Support My Blog

Friday, April 5, 2019

NAIKTARAF VARIETI POKOK DURIAN

POKOK DURIAN (Durio zibethinus) merupakan sejenis tumbuhan yang boleh dinaiktaraf kepada vareiti yang lebih komersil melalui beberapa pendekatan seperti CANTUMAN DEWASA (Matured budding). Pokok Durian Kampong (pelbagai varieti) lazimnya ditanam dan kemudian dijadikan pokok induk kepada aktiviti cantuman dewasa durian. Ini kerana daripada banyak kajian dilakukan didakwa dimana pokok durian kampong mempunyai daya tahan lebih baik dari segi ketahanan kepada beberapa penyakit akar durian seperti kanker yang disebabkan oleh Phythopthora spp. Kini apabila pengguna lebih menerima dan sangggup berbelanja kepada durian varieti premium maka pemilik dusun durian digalakkan untuk menukar pokok durian mereka daripada varieti biasa dinaiktaraf kepada varieti durian premium. Antara beberapa varieti durian premium adalah Durian Musang King atau nama asalnya varieti Durian Raja Kunyit (D197), Durian varieti Bukit Merah (D24), Durian Ochee (D200), Durian Hajah Hasmah (D168) dan beberapa lagi. Apa pun telah terbukti dimana durian Musang King mendapat permintaan paling baik dan harga tertinggi dimana purata harga ladang adalah melebihi RM30 sekilogram. Apa pun varieti durian lain adalah sekitar RM10 sekilogram dan varieti durian kampong kurang dari RM10 sekilogram. Foto diatas menunjukkan bagaimana pokok durian biasa telah berjaya dilakukan proses naiktaraf kepada durian Musang King melalui kaedah Cantuman Dewasa. Pemilik kebun duian di PB Bukit Jana, Taiping, Perak berjaya melakukann proses naiktaraf hampir 80% pokok drian melalui aktiviti cantuman dewasa. Artikel pada malam ini didalam blog ''Anim Agro Technology'' saya ongsi info bagaimana pokok durian varieti biasa boleh dinaiktaraf kepada varieti durin premium.


Foto diatas merupakan sebuah pokok durian yang asalnya adalah dari varieti D24 akan tetapi kini telab menjadi pokok Musang King (D197). Pokok ini berumur 7 tahun dan sedang berbuah dimana pemiliknya Encik Ong Han Kee telah menebang setingg 2 meter dari paras tanah dengan dia meninggalkan satu dahan yang sihat untuk hidup. Kemudian tunas-tunas keluar bersebelahan dan diambil satu tunas yang kemudian dicntumkan dengan mata tunas pokok durian Musang King sehingga membesar keduanya serentak. En Ong kemudian menggandingkan kedua-dua dahan tersebut diatasnya dengan mengekalkan tunas atau pucuk D197 untuk terus naik keatas dan membuang tunas dan dahan D24 (Sila lihat foto disebelah). En Ong (yang berbaju oren) menjelaskan kaedah ini adalah kaedah paling praktikal untuk beliau mengelakkan daripada dahan cantuman merekah atau patah ditiup angin. Kalau kaedah biasa dengan hanya sebelah dahan yang dicantum didakwa banyak dahan tersebut akan merekah dan patah bila ditiup angin. Dakwa Og sebelum pokok ini di tukar varieti ia hanya menghasilkan sekitar 10-15 biji buah sahaja setahun akan tetapi walau pun pokok ini baru berummur 3.5 tahun selepas dibuat cantuman dewasa pada musim lepas mampu menghasilkan buah sehingga 25 biji yang berkualiti. Harga durian ini diladang adalah RM30 sekilogram berbanding dengan hanta sekitar RM10 sekilogram untuk jenis durian sebelum ini. Teknik cantuman dewasa bagi pokok durian ini perlu dijadikan contoh terbaik kepada petani-petani lain untuk menaiktaraf varieti durian mereka kepada durian premium.


Dalam pada itu apa yang penulis bloh lihat, petani memasang kabel ligam yang diikat pada setiap dahan dengan batang utama untuk elakkan dahan sekah kerana buah yang terlalu banyak (Sila lihat foto disebelah). Benerapa lkabel ini akan diikat kepada batang utama pokok atau ada juga yang dipasang dengan tiang sokongan logam dibawah dahan bagi menyokong agar dahan tidah sekah atau patah. Memang untuk menanam dan mendapatkan buah durian berkualiti kemudahan ladang dan infra pada pokok perlu dipasang mengikut keperluan. Pada masa lawatan penulis kekebun En Ong seluas 14.2 hektar ini dia sudah mempunyai lebih daripada 370 pokok durian varieti Musang King dimana sebahagian besarnya adalah melalui aktiviti cantuman dewasa dan bakinya memang ditanam terus dari anakbenih Musang King. Menukar varieti durian ini dikawasan utama dusun durian telah mendapat galakkan daripada kerajaan melalui Jabatan Pertanian di bawah Program Pembangunan Kluster Durian iaitu salah satu komooditi diberikan insentif didalam Sumber Kekayaan Baru Negara (SKB). Antara kawasan tumpuan yang telah dan sedang dinaiktaraf kepada varieti durian premium adalah sperti kawasan durian utama di Batu Kurau (Perak), Raub (Pahang), Tangkak dan Segamat (Johor) dan juga beberapa kawasan durian terpilih yang lain. Peserta yang terpilih akan menerikan khidmat pengebangan teknikal disamping beberapa bantuan input serta infra dari program SKB tersebut. 


Didalam menentukan kualiti buah durian premium Malaysia semakin meningkat kualitinya maka ramai pekebun durian memperbaiki amalan agronomi dan kemudahan infrastruktur diladang. Selain daripada mengikat menggunakan kabel dahan yang banyak buah kini ada yang pasang kayu sokong (Sila lihat foto disebelah). Dalam pad itu setiap pokok akan dipasang jaring dibawah pokok semasa buah durian gugur. Jaring ini akan menbolehkan buah yang gugur tidak jatuh ketanah yang menyebabkan ianya pecah atau pun kena kekotoran tanah. Buah durian masak yang jatuh pada jaring ini bersih dan mudah dikumpulkan sebelum ianya digredkan. Memasang atau Meletakkan Jaring (Jaring atau pukat Ikan) dibawah pokok durian dewasa semasa musim buah durian gugur adalah praktikal. Jaring atau pukat yang terpakai atau jaring baru dipasang dengan merentang disekeliling pokok durian dengan ketinggian 0.5 - 1.0 meter diatas tanah. Jaring ini akan berfungsi sebagai penampan (cushion) jika buah durian jatuh kebawah. Buah durian ini akan jatuh diatas hamparan jaring yang menjadikan kulitnya tidak pecah atau isinya tidak cepat rosak. Buah yang jatuh juga bersih daripada kekotoran tanah, kotoran jenis sampah atau daun kayu. Buah ini juga mudah diambil kerana ia akan berkumpul untuk dipungut dan digredkan sebelum dipasarkan. Buah durian yang jatuh diatas jaring ini mengelakkan haiwan perosak untuk memakannya kerana ia tergantung dengan selamat. Teknik memasang pukat ini merupakan kaedah mengutip buah durian yang sangat signifikan dikawasan dusun durian yang ada batu keras dibawahnya atau kawasan cerun bukit yang curam. Kawasn pokok durian yang berbuag dikawasan cerun bukit curam agak sukar untuk memungut hasil jika jatuh kedalam gaung. Ia juga digalakkan jika pokok durian dahannya berada diatas jalanraya dan buahnya akan gugur diatas jalan. Sama ada buah durian yang jatuh diatas jalanraya rosak akibat hentakan keras atau ia mungkin akan dipungut oleh mereka yang lalu dijalan tersebut. Semuga tulisan mengenai naiktaraf penanaman durian ini dalam anim agro technology akan memberi info berguna kepada semua pembaca kali ini. Wasallam!!!..
TEKNOLOGI DURIAN... MAJU SEKALI...
CANTUMAN DEWASA... AMALAN KINI...
VARIETI BAIK... POKOK LAMA DIGANTI...
BUAH BERKUALITI... HARGANYA TINGGI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 729, Novotel Taiping,
Taiping, Perak,
Malaysia.
(23 Rejab 1440H). 

