Support My Blog

Showing posts with label SEMBANG PASAL KERANG. Show all posts
Showing posts with label SEMBANG PASAL KERANG. Show all posts

Wednesday, August 6, 2025

SEMBANG PASAL KERANG (PART 5)

KERANG
(Anadara granosa) merupakan sejenis hidupan dari kumpulan Kerang-kerangan atau Molluska dari keluarga CARDIIDAE yang popular di negara kita. Keluarga kerang mempunyai lebih dari 200 spesis dan sebahagian besarnya tidak sesuai untuk dikomersilkan atau dimakan. Ternakan kerang di Malaysia banyak dijalankan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dari pantai Kedah di utara sehingga ke Johor dibahagian Selatan Tanah Air. Hanya sedikit kawasan laut di Pantai Timur Semenanjung yang sesuai untuk ternakan kerang. Di Sabah dan Sarawak ternakan kerang kurang dimajukan kerana masaalah keujudan sejenis plankton 'Red Algae' yang beracun dan jika diserap oleh kerang dan merbahaya kepada manusia. Itu sebab harga kerang di Sabah dan Sarawak mahal kerana ianya dibawa masuk dari kawasan lain. Penternakan kerangdan teknologi penternakan kerang masih aktif di beberapa lokasi ternakan kerang seperti yang penulis blog pernah membuat tinjauan di kawasan pantai sekitar Merlimau di Melaka, Pantai Muar di Johor, Pantai Bagan Datok di Perak dan Pantai Juru di Pulau Pinang untuk bacaan anda semua. Ternakan kerang di Malaysia mula dikenali dan dikomersilkan dalam tahun 1984 oleh seorang ketua kampung di Kg Bagan Pancor, Perak secara kebetulan. Percubaan ini telah berjaya dan sejak itu ternakan kerang berkembang luas di sepanjang kawasan paya bakau di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan juga dimana dianggarkan keluasan kawasan berpotensi untuk ternakan kerang di Malaysia ialah 28,540 hektar. Spesis kerang yang biasa diternak di Malaysia ialah jenis Anadora granosa. Ia mepunyai pasaran yang baik di negara kita dan juga negara jiran khususnya Thailand dan Singapura. Ternakan ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan ternakan yang lain di antaranya ialah kerana ada kaedah ternakan yang mudah dimana cara pengurusan dan penjagaan yang minima, mampu untuk memberi pulangan/keuntungan yang memuaskan dan juga ia mempunyai potensi pasaran dengan harga yang menggalakkan. Sehingga kini ternakan kerang ada dilakukan secara 'kultur separa' iaitu bergantung kepada bekalan benih semulajadi. Benih kerang boleh dihasilkan secara asuhan tetapi perbelanjaannya adalah tinggi dan kadar hidupnya terlalu rendah daripada kajian yang dijalankan. Artikel subuh Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka sembang dengan menulis banyak kisah mengenai kerang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Agak jarang mnendengar kisah 'Kerang 'gasi' juadah istimewa di Pantai Batu Buruk' untuk disembangkan. Dilaporkan dimana kerang gasi yang siap dimasak sedia untuk dihidangkan kepada kalangan pelanggan. Di Kuala Terengganu dimana disebabkan saiznya yang luar biasa besar serta jarang ditemui menjadikan menu kerang gasi (gergasi) bakar di gerai Penyu Corner yang beroperasi di Pantai Batu Buruk di sini istimewa sekali gus menarik perhatian pengunjung. Uniknya, saiz kerang di gerai makan itu ada yang mencecah saiz 20 sentimeter menjadikan ia antara kerang terbesar pernah dijual di sini. bagi pemilik gerai makanan Penyu Corner, Rohana Omar, 48 berkata, terdapat tiga saiz kerang yang dijual di gerainya iaitu besar (AAA), sederhana besar (AA) dan sederhana (A). Permintaan terhadap kerang bergantung kepada citarasa pelanggan, ada yang gemar kerang saiz kecil, ada juga yang sukakan kerang bersaiz besar kerana rasa dagingnya lebih kenyal dan isinya yang tebal. Saiz hidangan sama sahaja kerana di sini kita memang jual kerang gasi. Bagi pelanggan yang tidak gemarkan kerang terdapat menu lain yang turut disediakan di sini. Kerang yang dijual pada harga RM15 semangkuk itu biasanya habis dijual sebaik gerai beroperasi bermula jam 4 petang hingga 10 malam. Terdapat tiga saiz kerang gasi iaitu saiz AAA, AA dan A dijual di gerai Penyu Corner yang beroperasi di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Jualan bergantung pada keadaan, biasanya hari biasa dalam 50 hingga 60 kilogram (kg), tetapi bila hari minggu kuantiti lebih banyak dan pernah cecah 90 hingga 100 kg. Apa pun dilaporkan yang kerang gasi bersaiz besar agak sukar diperoleh dan hanya bergantung kepada bekalan yang dihantar pembekal. Selalunya bekalan kerang biasanya diperoleh daripada tiga pembekal secara bergilir-gilir iaitu dari Sabah, Perak dan Klang. Untuk dapatkan stok kerang saiz besar agak sukar kerana kebanyakan pembekal yang ditemui tidak sanggup hantar kerana ia sukar diperoleh. Tambahan pula, kerang ini kita dapatkan yang betul-betul segar dan berkualiti sebab itulah harganya juga agak mahal. Apa pun ada hari-hari tertentu bekalan kerang terputus, kita terpaksa tutup operasi kerana tidak mahu mengecewakan pelanggan. Biasanya kalau yang datang dari jauh dan digalakkan mereka untuk telefon terlebih dahulu. Bagi pembantu kedai di gerai Penyu Corner, Mohamad Nazariezal Arif Daud menunjukkan antara kerang gasi yang siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan kepada pelanggan. Rohana yang berasal dari Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu turut dibantu suaminya, Ahmad Zikri Che Ali, 39 selain tujuh lagi pekerjanya. Apa pun minat untuk berniaga kerang gasi kerana gemarkan sesuatu yang unik untuk dikongsi bersama pelanggan. Mereka sekeluarga memang suka makan kerang. Daripada situ kami berusaha cari bekalan ini di merata-rata tempat sehinggalah bertemu dengan tiga pembekal yang sanggup terima tempahan. Kini sudah masuk tahun kedua gerai ini beroperasi sejak 2019 dan sambutan diterima amat memberangsangkan.
 

