencernaan dimana ada individu yang mempunyai massalah sembelit perlu tahi aka perkara ini. Sembelit merupakan antara masalah penghadaman yang sering dihadapi kerana kekurangan air atau serat di dalam diet. Kekurangan komponen ini akan mengeraskan najis dan menyulitkan proses untuk membuang air besar. Buah nona tinggi dengan sumber serat yang mampu untuk menggalakkan proses peristalsis iaitu proses didalam pergerakkan usus dan sekaligus mencegah masalah sembelit. Kedua dimana buah nona akan meningkatkan sistem imuniti badan kerana apabila tubuh badan akan mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang mudah berjangkit apabila badan mempunyai tahap imuniti yang rendah. Buah nona mengandungi kadar vitamin C yang tinggi yang mampu untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Hal ini kerana vitamin C mampu untuk membantu mengaktifkan sel darah putih untuk melawan virus, bakteria dan patogen asing yang menyerang tubuh badan. Ketiga dimana buah nona yang kaya dengan antioksida akan mencegah tekanan oksidatif. Buah nona kaya dengan kandungan antioksida yang tinggi kerana ianya mempunyai kandungan vitamin C yang dapat bertindak sebagai antioksida yang dapat mencegah kerosakkan sel yang disebabkan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas. Ke empat dimana ia mampu untuk mengawal paras tekanan darah kerana diketahui masaalah tekanan darah tinggi merupakan antara penyakit yang membelenggu rakyat Malaysia. Tekanan darah yang tidak terkawal akan menyebabkan salur darah untuk pecah dan mengakibatkan serangan angin ahmar. Buah nona mengandungi kalium yang tinggi yang dapat mengurangkan paras tekanan darah dengan menyebabkan salur darah untuk mengembang. Pengembangan salur darah dapat membantu mengurangkan tekanan yang dikenakan pada salur darah. Ke lima ia dipercayai mampu mencegah kanser kerana kanser adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh pembahagian sel yang tidak terkawal lalu mengganggu sel-sel sihat disekitarnya. Buah nona mengandungi komponen anti kanser dan antioksida yang dapat mencegah sel daripada rosak. Ke enam dimana buah nona mampu memberikan tenaga  kerana ianya mengandungi vitamin B di mana vitamin B diperlukan untuk penghasilan tenaga. Buah nona juga turut mengandungi karbohidrat yang merupakan sumber tenaga utama untuk badan. Ke tujuh dimana ia baik untuk kesihatan tulang kerana cara pemakanan yang sihat dan seimbang penting untuk pembentukkan tulang yang sihat dan kuat. Kekurangan pengambilan kalsium akan menyebabkan masalah tulang rapuh ataupun dikenali sebagai osteoporosis. Buah nona mempunyai kandungan kalsium yang dapat membantu di dalam penghasilan tulang yang kuat dan padat. Ke lapan adalah buah nona yang kaya dengan asid folik baik untuk wanita hamil dan yang cuba untuk hamil pasti tahu apa itu asid folik dan kepentingan pengambilan asid folik. Asid folik penting untuk pembentukkan sistem saraf tunjang bayi yang sempurna dan juga diperlukan untuk pembentukkan sel baru. Kesembilan dimana ia mampu mencegah skurvi iaitu sejenis penyakit sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan asid askorbik atau lebih dikenali dengan nama vitamin C. kekurangan vitamin ini di dalam badan akan menyebabkan symptom-simptom seperti keletihan, anemia, gusi yang mudah berdarah dan lain-lain. Buah nona mengandungi kandungan vitamin C dan pengambilannya dapat mencegah masalah kesihatan ini. Akhirnya ke sepuluh dimana buah nona mampu menjaga kesihatan kulit kerana ianya mengandungi bahan atau komponen antioksida yang dapat mencegah tekanan oksidatif yang dapat menyebabkan kerosakkan sel. Ianya turut mengandungi vitamin C yang dapat membantu untuk meningkatkan penghasilan kolagen pada kulit. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BUAH NONA...NONA SRI KAYA SAMA...
JARANG DI TANAM... DI MALAYSIA....
BOLEH DI BELI... CARINYA DIMANA...