Thursday, April 4, 2019

KELAPA MACAPUNO - ADA PEMINAT?

KELAPA MACAPUNO (Cocos nucifera) merupakan sejenis kelapa dimana isinya adalah seperti jelly (bubur) dan ia tidak boleh bercambah dengan kaedah biasa yang isinya keras apabila matang. Kelapa ini di panggil sebagai Macapuno di Filipina, Kopyor di Indonesia, Mapro Kathi (Thailand), Dikiri (Sri Lanka) dan beberapa nama lagi. Ia merupakan sejenis kelapa mutan yang abnormal pertumbuhannya dimana endospermnya akan menjadi lembut seakan jelly sahaja (Sila lihat foto diatas). Buah kelapa yang normal biasanya ia akan mempunyai isi daging kelapa (putih) yang terdiri dari bahan iaitu Galactomannan sebagai sumber tenaga untuk ia bercambah kelak. Biasanya semasa pembentukkan buah kelapa substrat ini akan berubah kepada dua sub-kompoun iaitu Galactose dan Mannose. Pada kelapa Macapuno pula substrat ini tidak menjadi aktif sehingga menjadi α-D-galactosidase iaitu menyebabkan embrio kelapa tersebut gagal untuk tumbuh kemudiannya. Di Indonesia dilaporkan kelapa Kopyor mengandungi kadar kandungan tertinggi iaitu 92% gula berbanding dengan kelapa normal lain. Kelapa mudanya juga mengandungi protin lebih tinggi daripada kelapa biasa menjadikan ia lebih bernilai untuk dimakan. Kandungan asid Maleic dan Asid Citric serta adalah lebih tinggi akan tetapi kandungan lipidnya adalah rendah. Kalau di Filipina Macapuno banyak diguna untuk membuat candy akan tetapi di Indonesia ia lebih disukai diminum sebagai Minuman Berkhasiat dimana jus dijual dengan harga premium. Ia dianggap sebagai kulinari berasaskan kelapa yang istimewa di Indonesia dengan nama ''Cendol Ais Kopyor''. Penulis blog yang pernah dua kali menikmati minuman cendol kopyor (Macapuno) ini mendapati ia memang enak kerana isinya seakan jelly memang sukar mendapatkannya.  Di Filipina kelapa Macapuno diproses menjadi candy manis dengan gelarannya ''Minatamis'' yang selalu dimakan sebagai makanan ringan bersama makanan lain seperti Halo-halo atau pun Ube Macapuno. Kisah diatas menunjukkan kelapa abnormal ini memang mempunyai peminatnya tersendiri didua negara tersebut tetapi hampir tidak diketahui oleh rakyat Malaysia. Artikel petani ini sambil menghadap air laut tidak jauh dari Jetti Kuah saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology'' mengenai kelapa Macapuno yang kurang diketahui di Malaysia akan tetapi ada peminatnya dinegara jiran kita.


Dalam pada itu Pihak Berkuasa Kelapa Filipina (PCA - Philipines Coconut Authority) pernah menyatakan dimana kelapa jenis Macapuno ini sebagai ''coconut sport'' kerana kandungan isi endosperm yang lembik. Itu adalah kerana apabila tempurung kelapa matang ini telah dipecahkan maka isi didalamnya bukan keras akan tetapi lebik seakan 'translucent jelly'. Kajian menunjukkan jenis kelapa ini biasanya daripada Kelapa Renek Mutan (bukan jenis kelapa tinggi) dimana University Los Banos Philipines (UPLB) membuat kajian biakbaka sejak berpuloh tahun dahulu mengenainya. Penulis blog telah dua kali berkursus di SEARCA iaitu disebelah UPLB ini dahulu. Saintis di UPLB ini pernah dakwa dimana kelapa Macapuno ini makna sebenarnya juga adalah ''Macam sepebuhnya' atau dalam bahasa Inggeris sebagai 'almost like full' kerana memang begitu isinya (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu penduduk tempatan dakwa kelapa macapuno ini sebagai 'chewy' dan juga 'soft coconut meat' yang ada nilai perubatan tradisional kepada mereka. Di Filipina ramai peminat kelapa Macapuno ini kerana keenakannya dengan ada beberapa produk seperti Bottled Palm Nut (Kaong) dan juga Coconut Sport Strings (Macapuno) dalam sirap yang dikomersilkan dinegara tersebut. Ia merupakan salah satu komponen utama dimalam mereka makan Ais Kerim dengan kelapa macapuno. Dimana di negara kita boleh dapat makanan seperti ini. Memang tidak jumpalah jawabnya.  Penduduk Filipina bangga dengan beberapa makanan berasaskan Macapuno seperti Macapuno Strings, Macapuno Balls, Macapuno, Tarts, Macapuno, Bars, Macapuno Pastillas, Ube Macapuno, Macapuno Cakes malahan makanan Bibingka Macapuno.