Dilaporkan dimana 'Johor hab utama industri kerang' sebagai satu kejayaan yang di banggakan. Antara yang kelihatan dimana para nelayan sedang menjalankan aktiviti menangguk kerang. Media laporkan dimana Johor bakal menjadi hab utama pengeluaran kerang di negara ini bagi mengelak kepupusan spesies berkenaan. Kerajaan Negeri dengan Kementerian Pertanian sentiasa memberi fokus utama kepada daerah Pontian dan akan mewartakannya sebagai kawasan kerang. Kini Johor mempunyai kekuatan tersendiri dalam pembangunan industri perikanan dan akuakultur berdasarkan potensinya sebagai satu-satunya negeri di negara ini yang mempunyai tiga perairan laut iaitu Laut China Selatan, Selat Melaka dan Selat Tebrau. Kementerian melalui Jabatan Perikanan (DOF) menyasarkan pengeluaran akuakultur sebanyak 1.443 juta tan metrik menjelang 2020 apabila kerang-kerangan berpotensi dalam menyumbang 45,000 tan metrik bagi mencapai sasaran itu. Secara amnya benih kerang dijumpai di kawasan Pontian sepanjang tahun dimana ada banyak kawasan berpotensi bagi ternakan kerang-kerangan yang sudah dikenal pasti di Pontian termasuk Sungai Besar (Ayer Baloi) dan Rimba Terjun (Teluk Kerang), Api-Api serta Serkat. Pada 2016, sebanyak 1,260 tan metrik kerang-kerangan dihasilkan melalui aktiviti akuakultur. Pengeluar kerang paling tinggi dan berkualiti adalah dari daerah Pontian (907 tan metrik). Sejak 10 tahun kebelakangan ini, sejumlah 26 peratus penurunan pendaratan dicatatkan di negeri pengeluar kerang utama iaitu Selangor dan Perak. Kini Johor antara pengeluar kerang-kerangan utama di Malaysia selain Selangor dan Perak yang mengalami isu peningkatan kadar kematian semula jadi akibat perubahan kualiti habitat, perubahan alam sekitar serta pencemaran bahan kimia tertentu. Potensi hiliran industri kerang-kerangan ini dapat menjana pendapatan lumayan kepada nelayan yang mengusahakan kerana harga kerang diproses (RM30/ kilogram) meningkat tiga kali ganda daripada harga kerang yang belum diproses (RM10/kg). Apa pun pengurusan sumber kerang dilaksanakan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Pemuliharaan Dan Kultur Kerang) 2002 bagi menjamin sumber kerang negara. Di bawah Dasar Pelesenan Perikanan, lesen pengutipan kerang dikhaskan untuk nelayan berlesen setempat. Di samping itu pembabitan komuniti nelayan dan industri hiliran akan dibangunkan berasaskan konsep komuniti. Dilaporkan melalui pembentukan Plan Pengurusan Ternakan Kerang (FMP) dijangka dapat meningkatkan lagi hasil pengeluaran kerang secara menambah baik peraturan berkaitan penuaian, musim tangkapan, pengezonan kawasan yang dibuat secara persetujuan bersama pihak berkepentingan. Aktiviti pembangunan secara bersepadu kerang di Johor menjadikan negeri itu sebagai hab kerang pada masa akan datang. Satu pelan pembangunan kerang-kerangan bagi Johor akan dirangka termasuk cadangan merizabkan kawasan industri kerang sebagai zon industri akuakultur kerang. Ia termasuk mewartakan kawasan pembenihan kerang yang dikenal pasti serta menyediakan kemudahan bersepadu ternakan termasuk infrastruktur asas. Dilaporkan bagi tujuan keselamatan makanan, aktiviti survelan dan penyampelan kerang-kerangan melalui National Shellfish Sanitation Program (NSSP) dilaksanakan bagi memastikan kerang yang dihasilkan berkualiti dan selamat dimakan. Aktiviti program pemantauan menunjukkan tiada pelanggaran terhadap parameter pada kerang-kerangan yang dianalisis dan memenuhi piawai eksport dimana pembabitan semua pihak berkepentingan termasuk komuniti nelayan akan dilaksanakan secara bersama bagi memastikan kejayaan pembangunan memenuhi aspirasi semua pihak yang berkaitan.


Dilaporkan dimana 'Rezeki benih kerang' melibatkan seramai 60 nelayan di Pontian Besar meraih pendapatan sampingan menerusi hasil tangkapan benih kerang. Apa pun dilaporkan dalam beberapa bulan dimana kalangan nelayan terbabit berjaya menaikkan benih kerang seberat 193.5 tan dengan nilai RM215,000 di Perairan Pontian Besar dan Api-Api di Johor. Menurut Pengurus projek terbabit, Mazlin A Rahmad dakwa dimana aktiviti menaikkan benih kerang itu dibuat selepas mendapat permit daripada Jabatan Perikanan. Mereka kemudian memasarkan benih kerang ke Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Harga pasaran benih mengikut gred, gred pertama setiap 1,200 biji seberat 600 gram pada harga RM1.60 sekilogram dan gred kedua setiap 800 biji seberat 600 gram pada harga RM1 sekilogram. Bagi nelayan, Kamalulail Abu Bakar (36) dakwa dimana perairan pantai berkenaan merupakan lokasi sesuai untuk pembiakan kerang selain berteluk dan berlumpur. Dia yang juga Pengerusi Komuniti Nelayan Pontian Besar berkata, aktiviti mengambil benih kerang dibuat secara tradisional dengan menangguk. Benih kerang yang hidup semulajadi di lokasi berkenaan secara langsung menjadi pendapatan sampingan kepada golongan nelayan selain tangkapan ikan. Proses menangguk dan pemilihan benih kerang mengikut gred dibuat secara bergotong-royong sekali gus meningkatkan semangat silaturahim antara mereka. 


Kisah lain berkaitan benih kerang dilaporkan jika 'Tekong, dua awak-awak ditahan cubaan seludup benih kerang' dimana kes berlakau di Perlis sesuai disembangkan. Media laporkan dimana ada seorang tekong dan dua awak-awak ditahan ketika sedang melakukan kerja menangguk benih kerang secara haram di selatan Sungai Baru, Perlis. Seorang tekong dan dua awak-awak ditahan dalam cubaan seludup benih kerang ke negara jiran. Kes penahanan kesemua suspek ini oleh pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis ini sekaligus berjaya mengekang benih kerang berkenaan dari diseludup ke negara jiran, Thailand. Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis ada nyatakan jika aktiviti ini telah dikesan oleh bot ronda Maritim Malaysia BENTENG 7 yang tiba di lokasi berkenaan semasa melakukan rondaan Op Aman dan Op Tiris 3.0 di sekitar perairan Perlis. Bot terbabit yang berpengkalan di Kuala Perlis itu didapati sedang melakukan aktiviti menangguk benih kerang secara haram. Bot terbabit dikemudikan oleh seorang tekong dan dua awak-awak kesemuanya warga tempatan yang berumur di antara 33 hingga 50 tahun. Hasil aktiviti pemeriksaan lanjut juga telah berjaya mengesan dan merampas sebuah sangkar siput yang telah ditinggalkan berhampiran lokasi tangkapan. Bot ini berada pada kedudukan 0.54 batu nautika dari barat daya pesisir pantai Kurung Tengar. Teribat adalah tekong dan awak-awak, bot, hasil tangkapan benih kerang dan sebuah sangkar siput yang dianggarkan bernilai lebih RM31,000 tersebut dibawa masuk ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut. Seorang anggota penguatkuasa Zon Maritim Kuala Perlis menarik sebuah sangkar siput yang telah ditinggalkan berhampiran lokasi tangkapan (Sila lihat foto disebelah). Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8 (a) iaitu mana-mana orang yang mengusahakan apa-apa aktiviti penangkapan ikan, mengendali, atau membenar dikendalikan, di perairan perikanan Malaysia apa-apa vesel penangkapan ikan tempatan bagi maksud menangkap ikan tanpa lesen yang sah dan Peraturan 4 (1) (Peraturan-peraturan Perikanan Pemuliharaan Kultur Kerang 2002) iaitu larangan mengambil benih kerang atau kerang dewasa dari suatu tapak kerang semula jadi atau kultur melainkan jika diberi lesen mengambil kerang. Manakala kes rampasan sangkar siput akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 11 (3) (c) iaitu memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan. Bot fiber yang digunakan bagi melakukan kerja menangguk benih kerang ditahan. Pihak berkuasa Malaysia juga meminta kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini. Aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia. 
Artikel ini di tulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga maklumat ini berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANAYA KERANG... DI MALAYSIA ADA....
KULITNYA KERAS... ISI LEMBUT DALAMNYA....
BANYAK ANCAMAN.... AWAS ADA BAKTERIA...
BANYAK KISAHNYA....KONGSIKAN SAMA...



By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Safar 1447H).

Tuesday, August 5, 2025

SEMBANG PASAL KERANG (PART 4)