BANYAK KHASIAT... HEBAT RUPANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Jamadilakhir 1445H).

Thursday, December 21, 2023

IKAN TALANG DAN IKAN MASIN TALANG

IKAN TALANG
(Scomberoides lysan) adalah ikan yang selalu di dapati dengan cara memancing di laut tropika dengan mana ia  adalah ikan dari keluarga Carangidae (jack). Apa pun memang ikan talang selalu berada dekat dengan kawasan terumbu karang dan tersebar luas di seluruh Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Penulis blog ada banyak kali memancing di laut Mersing dulu dan dapat naikkan ikan talang ini semasa bertugas di Pejabat Pertanian Daerah Mersing sekitar tahun 1998-2000. Memang seronok menaikkan ikan talang ini dengan masa menarik joran memberikan perlawanan yang hebat apa lagi kalau saiz ikan tersebut melebihi 1 kg beratnya. Dari segi ukuran dilaporkan domana ikan talang mampu mencapai hingga 110 cm panjang badannya dengan berat badan mencecah 11kg (ikan talang yang besar di lautan). Selalunya ikan talang mempunyai warna iaitu perak (silver) dengan warna gelap pada sirip atas dan sirip ekor serta deretan bintik hitam di kedua di bahagian sisi. Mengenali ikan talang dimana ia mempunyai jenis sisik seperti jarum tajam yang tertanam didalam bahagian kulit yang keras. Ikan ini juga dilaporkan ia mempunyai jenis sisik dibawahnya yang juga tajam dan ia tertanam di tengah badannya iaitu di bawah urat sisi. Bagaimana pun ikan talang ini tidak memiliki sisik seperti spesies tongkol. Ikan talang dilaporkan berada daripada kawasan timur dari Laut Merah dan Afrika bahagian timur sehingga ke Hawaii, Marquesas dan Kepulauan Tuamotu. Ia juga dijumpai berada di utara Jepun sehingga ke kawasan di New South Wales. Dari segi habitat dimana ikan talang selalunya suka tinggal dalam perairan yang relatif jernih dari permukaan hingga sekitar 100 meter. Ikan talang remaja selalunya berada atau mendiami perairan cetek atau kawasan berhampiran dengan pantai dan sesekali berada dalam kawasan air payau. Selalunya apabila ikan talang dewasa ia akan tinggal di kawasan terumbu karang dalam laut. Dari segi cara menangkap ikan talang biasanya nelayan akan gunakan pancing dengan umpan sesuai seperti sotong dan sebagainya. Ikan talang selain daripada di makan segar ia merupakan spesis ikan yang popular untuk dibuat ikan masin atau ikan kering dan memang banyak di jual di seluruh negara. Artikel pada malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai ikan talang dan ikan masin talang untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.

 
Dilaporkan dimana ikan talang ini adalah spesis ikan 
jacks, scads, trevallies, queenfishes, runners, amberjacks, pilotfishes dan pampanos merupakan antara spesies ikan dalam keluarga besar Carangidae. Ikan Talang paling popular di Malaysia dijadikan Ikan Masin atau Ikan Kering atau pelbagai lagi produk proses. Membuat ikan talang kering memerlukan bahan asas termasuk Ikan Talang Segar (Jangan ambil ikan talang yang dari peti ais), Garam dan juga cuka. Cara untuk membuatnya dengan pertama sekali, siang ikan dan bersihkan segala isi perutnya dan di basuh bersih. Lepas itu di potong bahagian belakang ikan (bahagian kepala). Perlu juga dibersihkan lagi saki-baki isi perut dan insang dan mesti dicuci bersih-bersih sekali lagi. Kemudian ambil bekas besar dan aturkan ikan talang ini secara sama rata dan taburkan garam kasar. Kemudian di lapiskan lagi dengan ikan dan tabur lagi garam dimana sebaiknya dijadikan susunan ikan secara berlapis-lapis. Kemudian di tutup dalam bekas kedap udara dan diperap semalaman. Letakkan bekas tersebut di dapur sahaja dan tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk. Apa pun kemudian setelah cukup semalaman diperap maka ambil kesemua ikan yang diperap dan basuh sehingga bersih. Langkah seterusnya adalah menyusun ikan di atas para untuk menjemur (jika tiada para jemur khas maka boleh gunakan dulang). Kemudian ikan ini di jemur di bawah matahari terik hingga ke petang selama 3-4 hari dimana kena pastikan cuaca benar-benar panas. Apa jika ikan masih lembap perlu diulang proses pengeringan pada keesokan harinya. Ikan yang betul-betul sudah kering boleh disimpan lama dan tidak akan berbau. Ikan talang ini boleh terus di masak atau di jual atau di simpan dalam peti ais agar tahan lama. Terdapat beberapa tips untuk menghasilkan ikan talang kering yang sedap dan menyelerakan. Antaranya ialah dimana ikan yang telah kering itu boleh dibungkus dan disimpan di dalam peti sejuk dimana jika mampu boleh juga menjemur ikan kering di atas bumbung rumah. Ini untuk mengelakkan lalat datang menghinggap dan gangguan haiwan-haiwan peliharaan. Penting untuk sentiasa pantau ikan kering yang dijemur kerana ada kalanya serangga seperti tebuan suka makan ikan kering yang dijemur.