Baru-baru ini di Dewan Rakyat ada Ahli Parlimen yang bertanya kenapa Malaysia tidak menanam kelapa Macapuno yang popular di Filipina.  Laporan media menyebut mungkin YB ini sudah pergi ke Filipina untuk menikmati kelapa Macapuno atau hanya membaca melalui internet sahaja. Menteri Pertanian menjawab memang kelapa ini sukar untuk di tanam di Malaysia kerana memang benihnya tidak ada dinegara kita. Laporan daripada PCA menyatakan dimana kelapa macapuno namak sama dengan kelapa biasa akan tetapi isinya seperti jelly memang tidak boleh menjadi benih (Mandul).  PCA jelaskan kelapa macapuno ini adalah sejenis kelapa yang pembentukkannya tidak normal dimana isinya penuh dengan jelly lembik dan kurang airnya. Setakat ini PCA hanya ada sekitar 80 pokok macapuno induk yang ditanam dan dibuat kajian di Stesyen Penyelidikan Albay dan Bicol dalam pemerintahan Luzon Tenggara. Memang kelapa macapuno tidak diketahui oleh banyak negara akan tetapi seperti kelapa Kopyor di Indonesia kelapa ini memang banyak peminatnya. Peminat ini terdiri daripada golongan saintis, pembiakbaka, pengedar benih, petani, peraih sehingga kepada penjual kepala dan produk kelapa macapuno itu sendiri. Produk kelapa macapuno lebih tinggi nilainya berbanding dengan peroduk dari kelapa biasa terutama dalam bentuk candy dandesserts di Filipina. Apa pun sehingga kini ruang pasaran adalah cuma untuk domestik sahaja dinegara tersebut untuk warga tempatan. Bagaimana pun ada dakwaan dimana produk macapuno yang dijual kepada pengguna tersebut itu macapuno tulin atau tidak kerana kurang kajian. Kalau hendak membeli dan makannya lebih baik pastikan ketulinan produknya kerana pastinya semua produk macapuno adalah mahal. Kelapa Macapuno memang kurang dikenali di Malaysia akan tetapi dinegara jiran produk berasaskan kelapa ini masih kurang dikenali. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KELAPA MACAPUNO.... DIFILIPINA...
KELAPA LOPYOR.... DI INDONESIA...
AIR KELAPA... CANDY PUN ADA...
PRODUK LAIN... MAHAL HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Enggang 2 Hall, Hotel Continental,
Kelibang, Kuah, Langkawi,
Kedah, Malaysia.
(29 Rejab 1440H). 
Published from:
Room 537, Grand Continental Hotel,
Kelibang, Kuah, Langkawi,
Kedah, Malaysia.
(4 April 2019).

Wednesday, April 3, 2019

KASKAS - PENYEDAP MAKANAN?

 
KASKAS mungkin pernah anda dengar sebelum ini dalam media dikaitkan dengan restoren kedai mamak dinyatakan sebagai penyedap makanan. Sebenarnya kas-kas adalah biji daripada bunga Pokok Popi (Papaver somniferum) yang sudah masak ranum dan didakwa tidak mengandungi bahan kimia narkotik (opium) kerana cecair yang menghasilkan opium pada tunasnya hanya wujud sebelum biji terbentuk sepenuhnya. Bagaimana pun biji kas-kas diambil apabila bunga popi sudah masak ranum dengan cara mengeringkan pod atau lenggai bunga popi. Bunga popi sudah masak walau pun ia tidaklah mengandungi bahan opium akan tetapi kajian saintis mendapati ia ada kandungan yang sedikit bahan alkaloid daripada bunga popi dengan jumlahnya adalah kira-kira 50 bahagian bagi setiap juta (50 ppm). Saya ada menulis dalam blog ini beberapa artikel mengenai kasas dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi untuk dibaca. Dalam menghasilkan dadah ada bahan aktif dinamakan 'opiat' yang juga diperolehi daripada pokok popi. Getah cair warna putih yang mana ia dikeluarkan daripada buah popi apabila dilukakan kemudian perlu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin. Beberapa rujukkan mendapati biji kaskas didakwa tidak mengandungi unsur narkotik kerana cecair opium hanya terbentuk sebelum bunga popi benar-benar masak namun masih terdapat sedikit kandungan bahan alkaloid masih wujud. Dalam pada itu kajian beberapa pihak mendapati dimana satu sudu biji popi mengandungi kira-kira 1.6 gram protein, 3.7 gram lemak, 2.5 gram bahan karbohidrat dan 46 kalori. Biji popi juga mengandungi sumber mineral yang baik seperti Manganese, Kalsium, Magnesium, Fosforus, Ferum, Zink, Kalium dan Selemium. Didakwa dimana biji kaskas juga kaya dengan serat dan mengandungi Asid lemak omega-3 dan Asid lemak omega-6. Ia dilaporkan boleh meredakan masalah lelah (asthma) dan batuk. Ada kajian saintifik oleh pakar makanan dimana tidak dapat dinafikan bahawa biji popi amat tinggi khasiatnya tetapi ia juga dikatakan mampu memberi kesan pada ujian dadah. Ada yang tidak sedar dimana pengambilan biji popi yang kerap mungkin boleh membawa kepada ujian dadah yang positif kerana kajian yang pernah dijalankan menunjukkan ujian telah mengesan bahan dadah seperti candu dalam air kencing. Ini adalah kerana biji popi dan heroin datang dari tanaman yang sama iaitu biji kaskas. Bermakna memang ada uunsur dadah dalam makanan yang dicampur dengan biji kaskas. Biji kaskas di Malaysia memang penulis blog dapati pernah hangat diperdebatkan satu ketika dahulu apabila ada yang mendakwa penggunaan kas kas dalam masakan menyebabkan ketagihan namun kemuncaknya kerajaan melalui Kementerian Kesihatan talah membenarkan penggunaan kas kas dalam masakan. Dalam satu kenyataan oleh Kementerian Kesihatan bertarikh 13 April 2016 dahulu Menterinya ketika itu berkata tidak bercadang untuk kerajaan mengharamkan rempah kas kas berikutan penggunaan rempah tersebut dalam masakan dibenarkan di negara ini. Akan tetapi kementerian tetap akan memantau penggunaan rempah penyedap masakan itu dari aspek keselamatan makanan. Pihak kerajaan sentiasa akan bertindak sekiranya terdapat aduan orang ramai berhubung penggunaan berlebihan rempah seperti biji kaskas dengan berkenaan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai biji kaskas dan penggunaanya sebagai penyedap makanan untuk rujukkan anda.


Dalam pada itu biji kaskas yang lazimnya digunakan di benua Amerika Utara dan Eropah sebagai salah satu ramuan pastri seperti mufin dan bagel (Sila lihat foto disebelah). Sementara itu di kawasan Asia Selatan seperti India biji kaskas adalah bahan popular digunakan sebagai rempah yang dicampur bersama dengan serbuk kari didakwa memang menjadikan ia lebih enak. Dibeberapa negara lain biji popi boleh digunakan sama ada dalam bentuk asal atau serbuk yang hancur dalam masakan dan industri bakeri. Biasanya biji popi putih memang biasa digunakan dalam masakan India seperti kari dan rempah mengandungi sejumlah kecil biji popi yang mampu menambah kelazatan makanan tersebut. Semantara itu di negara barat pula ia ada dilaporkan bahawa minyak biji popi atau dalam bahasa Perancis dikenali sebagai ‘oillette’ sering digunakan untuk tujuan masakan dan pengganti kepada minyak zaitun. Ada laporan daripada Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (Presma) di negara kita iaitu Encik Noorul Hassan yang mendakwa biji kaskas hanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit sebagai penambah perasa makanan. Memang tidak dinafikan kebanyakan restoran-restoran mamak ada  juga menggunakan kas kas dalam masakan. Ini kerana Kas-kas berfungsi untuk ‘memekatkan’ kuah dan menambah rasa dalam kari. Benarkah dakwaan apa yang anda rasa bila makan dikedai mamak sama ada berlaku ketagihan atau berasa khayal kemudiannya. Mungkin telah merasai kas kas dan anda sudah mula menyukainya kerana pihak restoren menyatakan usah khuatir lagi dengan kas kas disebabkan ia hanya penambah perasa bagi makanan. Tetapi awas kalau anda di buat ujian air kencing ada kesan narkotik dalam badan anda. 