KERANG (Anadara granosa) merupakan sejenis hidupan dari kumpulan Kerang-kerangan atau Molluska dari keluarga CARDIIDAE yang popular di negara kita. Keluarga kerang mempunyai lebih dari 200 spesis dan sebahagian besarnya tidak sesuai untuk dikomersilkan atau dimakan. Ternakan kerang di Malaysia banyak dijalankan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dari pantai Kedah di utara sehingga ke Johor dibahagian Selatan Tanah Air. Hanya sedikit kawasan laut di Pantai Timur Semenanjung yang sesuai untuk ternakan kerang. Di Sabah dan Sarawak ternakan kerang kurang dimajukan kerana masaalah keujudan sejenis plankton 'Red Algae' yang beracun dan jika diserap oleh kerang dan merbahaya kepada manusia. Itu sebab harga kerang di Sabah dan Sarawak mahal kerana ianya dibawa masuk dari kawasan lain.  Penternakan kerangdan teknologi penternakan kerang masih aktif di beberapa lokasi ternakan kerang seperti yang penulis blog pernah membuat tinjauan di kawasan pantai sekitar Merlimau di Melaka, Pantai Muar di Johor, Pantai Bagan Datok di Perak dan Pantai Juru di Pulau Pinang untuk bacaan anda semua. Ternakan kerang di Malaysia mula dikenali dan dikomersilkan dalam tahun 1984 oleh seorang ketua kampung di Kg Bagan Pancor, Perak secara kebetulan. Percubaan ini telah berjaya dan sejak itu ternakan kerang berkembang luas di sepanjang kawasan paya bakau di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan juga dimana dianggarkan keluasan kawasan berpotensi untuk ternakan kerang di Malaysia ialah 28,540 hektar. Spesis kerang yang biasa diternak di Malaysia ialah jenis Anadora granosa. Ia mepunyai pasaran yang baik di negara kita dan juga negara jiran khususnya Thailand dan Singapura. Ternakan ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan ternakan yang lain di antaranya ialah kerana ada kaedah ternakan yang mudah dimana cara pengurusan dan penjagaan yang minima, mampu untuk memberi pulangan atau keuntungan yang memuaskan dan juga ia mempunyai potensi pasaran dengan harga yang menggalakkan. Sehingga kini ternakan kerang ada dilakukan secara 'kultur separa' iaitu bergantung kepada bekalan benih semulajadi. Benih kerang boleh dihasilkan secara asuhan tetapi perbelanjaannya adalah tinggi dan kadar hidupnya terlalu rendah daripada kajian yang dijalankan. Artikel subuh Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan sembang dengan menulis banyak kisah mengenai kerang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Memang tidak terkejut dengan laporan media bertajuk 'Sungai Juru tercemar, ternakan kerang terjejas' yang menarik kisahnya disembangkan. Kali pertama penulis blog tinjau projek ternakan kerang di Juru, Pulau Pinang adalah sekitar tahun 1989 dimana kerang dan kualiti airnya sangat bersuh dan segar. Bagaimana pun terkini di laporkan berlaku perubahan ketara aliran air sungai dan peningkatan rumpai air menyebabkan kerang lebih mudah mati sebelum mencapai tempoh matang. Dilaporkan nelayan Kampung Kuala Juru, Pulau Pinang kini tersepit apabila kawasan ternakan kerang yang diusahakan sejak lebih dua dekad lalu terjejas teruk akibat lambakan rumpai air jenis keladi bunting yang memenuhi permukaan Sungai Juru sejak beberapa bulan lalu. Bagi mereka kes kemunculan pokok kemeling itu bukan sekadar gangguan biasa, malah menjadi mimpi ngeri yang mengancam hasil laut, merosakkan bot dan menyekat laluan sungai, sekali gus memusnahkan sumber rezeki yang menjadi nadi kehidupan penduduk setempat. Nelayan turut berdepan dengan pencemaran sungai yang dipenuhi sampah sarap, khususnya sisa plastik, yang turut memberi kesan kepada kualiti air dan ekosistem sungai. Projek ternakan kerang seluas 8.9 hektar yang menjadi sumber rezeki utama nelayan di Kampung Kuala Juru kini berdepan ancaman serius akibat lambakan rumpai air jenis keladi bunting atau pokok kemeling yang memenuhi permukaan Sungai Juru sejak beberapa bulan lalu. Lambakan rumpai tersebut bukan sahaja mencemarkan pemandangan dan menjejaskan ekosistem sungai, malah mengganggu pertumbuhan benih kerang yang memerlukan air bersih untuk hidup dan membesar secara sihat. Keadaan itu bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana kawasan ternakan kerang berkenaan, yang diusahakan oleh Persatuan Nelayan Kampung Kuala Juru sejak lebih dua dekad lalu, menjana pendapatan sehingga RM150,000 sebulan kepada komuniti nelayan di kawasan tersebut. Menurut ketua Nelayan Kampung Kuala Juru, Wahid Othman, 57, berkata, perubahan ketara aliran air sungai dan peningkatan rumpai air menyebabkan kerang lebih mudah mati sebelum mencapai tempoh matang. Mereka menternak kerang ini dalam masa setahun, barulah boleh dituai dan dijual. Tetapi sejak beberapa bulan lalu, kami terpaksa tukar kawasan ternakan disebabkan pokok kemeling yang sangat banyak. Merka juga risau akan kandungan ammonia dalam air makin tinggi dan boleh menyebabkan kerang mati sebelum matang. Kawasan tebing dan hilir sungai yang dahulunya sesuai untuk ternakan kini dilitupi sepenuhnya oleh tumbuhan air itu dimana sekali gus menyukarkan kerja pemantauan dan pembersihan kawasan ternakan. Selain menjejaskan kerang, kehadiran pokok kemeling juga menimbulkan masalah kepada operasi harian nelayan. Bot tersangkut, jaring koyak dan enjin rosak menjadi keluhan biasa sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Apa pun situasi ini semakin membimbangkan kerana laluan keluar masuk bot turut terjejas, terutama ketika air surut. Sungai ini bila air surut jadi sempit, bila ada pokok kemeling yang banyak, bot nelayan tersangkut. Tangkol, pukat semua rosak. Kalau enjin tersangkut, boleh rosak dan kena baiki, semua itu kos imana kebanyakan nelayan bergantung sepenuhnya kepada hasil kerang sebagai sumber pendapatan utama dan jika masalah itu dibiarkan berlarutan, ia akan menyebabkan kerugian besar dan kehilangan hasil usaha selama setahun. Isu pencemaran sungai itu bukan sahaja berpunca daripada rumpai air, malah turut disebabkan sisa buangan plastik dari Sungai Rambai yang kemudian mengalir ke Sungai Juru dan seterusnya ke laut berhampiran. Apa pun masalah ini bukan perkara baharu. Aduan telah dibuat kepada pihak berwajib, namun sehingga kini tiada tindakan berkesan diambil. Nelayan juga kecewa kerana aduan yang dibuat selama ini tidak dipandang serius walaupun impaknya besar kepada pendapatan kami. Keadaan ini dikhuatiri akan bertambah buruk sekiranya tiada tindakan segera diambil. Nelayan bimbang kerang yang diternak akan mati sekiranya sisa plastik dan rumpai terus mendap di kawasan ternakan. Ini bukan sahaja menyebabkan kerugian besar, malah menjejaskan keseluruhan industri ternakan kerang mereka. Pokok kemeling berpotensi mencetuskan pelbagai masalah lain kepada alam sekitar termasuk mengubah komposisi oksigen dalam air, menyekat cahaya matahari dan menyebabkan pertumbuhan bakteria berbahaya.


Nelayan di sini merayu pihak berkuasa bersihkan sungai agar pencemaran tidak menganggu penghasilan kerang. Salah seorang nelayan bernama Mohd Hilmi Ibrahim (30) dakwa pihaknya menggesa beberapa agensi berkaitan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perikanan dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) segera turun padang dan menyelaraskan tindakan pengurusan rumpai air yang semakin merebak di Sungai Juru. Isu sisa buangan plastik dari Sungai Rambai yang kemudian mengalir ke Sungai Juru dan terus ke laut berhampiran merosakkan lagi habitat penternakan kerang (Sila lihat foto disebelah). Nelayan tidak minta banyak, cuma mohon pihak berkaitan bantu bersihkan sungai dan atasi masalah ini sebelum lebih banyak kerang mati. Kalau tunggu lagi, mungkin semuanya sudah terlambat. Nelayan juga mahu pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan turun padang melihat sendiri kesan pencemaran berkenaan dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menjadi punca. Apa pun dakwa wahid dimana tindakan undang-undang yang tegas perlu diambil terhadap pihak yang terbukti menjadi kepada penyumbang pencemaran ini. Pihak JAS dan MBSP pula perlu menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan isu ini tidak berulang. Kalangan nelayan juga berharap kerajaan mempertimbangkan bantuan atau pampasan kepada nelayan dan penternak kerang yang terjejas teruk akibat pencemaran ini.