Banyak c
ara untuk memasak ikan talang kering dimana ada lebih dari 50 jenis masakan. Salah satu masakan yang jadi kesukaan penulis blog adalah Masakan Ikan Talang Masin Goreng Asam (Sila lihat foto disebelah). Apa pun menus ini merupakan menua yang sangat ringkas dan mudah tetapi sedapnya tidak terkata. Lebih enak apabila dimakan pula dengan nasi panas-panas dimana akan terus tambah nasinya. Bagi memasak menu ini disediakan bahan iaitu 300 gm ikan talang masin yang dipotong 4 bahagian, ½ cawan air asam jawa, sedikit minyak masak dan bagi bahan hirisan terdiri daripada 3 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, 3 tangkai cili merah, 3 tangkai cili hijau serta 5 tangkai cili api. Langkah untuk memasaknya dengan membasuh dulu ikan talang masin untuk kebersihan dan buang garamnya. Kemudian digorengkan ikan talang ini dengan api paling kecil sehingga masak. Jangan terlalu garing kerana ikan talang masin ini akan menjadi keras kalau terlalu garing. Kemudian diangkat dan asingkan. Dalam pada itu di tumiskan bahan hirisan tersebut dalam kuali sehingga naik bau dan garing. Kemudian masukkan air asam jawa dan perlu dikacau rata. Seterusnya di masukkan ikan talang yang telah digoreng dan biarkan mendidih seketika dan matikan api dimana hidangan ini sudha boleh dihidangkan. Satu lagi menu yang mudah dan enak di makan adalah menus Ikan Talang Sos Tiram. Pertama dimana ikan talang masin digoreng bersama bawang besar dan cili kering. Kemudian bolej di campur dengan sedikit sos tiram untuk penambah perisa. Cili kering boleh dipotong kecil kalau nak ikan masin ini pedas sikit maka boleh dipotong besar-besar. Secara asasnya bahan perlu disediakan adalah 300 gm isi ikan talang masin, 2 biji bawang besar, 8 biji cili kering, 1 sudu kecil sos tiram dan oerisa. Cara masaknya dengan membersihkan isi ikan talang masin dan ketepikan dulu. Kupas kulit bawang dan dipotong kecil atau dibersihkan cili kering dan dipotong. Panaskan kuali berisi minyak secukupnya dan masukkan isi ikan talang masin dan di kacau sampai isi ikan ni masak kemudian masukkan semua bawang besar dan cili kering kacau lagi dan masukkan sos tiram. Kacau semua bahan dan biarkan bawang besar layu dan masak dimana kemudian boleh ditutup api dapur dan masukkan juadah ini kedalam pinggan yang sesuai untuk dihidangkan.