Mungkin umum sudah faham dimana biji kaskas yang merupakan bijian daripada pokok popi hanya digunakan sebagai bahan atau ramuan bagi menyedapkan makanan terutamanya masakan yang berasaskan kari (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya biji kaskas boleh dianggap sebagai ramuan penambah rasa seperti penggunaan penambah rasa lain. Apa yang berlaku laporan dari pihak Presma menyatakan mereka menggunakan biji kaskas dalam masakan terutamanya di restoran rangkaian kedai mamak didakwa hanya dalam jumlah kuantiti yang paling rendah iaitu sebagai contoh hanya satu sudu teh untuk lima kilogram kari kambingPenggunaannya juga khusus kepada lauk yang berasaskan daging seperti ayam dan kambing, tujuannya hanya untuk melembutkan daging serta untuk mengawal kandungan gula dalam setiap masakan kerana rasanya yang sedikit pahit. Presma diminta untuk mengulas mengenai penggunaan biji kas-kas atau popi dalam pembuatan kek yang dijual secara terbuka di sebuah kedai kek di ibu negara. Biji popi sememangnya mempunyai kandungan narkotin namun tidak mendatang­kan sebarang kemudaratan, penggunaan secara berlebihan mungkin akan mendatangkan kesan sampingan seperti ketagihan. Pihak Presma mendakwa apa-apa bahan sekalipun sekiranya digunakan atau diambil secara berlebihan akan membuatkan sesiapa sahaja akan merasa ketagih. Kita kena ingat apa-apa sahaja bahan yang digunakan dalam setiap masakan perlulah digunakan secara terkawal dan seimbang. Buat masa ini, penggunaan biji kas-kas ini tidak menyeluruh dan sudah banyak restoran yang tidak gunakan bahan ini kerana harga­nya yang agak mahal, satu kilogram boleh mencecah ratusan ringgit. Biji kas-kas yang digunakan sejak turun temurun dalam masakan ini bukanlah satu ramuan yang memudaratkan akan tetapi ia perlu diingatkan supaya pengambilannya perlulah dalam jumlah yang terkawal.

Bagaimana pun diingatkan kepada semua terutama ahli sukan dimana jika ada berlaku pengambilan kaskas wa­lau­pun yang mana ia dicampur dalam makanan ia didapati boleh meletakkan atlet dalam risiko positif dadah je­nis morfin jika ujian doping dija­lankan ke atas mereka. Kaskas atau biji popi yang ada digunakan sebagai rempah untuk mem­be­rikan rasa yang unik kepada gulai, terutama oleh pengusaha nasi kandar dan kari ikan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Penggunaan kaskas walaupun ke­tika ini tidak menya­lahi undang-undang akan tetapi kaskas ber­asal da­ri pokok popi yang getah bunganya diproses untuk dijadikan dadah seperti candu dan morfin. Pakar Rujuk Perubatan Kanan Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz mendakwa bu­at masa sekarang belum ada ma­na-mana atlet yang didapati positif doping akibat daripada pengambilan makanan tersebut namun langkah berjaga-jaga perlu diambil. Berlaku dimana atlet yang tinggal di asrama Majlis Sukan Negara (MSN) tidak berdepan sebarang masalah kerana diet harian dikawal rapi namun dibimbangi makanan yang diambil sewaktu mereka berada di luar kerana tidak dapat dipastikan kandungan sebenar yang ada di dalamnya. Pengambilan bahan seperti kari yang ada biji kaskas boleh menyebabkan ujian antidoping yang mana ia menghasilkan keputusan positif morfin dan kebarangkalian itu sangat tinggi. Meraka bimbang perkara ini boleh berlaku ke atas mana-mana atlet kerana makanan seperti ini boleh diambil secara tidak sengaja akan tetapi berdasarkan prisip antidoping sekiranya bahan itu ada di dalam sistem badan maka atlet itu perlu bertanggungjawab. Atlet dinasihatkan tidak mengambil sebarang jenis minuman pracampuran kerana dibimbangi kandungan di dalamnya akan memberi kesan terhadap ujian antidoping. Jadi jangan ambil risiko, banyak lagi minuman lebih berkhasiati. Akhbar Utusan Malaysia mela­porkan terdapat beberapa premis di sekitar ibu kota menjual kek yang mengandungi biji popi secara terbuka. Ada dakwaan dimana pengambilan biji popi atau biji kaskas  secara berlebihan boleh mendatangkan kesan khayal dan ketagihan. Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) diminta untuk menjalankan kajian terperinci mengenai pengambilan kaskas atau biji popi dalam kalangan atlet. Perkara seperti ini tidak dapat dipastikan sama ada perkara itu mampu memberi kesan terhadap atlet atau sebaliknya memandangkan masih belum ada sebarang ujian dilakukan ke atas kaskas. Risiko sehingga kini dikalangan athlet dimana tidak dapat dipastikan sama ada kaskas memberi kesan atau tidak kerana sehingga kni masih belum ada sebarang kes dilapor­kan mengenai pengambilan bahan-bahan ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BIJI KASKAS... BUAH POPI ASALNYA...
DALAM MAKANAN...BANYAK DIGUNA...
ADA KESAN NARKOTIK... IA MINIMA...
GUNA BERLEBIHAN... IA MERBAHAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 14, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(21 JamadilAkhir 1440H).
Published from:
Room 539, Hotel Grand Continental,
Langkawi, Kedah, Malaysia.
(3 April 2019).