Isu di Terengganu terus viral dengan laporaan 'Bakteria, E.coli tinggi pada kerang terdampar di Pantai Sura' terus menjadi perbualan ramai. Kerang yang terdampar berikutan fenomena ombak besar dikutip oleh penduduk setempat.  Hasil analisis awal terhadap kerang terdampar di Pantai Sura di Dungun mendapati tiada kehadiran plankton yang menghasilkan biotoksin dalam sampel air. Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dakwa pihaknya menasihatkan orang ramai supaya memasak kerang itu dengan sempurna terlebih dahulu sebelum dimakan berikutan berdasarkan analisis makmal sebelum ini menunjukkan tahap bakteria Fecal coliform dan Escherichia coli (E.coli) dalam sampel kerang melebihi piawaian ditetapkan. Berdasarkan kajian pada tahun-tahun sebelumnya iaitu 2014, 2016, 2019 dan 2021, analisis makmal menunjukkan tahap bakteria Fecal coliform dan Escherichia coli (E. coli) dalam sampel kerang melebihi piawaian yang ditetapkan. Kerang dalam kategori itu diklasifikasikan sebagai Kelas B, yang memerlukan pemasakan sempurna sebelum dimakan. Kehadiran bakteria Vibrio parahaemolyticus, yang bersifat meluas (ubiquitous) dalam persekitaran air laut, turut dikesan dalam sampel terdahulu. Sudah tular di media sosial mengenai video menunjukkan kelihatan ramai pengunjung mengumpul kerang-kerang yang terdampar di atas pasir. Pantai tersebut meriah dipenuhi orang ramai terdiri daripada golongan dewasa dan kanak-kanak dengan menggunakan pelbagai cara seperti pukat ikan dan baldi untuk mengumpul hasil laut yang melimpah. jabatan Perikanan telah mengambil sampel air dan kerang untuk memastikan keselamatan pengguna. Hasil analisa dimana bakteria pada kerang sedang dijalankan oleh Makmal Biosekuriti Perikanan Kuantan dimana keputusan penuh akan diumumkan dalam masa tiga hari lagi. Isu dan fenomena kerang dihanyutkan ke darat akibat ombak kuat ini telah beberapa kali dilaporkan termasuk pada tahun-tahun sebelum ini. Kajian menyeluruh oleh Jabatan Perikanan membuktikan keperluan pematuhan kepada amalan keselamatan makanan.khususnya memastikan semua kerang dimasak dengan sempurna sebelum dimakan. Pihaknya menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan makanan.


Kajian mendapati 'Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT' berkaitan dengan isu ini. DI Terengganu diman aisu dan fenomena kerang terdampar di pantai Terengganu yang tular baru-baru ini bukan suatu petanda bencana, malah ia selamat dimakan. Menurut Pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Roslizawati Ab Lah menjelaskan bahawa setiap kali musim Monsun Timur Laut tiba, kejadian angin kencang, ombak besar, serta struktur pantai tertentu sering menjadi punca banyak kerang terdampar di pesisir pantai. Meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan. Proses kerang terdampar ini berkait rapat dengan struktur geografi pantai, kekuatan ombak, serta arah dan kelajuan tiupan angin semasa musim Monsun Timur Laut. Berlaku tiupan angin yang kuat dan pergerakan ombak besar membawa kerang-kerang ini ke pesisir pantai. Biasanya, kerang ini masih dalam keadaan baik dan boleh dimakan dengan selamat. Dakwa Dr. Roslizawati mengingatkan bahawa beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh penggemar makanan laut yang ingin mengambil peluang mengutip kerang tersebut. Kerang yang terkumpul di pantai berkemungkinan terdedah kepada bakteria atau pencemaran air. Oleh itu, penting untuk memastikan ia dibersihkan dengan betul sebelum dimasak dan menambah bahawa fenomena ini menunjukkan kepentingan ekosistem lautan dan pesisir pantai dalam mengekalkan keseimbangan alam. Jabatan Perikanan sebelumnya dakwa hasil analisis makmal mengklasifikasikan kerang berkenaan sebagai Kelas B dan C, di bawah piawaian Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan (NSSP), yang perlu dimasak sempurna sebelum dimakan. Adalah dinasihatkan orang ramai supaya memastikan kerang yang dikutip, dimasak sepenuhnya sebelum dimakan bagi mengurangkan risiko pencemaran bakteria selain menasihatkan pengambilan kerang mentah harus dielakkan terutama bagi individu dengan sistem imun yang lemah. Kalau sebelum ini, tular di media sosial aktiviti orang ramai menggunakan pelbagai cara seperti pukat ikan dan baldi untuk mengumpul hasil laut itu yang melimpah setelah terdampar di atas pasir di Pantai Sura, Dungun. 


Berlainan pula kisah kerang di Selangor dimana 'Taktik pencuri kerang terbongkar' sesuai di kongsikan kisahnya. Dari Sabak Bernam di laporkan dengan bersembunyi pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kerang antara taktik dikesan menerusi operasi bersepadu dijalankan Jabatan Perikanan Selangor di sebuah jeti perkampungan nelayan,  Apa pun jenis peralatan terdiri daripada kor bergalah atau tangguk tangan serta pelbagai alatan lain dijumpai disembunyikan di stor jeti ketika pemeriksaan menerusi Op Hurricane Bersepadu bermula jam 8 pagi dan berakhir kira-kira jam 5 petang itu. Situasi tenang ketika awal operasi bertukar sedikit tegang apabila lokasi serbuan didatangi beberapa individu yang cuba mempersoalkan tindakan pihak berkuasa terlibat. Terdapat peralatan yang disembunyikan di celah-celah jeti bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Apa pun situasi kembali terkawal setelah penerangan diberikan kepada individu terlibat berkaitan kesalahan pemilikan peralatan berkenaan. Operasi secara bersepadu ini dijalankan melibatkan pihaknya bersama Jabatan Perikanan Malaysia Perak, Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pelabuhan Klang dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor. Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, operasi dijalankan berdasarkan risikan yang mendapati terdapat jeti dipercayai mendaratkan benih-benih kerang yang dicuri. Terdapat ruangan serta binaan di beberapa jeti terlibat dijadikan tempat penyimpanan alat-alat dipercayai digunakan untuk kegiatan pencurian kerang. Rampasan menerusi operasi bersepadu yang dijalankan ini melibatkan tujuh kor bergalah, 63 tangguk tangan halus dan 35 tangguk besi bernilai RM39,000. Turut dirampas adalah lapan set rawa sorong yang bernilai RM20,000 dan 12 unit bubu naga bernilai RM720," katanya kepada Sinar Harian selepas operasi berkenaan pada Jumaat. Apa pun tindakan diambil di bawah Seksyen 4 (1) Akta Perikanan 1985 Peraturan-peraturan Perikanan (Pemuliharaan dan Kultur Kerang) 2002. Antara peralatan dipercayai digunakan untuk menangguk kerang secara haram dirampas menerusi serbuan dijalankan pada Jumaat. Sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, Kerjasama orang ramai amat digalakkan dalam melaporkan sebarang kegiatan pencurian kerang di negeri ini. Aduan daripada orang ramai amat dialukan berkenaan aktiviti-aktiviti yang menjejaskan sumber perikanan negara termasuk berkaitan aduan kecurian benih kerang. Anak serta benih kerang yang dikesan pihak berkuasa menerusi rampasan peralatan menangguk kerang ketika operasi pada Jumaat. Penglibatan komuniti dalam membanteras aktiviti ini juga amat digalakkan demi kelangsungan sumber perikanan dan menjamin sekuriti makanan. Ada terdapat peralatan disembunyikan dalam stor di jeti yang diserbu namun berjaya dikesan pihak berkuasa sebelum tindakan rampasan dijalankan. Artikel ini di tulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga maklumat ini berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

NAMANYA KERANG... DI MALAYSIA IA ADA....

KULITNYA KERAS... ISI LEMBUT DALAMNYA....
BANYAK ANCAMAN.... AWAS ADA BAKTERIA...
DITULIS ARTIKEL ....ADA BANYAK KISAHNYA

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Safar 1447H).

