Support My Blog

Showing posts with label VARIETI - MANGGA. Show all posts
Showing posts with label VARIETI - MANGGA. Show all posts

Tuesday, February 5, 2019

VARIETI - MANGGA BELUM DAFTAR

MANGGA (Mangnifera indica) merupakan tanaman buah-buahan tropika yang popular di tanam di Malaysia sebagai tanaman komersil atau tanaman tidak komersil (sebagai tanaman didusun campuran). Penanaman mangga secara monokrop mula popular dijalankan di Melaka dan kemudian di Perak dengan varieti Chok Anan (MA224) serta di Perlis dengan varieti Harumanis (MA128). Pada masa ini terdapat seluas 6,060 hektar kawasan tanaman mangga di Malaysia dengan anggaran pengeluaran hasil sebanyak 17,758 tan metrik pada tahun 2018 (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Kawasan penanaman mangga paling luas berada di Perlis seluas 2,290 hektar dengan pengeluaran sebanyak 4,080 metrik tan diiukui dengan Negeri Sabah seluas 1,184 dengan pengeluaran sebanyak 2,999 metrik tan dan ketiga adalah Negeri Perak (499 hektar) dengan pengeluaran 5,484 metrik tan. Di Perak petani mereka mampu menghasilkan produktiviti tertinggi iaitu sekitar 12,200 kg sehektar terutama dari varieti Chok Anan yang didapati berbuah sepanjang tahun dibeberapa lokasi. Kebanyakan hasil mangga adalh untuk kegunaan domestik dimakan segar dan sebahagian lagi adalah untuk pasaran ekspot. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 113 varieti mangga yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia dan 48 varieti mangga yang belum didaftarkan untuk dijadikan rujukan dan bacaan anda semua. Saya membuat penelitian ini daripada banyak sumber maklumat lama yang ada dicetak dalam buku lama dan menemubual ramai orang yang saya fikir berpengetahuan didalam mengenalpasti akan varieti tanaman mangga ini. 


Pokok mangga adalah pokok yang sederhana tinggi iaitu sekitar 3-5m dan lazimya ia dicantas bagi mengawal ketinggiannya. Kebiasaannya didapati pokok yang ditanam dari anak benih cantuman adalah rendah berbanding dengan pokok mangga yang ditanam daripada biji. Ia juga mempunyai banyak cabang dengan kanopi luas. Daun pokok mangga ialah jenis mudah dan berbentuk lanseolate. Sesetengah varieti mangga mempunyai daun yang mana ia berombak di tepinya. Daun muda berwarna hijau pucat hingga hijau kemerahan muda (Daun muda) atau merah keunguan bergantung pada jenis. Bunga mangga kecil dan berwarna kuning atau kuning kemerahan. Bunga mangga dikeluarkan pada jambak iaitu di terminal atau aksil daun. Dalam sejambak bunga lazimnya ia mengandungi 500 - 4,000 kuntum bunga. Bunga jantan dan bunga hermafrodit terdapat pada jambak yang sama dalam kadar tertentu. Biasanya peratus bunga hermafrodit yang akan membentuk buah jauh kurang daripada bunga jantan. Tanaman mangga mempunyai pencirian yang berbeza mengikut varieti atau jenis mangga. Bagi varieti Chok Anan ia lazimya berbunga sepanjang tahun tetapi ada dua kali musim puncak mengikut lokaliti. Agen pendebungaan seperti angin, serangga dan sebagainya amat penting membantu proses pendebungaan ini. Di Perlis dilaporkan ikan busuk akan digantung pada pangkal pokok mangga harumanis untuk membolehkan lalat dan langau datang dimana ia membantu juga proses pendebungaan mangga harumanis.


Terdapat sebanyak 48 varieti mangga yang ditanam di dalam Stesyen-stesyen Jabatan Pertanian, Pusat Pertanian, MARDI, Institusi swasta dan individu yang masih belum didaftarkan dengan Jabatan Pertania seperti direkodkan. Kebanyakan varieti ini masih didalam peringkat pemerhatian pemiliknya atau baru dibawa masuk kedalam negara luar (jika ada). Ada kemingkinan dimana sebahagian daripada varieti tersebut mungkin sesuai didaftarkan dan boleh dikomersilkan jika ada data lengkap mengenai prestasi varieti tersebut. Satu varieti yang saya kenal adalah Mangga Sala yang memang ada ditanam terutama di Kedah dan Perlis. Mangga Sala juga dilaporkan mampu menghasilkan pendapatan baik kepada petani kerana ia mempunyai potensi hasil tuaian lebih tinggi daripada mangga harum manis walau pun harganya rendah sedikit. Proses pendaftaran varieti mangga dan buah-buahan lain perlu diteruskan untuk melihat kepelbagaian varieti mangga bagi tujuan biakbaka (Plant breeding), pemasaran dan kawalan penyakit serta perosak.