Tuesday, April 2, 2019

POKOK JEREMIN - HALAU NYAMOK

POKOK JEREMIN (Pelargonium radula) atau dikenali juga dengan nama pokok penghalau nyamok iaitu daripada keluarga  Geraniaceae merupakan tumbuhan yang secara tradisional ditanam di kawasan rumah. Pokok jeremin juga merupakan tumbuhan hiasan yang ditanam di kawasan sekitar rumah. Ia tidak boleh didedahkan secara terus kepada  pancaran matahari yang terik. Pokok ini biasanya lebih menggemari suasana yang redup seperti di bawah naungan pokok besar dan boleh ditanam di dalam rumah. Ia membiak melalui keratan batang. Pokok ini memerlukan siraman air secara berjadual (sekurang-kurangnya sekali dalam sehari) untuk memastikan ianya tidak menjadi layu dan kering. Memang mudah untuk menanam dan menjaga tanaman Jeremin ini di kawasan keliling rumah sama ada daripada ditanam diatas tanah atau pun didalam pasu. Selain ia canti untuk dijadikan tanaman landskap ianya juga sesuai untuk kegunaan menghalau nyamuk. Penulis blog membuat beberapa rujukkan dimana tumbuhan hijau ini dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai Pokok Jeremin dengan nama saintifiknya sebagai Pelargonium radula. Nama lain bagi tumbuhan ini adalah seperti Pokok Halau Nyamuk, Pokok Jari Lima atau Geranium. Walau pokok ini asalnya bukan tumbuhan asal dari Malaysia tetapi ia mudah ditanam dan mampu hidup subur jika dijaga dengan baik. Tumbuhan ini didapati tidak boleh terdedah secara terus kepada sinaran matahari terik kerana ia merencatkan pertumbhan. Sebaliknya ia sesuai kalau di tanam di tempat redup (dalam rumah). Apa yang menarik adalah apabila kita pegang daunnya dan dilenyek sedikit makan akan terhasillah bau yang kuat. Pembiakan tumbuhan Jeremin ini sangat mudah iaitu dengan cara keratan batang dan dipacak diatas tanah atau media dalam pasu. Sebaiknya perlu disiram air dengan cukup supaya tidak kering. Batangnya mudah menjadi kering dan berongga kalau tidak cukup air kerana ianya lembut. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai pokok Jeremin yang didakwa mampu menghalau nyamuk dimana ia boleh ditanam disekeliling rumah anda semua.


Seperti kebanyakan tumbuhan geranium yang lain tanaman jeramin ini memang mempunyai bau yang kuat apabila kita memegang daunnya. Tumbuhan ini juga mudah dibiakkan dengan cara keratan batang. Apa yang pasti dimana tumbuhan ini tidak boleh didedahkan secara terus kepada sinaram matahari yang terik dan ia juga sebaliknya sesuai ditanam di tempat yang agak redup seperti didalam rumah (Sila lihat foto disebelah). Siraman air yang secukupnya diperlukan untuk memastikan ia tidak kering terutama jika ditanam didalam pasu dan diletak dibawah naungan. Antara tanda-tanda tidak cukup air ialah batangnya akan menjadi kering dan berongga. Pokok Jeremin hanya akan mengeluarkan bunga jika hidup dalam iklim temperate. Bagaimana pun masih tidak diketahui sama ada tumbuhan jeremin ini boleh berbunga atau tidak dalam iklim tropika. Apa yang penulis blog dapati dimana tumbuhan ini dikatakan dapat menghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk pada masa tertentu. Oleh itu ia sering dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah dengan harapan ia dapat menghalau nyamuk. Memang ada dikalangan orang awam masih tidak mengenali pokok ini kalau tidak ada orang yang mempromosi atau menjual benihnya.


Tanaman Jeremin didakwa memang berguna untuk tujuan utamanya menghalau nyamuk. Selain itu ada juga dakwaan dimana jeremin ini boleh dijadikan tumbuhan hiasan sekali dalam rumah. Ia juga dilaporkan boleh digunakan sebagai ubat untuk penyakit kulit dan gatal-gatal. Caranya dengan mengisar daunnya dengan beras dan kemudian ia disapu kepada bahagian yang gatal-gatal. Dalam pada itu penulis diberitahu dimana tanaman ini selalu atau kadangkala di pangil sebagai Pokok Lima Jari (Sila lihat foto disebelah). Ia juga berbentuk rumpun dan boleh mencapai ketinggian 1 meter. Selalunya tanaman ini ditanam didalam pasu atau ditanam ditanah untuk menghasilkan tanaman dan sesuai hidup ditempat redup. Tanaman ini bukan sahaja boleh diletakan diluar rumah malah juga didalam rumah untuk menghalau nyamuk. Letakan mengikut cara seperti ditingkap rumah atau ditepi pintu rumah. Angin yang keluar masuk akan mengoyangkan tanaman ini dan bau Citronella akan keluar merebak ke dalam rumah dan persekitarannya. Aroma Citronella ini tidak disukai oleh nyamuk. Bagaimana pun jika tidak ada tiupan angin sebenarnya kita boleh menggunakan kipas angin untuk menyebarkan bau Citronella dari tanaman ini. Jika kita gunakan tanaman ini didalam rumah sebaiknya kita sesekali kena keluarkannya untuk mendapatkan cahaya matahari yang mencukupi. Namun ia juga tidak boleh terus didedahkan secara terus dari sinaran matahari terik keran adaun akan rosak. Sesetengah orang lain menggunakan tanaman Pelorgium ini dengan cara meramas daunnya dan sapukan pada anggota badan untuk menjauhkan nyamuk.

Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya. Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk. Ia sering dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah kerana berfungsi sebagai penghalau nyamuk. Dalam pada itu ada rakan penulis blog yang membeli pokok ini semasa dia pergi ke Cameron Highlands. Harganya dalam lingkungan RM5 sepokok. Jika dibandingkan dengan harga nurseri swasta di Melaka dia dakwa memang jauh bezanya kerana ianya dijual dengan RM8 - RM12 ikut saiz. Apa pun dakwa rakan saya menyatakan dimana pokok Jeremin yang dibeli ini memang mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya. Bau aerosol nyamuk jenama apa, anda kena beli atau cuba sentuh sendiri daun pokok ini. Dipercayai pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk. Katanya pokok ini mudah untuk ditanam. Cuma ia tidak boleh terkena pancaran matahari secara terus dimana ia sebenarnya sesuai ditanam dan diletakkan di bawah pokok besar macam pokok Buah Mempelam, pokok Rambutan atau sebaiknya boleh letakkan pokok ini di dalam rumah. Disyorkan agar diletakkan dalam rumah sendiri kerana nyamuk yang berada di dalam rumah. Pokok ini kena siram paling kurang sehari sekali. Penjagaan khusus hampir tiada dan ia amat mudah dibiakan melalui keratan batang. Biasanya kita perlu mencantas batangnya dan cucuk kat pasu yang ada tanah hitam.