Monday, August 4, 2025

SEMBANG PASAL KERANG (PART 3)

KERANG (Anadara granosa) merupakan sejenis hidupan dari kumpulan Kerang-kerangan atau Molluska dari keluarga CARDIIDAE yang popular di negara kita. Keluarga kerang mempunyai lebih dari 200 spesis dan sebahagian besarnya tidak sesuai untuk dikomersilkan atau dimakan. Ternakan kerang di Malaysia banyak dijalankan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dari pantai Kedah di utara sehingga ke Johor dibahagian Selatan Tanah Air. Hanya sedikit kawasan laut di Pantai Timur Semenanjung yang sesuai untuk ternakan kerang. Di Sabah dan Sarawak ternakan kerang kurang dimajukan kerana masaalah keujudan sejenis plankton 'Red Algae' yang beracun dan jika diserap oleh kerang dan merbahaya kepada manusia. Itu sebab harga kerang di Sabah dan Sarawak mahal kerana ianya dibawa masuk dari kawasan lain.  Penternakan kerangdan teknologi penternakan kerang masih aktif di beberapa lokasi ternakan kerang seperti yang penulis blog pernah membuat tinjauan di kawasan pantai sekitar Merlimau di Melaka, Pantai Muar di Johor, Pantai Bagan Datok di Perak dan Pantai Juru di Pulau Pinang untuk bacaan anda semua. Ternakan kerang di Malaysia mula dikenali dan dikomersilkan dalam tahun 1984 oleh seorang ketua kampung di Kg Bagan Pancor, Perak secara kebetulan. Percubaan ini telah berjaya dan sejak itu ternakan kerang berkembang luas di sepanjang kawasan paya bakau di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan juga dimana dianggarkan keluasan kawasan berpotensi untuk ternakan kerang di Malaysia ialah 28,540 hektar. Spesis kerang yang biasa diternak di Malaysia ialah jenis Anadora granosa. Ia mepunyai pasaran yang baik di negara kita dan juga negara jiran khususnya Thailand dan Singapura. Ternakan ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan ternakan yang lain di antaranya ialah kerana ada kaedah ternakan yang mudah dimana cara pengurusan dan penjagaan yang minima, mampu untuk memberi pulangan atau keuntungan yang memuaskan dan juga ia mempunyai potensi pasaran dengan harga yang menggalakkan. Sehingga kini ternakan kerang ada dilakukan secara 'kultur separa' iaitu bergantung kepada bekalan benih semulajadi. Benih kerang boleh dihasilkan secara asuhan tetapi perbelanjaannya adalah tinggi dan kadar hidupnya terlalu rendah daripada kajian yang dijalankan. Artikel subuh Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis banyak kisah mengenai kerang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Kecoh dalam media tempatan mengenai kehadiran kerang di Terengganu dimana dilaporkan 'Elak makan kerang terdampar di pantai Sura' menjadi viral. Orang ramai mengambil peluang mengutip kerang yang terdampar di pesisir Pantai Sura, Dungun dan kemudian orang ramai dinasihatkan supaya elakkan daripada makan kerang yang dikutip di Pantai Sura, Dungun bagi memastikan tiada kandungan toksin yang membahayakan susulan fenomena kerang naik ke pesisir pantai akibat ombak besar melanda di kawasan tersebut. Menurut Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat dimana pihaknya sudah mengambil sampel kerang tersebut untuk dianalisis di makmal di Kuantan, Pahang bagi memastikan tiada wujudnya biotoksin berbahaya. Berdasarkan data-data sebelum ini tiada kes bahaya libatkan kandungan kerang yang mengandungi toksin berbahaya namun didapati kerang itu mengandungi kandungan bakteria agak tinggi. Jadi kerang itu perlu dimasak dan direbus sebelum ia selamat dimakan. Dilaporkan pada kali ini, sampel sudah diambil dan akan dihantar ke makmal untuk dianalisis bagi memastikan kerang itu tidak mengandungi kandungan toksin berbahaya. Memberitahu dimana selagi keputusan analisis kerang belum diperoleh maka orang ramai dinasihatkan untuk hindari makan kerang tersebut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku termasuk kes keracunan. Sebelum ini, tular di media sosial mengenai video menunjukkan kelihatan ramai dan para pengunjung mengumpul kerang-kerang yang terdampar di atas pasir. Pantai tersebut meriah dipenuhi orang ramai terdiri daripada golongan dewasa dan kanak-kanak dengan cara menggunakan pelbagai cara seperti pukat ikan dan baldi untuk mengumpul hasil laut yang melimpah. Mengulas lanjut pihak JAbatan Perikanan beritahu berlaku fenomena Monsun Timur Laut (MTL) dan ombak besar yang melanda kawasan pantai di Terengganu terutama Pantai Sura menyebabkan banyak kerang-kerangan terdampar di kawasan tersebut. Masih tidak mengelak kemungkinan fenomena tersebut menyebabkan kerang yang berada di kawasan lautan naik ke pantai. Apa pun dengan keadaan cuaca di mana berlaku ombak besar ketika ini, hidupan laut itu akan naik ke pesisir pantai dan mungkin apabila cuaca sudah kembali reda, fenomena sedemikian tidak akan berlaku lagi.


Sebelumnya portal sama laporkan jika 'Bakteria pada sampel kerang terdampar di Pantai Sura lebihi piawaian' dimana hasil analisa terhadap sampel kerang yang terdampar di Pantai Sura di Dungun menunjukkan tahap bakteria Fecal coliform dan Escherichia coli (E. coli) melebihi piawaian yang ditetapkan. Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata. berdasarkan analisis Makmal Biosekuriti Perikanan Kuantan, Pahang, sampel kerang yang diambil pada Rabu lepas mengandungi Fecal coliform melebihi 300 MPN/100g dan E. coli melebihi 230 MPN/100g. Kesimpulannya hasil dari keputusan analisis makmal terhadap kerang hanyut ke daratan pada tahun 2014, 2016, 2019, 2021 dan terkini (2025) menunjukkan tahap bakteria berkenaan dalam sampel kerang melebihi piawaian yang ditetapkan. Kerang dalam kategori ini diklasifikasikan sebagai Kelas B dan C, di bawah piawaian Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan (NSSP), yang perlu dimasak sempurna sebelum dimakan. Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya memastikan kerang yang dikutip, dimasak sepenuhnya sebelum dimakan bagi mengurangkan risiko pencemaran bakteria. Isu pengambilan kerang mentah harus dielakkan terutama bagi individu dengan sistem imun yang lemah. DOF juga menyarankan orang ramai supaya sentiasa mempraktikkan langkah-langkah kebersihan semasa memproses makanan laut bagi memastikan aspek keselamatan makanan terjamin. Langkah berjaga-jaga ini adalah penting untuk memastikan keselamatan makanan terjamin dan melindungi kesihatan pengguna. Jabatan Perikanan Negeri Terengganu akan terus menjalankan pemantauan berkala terhadap keselamatan makanan laut dan menyediakan maklumat terkini kepada orang ramai. Apa pun sebelum ini DOF turut mengeluarkan kenyataan memaklumkan tiada kehadiran plankton yang menghasilkan biotoksin dikesan dalam sampel air di Pantai Sura, yang diambil pada hari sama. 


Dilaporkan dimana 'Orang ramai masih kutip kerang walaupun polis sudah keluarkan larangan' amat wajar disembangkan. Media paparkan foto bagaimana orang ramai masih mengutip kerang biarpun larangan berbuat demikian dikeluarkan pihak polis. Di Dungun dilihat dimana orang ramai terus mengambil peluang mengutip kerang biarpun polis sudah mengeluarkan arahan supaya menghentikan aktiviti itu. Apa pun jumlah kehadiran menurun berbanding kelmarin dan semalam dimana hasil tinjauan mendapati masih ramai yang terus melakukan aktiviti itu. Penduduk tempatan Mohd Zaki Abdullah (45) dakwa dia tidak mengetahui berkaitan larangan dikeluarkan polis. Menurutnya, dia datang ke pantai itu dan melihat orang ramai masih mengutip kerang yang banyak di sepanjang pantai. Semalam dia mengutip kira-kira lima kilogram kerang. Saya rebus kerang itu dan anak-anak seronok memakannya. Semasa dia lalu kawasan pantai ini ada melihat orang ramai masih berada di pantai maka dia pun turun mengutip dan dapat sekitar lima hingga enam kilogram. Menurut rakannya Ahmad Taufiq Ramzi (40) dakwa dia yang juga mendakwa tidak tahu dengan larangan itu turut mengutip kerang. Dia yang berasal dari Kijal, Kemaman dan sampai di sini, jam 11 pagi dan bila tengok masih banyak kerang sini, saya pun kutip. Dakwanya selain untuk makan dia turut menjual kerang ini pada harga RM10 sekilogram untuk tiga kilogram bagi tambah pendapatan. Pengunjung lain Laili Alimi, 47 pula memaklumkan ada mungkin larangan yang sudah dikeluarkan polis tidak disedarinya kerana jarang melayari media sosial. Harga kerang yang mahal di pasaran menyebabkan saya dan adik beradik lain mengutip kerang. Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir mengeluarkan larangan mengutip kerang di sepanjang pantai itu. Larangan itu dikeluarkan serta merta demi menjaga keselamatan orang ramai berikutan keadaan angin kencang dan ombak besar setinggi 4.4 meter.