Jadual 7 diatas menunjukkan beberapa varieti mangga daripada bilangan 1 (Varieti Mas Terengganu) sehingga yang ke 24 (Varieti Pandan) yang belum didaftarkan di Malaysia. Pendaftaran varieti tanaman di kawal oleh Jabatan Pertanian Malaysia didalam Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman yang berfungsi untuk mendaftarkan tanaman untuk tujuan kawalan. Pendaftaran tanaman ini dibawah National Plant Variety Listing juga berkait dengan Akta PVP 2014. Varieti mangga tersebut ada ditanam yang di dalam negara sama ada didalam Stesen Pertanian, MARDI atau ditanam oleh individu atau mana-mana syarikat. Ada juga kemungkinan mangga varieti tersebut sudah pupus kerana belum ada sistem semakan oleh Jabatan Pertanian terhadap koleksi varieti ini. Varieti dalam Jadual 7 diatas juga menunjukkan nama-nama agak unik dan boelh didaftarkan dengan nama lain oleh pemilik mangga yang sesuai dengan pencirian mangga tersebut. Kaedah sistem pencirian dan pendaftaran varieti mangga boleh digunapakai untuk sesiapa mereka mendaftarkan varieti tanaman tersebut dengan Jabatan Pertanian dengan mengisi Borang DK1 yang boleh didapati melalui Online secara percuma. atu pasukan encirian tanaman akan memeriksa varieti tersebut sebelum ianya didaftarkan di Jabatan Pertanian.     


Jadual 8 pula sambungan varieti mangga yang belum berdaftar dari nombor 25 (Varieti Rad) sehingga Nombor 48 (Varieti Mangga Taiwan Red). Nama-nama varieti tersebut penulis blog dapati dan melihat macam jenis baru yang dibawa masuk daripada luar negara dan cuba ditanam di Malaysia. Didalam program pembiakbakaan mangga (Mango Plant Breeding) memang ada keperluan semua varieti mangga yang ada ini didaftarkan agar penyelidikan mendapatkan baka mangga baru yang lebih baik dapat dihasilkan. Sebaiknya semua varieti mangga yang telah dan belum didaftar ini ditanam didalam Bank Janaplasma (Germplasm) atau pun sebagai baka dimana akan datang. Mana tahu satu hari nanti varieti mangga yang disenaraikan akan menjadi popular dan dapat dikomersilkan. Semuga maklumat ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wallahualam!..

VARIETI BARU... SEBANYAK 48 ADANYA...
BELUM DAFTAR... LIHAT CIRI-CIRINYA...
DINILAI PRESTASI... DAFTAR KEMUDIANYA...
JADI SIMPANAN... JANAPLASMA NEGRA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Stesyen MARDI Serdang,
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(21 Ramadan 1434H)

Sunday, March 30, 2014

VARIETI - MANGGA DI MALAYSIA (Part 6)