Menarik dikongsikan '
Acar ikan talang masin buka selera' seperti dilaporkan dalam beberapa media. Kisah dari Sungai Petani, Kedah dimana seorang peniaga nasi lemak telah mengambil kesempatan bulan Ramadan untuk mendapatkan sumber pendapatan sampingan dengan menjual acar ikan talang masin. Bagi  Nasirah Salehuddin (34) dimana dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin bertambah hari demi hari sehingga menerima lebih 200 tempahan setiap hari. Dia yang mula menjual secara dalam talian sejak Ramadan tahun lalu tidak menyangka acar ikan talang masinnya ditunggu-tunggu oleh pelanggannya Ramadan kali ini. Acar ini dijual hanya pada bulan Ramadan sahaja dimana dia tidak menyangka percubaan kali pertama tahun lalu membuatkan acar ikan talang masin ini dinanti-nantikan pelanggan saban tahun. Setiap tahun dia membuka tempahan lebih awal iaitu tiga minggu sebelum berpuasa dan sehingga kini lebih 2,000 bekas acar ikan talang masin terjual di seluruh negara. Idea menghasilkan acar ikan talang masin itu datang apabila dia memikirkan kesibukan kaum ibu menyediakan juadah berbuka puasa dan bersahur buat keluarga. Selalunya kuah acar itu dimasak sekurang-kurangnya lima jam bagi memastikan acar dapat disimpan dalam tempoh yang lama tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk. Dia akan memasak sekurang-kurangnya empat kuali besar acar dan memerlukan kira-kira 10 kilogram isi ikan talang masin setiap hari. Dia menggunakan isi ikan talang masin berbanding isi ikan lain disebabkan ramai yang menggemari ikan itu selain mempunyai isi banyak. Dia tidak kisah biarpun isi ikan talang masin dikatakan dijual dengan harga tinggi di pasaran akan tetapi dia menjual dengan harga murah, asalkan pelanggannya dapat menikmati acar yang diwarisi daripada arwah neneknya itu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN TALANG... MUDAH DI JUMPA...
IKAN SEGAR... DI KERINGKAN JUGA...
BANYAK MENU... BOLEH DI CUBA...
BELI ON-LINE... SENANG SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Jamadilakhir 1445H).

Wednesday, December 20, 2023

MARDI LANCAR VARIETI NANAS HIBRID MS16

MARDI atau Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia telah melancarkan hibrid baharu nanas MS16 yang disifatkan terbaik pernah dihasilkan negara pada 16 Disember 2023 menjadikan ia bakal menambah lagi koleksi varieti nanas untuk di komersilkan di Malaysia. Penulis blog yang dijemput tetapi tidak dapat hadir dalam majlis pelancaran tersebut mendapati dimana Varieti Hibrid Nanas MS16 adalah terhasil daripada kacukan induk nanas Josapine (AC5) dan nanas tanpa duri dari Australia yang dibangunkan selama 10 tahun oleh MARDI di stesennya iaitu Pusat Penyelidikan Tanah Gambut (IPRS) di Pontian, Johor. Penulis blog adalah Ketua Pengarah LPNM pada tahun 2018. Dilaporkan dimana antara ciri keistimewaan nanas hibrid MS16 adalah didakwa buah nanasnya adalah lebih manis berbanding varieti nanas manis lain serta ia rangup dan tidak lidas. Pemerhatian di rak-rak pameran dinyatakan dimana purata anggaran berat setiap biji nanas tersebut adalah 1.5 kilogram (kg) sebiji. Dilaporkan Varieti Nanas MS16 adalah varieti tahan panas selain toleran kepada penyakit reput teras bakteria yang lazimnya menjadi musuh utama pengusaha nanas di negara ini. Pada penulis blog ada kemungkinan dimana nanas ini akan di daftarkan didalam Senarai Varieti Tanaman Kebangsaan di Jabatan Pertanian Malaysia dengan kod daftar sebagai AC17 atau AC18  bergantung kepada proses borang  pendaftaran yang di hantar oleh MARDI kelak. Media laporkan dimana Majlis Pelancaran hidbrid nanas baharu itu telah pun ianya