Dilaporkan juga dimana 'Ombak besar, angin kencang, polis minta henti kutip kerang' berkait dengan kisah viral ini. Walau pun pihak polis meminta penduduk supaya menghentikan aktiviti mengutip kerang di sepanjang pesisir pantai dekat sini iaitu usaha bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, tindakan yang dilakukan itu dikeluarkan berikutan keadaan ombak besar dan angin kencang yang sedang melanda ketika ini. Polis nyatakan tiupan angin kencang berkelajuan kira-kira 60 kilometer per jam disertai ombak setinggi 4.4 meter meletakkan pesisir pantai di daerah ini dalam berisiko tinggi. Apa pun perubahan cuaca yang tidak menentu juga boleh mendatangkan risiko kepada orang ramai dan pihak polis mengeluarkan arahan ini berkuat kuasa dengan serta merta. Polis memandang serius aktiviti ini dan arahan kepada orang ramai untuk memberhentikan aktiviti mengutip kerang juga bertujuan mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Pihak polis akan terus menjalankan pemantauan dan berharap supaya orang ramai tidak menghampiri kawasan pantai. Apa pun tindakan undang-undang akan diambil sekiranya terdapat individu yang tidak mengendahkan arahan yang dikeluarkan ini. Beberapa media melaporkan orang ramai membanjiri Pantai Sura untuk mengutip kerang yang memenuhi pesisir pantai terbabit sejak petang semalam.


Penulis blog amat suka makanan kerang sama ada di rebus, di bakar, di stem atau di ambil sinya untuk di buat sambal. Bagaimana pun baru-baru ini berkunjung ke Restoren Makanan Laut di Melaka dan ujirasa Makanan Kerang Bakar Ala Parameswara yang enak. Kemudian balik rumah setelah mendapat resepi dimana ia mudah disediakan asalkan ada bahan yang mencukupi dan ilmu membuatnya. Apa pun diantara bahan-bahan diperlukan adalah 1 kg kerang yang dicuci bersih kulitnya, Aluminium foil atau daun pisang serta beberapa tangkai daun kesum. Bagi bahan kisar perlu disediakan 4 sudu besar cili kering yang telah dikisar atau cili boh, 2 biji buah keras, 6 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 2 batang serai, 2 hiris lengkuas dan juga 1 inci kunyit. Apa pun untuk memasaknya perlu di satukan semua bahan kisar (kecuali cili boh). yang perlu di tumis bersama cili hingga pecah minyak (seperti masak sambal). Kemudian di masukkan daun kesum, garam, gula dan aji secukup rasa dan boleh diketepikan. Apa pun seterusnya dimasukkan kerang ke dalam aluminium foil. Tuangkan sambal yang telah ditumiskan tadi. Perlu di bakar kerang untuk selama 5 minit dengan suhu 170 Celcius atau sehingga masak. Kerang ini juga boleh terus di masak dalam kuali dengan cara gaul kerang bersama perencah sambal ikan bakar dan resepi ini siap dan sedia untuk dinikmati. Artikel ini di tulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga maklumat ini berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA KERANG... DI MALAYSIA IA ADA....
KULITNYA KERAS... ISI LEMBUT DALAMNYA....
BANYAK ANCAMAN.... KEKADANG ADA BAKTERIA...
BANYAK KISAH....KONGSIKAN BERSAMA-SAMA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Safar 1447H).

Sunday, August 3, 2025

SEMBANG PASAL KERANG (PART 2)

KERANG (Anadara granosa) merupakan sejenis hidupan dari kumpulan Kerang-kerangan atau Molluska dari keluarga CARDIIDAE yang popular di negara kita. Keluarga kerang mempunyai lebih dari 200 spesis dan sebahagian besarnya tidak sesuai untuk dikomersilkan atau dimakan. Ternakan kerang di Malaysia banyak dijalankan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dari pantai Kedah di utara sehingga ke Johor dibahagian Selatan Tanah Air. Hanya sedikit kawasan laut di Pantai Timur Semenanjung yang sesuai untuk ternakan kerang. Di Sabah dan Sarawak ternakan kerang kurang dimajukan kerana masaalah keujudan sejenis plankton 'Red Algae' yang beracun dan jika diserap oleh kerang dan merbahaya kepada manusia. Itu sebab harga kerang di Sabah dan Sarawak mahal kerana ianya dibawa masuk dari kawasan lain.  Penternakan kerangdan teknologi penternakan kerang masih aktif di beberapa lokasi ternakan kerang seperti yang penulis blog pernah membuat tinjauan di kawasan pantai sekitar Merlimau di Melaka, Pantai Muar di Johor, Pantai Bagan Datok di Perak dan Pantai Juru di Pulau Pinang untuk bacaan anda semua. Ternakan kerang di Malaysia mula dikenali dan dikomersilkan dalam tahun 1984 oleh seorang ketua kampung di Kg Bagan Pancor, Perak secara kebetulan. Percubaan ini telah berjaya dan sejak itu ternakan kerang berkembang luas di sepanjang kawasan paya bakau di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan juga dimana dianggarkan keluasan kawasan berpotensi untuk ternakan kerang di Malaysia ialah 28,540 hektar. Spesis kerang yang biasa diternak di Malaysia ialah jenis Anadora granosa. Ia mepunyai pasaran yang baik di negara kita dan juga negara jiran khususnya Thailand dan Singapura. Ternakan ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan ternakan yang lain di antaranya ialah kerana ada kaedah ternakan yang mudah dimana cara pengurusan dan penjagaan yang minima, mampu untuk memberi pulangan/keuntungan yang memuaskan dan juga ia mempunyai potensi pasaran dengan harga yang menggalakkan. Sehingga kini ternakan kerang ada dilakukan secara 'kultur separa' iaitu bergantung kepada bekalan benih semulajadi. Benih kerang boleh dihasilkan secara asuhan tetapi perbelanjaannya adalah tinggi dan kadar hidupnya terlalu rendah daripada kajian yang dijalankan. Artikel subuh Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis banyak kisah mengenai kerang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Dalam portal utusanmalaysia dilaporkan 'Penternak kerang rugi RM500,00 isu perbaharui TOL' apabila ramai para penternak kerang memohon kerajaan menyelesaikan isu permohonan lesen untuk ternakan mereka di Taiping, Perak. Ada lebih 250 orang penternak kerang Daerah Larut Matang di sini berdepan masalah berkenaan pembaharuan lesen pendudukan sementara (TOL) tapak ternakan kerang dasar laut daerah Larut Matang. Pengerusi Persatuan Penternak Kerang Kuala Sepetang, Koay Seng Lam berkata, kelewatan agensi terlibat memproses TOL sejak 2019 menyebabkan perusahaan mereka mengalami kerugian lebih RM500,000 sebulan berikutan berhadapan dengan kegiatan mencuri oleh pihak tidak bertanggungjawab. Antara isu yang mereka hadapi apabila pencuri atau pemungut mendakwa kerang diternak itu tidak mempunyai TOL dan mereka berhak mengambil kerang yang ada dalam tapak ternakan sehingga menimbulkan konflik antara mereka. Ini menyebabkan kami me­ngeluarkan kos yang tinggi menggaji pekerja bagi menjaga tapak sebagai salah satu usaha mengekang kegiatan curi kerang di perairan Kuala Sepetang di sini. Pemungut kerang ini bukanlah nelayan berdaftar di bawah persatuan, setiap hari mereka keluar lewat petang hingga malam menaiki bot tanpa ada nombor pendaftaran untuk pungut kerang diternak di kawasan mereka. Sekiranya tidak ditangani dengan baik, isu tersebut akan mencetuskan pergaduhan dalam kalangan komuniti nelayan. Kini walaupun banyak tapak ternakan kerang masih belum mendapat pembaharuan TOL atau kelulusan untuk tapak baharu, mereka terpaksa meneruskan kegiatan ternakan di kawasan yang masih produktif seperti dari Tanjung Burung hingga ke Sungai Tiram Laut. Mereka mene­ruskan ternakan kerana kawasan ini subur dengan benih kerang dan penternak mula melabur banyak wang untuk membeli benih kerang tempatan serta luar. Namun, tanpa kelulusan yang sah, keadaan ini amat menjejaskan kelangsungan industri ini. Bagi Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Manjung Utara, Faizul Sofian Sabddin dalam pada itu berkata, pihak berwajib harus proaktif mencari jalan penyelesaian didalam memperbaharui TOL secara adil dan menyeluruh. Mereka juga mencadangkan agar pihak berkuasa memberi kelonggaran dalam proses permohonan dan mengutamakan sokongan daripada persatuan nelayan atau Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Mereka sudah lama terlibat dalam industri ini, termasuk pengeksportan kerang ke luar negara. Namun, sekarang kami terpaksa menanggung risiko besar kerana masalah TOL yang belum selesai.