MANGGA (Mangnifera indica) merupakan tanaman buah-buahan tropika yang popular di tanam di Malaysia sebagai tanaman komersil atau tanaman tidak komersil. Penanaman mangga secara monokrop mula popular dijalankan di Melaka dan Perak dengan varieti Chok Anan serta di Perlis dengan varieti Harumanis. Pada masa ini terdapat seluas 9,400 hektar kawasan tanaman mangga di Malaysia dengan anggaran pengeluaran hasil sebanyak 24,500 tan metrik pada tahun 2012. Kawasan penanaman mangga paling luas berada di Melaka yang terletak di Daerah Alor Gajah dengan seluas 419 hektar. Ini diikuti dengan Daerah Jasin seluas 463 hektar. Selain itu Daerah Kuching, Sarawak seluas 271 hektar (Laporan statistik Tanaman Jabatan Pertanian Tahun 2012) . Kebanyakan hasil mangga adalh untuk kegunaan domestik dimakan segar dan sebahagian lagi adalah untuk pasaran ekspot. Saya ada menulis mengenai tanaman mangga sebelum ini dan boleh dibaca dengan tajuk Mangga dalam Pot (Sila klik disini), Mango clones (Sila klik disini), Mangga dan cuaca (Sila klik disini), Varieti popular mangga didunia (Sila klik disini) dan Pascatuai mangga (Sila klik disini) serta banyak lagi.  Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 113 varieti mangga yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia dan 48 varieti mangga yang belum didaftarkan untuk dijadikan rujukan dan bacaan anda semua. Saya membuat kajian daripada banyak sumber maklumat lama yang ada dicetak dalam buku lama dan menemubual ramai orang yang saya fikir berpengetahuan didalam menambah dan mengenalpasti akan varieti tanaman mangga ini. 


Pokok mangga adalah pokok yang sederhana tinggi iaitu sekitar 3-5m. Kebiasaannya, pokok yang ditanam dari anak benih cantuman adalah rendah berbanding dengan pokok mangga yang ditanam daripada biji. Ia mempunyai banyak cabang dengan kanopi luas. Daun mangga ialah jenis mudah dan berbentuk lanseolat. Sesetengah varieti mangga mempunyai daun yang berombak di tepinya. Daun muda berwarna hijau pucat hingga merah muda atau merah keunguan bergantung pada jenis. Bunga mangga kecil dan berwarna kuning atau kuning kemerahan. Bunga mangga dikeluarkan pada jambak terminal atau aksil daun. Dalam sejambak bunga mengandungi 500 - 4,000 kuntum bunga. Bunga jantan dan bunga hermafrodit terdapat pada jambak yang sama dalam kadar tertentu. Biasanya peratus bunga hermafrodit yang akan membentuk buah jauh kurang daripada bunga jantan.

Daripada 113 varieti yang telah berdaftar, Jadual 1 diatas menunjukkan 13 lagi varieti mangga daripada varieti MA213 (Mangga Ng - didaftarkan pada 1979) sehingga senarai terakhir iaitu MA226 (Mangga Mun Dien Kaw - didaftarkan pada 1992). Didalam senarai tersebut saya dapati ada varieti yang sangat popular ditanam masa kini iaitu Chokanan (MA224)  diseluruh negara. Varieti MA224 ini walau pun didaftarkan di Perak sebenarnya berasal dari Thailand yang saya terlibat membawa varieti ini masuk ke Melaka dan Malaysia umumya sekitar tahun 1989 - 1990. Mangga MA224 ini mempunyai ciri-ciri mengeluarkan pembungaan yang baik dan pembentukkan buah (fruit set) dan mampu berbuah dengan banyak jika diuruskan dengan baik. Ia mampu menghasilkan buah dengan cepat sekitar 2 tahun lepas ditanam dan sesuai dengan banyak jenis tanah. Cuaca panas kering sekitar 2 minggu mampu untuk 'induce' pembungaan bagi varieti cokanan. Selain Melaka, varieti ini banyak ditanam di Perak, Selangor dan Sarawak. Turut tersenarai adalah varieti Nam Dok Mai (MA223) dan varieti Mun Diem Kaw (MA226) yang juga banyak ditanam oleh petani disebelah utara Semenanjung. Saya ada menulis mengenai tanaman mangga sebelum ini dan boleh dibaca dengan tajuk Mangga Cokanan (Sila klik disini), Mango clones (Sila klik disini), Mangga dan cuaca (Sila klik disini), Varieti popular mangga didunia (Sila klik disini) dan Pascatuai mangga (Sila klik disini) serta tulisan banyak lagi. Wallahualam!.
Mangga MA224 Cokanan yang harum dan manis.
VARIETI MANGGA.... 113 SEMUANYA...
BELUM DIDAFTAR ... 48 JUMLAHNYA...
COKANAN... DITANAM DIMANA-MANA...
VARIETI LAIN ... STATUS BAGAIMANA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Room 1510, Arwana Resort,
Pulau Perhentian Besar, 
Terengganu,
Malaysia.
(20 Ramadan 1434H)
Kemaskini 26 March 2014

Saturday, March 29, 2014

VARIETI - MANGGA DI MALAYSIA (Part 5)