disempurnakan Ahli Parlimen Pontian iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya dan MP dari Daerah Pontian. Dalam kenyataan media Ahmad berkata dimana nanas hibrid MS16 itu dijangka mengubah industri nanas negara terutama dengan kedudukan Johor sebagai  negeri pengeluar nanas terbesar negara dan sebahagian besar ladang nanas masih berada di Pontian. Dinyatakan juga dimana pihak MARDI memaklumkan hibrid baharu nanas MS16 ini adalah varieti terbaik nanas yang pernah dikeluarkan di Malaysia kerana kualiti rasanya lebih manis. Pada penulis blog dimana pengeluaran hibrid baharu nanas MS16 ini diharap dapat memperbaiki kedudukan Malaysia yang kini berada di kedudukan 23 sebagai pengeluar nanas dunia. Pengeluar utama nanas dunia di dahului oleh Costa Rica diikuti oleh Indonesia dan Filipina. Dalam kenyataan lain Ketua Pengarah MARDI dakwa dimana  hibrid baharu nanas MS16 dijangka dipasarkan secara komersial di seluruh negara pada 2025 apabila sulur benih di edarkan pada tahun 2024 ini di tanam. Menambah kenyataan dimana ujian penanaman nanas MS16 dimulakan di Pontian sejak 2014 bagi memastikan kaedah dan hasil terbaik nanas berkenaan dapat dituai dan dikomersialkan secara meluas. Dalam majlis sama pihak MARDI turut menyerahkan 1,000 benih hibrid nanas MS16 kepada 12 pengusaha nanas di Pontian bagi memulakan penanaman nanas varieti ini. Pada penulis blog ketiadaan sulur benih MS16 ini akan menyebabkan penanam nanas akan kecewa kerana mereka tertunggu-tunggu lama untuk mendapatkannya iaitu kes yang sama dengan beberapa varieti baka baru tanaman lain dilancarkan MARDI sebelum ini (Rambutan, Kambing, Padi dsb) dan agak mengambil masa yang lama untuk pengusaha dapat diusahakan secara besar-besaran. Penulis blog merujuk lagi kenyataan media semasa pelancaran dimana dalam 13 bulan ditanam maka nanas MS16 dijangka dapat dituai dan dipasarkan ke seluruh negara. Orang ramai yang berminat mendapatkan benih hibrid nanas MS16 boleh hadir dan membelinya di Stesen MARDI Pontian untuk diusahakan. Dalam kenyataan lain dimana Negeri Johor akan meneruskan proses untuk mengeksport nanas ke China dengan lebih agressif pada tahun 2024 dimana kehadiran nanas MS16 ini akan menjadi satu pilihan lebih banyak kepada negara mengimport yang di pantau oleh LPNM. Artikel pada pagi Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan pelancaran Nanas Hibrid MS16 dan pencirian nanas hibrid ini untuk ianya dapat dijadikan sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.


Dalam meneliti akan varieti ini penulis blog merujuk kepada laporan dalam Bulletin Teknologi MARDI Bil 24/2018 dengan tajuk 'L6 - nanas Baharu Untuk Pasaran Segar' yang pernah saya tulis sebelum ini. Dilaporkan dimana proses p
embangunan nanas L6 Nanas titisan L6 (selepas pelancaran di percayai diberikan nama MS16) yang terhasil melalui kaedah penghibridan yang berasaskan nanas komersil iaitu varieti Josapine (AC5) dengan nanas tanpa duri daripada luar negara iaitu varieti 53-116. Induk 53-116 merupakan genotip yang diperkenalkan ke MARDI pada 1993 melalui kerjasama pertukaran janaplasma dengan Maroochy Horticultural Station Nambour, Queensland, Australia. Genotip ini telah dibangunkan oleh Pineapple Research Institute di Hawaii. Dilaporkan dimana ciri buah nanas 53-116 agak manis iaitu dengan nilai kemanisann ~14 °Brix (Total Soluble Solid atau TSS) serta ia mempunyai saiz kecil seperti nanas varieti Josapine (1.16 kg). Dilihat lanjut dimana ia juga mempunyai bahagian tengah (core) yang kecil berukuran purata 16 mm. Pokoknya tahan penyakit reput teras bakteria dengan hampir 91% kadar survival. Induk