Dalam pada itu seorang usahawan Khairi Shahdan menjadikan pokok jeremin sebagai salah satu hasil jualan di Kedah. Ini dilaporkan akhbar MyMetro dengan tajuk ''Mujarab halau nyamuk'' dengan menanam pokok jeremin (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan di Kuala Nerus, Kedah dimana kes demam denggi yang meningkat hingga meragut tiga nyawa sejak awal tahun ini di Terengganu mendatangkan kebimbangan kepada penduduk. Disebalik peningkatan kes yang dilaporkan sebaliknya ia telah mengundang rezeki pula kepada seorang peniaga Khairi Shahdan apabila pokok yang dikenali sebagai pokok cermin, jeremin, jari lima atau lebih popular dengan nama panggilan pokok halau nyamuk laris berbanding sebelum ini. Apa yang unik dimana dia mendakwa mujarab untuk menghalau pelbagai jenis nyamuk termasuk aedes sekali gus menjadi pilihan orang ramai sebagai langkah alternatif untuk pencegahan denggi. Pokok berkenaan yang dijual di gerai pokok bunganya mendapat sambutan luar biasa sejak berlaku peningkatan kes denggi di negeri ini. Pokok halau nyamuk ini saya jual dengan harga RM10 - RM15 sepokok  dan mendapat sambutan hangat, malah bekalannya tidak mencukupi kerana orang ramai sendiri mengakui ia berkesan untuk mengurangkan kehadiran nyamuk di kediaman mereka. Pokok ini memang digunakan sebagai cara tradisional oleh masyarakat pada zaman dahulu untuk menghalau nyamuk sebelum kewujudan ubat nyamuk. Beliau mempunyai premis nurseri di Kampung Wakaf Tengah, Kuala Nerus, Kedah. Nama botani tumbuhan menghalau nyamuk ini itu adalah Pelargonium radula dan akan mengeluarkan bau yang kuat seakan penyembur serangga sekiranya daunnya disentuh. Pokok itu tidak sukar untuk dijaga dan tidak perlu memberi perhatian khusus seperti pokok hiasan lain. Hanya perlu letakkannya di dalam pasu dan perlu disiram dua kali seminggu selain mendedahkannya kepada cahaya matahari sekali sehari sudah memadai bagi memastikan ia terus hidup. Istimewa pokok ini berbanding pokok hiasan lain kerana ia mengeluarkan sejenis bau yang unik dan diyakini mampu menghalau nyamuk yang berada di dalam rumah. Dakwanya sebanyak 50 pokok itu sudah habis dijual dalam masa dua hari dan dia akan menambah bekalannya dalam masa terdekat. Beliau akan menambah jumlah pokok itu dalam masa terdekat dan menjualnya dengan pelbagai harga bergantung kepada saiz bagi memastikan semua pelanggan mampu memilikinya. Semuga artikel dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...

MENANAM JEREMIN.... BENIH DIMANA....
BENIH... PASU DALAM RUMAH SAHAJA....
BAUNYA KUAT... NYAMUK TAKUTKANNYA...
BOLEH DIAMALKAN... OLEH SEMUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Rejab 1440H).
Published from:
Room 529, Hotel Continental,
Kuah, Langkawi.
(2April 2019).

Monday, April 1, 2019

MELON MANIS TERENGGANU - LAPOR MEDIA

MELON MANIS TERENGGANU (MMT) adalah merupakan varieti pertama bagi keluarga rock melon yang mana telah diumumkan oleh YB Menteri Besar Terengganu sebagai buah rasmi Negeri Terengganu pada 29 September 2015 sempena sambutan 110 Jabatan Pertanian peringkat Negeri Terengganu di TKPM Tok Dor. Melon (Cucumis melo Linn) merupakan sejenis tanaman buah daripada keluarga Cucurbitaceae yang diusahakan di Terengganu melalui galakan daripada Kerajaan Negeri. Penulis blog dapati Negeri Terengganu akan menjadi perintis dan pengeluar utama dalam memasarkan hasil Melon Manis Terengganu (MMT) untuk pasaran tempatan dan antarabangsa berikutan dari permintaan yang tinggi daripada penduduk di beberapa buah negara terutama di rantau Asia seperti Singapura dan Jepun. Namun begitu dilaporkan Melon Manis Terengganu (MMT) juga boleh didapati di sekitar Daerah Kuala Nerus, Terengganu iaitu di Kedai Green Dish yang berhadapan dengan premis Kolej Vokasional Wakaf Tembesu. Green Dish menjual Melon Manis Terengganu (MMT) yang segar dari ladang mereka sendiri bertempat di GM AgroFarm, Kuala Ibai, Terengganu. Dalam pada itu Melon Manis Terengganu (MMT) mempunyai kombinasi tekstur yang rangup dan rasa yang manis serta berlemak. Rona warna yang memukau turut meletakkan Melon Manis Terengganu (MMT) sebagai buah yang unik dan mempunyai kelas tersendiri. Semestinya Melon Manis Terengganu (MMT) mempunyai keunikan tersendiri setaraf dengan penilaian taraf buah sebanyak lima bintang yang diberikan oleh Jabatan Pertanian. Antara kelebihan MMT adalah seperti ia mempunyai kulit berwarna kuning dan licin dimana ia selalu mempunyai isi berwarna "Salmon Colour". MMT dilaporkan mempunyai tekstur isinya rangup, manis dan berkhasiat. Apa yang penulis blog dapat lihat fimna MMT mempunyai purata berat ialah 1.2 - 1.8 kg/ biji dengan tahap kemanisan lebih daripada 14% apabila matang. Dari segi penanaman didapati ia mempunyai tempoh penanaman ialah 65 hari dari tarikh semaian dan jangka hayat yang panjang selepas tuaian bergantung kepada suhu persekitaran. Artikel malam Sabtu ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya terus meulis mengenai info penting Melon Manis Terengganu (MMT) seperti apa yang dilaporkan dalam media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Dalam akhbar utusan bertajuk ''Kaedah pendebungaan baru MMT'' dimana foto disebelah menunjukkan Dr. Azman (tengah) memegang buah MMT untuk memeriksa buah tersebut. Dilaporkan dimana Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menghasilkan kaedah pendebungaan baru tanaman fertigasi melon manis Terengganu (MMT) dimanan ia sekali gus mempercepatkan proses dan menghasilkan buah yang lebih berkualiti. Timbalan Dekan (Bakat dan Penyelidikan), Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran UMT Prof Madya Dr Wahizatul Afzan Azmi berkata, projek ini berupaya dalam meningkatkan pengeluaran hasil MMT dan mengurangkan kos buruh untuk pendebungaan bagi penghasilan set buah. Kaedah pendebungaan lebah kelulut ke atas tanaman fertigasi melon yang diperkenalkan ini dapat mengatasi masalah ketidakcekapan pendebungaan secara manual. Kalau sebelum ini penaaman dilakukan seperti kaedah geitonogami dan pendebungaan kacuk silang. Kaedah pendebungaan kelulut juga lebih cekap berbanding kaedah pendebungaan manual yang mengambil masa agak lama, tenaga dan kos yang sangat tinggi terutama untuk tujuan penanaman berskala besar. Kelulut mempunyai keunikan tersendiri kerana ia adalah spesies serangga asli di Malaysia dan aktif sepanjang tahun. Ia juga tidak memerlukan kos yang besar untuk dipelihara dan tidak membahayakan. 