MANGGA (Mangnifera indica) merupakan tanaman buah-buahan tropika yang popular di tanam di Malaysia sebagai tanaman komersil atau tanaman tidak komersil. Penanaman mangga secara monokrop mula popular dijalankan di Melaka dan Perak dengan varieti Chok Anan serta di Perlis dengan varieti Harumanis. Pada masa ini terdapat seluas 9,400 hektar kawasan tanaman mangga di Malaysia dengan anggaran pengeluaran hasil sebanyak 24,500 tan metrik pada tahun 2012. Kawasan penanaman mangga paling luas berada di Melaka yang terletak di Daerah Alor Gajah dengan seluas 419 hektar. Ini diikuti dengan Daerah Jasin seluas 463 hektar. Selain itu Daerah Kuching, Sarawak seluas 271 hektar (Laporan statistik Tanaman Jabatan Pertanian 2012). Kebanyakan hasil mangga adalh untuk kegunaan domestik dimakan segar dan sebahagian lagi adalah untuk pasaran ekspot. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 113 varieti mangga yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia dan 48 varieti mangga yang belum didaftarkan untuk dijadikan rujukan dan bacaan anda semua. Saya membuat kajian daripada banyak sumber maklumat lama yang ada dicetak dalam buku lama dan menemubual ramai orang yang saya fikir berpengetahuan didalam mengenalpasti akan varieti tanaman mangga ini.


Tanaman pokok mangga adalah pokok yang sederhana tinggi iaitu sekitar 3-5meter. Kebiasaannya, pokok yang ditanam dari anak benih cantuman adalah rendah berbanding dengan pokok mangga yang ditanam daripada biji. Ia mempunyai banyak cabang dengan kanopi luas. Daun mangga ialah jenis mudah dan berbentuk lanseolat. Sesetengah varieti mangga mempunyai daun yang berombak di tepinya. Daun muda berwarna hijau pucat hingga merah muda atau merah keunguan bergantung pada jenis. Bunga mangga kecil dan berwarna kuning atau kuning kemerahan. Bunga mangga dikeluarkan pada jambak terminal atau aksil daun. Dalam sejambak bunga mengandungi 500 - 4,000 kuntum bunga. Bunga jantan dan bunga hermafrodit terdapat pada jambak yang sama dalam kadar tertentu. Biasanya peratus bunga hermafrodit yang akan membentuk buah jauh kurang daripada bunga jantan.



Daripada 113 varieti yang telah berdaftar, Jadual 5 diatas menunjukkan 20 varieti mangga daripada varieti MA193 (Tiada maklumat - didaftarkan pada 1973) sehingga MA212 (Mangga Merbok - didaftarkan pada 1979). Jadual tersebut juga menunjukkan banyak varieti mangga telah pupus atau tidak dapat di kesan seperti MA195, MA196, MA197, MA198 dan MA199. Kemungkinan mangga tersebut 'hilang' akibat perang dunia kedua, musnah akibat bencana alam atau serangan penyakit atau perosak. Didalam senarai tersebut saya dapati varieti Melele (MA204) merupakan mangga yang masuk dalam senarai mangga disyorkan. Saya ada menulis mengenai tanaman mangga sebelum ini dan boleh dibaca dengan tajuk Mangga dalam Pot (Sila klik disini), Mango clones (Sila klik disini), Mangga dan cuaca (Sila klik disini), Varieti popular mangga didunia (Sila klik disini) dan Pascatuai mangga (Sila klik disini) serta banyak lagi.Wallahualam!.

VARIETI MANGGA.... 113 SEMUANYA...
BELUM DIDAFTAR ... 48 JUMLAHNYA...
NAMA MELELE...DISYOR MENANAMNYA...
VARIETI LAIN ... TIADA MAKLUMATNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Room 1510, Arwana Resort,
Pulau Perhentian ,
Terengganu, Malaysia.
(20 Ramadan 1434H)
Kemaskini pada 27 March 2014

Friday, March 28, 2014

VARIETI - MANGGA DIMALAYSIA (Part 4)

