Pokok mangga adalah pokok yang sederhana tinggi iaitu sekitar 3-5m. Kebiasaannya, pokok yang ditanam dari anak benih cantuman adalah rendah berbanding dengan pokok mangga yang ditanam daripada biji. Ia mempunyai banyak cabang dengan kanopi luas. Daun mangga ialah jenis mudah dan berbentuk lanseolat. Sesetengah varieti mangga mempunyai daun yang berombak di tepinya. Daun muda berwarna hijau pucat hingga merah muda atau merah keunguan bergantung pada jenis. Bunga mangga kecil dan berwarna kuning atau kuning kemerahan. Bunga mangga dikeluarkan pada jambak terminal atau aksil daun. Dalam sejambak bunga mengandungi 500 - 4,000 kuntum bunga. Bunga jantan dan bunga hermafrodit terdapat pada jambak yang sama dalam kadar tertentu. Biasanya peratus bunga hermafrodit yang akan membentuk buah jauh kurang daripada bunga jantan.
Daripada 113 varieti yang telah berdaftar, Jadual 1 diatas menunjukkan 20 varieti mangga daripada varieti MA152 (Mangga Kent - didaftarkan pada 1972) sehingga MA171 (Mango - didaftarkan pada 1972). Jadual juga mempaparkan beberapa varieti mangga dari USA seperti MA152 (Kent) dan MA153 (Kesington). Mangga MA162 (Mangga Foo Fatt atau Mangga Golek) merupakan varieti yang telah disyorkan untuk ditanam secara komersil. Mangga MA162 ini popular ditanam sekitar tahun 1980'an dibanyak kawasan bagaimana pun ianya agak kurang popular pada masa sekarang. Beberapa varieti daripada India juga telah dibawa masuk kenegara kita dan didaftarkan dalam senarai varieti tanaman. Banyak nama-nama mangga ini masih mengekalkan nama asal seperti MA166 (Bombay/Teluk Anson), MA167 (Hima Pased) dan MA168 (Bombay Malaya) dan sebagainya yang didaftarkan pada tahun 1972. Persoalannya adalah adakah semua varieti ini dikenali oleh pakar atau dimanakah kita hendak melihat varieti mangga tersebut?. Wallahualam!
VARIETI MANGGA.... 113 SEMUANYA...
BELUM DIDAFTAR ... 48 JUMLAHNYA...
POKOK ASAL...BERADA DIMANA...
ADA VARIETI ...TINGGAL NAMANYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Taman Cendana,
Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Melaka Tengah, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(20 Ramadan 1434H)
Kemaskini pada 26 March 2014
Kemaskini pada 26 March 2014
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.