Pokok melon mempunyai bunga jenis monoecious iaitu bunga jantan dan betina terletak pada struktur bunga yang berasingan. Penanaman melon ini tidak akan menghasilkan set buah tanpa kaedah pendebungaan berbantu. Bagi mengatasi masalah ini maka aktiviti pendebungaan lebah kelulut berjaya menggantikan tenaga kerja buruh yang menggunakan pendebungaan tangan dapat mengurangkan kos operasi pendebungaan dan meringankan beban tugas pengusaha tanaman. Pengusaha tanaman juga dapat menjana pendapatan sampingan melalui produk hiliran madu kelulut hasil daripada penternakan kelulut di samping pengeluaran hasil pertanian. Bagi menghasilkan produk MMT bermutu tinggi, petani perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dari segi penggunaan baja, pengawalan racun dan pencahayaan. Buah yang direka khas untuk industri pertanian Terengganu itu bukan saja memiliki rasa manis dan buah yang rangup malah ia juga mempunyai khasiat tersendiri. Ia juga kaya antioksida dimana baik untuk kesihatan kulit, menguatkan antibodi badan, mengandungi vitamin A dan C, serta mampu mencegah penyakit kronik seperti kencing manis, angin ahmar dan jantung.


Dalam media lain artikel bertajuk ''Melon Terengganu, Rasa Sekali Pasti'' dimana seorang penanam MMT  memetik buah Melon Manis Terengganu (MMT) yang telah matang di Ladang MMT di Kampung Alur Lintang baru-baru ini. Kata-kata yang ianya semakin popular di Besut Terengganu adalah ikon Melon Manis Terengganu (MMT), rasa sekali mesti hendak lagi. Rasanya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata meskipun setelah habis sebiji melon MMT dimakannya dalam tempoh 10 minit dimana ramai kata apabila mendapat ia agak sukar untuk memberi kenyataan yang tepat tentang keenakannya. Rata-rata mereka yang pernah merasainya menyatakan ia mempunyai kombinasi tekstur yang rangup, digabungkan pula dengan rasa manis dan berlemak serta lebih enak berbanding 3,000 varieti melon lain di seluruh dunia. Lebih menarik lagi iaitu varieti MMT yang eksklusif dan hanya terdapat di Terengganu itu tidak pernah ditanam di negara lain sebelum ini, diserikan dengan rona warna yang memukau sekali gus meletakkan MMT sebagai buah unik yang berada di kedudukannya tersendiri. Dlam pada itu sejak diperkenalkan pada 2015, buah hasil cetusan idea Menteri Besar TerengganuDatuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang ketika itu dalamusaha mencari kelainan untuk diperkenalkan sebagai ikon baharu negeri itu, kian mendapat tempat di pasaran seluruh negara. Apa yang lebih membanggakan, ikon baharu negeri tersebut dipilih sendiri menteri besar itu selepas hasil gabungan idea dan kajian dilaksanakan sekumpulan pakar fertigasi dan Jabatan Pertanian Negeri dibentangkan.  Mengimbas kembali proses pemilihan varieti buah tersebut, Pengurus Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Besut Nasir Ali yang juga pakar fertigasi berkata pihaknya menyenarai pendek tujuh varieti melon di peringkat akhir termasuk dua varieti MMT iaitu melon yang isinya berwarna putih dan berwarna salmon. Kami adakan ujian rasa untuk menteri besar memilih mana varieti yang terbaik dan akhirnya beliau bersetuju memilih melon yang isinya berwarna salmon kerana rasanya lebih rangup, manisdan yang paling penting ia tidakpernah ditanam di mana-mana negara dalam temubual eksklusif di ladang MMT di Kampung Alur Lintang.

Kerajaan negeri terus komited dalam menjadikan MMT produk popular di seluruh negara. MMT kini menjadi ikon baharu di negeri ini dan kerana itu disyorkan buat keputusan untuk membuka seluas-luasnya kawasan yang sesuai untuk penanaman MMT. Sehingga kini, terdapat 10 lokasi projek penanaman MMT dibuka di seluruh negeri membabitkan 5.7 hektar tanah dengan 52 peserta dan hingga kini sebanyak 40 - 60 tan hasil pengeluaran berjaya dicatatkan. Meskipun baharu diperkenalkan, MMT memberi pulangan yang besar dan kini mempunyai pasaran di seluruh negara, malah peniaga buah dari Cameron Highlands turut mendapatkan bekalan MMT daripada pengusaha negeri itu. Kini pengusaha MMT yang ditemui berkata pendapatan mereka berubah selepas mengusahakan tanaman tersebut dan antara mereka yang sebelum ini mempunyai kerjaya hebat juga turut memilih untuk menjadi usahawan MMT apabila ia menjadi ‘lubuk rezeki baharu' buat penduduk di negeri tersebut. Seorang pengusaha tanaman MMT, Alias Sulong, 49, dari Kampung Alur Lintang berkata beliau yang merupakan pengusaha tanaman fertigasi ‘rock melon' sejak 10 tahun lalu kini menjadikan MMT sebagai tanaman utamanya sejak ia diperkenalkan. Dia beralih arah kepada MMT kerana kerajaan membantu meluaskan pasaran MMT dan ia tidakada di tempat lain selain Terengganu. Jadi, saya tidakada banyak saingan berbanding tanaman rock melon yang sememangnya ditanam di negeri lain. Memang kini tanaman rock melon dan MMT berbeza kerana rock melon sangat rumit dan penjagaan buahnya agak susah berbanding MMT. Ia memerlukan proses pendebungaan yang dilakukan secara manual dan apabila berbuah maka buahnya pula perlu dibalut dengan kertas bagi memastikan ia tidak rosak iaitu kerja ini memang cerewet. Bila dia cuba tanam MMT terasa bebanan kerja lebih ringan sebab tidak perlu lakukan proses untuk kerja pendebungaan dimana buahnya mudah dijaga dan tidak perlu dibalut. Buah MMT hanya perlukan air, baja dan cahaya matahari yang cukup. Petani ini kini mampu meraih pendapatan sehingga RM20,000 semusim.