Beberapa media laporkan jika 'Maritim Malaysia rampas pelbagai jenis kerang, giat siasat dalang aktiviti haram' yang dilaporkan di Samporna, Sabah. Pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna terus memperkukuh kawalan perairan negara selepas berjaya menahan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran yang disyaki terlibat dalam aktiviti perikanan haram di perairan Tanjung Tabu Tabu di Semparna. Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, bot terbabit dikesan dalam Op Pluto Timur 2/2025 yang dijalankan. Pasukan operasi yang menaiki Bot Cenderawasih 09 menghampiri bot yang tiada nombor pendaftaran untuk pemeriksaan bagaimanapun suspek bertindak melarikan diri dengan terjun ke laut dan memasuki hutan bakau berhampiran. Hasil dari proses pemeriksaan lanjut turut menemukan karang yang dimuatkan ke dalam tiga buah kotak dalam jumlah yang juga mencurigakan yang dipercayai diperoleh secara haram. Apa pun kesemua rampasan kes dianggarkan lebih RM13 ribu.  Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985, dan Maritim Malaysia sedang mengesan dalang di sebalik kegiatan ini dimana pihak Maritim Malaysia memandang serius aktiviti pengambilan sumber marin secara haram yang boleh menjejaskan ekosistem laut. Mereka akan terus kerja dan memperketatkan penguatkuasaan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang. Diminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigakan di perairan agar menyalurkan kepada Maritim Malaysia menerusi talian kecemasan 999 atau Zon Maritim Semporna untuk tindakan segera.


Dalamhmetro.com di laporkan 'Kerang naik ke darat, penduduk serbu Pantai Sura' menarik kisahnya. Di Dungun iaitu lokasi di Pantai Sura di sini menjadi tumpuan penduduk bagi mengutip kerang yang memenuhi persisiran pantai itu sejak semalam. Bagi penduduk, Mohd Syawal Mohd Zam, 29, berkata fenomena itu bukan yang pertama berlaku dan ia adalah saat yang ditunggu penduduk. Setiap kali tiba musim tengkujuh memang berlaku pantai ini dipenuhi kerang yang naik akibat ombak kuat. Dia berjaya kutip kira-kira 100 kilogram kerang yang akan dijual dan makan sendiri. Orang lain bernama Siti Nur Maisrah Ibrahim pula dakwa dia yang tinggal di Kerteh datang ke pantai itu mengutip kerang selepas melihat foto dan video tular di media sosial. Dia bersama beberapa rakan datang ke sini untuk merasai keseronokan mengutip kerang walaupun perjalanan ke sini hampir sejam dimana hanya kutip yang di atas darat kerana takut dengan ombak sangat besar yang berjaya mengutip kira-kira 50 kilogram kerang. Bagi seorang penduduk tempatan lain iaitu Tengku Ahmad Amirul Tengku Hazaid yang turut serta selepas melihat orang ramai memenuhi pantai itu dimana selain untuk diri sendiri diaa juga membantu orang ramai mengutip kerang di pantai menggunakan sauk yang memperoleh kira-kira 150 kilogram kerang. Kerang yang dikutip itu bukan untuk dijual sebaliknya untuk makan bersama ahli keluarga dan dibahagikan kepada jiran. Pihak bomba dan polis juga ada memantau keadaan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.


Menarik kisah dalam bernama bertajuk 'Empat ditahan, bergaduh di kawasan ternakan kerang' yang berlaku di Johor Bahru apabila pihak polis menahan empat lelaki dipercayai terbabit dalam pergaduhan di Jeti Ayer Baloi, Pontian. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, kesemuanya yang berusia antara 28 hingga 38 tahun ditahan selepas polis menerima maklumat berkaitan kejadian pada 5.37 petang. "Pergaduhan dipercayai berpunca daripada pencerobohan kawasan ternakan kerang. Polis menahan kedua-dua pihak (pemilik kerang dan penceroboh) kerana terlibat dalam pergaduhan berkumpulan. Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak bertindak sendiri dalam apa juga keadaan dan menghubungi pihak polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan. Artikel ini di tulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga maklumat ini berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

NAMANAYA KERANG... DI MALAYSIA ADA....

KULITNYA KERAS... ISI LEMBUT DALAMNYA....
ADA ANCAMAN.... KEKADANG ADA BAKTERIA...
DALAM ARTIKEL INI ... ADA BANYAK KISAHNYA...



By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Safar 1447H).

Saturday, August 2, 2025

SEMBANG PASAL KERANG (PART 1)

KERANG
(Anadara granosa) merupakan sejenis hidupan dari kumpulan Kerang-kerangan atau Molluska dari keluarga CARDIIDAE yang popular di negara kita. Keluarga kerang mempunyai lebih dari 200 spesis dan sebahagian besarnya tidak sesuai untuk dikomersilkan atau dimakan. Ternakan kerang di Malaysia banyak dijalankan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dari pantai Kedah di utara sehingga ke Johor dibahagian Selatan Tanah Air. Hanya sedikit kawasan laut di Pantai Timur Semenanjung yang sesuai untuk ternakan kerang. Di Sabah dan Sarawak ternakan kerang kurang dimajukan kerana masaalah keujudan sejenis plankton 'Red Algae' yang beracun dan jika diserap oleh kerang dan merbahaya kepada manusia. Itu sebab harga kerang di Sabah dan Sarawak mahal kerana ianya dibawa masuk dari kawasan lain.  Penternakan kerangdan teknologi penternakan kerang masih aktif di beberapa lokasi ternakan kerang seperti yang penulis blog pernah membuat tinjauan di kawasan pantai sekitar Merlimau di Melaka, Pantai Muar di Johor, Pantai Bagan Datok di Perak dan Pantai Juru di Pulau Pinang untuk bacaan anda semua. Ternakan kerang di Malaysia mula dikenali dan dikomersilkan dalam tahun 1984 oleh seorang ketua kampung di Kg Bagan Pancor, Perak secara kebetulan. Percubaan ini telah berjaya dan sejak itu ternakan kerang berkembang luas di sepanjang kawasan paya bakau di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan juga dimana dianggarkan keluasan kawasan berpotensi untuk ternakan kerang di Malaysia ialah 28,540 hektar. Spesis kerang yang biasa diternak di Malaysia ialah jenis Anadora granosa. Ia mepunyai pasaran yang baik di negara kita dan juga negara jiran khususnya Thailand dan Singapura. Ternakan ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan ternakan yang lain di antaranya ialah kerana ada kaedah ternakan yang mudah dimana cara pengurusan dan penjagaan yang minima, mampu untuk memberi pulangan/keuntungan yang memuaskan dan juga ia mempunyai potensi pasaran dengan harga yang menggalakkan. Sehingga kini ternakan kerang ada dilakukan secara 'kultur separa' iaitu bergantung kepada bekalan benih semulajadi. Benih kerang boleh dihasilkan secara asuhan tetapi perbelanjaannya adalah tinggi dan kadar hidupnya terlalu rendah daripada kajian yang dijalankan. Artikel subuh Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis banyak kisah mengenai kerang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Bagi penulis blog sebaiknya semua kenal akan beberapa jenis mollusk dan kerang-kerangan yang ada di negara kita. Seperti yang mungkin semua sedia maklum bahawa di Malaysia kita memang kaya dengan hasil laut dimana diantaranya ialah kerang dimana terdapat pelbagai jenis kerang yang kadang-kadang sampai ada yang kurang faham akan namanya sebab ia lebih kurang sama kelasnya akan tetapi ia adalah haiwan laut yang berbeza sebenarnya. Apa pun ppakar makanan dakwa dimana rasa dan khasiatnya setelah makan jenis kerang-kerangan atau siput ini perlu tahu akan khasiat dan kebaikannnya. Dilaporkan dimana jenis kerang-kerangan ini mampu untuk meningkatkan tahap imunisasi badan, ia juga dilaporkan akan memelihara kesihatan jantung, membantu bagi mengurangkan berat badan, pembentukan tulang yang kuat, membantu mencegah masaalah anemia dan juga ia akan memelihara perkembangan dan tumbesaran janin dengan baik. Jenis pertama adalah KERANG yang biasa dinikmati dan paling mudah didapati di Malaysia. Ada yang mengenali hidupan ini sebagai 'kerang darah' atau 'kerang dara'.  Ia memiliki cangkerang berwarna putih kecoklatan, berbentuk seperti hati dan bersimetri serta tetulang di kulit luar. Lazimnya dimasak dengan cara direbus, kukus atau goreng dan mempunyai daging berwarna kemerahan di dalamnya. Kedua adalah jenis KERANG BAMBU yang ia juga dikenali sebagai 'kerang buluh' kerana cangkerang berwarna putih kecoklatan dan berbentuk panjang seperti buluh. Isinya berwarna putih dan dimasak dengan cara menumis, Jenis ketiga adalah KUPANG dimana haiwan kupang atau kerang hijau memiliki cangkerang hijau kehitaman dan isi berwarna oren terang. Saiz dan bentuk kupang lebih besar berbanding kerang. Sering menjadi sajian yang dimasak secara tumisan, goreng atau bahan pelengkap sup. Keempat adalah jenis iatu di namakan TIRAM yang mana ia memiliki kulit cangkerang yang tidak sekata dan agak menggerutu. Dagingnya rendah kalori tetapi kaya dengan vitamin dan kalsium. Tiram juga mempunyai kulit cangkerang kelabu kehitaman dan isi tiram turut diproses menjadi sos. Jenis ke lima adalah KEKAPIS dimana haiwan ini mempunyai kulit cangkerang yang nipis, besar berbanding kerang dan rupa seakan kipas serta berwarna terang. Isinya berwarna putih atau oren terang selain dikenali dengan nama scallops. Apa pun bagi penulis blog sudah dapat ujirasa ke semua lima-lima jenis kerangkerangn ini walau pun yang paling kerap adalah memakan kerang dan kupang.