Josapine amat disukai ramai disebabkan buahnya yang manis (16 °Brix) mempunyai warna yang menarik dan beraroma. Buah Josapine dilaporkan ia adalah lebih asidik (0.77% TTA atau Total Titrable Solid) dan mempunyai rasa lidas iaitu rasa nanas tulen. Di samping itu ciri buahnya tahan disimpan lama dan rintang kepada ‘gejala teras hitam’ (black heart disorder) iaitu kesan kecederaan sejuk dingin akibat suhu rendah semasa penyimpanan. Pokoknya sangat subur (vigorous) dimana ia mampu mengeluarkan sebanyak 2 - 3 sulur tanah dan berbuah awal di mana pusingan hasilnya kurang daripada satu tahun iaitu satu ciri istimewa yang tidak terdapat pada kultivar nanas lain. Kacukan antara kedua-dua genotip iaitu VArieti Nanas Josapine dengan Varieti Nanas 53-116 dari Australia ini dilaporkan telah menghasilkan populasi F1 yang terdiri daripada progeni (anak-anak) yang berlainan cirinya berdasarkan genotip nanas yang sememangnya bersifat heterozygous. Melalui beberapa siri penilaian dan pemilihan diikuti dengan ujian saling tindak genotip terhadap semua aspek persekitaran (Genotype x Environment) dimana ada satu titisan iaitu L6 yang mempunyai ciri-ciri terbaik nanas untuk pasaran segar telah dipilih. Ciri-ciri titisan L6 Titisan L6 telah menunjukkan prestasi lebih baik daripada kedua-dua induknya dari aspek kualiti buah dan sifat pokoknya terhadap ketahanan penyakit dan pengeluaran benih (sulur) (Jadual 1). Buah L6 mempunyai kulit yang agak nipis, berisi padat dengan saiz yang sederhana dengan purata berat 1.5 kg. Isinya sangat manis (TSS 16 – 23 °Brix), kurang asidik (0.47% TTA), beraroma, berwarna kuning menarik, mempunyai tekstur buah agak rangup dan kurang lidas berbanding dengan induknya Josapine. 


Dilaporkan dimana varieti nanas MS16 ini telah membuatkan nanas tersebut amat sesuai untuk dimakan segar. Buah MS16 ini dilaporkan ia boleh dituai seawal indeks kematangan 1 - 2 berbanding dengan Josapine yang dituai pada indeks 4 untuk sedap dimakan. Pokok nanas MS16 adalah jenis piping-leaf iaitu daun tanpa duri (Sila lihat foto disebelah). Pokoknya bersaiz sederhana dan mengeluarkan banyak sulur tangkai (purata 6 unit sulur) yang boleh dijadikan sebagai bahan tanaman. Kedapatan sulur tangkai ini menjimatkan kos dan masa untuk proses pengeluaran benih tanaman bagi petani. Di samping itu dilaporkan dimana pokok MS16 menunjukkan tindak balas matangnya juga lebih singkat daripada nanas Maspine (AC4). Pengeluaran jambak bunga (red heart) adalah lebih kurang 45 hari selepas proses aruhan bunga (menghormon buah). Aruhan pembungaan boleh dilaksanakan menggunakan bahan iaitu campuran 50 ml Ethephon (Ethrel) dengan 360 g urea ke dalam 18 L air dan sejumlah 50 ml cecair campuran tersebut disembur pada tengah pucuk pokok nanas. Buah boleh dituai dalam masa 130 - 145 hari selepas proses aruhan hormon dimana ia bergantung kepada cuaca di mana tempoh masak buah adalah lebih cepat pada cuaca yang biasanya berkelembapan tinggi (musim hujan). Jambul yang dihasilkan adalah bersaiz sederhana iaitu 250 - 270 g. Pada penulis blog dimana Varieti Nanas Hibrid MS16 ini adalah ia amat sesuai ditanam di tanah jenis gambut dan juga mineral. Berdasarkan kajian peningkatan skala yang telah dijalankan di MARDI Pontian (pada tahun 2015 - 2017 sudah iaitu sudah 8 tahun lalu) iaitu melalui aplikasi agronomi dan pembajaan standard nanas dilaporkan hasil yang didapati ialah 45,675 kg/ha dengan jarak tanaman 30 cm x 60 cm di antara pokok dan 90 cm di antara batas. Bagaimana pun penanam nanas di tanah gambut agak berlainan cara amalan agronominya dengan cara penanaman nanas MS16 di atas tanah mineral.