MANGGA (Mangnifera indica) merupakan tanaman buah-buahan tropika yang popular di tanam di Malaysia sebagai tanaman komersil atau tanaman tidak komersil. Penanaman mangga secara monokrop mula popular dijalankan di Melaka dan Perak dengan varieti Chok Anan serta di Perlis dengan varieti Harumanis. Pada masa ini terdapat seluas 9,400 hektar kawasan tanaman mangga di Malaysia dengan anggaran pengeluaran hasil sebanyak 24,500 tan metrik pada tahun 2012. Kawasan penanaman mangga paling luas berada di Melaka yang terletak di Daerah Alor Gajah dengan seluas 419 hektar. Ini diikuti dengan Daerah Jasin seluas 463 hektar. Selain itu tanaman mangga luas di Daerah Kuching, Sarawak seluas 271 hektar (Laporan statistik Tanaman Jabatan Pertanian 2012). Kebanyakan hasil mangga adalh untuk kegunaan domestik dimakan segar dan sebahagian lagi adalah untuk pasaran ekspot. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 113 varieti mangga yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia dan 48 varieti mangga yang belum didaftarkan untuk dijadikan rujukan dan bacaan anda semua. Saya ada menulis mengenai tanaman mangga sebelum ini dan boleh dibaca dengan tajuk Mangga dalam Pot (Sila klik disini), Mango clones (Sila klik disini), Mangga dan cuaca (Sila klik disini), Varieti popular mangga didunia (Sila klik disini) dan Pascatuai mangga (Sila klik disini) serta banyak lagi. Saya membuat kajian daripada banyak sumber maklumat lama yang ada dicetak dalam buku rujukkan lama dan menemubual ramai orang yang saya fikir berpengetahuan didalam mengenalpasti akan varieti tanaman mangga ini.


Pokok mangga adalah pokok yang sederhana tinggi iaitu sekitar 3-5m. Kebiasaannya, pokok yang ditanam dari anak benih cantuman adalah rendah berbanding dengan pokok mangga yang ditanam daripada biji. Ia mempunyai banyak cabang dengan kanopi luas. Daun mangga ialah jenis mudah dan berbentuk lanseolat. Sesetengah varieti mangga mempunyai daun yang berombak di tepinya. Daun muda berwarna hijau pucat hingga merah muda atau merah keunguan bergantung pada jenis. Bunga mangga kecil dan berwarna kuning atau kuning kemerahan. Bunga mangga dikeluarkan pada jambak terminal atau aksil daun. Dalam sejambak bunga mengandungi 500 - 4,000 kuntum bunga. Bunga jantan dan bunga hermafrodit terdapat pada jambak yang sama dalam kadar tertentu. Biasanya peratus bunga hermafrodit yang akan membentuk buah jauh kurang daripada bunga jantan.




Daripada 113 varieti yang telah berdaftar, Jadual 4 diatas ada menunjukkan 20 varieti mangga daripada varieti MA172 (Mangga Malgoa Pilai - didaftarkan pada 1972) sehingga MA192 (Tiada maklumat - Daftar pada tahun 1973). Jadual tersebut juga menunjukkan mangga Malgoa Pilai (MA172) dan Alponso (MA173) adalah dipercayai dibawa masuk daripada India. Beberapa siri varieti mangga daripada Selangor didaftarkan pada 1972 atau Siri Nama Varieti Rim (Daripada Mangga Rim M1 hingga  Rim M9).  Sebahagian daripada varieti tersebut masih ada ditanam dalam beberapa lokasi termasuk didalam Stesyen Pertanian dan beberapa orang pemilik individu. Isunya adalah berapa ramai diantara kita yang kenal akan varieti mangga seperti didalam jadual diatas?. Kemungkiana akan berlaku permintaan daripada pembiakbaka, penyelidik, pelagar, petani atau sesiapa jua. Diharap artikkel part 4 ini menambah pengetahuan anda pembaca blog ini.  Wallahualam!




