LIMAU BALI (Citrus grandis) merupakan sejenis buah tropika yang sesuai ditanam di negara kita Malaysia merupakan sejenis buah-buahan dari keluarga Rutaceae. Limau bali merupakan antara jenis limau yang paling besar dalam keluarga limau (citrus family) dimana nama sinonim bagi buah limau bali ini adalah juga sebagai Citrus maxima. Nama lain limau bali adalah seperti Limau Kepala Besar, Limau Tambun, Limau Pomelo dan sebagainya. Saya memang suka akan memakan limau bali dan terlibat dalam penananam limau ini secara meluas ketika bertugas di Melaka dahulu semasa perlaksanaan projek MIADP. Beratus ekar tanaman Limau Bali telah dimajukan di kawasan tanah terbiar sekitar tahun 1988 dan berjaya menghasilkan beratus tan buah limau bali. Pada masa ini dianggarkan seluas 1,900 hektar limau bali di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 8,900 metrik tan (Laporan Ststistik Jabatan Pertanian 2012). Kawasan utama penanaman dan pengeluaran limau bali adalah di Jementah, Johor (380 hektar) diikuti dengan Daerah Ipoh (310 hektar) dan beberapa daerah di Kedah. Penanaman limau bali dijalankan secara komersial iaitu tanaman monokrop dan juga sebagai tanaman selingan dikawasan dusun atau dikawasan keliling rumah. Benih limau bali mudah disediakan melalui aktiviti mengetut (marcotting) dan pokoknya memang cepat membesar setelah ditanam. Pokok limau bali juga merupakan antara jenis pokok limau yang sederhana tahan dari serangan Penyakit Citrus Greening Disease (CGD) berbanding dengan jenis limau manis yang lain. Pengeluaran musim limau bali adalah berada dipuncak (peak season) sekitar bulan Ogos setiap tahun walau pun ia mampu berbuah sepanjang tahun. Saya ada menulis artikel sebelum ini mengenai Limau Bali (Sila klik disini), (Melomas - Sila klik disini) dan (Sila Klik disini). Artikel petang Ahad bulan Ramadan ini saya menulis insaf untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai senarai varieti limau bali yang tedalat di Malaysia untuk pengetahuan anda.
Jadual 1 diatas saya paparkan sebanyak 19 varieti Limau bali yang terdapat di Malaysia untuk rujukkan anda. Daripada 18 varieti tersebut, sebanyak 18 varieti telah didaftarkan manakala 1 varieti masih belum didaftarkan. Varieti PO5 (Varieti Penang Merah) merupakan varieti paling awal didaftarkan iaitu pada tahun 1934 yang berasal daripada Pulau Pinang. Ini diikuti dengan PO6 (Varieti Penang Putih) juga didaftarkan pada tahun 1934 (Masa sebelum merdeka lagi). Saya agak mungkin varieti P1 hingga P4 dan varieti P7 - P15 serta P17 - P27 mungkin telah pupus atau hilang dalam perang dunia kedua atau pupus akibat serangan perosak atau juga mungkin musnah akibat bencana alam. Pendaftaran varieti limau bali sebelum 1978 didapati agak kurang maklumat kerana ia semuanya berlaku sebelum perang dunia kedua dimana mungkin orang jepun sudah memusnahkan ketika perangatau orang Brisith dah bawa balek ketempat lain atau ke negara lain.
Beberapa varieti yang didaftarkan pada 1978 adalah seperti PO55 (Shating), PO56 (Tambun), PO53 (Lenggong - pada tahun 1990), PO 54 (Sapi Merah - 1990) dan Varieti PO55 (Limau Besar Ledang - daftar 1990). Varieti PO 56 adalah yang terakhir didaftarkan pada tahun 2002 dengan nama varieti sebagai 'Limau Bali Melomas'. Daripada varieti tersebut hanya tiga varieti yang telah didaftarkan telah disyorkan untuk dikomersilkan iaitu Varieti PO51 (Shanting), PO52 (Tambun) dan varieti PO55 (Limau Besar Ledang). Saya dapati aktiviti penanaman limau bali mempunyai potensi besar jika ada galakan dan mempunyai sistem pemasaran dan permintaan baik daripada pengguna. Semuga anda mendapat informasi berguna mengenai varieti limau bali kali ini. Wasallam!.
NAMA POMELO... ITU LIMAU BALI...
TELAH BERDAFTAR...18 VARIETI ...
PO51 DAN PO52...AMAT DISUKAI...
DIMAKAN SEGAR...ENAK SEKALI...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Ladang Limau Bali Jementah,
Segamat, Johor,
Malaysia.
(16 Ramadan 1434H)
Kemaskini pada 23 Mac 2014
Beberapa varieti yang didaftarkan pada 1978 adalah seperti PO55 (Shating), PO56 (Tambun), PO53 (Lenggong - pada tahun 1990), PO 54 (Sapi Merah - 1990) dan Varieti PO55 (Limau Besar Ledang - daftar 1990). Varieti PO 56 adalah yang terakhir didaftarkan pada tahun 2002 dengan nama varieti sebagai 'Limau Bali Melomas'. Daripada varieti tersebut hanya tiga varieti yang telah didaftarkan telah disyorkan untuk dikomersilkan iaitu Varieti PO51 (Shanting), PO52 (Tambun) dan varieti PO55 (Limau Besar Ledang). Saya dapati aktiviti penanaman limau bali mempunyai potensi besar jika ada galakan dan mempunyai sistem pemasaran dan permintaan baik daripada pengguna. Semuga anda mendapat informasi berguna mengenai varieti limau bali kali ini. Wasallam!.
NAMA POMELO... ITU LIMAU BALI...
TELAH BERDAFTAR...18 VARIETI ...
PO51 DAN PO52...AMAT DISUKAI...
DIMAKAN SEGAR...ENAK SEKALI...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Ladang Limau Bali Jementah,
Segamat, Johor,
Malaysia.
(16 Ramadan 1434H)
Kemaskini pada 23 Mac 2014
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.