Memang tidak banyak maklumat asas yang di berikan oleh MARDI kepada mereka yang baru hendak mengetahui akan nanas varieti baru ini kerana ia tidak diperincikan didalam laporan utama dalam media. Bagaimana pun penulis blog telah kongsikan maklumat tersebut sebagai bahan rujukkan semua. Pertama adalah bagaimana hendak tahu akan ciri-ciri tampang pokok nanas hibrid Varieti MS16 ini dimana dilihat yang pokoknya akan tumbuh subur sederhana tinggi di kawasan penanaman (Sila lihat fotoo disebelah). Dilaporkan dimana pada bahagian daunnya ia memang tidak berduri (sama seperti pokok nanas MD2) dimana ia memberikan keselesaan kepada pekebun nanas dari ketajaman duri pada daun nanas. Apabila di periksa dimana bahagian batangnya dilihat seakan ia kuat dan mempunyai saiz jambul sederhana besar diatas buahnya. Antara ciri lain mengenai pembakaan dimana dilihat nanas MS16 ini lazimnya ia mengeluarkan banyak sulur tangkai iaitu dengan jumlah purata 6 sulur sepokok. Ini membolehkan petani akan dapat menggunakan sulur tersebut dengan baik sebagai anakbenih. Kalay seekar ada 15,000 pokok bermakna jumlah anggaran anakbenih sulur adalah sekitar maksima 90,000 sulur atau sekitar 70 -65,00 yang dipilih sesuai untuk ditanam. Dalam kes lain dilaporkan dimana ada tindak balas pembungaan dengan kadar melebihi 80% selepas pokok matang di buat aruhan pembungaan (menghormon). Apa pun dilihat selalunya dilihat iaitu proses pengeluaran jambak bunga (red-heart) sektar 45 hari lepas aruhan dimana akhirnya buah nanas MS16 ini sudah boleh dituai sekitar 130 -145 hari lepas pokok dibuat aruhan. Buah nanas MS16 ini sesuai di tuai pada tahap indeks 0 sehingga indeks 1 dengan anggaran hasil yang berpotensi diperolehi sebanyak 46,000 kg/ha (46m t/ha). Apa pun melihat kepada pencirian buah nanas hibrid MS16 dimana ia adalah berbentuk silinder dengan mempunyai ciri kulit nipis tetapi ia adalah berisi padat. Jika di periksa dimana saiz buah nanas MS16 adalah dalam kelas sederhana iaitu dengan purata berat buah adalah 1.5 kg/buah (1.3 - 1.6 kg). Diperiksa lagi dimana warna isinya adalah kuning keemasan dimana dari analisa makmal ia mempunyai purata kandungan gula sekitar 17.59 °Brix (bacaan diantara 16 - 23 °Brix). Bagi penulis blog dimana ia mempunyai citarasa yang enak dengan ciri isinya yang agak rangup. Paling suka dimana nanas MS16 ini adalah ia beraroma dan memnag kurang lidas sesuai sebagai hidangan nanas segar. Dari segi ciri tangkainya pula dilihat ia mempunyai jenis tangkai buah (penduncle) yang agak panjang tapi kuat dengan purata 36.5 cm (35 - 43 cm) dan sesuai untuk dikomersilkan. Kepada penanam nanas yang membaca artikel ini mungkin tidak sabar untuk mencuba tanam nanas hibrid MS16 yang dilancarkan pada 16 Disember 2023 di Pontian, Johor. Diharap industri nanas negara akan lebih maju dengan pelancaran nanas baru ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NANAS HIBRID MS16... SUDAH DILANCARKAN...
DI IPRS PONTIAN... MARDI LAMA BUAT KAJIAN...
DIDAKW MANIS... TIDAK LIDAS BILA DIMAKAN...
SUDAH TAHU...ADAKAH BENIH DIBEKALAN?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Jamadilakhir 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...