VARIETI MANGGA.... 113 SEMUANYA...
BELUM DIDAFTAR ... 48 JUMLAHNYA...
BIASA DENGAR...VARIETI MALGOA...
NAMA ALPHONSO ... PILIHAN DUNIA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Taman Cendana
Persimpangan Bukit Beruang,
Melaka Tengah, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(20 Ramadan 1434H)
Kemaskini pada 26 Mac 2014

Thursday, March 27, 2014

VARIETI - MANGGA DI MALAYSIA (Part 3)

MANGGA (Mangnifera indica) merupakan tanaman buah-buahan tropika yang popular di tanam di Malaysia sebagai tanaman komersil atau tanaman tidak komersil. Penanaman mangga secara monokrop mula popular dijalankan di Melaka dan Perak dengan varieti Chok Anan serta di Perlis dengan varieti Harumanis. Pada masa ini terdapat seluas 9,400 hektar kawasan tanaman mangga di Malaysia dengan anggaran pengeluaran hasil sebanyak 24,500 tan metrik pada tahun 2012. Kawasan penanaman mangga paling luas berada di Melaka yang terletak di Daerah Alor Gajah dengan seluas 419 hektar. Ini diikuti dengan Daerah Jasin seluas 463 hektar. Selain itu Daerah Kuching, Sarawak seluas 271 hektar (Laporan statistik Tanaman Jabatan Pertanian 2012). Kebanyakan hasil mangga adalh untuk kegunaan domestik dimakan segar dan sebahagian lagi adalah untuk pasaran ekspot. Saya ada menulis mengenai tanaman mangga sebelum ini dan boleh dibaca dengan tajuk Mangga dalam Pot (Sila klik disini), Mango clones (Sila klik disini), Mangga dan cuaca (Sila klik disini), Varieti popular mangga didunia (Sila klik disini) dan Pascatuai mangga (Sila klik disini) serta banyak lagi.  Artikel subuh ini saya menulis Part 3 dalam "Anim Agro Technology" mengenai sambungan 113 varieti mangga yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia dan 48 varieti mangga yang belum didaftarkan untuk dijadikan rujukan dan bacaan anda semua. Saya membuat kajian daripada banyak sumber maklumat lama yang ada dicetak dalam buku dan menemubual ramai orang yang saya fikir berpengetahuan didalam mengenalpasti akan varieti tanaman mangga ini.


Pokok mangga adalah pokok yang sederhana tinggi iaitu sekitar 3-5m. Kebiasaannya, pokok yang ditanam dari anak benih cantuman adalah rendah berbanding dengan pokok mangga yang ditanam daripada biji. Ia mempunyai banyak cabang dengan kanopi luas. Daun mangga ialah jenis mudah dan berbentuk lanseolat. Sesetengah varieti mangga mempunyai daun yang berombak di tepinya. Daun muda berwarna hijau pucat hingga merah muda atau merah keunguan bergantung pada jenis. Bunga mangga kecil dan berwarna kuning atau kuning kemerahan. Bunga mangga dikeluarkan pada jambak terminal atau aksil daun. Dalam sejambak bunga mengandungi 500 - 4,000 kuntum bunga. Bunga jantan dan bunga hermafrodit terdapat pada jambak yang sama dalam kadar tertentu. Biasanya peratus bunga hermafrodit yang akan membentuk buah jauh kurang daripada bunga jantan.

Daripada 113 varieti yang telah berdaftar, Jadual 1 diatas menunjukkan 20 varieti mangga daripada varieti MA152 (Mangga Kent - didaftarkan pada 1972) sehingga MA171 (Mango - didaftarkan pada 1972). Jadual juga mempaparkan beberapa varieti mangga dari USA seperti MA152 (Kent) dan MA153 (Kesington). Mangga MA162 (Mangga Foo Fatt atau Mangga Golek) merupakan  varieti yang telah disyorkan untuk ditanam secara komersil. Mangga MA162 ini popular ditanam sekitar tahun 1980'an dibanyak kawasan bagaimana pun ianya agak kurang popular pada masa sekarang. Beberapa varieti daripada India juga telah dibawa masuk kenegara kita dan didaftarkan dalam senarai varieti tanaman. Banyak nama-nama mangga ini masih mengekalkan nama asal seperti MA166 (Bombay/Teluk Anson), MA167 (Hima Pased) dan MA168 (Bombay Malaya) dan sebagainya yang didaftarkan pada tahun 1972. Persoalannya adalah adakah semua varieti ini dikenali oleh pakar atau dimanakah kita hendak melihat varieti mangga tersebut?.  Wallahualam!