Alias dakwa apa yang menarik mengenai menanam libatkan formula sendiri tanpa mengurangkan nutrien dan menjejaskan rasa. Kini setiap pengusaha MMT mempunyai rahsia tersendiri untuk tanaman masing-masing bila keluar buah maka mereka akan tengok apa yang buah tersebut perlukan dengan akan tambah apa yang diperlukan seperti baja dan air serta kami akan kurangkan apa yang terlebih. Biasanya rasa dan besar buah tidakakan terjejas kerana MMT ditanam tiga kali setahun yang mana satu musim memakan masa tiga bulan sebelum ia mengeluarkan hasil untuk dituai dan saya menanam 3,000 pokok MMT semusim. Beliau merancang untuk meluaskan pasaran hingga ke luar negara. Bagi lulusan Diploma Makmal Perubatan, Mohd Farid Mohd Rozi, 26, berkata peluang yang diberikan kerajaan untuk mengusahakan tanaman MMT digunakan sebaiknya memandangkan tanaman itu mempunya inilai komersial tinggi. Sebelum ini saya tak ada kerja tetap, hanya tolong orang kampung yang tanam MMT sahaja, tapi lama-kelamaan saya jadi minat sebab pulangannya memang tinggi dan buah ini senang dijaga. Saya bersyukur bila dapat tawaran daripada jabatan pertanian untuk mengusahakan tanah di ladang ini.  Permintaan MMT sangat tinggi kerana rasanya yang lebih sedap dan rangup berbanding rock melon. Dari segi harga, memang MMT lebih tinggi iaitu sekitar RM4 hingga RM6 sekilogram kerana ia eksklusif, tetapi buah ini tetap menjadi pilihan pembeli dimana dia berpendapatan hingga RM6,000 sebulan. Meskipun pernah mengalami kerugian apabila tanamannya diserang virus, anak kelahiran Besut ini tidak pernah berputus asa, malah beliau berbangga kerana menjadi petani yang memiliki diploma meskipun terpaksa berhujan dan berpanas kerana minatnya yang mendalam terhadap pertanian dan hasilnya memuaskan.

Akhbar lain dengan artikel bertajuk ''Inovasi pertanian diperlukan untuk lonjak potensi Melon Manis Terengganu'' dimana penanam iaitu Badrul (kiri) bersama seorang penanam melihat buah Melon Manis Terengganu yang dihasilkan di Fertigasi Alor Lintang, Besut. Kini para peserta projek penanaman Melon Manis Terengganu (MMT) di Alor Lintang, perlu menguasai cara pertanian pintar dan penggunaan teknologi terkini bagi melonjakkan potensi projek itu ke skala yang lebih besar. Terdapat beberapa lokasi projek yang terletak di tengah-tengah pembangunan dengan infrastruktur asas seperti bekalan air dan elektrik, peserta hanya perlu membuat pelaburan dalam Teknologi Maklumat (IT) bagi meningkatkan lagi hasil pengeluaran MMT. Sebelum penggunaan IT diaplikasikan peserta perlu dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan dan mereka perlu tahu bagaimana menggunakan teknologi dalam agronomi,” katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan beliau ke tapak projek penanaman MMT Fertigasi Alor Lintang, di Besut. Projek penanaman Melon Manis Terengganu (MMT) Alor Lintang yang dimulakan pada tahun 2007 kini mampu mengeluarkan 14 tan MMT dengan nilai RM120,000 pada setiap kitaran (satu kitaran tiga bulan) dengan pendapatan bersih kepada setiap peserta menjangkau RM3,000 sebulan. Tanaman MMT sebagai pertanian moden, peserta perlu keluar daripada zon selesa dan bersedia untuk berhadapan persaingan sengit tanpa bergantung sepenuhnya terhadap bantuan kerajaan. Pusat ini berpotensi untuk kita perluaskan lagi terutamanya kita boleh pertingkatkan pengeluaran dan memperbagaikan pengeluaran produk MMT termasuklah pengetinan buah MMT. Seorang peserta projek, Rohana Alias, 38, berkata pada masa kini berlakunya peningkatan hasil yang ketara berbanding peringkat permulaan pada tahun 2007. Pada tahun 2007 untuk satu unit tanaman MMT (kira-kira 150 pokok) saya hanya mampu keluarkan hasil sebanyak satu tan sahaja kerana kurangnya kemahiran namun selepas mempunyai kemahiran dan ilmu mengenai mengendalikan tanaman ini, kini satu unit boleh mendapat hasil sebanyak 2.5 tan (buah melon). Seorang lagi peserta Zaruddin Manaf, 52, berasal daripada Kampung Tanah Merah, Kerandang berkata permintaan yang tinggi diterima terhadap buah berkenaan daripada penggemarnya dari luar dan dalam negeri menyebabkan beliau mempelbagaikan produk daripada buah melon berkenaan secara sendiri. Kii selain daripada memasarkan buah segar saya juga ada membuat MMT sebagai jeruk dan jus yang dijual secara kecil-kecilan menggunakan buah yang gred C. Terkini aktiviti untk mengatur perancangan untuk membolehkan produk MMT dijual setiap hari dan bukan hanya bermusim tiga bulan sekali pada masa akan datang. Bernama.

Laporan sebuah media terakhir adalah yang bertajuk ''Pengeluaran Melon Manis Terengganu lima kali setahun menjelang 2020'' dimana foto disebelah Exco Pertanian Terengganu melihat buah melon ketika melakukan lawatan kerja ke ladang buah melon di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Peradong, Kuala Terengganu. Terkini pengeluaran Melon Manis Terengganu (MMT) disasarkan untuk ditingkatkan kepada lima kali setahun menjelang tahun 2020 berbanding purata tiga kali ketika ini. Kajian terperinci mengenai usaha itu sedang digerakkan Jabatan Pertanian Terengganu dengan projek perintis bakal dilaksanakan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Peradong, Manir. Kini menerusi sasaran itu, TKPM Peradong dijangka mengeluarkan lebih 100 metrik tan Melon Manis Terengganu dalam setahun berbanding jumlah sedia ada hanya 66 metrik tan yang direkodkan pada masa ini. TPKM Peradong merupakan pusat pengeluaran tanaman contoh bagi Melon Madu Terengganu kerana mampu mengeluarkan hasil tertinggi di samping kualiti buahnya yang premium. Kini pengeluaran lima kali setahun yang disasarkan itu merupakan had maksimum dengan menggunakan segala kemampuan dan teknologi yang ada serta yang bakal dirangka termasuk kemungkinan ditanam di tempat terbuka mahu pun penggunaan struktur pelindung hujan. TKPM Peradong yang siap sepenuhnya pada 2016 dibangunkan di kawasan seluas 4.019 hektar iaitu satu kawasann yang merupakan yang terkecil dalam kalangan empat TKPM di negeri ini iaitu di Rhu Tapai di Setiu, Serating (Marang) dan Tok Dor (Besut). Dalam pada itu pembangunan pelan strategik itu akan melibatkan buah fikiran daripada semua pihak termasuk 33 jabatan dan agensi berkaitan, penyelidik dan ahli akademik di samping wakil persatuan, usahawan serta pesara di bidang pertanian, perikanan dan penternakan. Menerusi program turun padang dalam tempoh tiga bulan ini kita dapat gambaran jelas tentang keadaan pertanian di Terengganu dari semua aspek jadi selepas sambutan Hari Raya Aidiladha nanti kita akan memulakan gerakkan membangunkan pelan tersebut. Semuga semua bab dalam artikel ini memberi info berguna ekepada anda semua. Wasllam!!!..

NAMANYA MELON... BUAH SEDAPNYA...
MMT DI TERENGGANU... IKON MEREKA...
BUAHNYA WANGI... AMAT MANIS PULA....
MAMBACA ARRIKEL.. INGN MEMBELINYA...

By,
 M Anem,
Senor agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP , Malaysia.
(13 Rejab 1440 H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...