VARIETI MANGGA.... 113 SEMUANYA...
BELUM DIDAFTAR ... 48 JUMLAHNYA...
POKOK ASAL...BERADA DIMANA...
ADA VARIETI ...TINGGAL NAMANYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Melaka Tengah, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(20 Ramadan 1434H)
Kemaskini pada 26 March 2014

Wednesday, March 26, 2014

VARIETI - MANGGA DI MALAYSIA (Part 2)

MANGGA (Mangnifera indica) merupakan tanaman buah-buahan tropika yang popular di tanam di Malaysia sebagai tanaman komersil atau tanaman tidak komersil keliling rumah. Penanaman mangga secara monokrop telah mula popular dijalankan di Melaka dan Perak dengan varieti Chok Anan serta di Perlis dengan varieti Harumanis sekitar tahun 1990'an. Pada masa ini terdapat seluas 9,400 hektar kawasan tanaman mangga di Malaysia dengan anggaran pengeluaran hasil sebanyak 24,500 tan metrik pada tahun 2012. Kawasan bagi penanaman mangga paling luas berada di Melaka yang terletak di Daerah Alor Gajah dengan seluas 419 hektar. Ini diikuti dengan Daerah Jasin seluas 463 hektar. Selain itu Daerah Kuching, Sarawak seluas 271 hektar (Laporan statistik Tanaman Jabatan Pertanian 2012).  Kebanyakan hasil mangga adalah untuk kegunaan domestik serta dimakan segar dan sebahagian lagi adalah untuk pasaran ekspot. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Part 2 iaitu sambungan 113 varieti mangga yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia. Terdapat 48 lagi varieti mangga yang belum didaftarkan untuk dijadikan rujukan dan bacaan anda semua. Saya membuat kajian daripada banyak sumber maklumat lama yang ada dicetak dalam buku lama dan menemubual ramai orang yang saya fikir berpengetahuan didalam mengenalpasti akan varieti tanaman mangga ini. 

Pokok mangga adalah pokok yang sederhana tinggi iaitu sekitar 3-5m. Kebiasaannya, pokok yang ditanam dari anak benih cantuman adalah rendah berbanding dengan pokok mangga yang ditanam daripada biji. Ia mempunyai banyak cabang dengan kanopi luas. Daun mangga ialah jenis mudah dan berbentuk lanseolat. Sesetengah varieti mangga mempunyai daun yang berombak di tepinya. Daun muda berwarna hijau pucat hingga merah muda atau merah keunguan bergantung pada jenis. Bunga mangga kecil dan berwarna kuning atau kuning kemerahan. Bunga mangga dikeluarkan pada jambak terminal atau aksil daun. Dalam sejambak bunga mengandungi 500 - 4,000 kuntum bunga. Bunga jantan dan bunga hermafrodit terdapat pada jambak yang sama dalam kadar tertentu. Biasanya peratus bunga hermafrodit yang akan membentuk buah jauh kurang daripada bunga jantan.
Daripada 113 varieti yang telah berdaftar, Jadual 1 diatas menunjukkan 20 varieti mangga daripada varieti MA132 (Mangga Pisang - didaftarkan pada 1971) sehingga MA151 (Mangga Keith - didaftarkan pada 1972). Jadual tersebut juga menunjukkan banyak varieti mangga adalah daripada Thailand seperti Varieti MA136 - MA141 dengan nama varieti Bangkok 1 hingga Bangkok 7 dan varieti daripada Filipina iaitu MA142 (Mangga Cacarao). Beberapa varieti mangga daripada Hawai juga ada disenaraikan iaitu MA143 (Mangga Hooked India), MA144 dan MA145 yang berasal daripada Hawaii didaftarkan pada 1972. Varieti daripada USA dalam Jadual diatas seperti MA148, MA150 (Irvin) dan MA151 (Keith) pernah didaftarkan dalam senarai mangga di Malaysia pada tahun 1972. Saya ada menulis mengenai tanaman mangga sebelum ini dan boleh dibaca dengan tajuk Mangga dalam Pot (Sila klik disini), Mango clones (Sila klik disini), Mangga dan cuaca (Sila klik disini), Varieti popular mangga didunia (Sila klik disini) dan Pascatuai mangga (Sila klik disini) serta banyak lagi.
Wallahualam!

VARIETI MANGGA.... 113 SEMUANYA...
BELUM DIDAFTAR ... 48 JUMLAHNYA...
IA BERMUSIM...KELUAR HASILNYA...
HARUMANIS ... COKANAN ENAKNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Persimpangan Bukit Beruang,
Melaka Tengah,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(20 Ramadan 1434H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...