Dilaporkan dimana k
erang adalah nama sekumpulan moluska dwicangkerang yang berasal daripada pelbagai keluarga. Ia adalah sejenis makanan laut dimana ia bercengkerang yang boleh dimakan. Kulitnya berbentuk seakan bulat dan lonjong seperti organ hati dan mempunyai gegaris tetulang di luarnya. Apa pun dilihat dimana cengkerangnya mempunyai tiga bukaan iaitu inhalan, ekshalen, dan pedal yang berfungsi mengalirkan air serta membolehkan kakinya keluar. Haiwan laut ini akan menggunakan kakinya untuk mengorek lubang dan makan plankton yang ditemuinya pada proses pengaliran air masuk dan keluar dari cengkerangnya. Selain itu, ia juga mempunyai keupayaan untuk melompat dengan cara iaitu membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan haiwan laut dwicangkerang yang lain, kerang adalah hermafrodit (khunsa) dan ia boleh membiak secara sendiri dengan pantas dan banyak. Menarik tahu akan khasiat kerang darah dimana kalangan masyarakat Malaysia sangat menggemari kerang darah dimana setiap 100 gram hidangan RDA untuk lelaki RDA untuk perempuan terdapat Vitamin B12, Iodin, Zat besi, Selenium, Fosforus, Tembaga dan zat  Protein, Vitamin B12 sangat penting untuk fungsi normal otak dan sistem saraf, memainkan peranan penting dalam formasi sel darah merah. Iodin biasanya wujud dalam air laut, merupakan kunci utama untuk hormon tiroid, fungsi normal kadar metabolisma dan memastikan sel-sel dalam tubuh badan kekal sihat. Zat besi adalah kunci pembentukan sel darah merah yang membantu membawa oksigen ke segenap pelosok tubuh badan. Paling bahaya jika ada kes kekurangan pengambilannya boleh menyebabkan anemia. Selenium pula ia memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan antioksidan tubuh badan, yang akan menghalang kerosakan sel dan tisu. Zat Fosforus membantu membina tulang dan gigi yang kuat, serta membantu mengeluarkan tenaga daripada makanan diambil. Kesemua jenis kerang pula adalah sumber fosforus yang bagus. Tembaga membantu menghasilkan sel darah merah dan sel darah putih yang berfungsi didalam  mengeluarkan zat besi untuk membentuk haemoglobin. Ia juga sangat penting untuk pertumbuhan bayi, perkembangan otak, sistem imun dan untuk tulang dan gigi yang kuat. Protein adalah komponen yang penting untuk otot, kulit, tulang dan tubuh badan secara keseluruhannya.


Ramai yang suka makan kerang disebabkan khasiatnya dan keenakannya. Kajian mendapati jika makanan k
erang sangat rendah kalori, dengan 79 kalori bagi setiap hidangan 100 gram. Ia adalah pilihan yang sangat baik jika anda sedang dalam proses menurunkan berat badan. Antara kehebatannya dimana kerang ada kandungan protein sangat tinggi dengan 13.5 gram bagi setiap hidangan 100 gram. Pengambilan protein adalah sangat penting untuk kesihatan anda kerana ia akan menyediakan struktur sel dan tisu tubuh badan. Walaupun protein dikenali sebagai nutrisi untuk penambahan otot, ia juga sebenarnya sangat membantu mengurangkan berat badan. Diet yang tinggi protein akan membantu mengurangkan berat badan di samoing membantu anda mengekalkan kekuatan tubuh badan semasa berdiet. Kandungan karbohidrat iaitu diantara khasiat kerang adalah sangat rendah sama seperti kebanyakan jenis makanan laut yang lain dengan 4.7 gram bagi setiap hidangan 100 gram dan ia tidak langsung mempunyai kandungan gula dan serat. Karbohidrat membekalkan tubuh badan anda dengan tenaga untuk melakukan senaman. Dalam pada itu kandungan lemak sangat rendah dimana dengan 0.7 gram bagi setiap hidangan 100 gram. Paling penting, tiada satu pun kandungan lemak di dalamnya adalah jenis lemak tepu yang akan meningkatkan risiko sakit jantung. Bagaimana pun selalu di paparkan akan beberapa risiko makan kerang darah iaitu terhadap kesihatan. Walaupun terdapat banyak khasiat kerang, namun mungkin ramai yang belum tahu bahawa ia merupakan salah satu daripada 17 makanan paling berbahaya di dunia. Kerang mengandungi banyak virus dan bakteria seperti hepatitis A, hepatitis E, tifoid dan disentri yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi terhadap kesihatan individu. Apa pun haiwan laut ini sebenarnya masih boleh dinikmati oleh setiap individu dimana apa yang penting adalah kebersihannya. Sebaiknya jika pembaca blog anim agro technology ini sudah memasang niat untuk memakannya adalah tidak salah asalkan perlu membersihkannya terlebih dahulu dan proses memasaknya juga perlu betul kerana ia berbahaya untuk dimakan mentah atau secara kurang masak. Penulis bog nasihatkan bagi mendapatkan khasiat kerang dengan cara selamat atau sekiranya anda memakannya dan mula muncul isu gejala kealahan seperti gatal-gatal, muntah-muntah, cirit-birit, sukar bernafas, timbul ruam atau bengkak, segera hentikan pengambilannya dan berjumpa dengan doktor untuk mengambil ubat alahan. Paling penting ia tidak sama sekali disarankan untuk dimakan mentah kerana risikonya yang sangat tinggi terhadap kesihatan kita. Sebaiknya, anda masak makanan laut itu dengan cara merebusnya dulu sekurang-kurang 5 minit atau merngukusnya sehingga 10 minit. Elakkan dan jangan sesekali makan haiwan laut ini yang cengkerangnya tidak boleh dibuka. Ini sebenarnya adalah ia menunjukkan bahawa ia telah mati sebelum dimasak lagi. Bukan sahaja rasanya tidak sedap dan baunnya juga busuk. Bahkan akan mengundang pelbagai virus dan bakteria yang akan mengancam kesihatan. Apa pun kerang sebagai haiwan laut ini masih boleh dimakan asalkan memasaknya terlebih dahulu. Jika berlaku sebarang komplikasi kesihatan, segera berjumpa dengan doktor.


Dalam kes lain uutusan bornoe laporkan '
Industri kerang boleh jana pendapatan tahunan RM34.4 juta' dimana di Tuaran, Sabah kerajaan negeri telah melancarkan Projek Pembangunan Sumber dan Industri Kerang Sabah yang berpotensi untuk menjana pendapatan tahunan sebanyak RM34.4 juta, berdasarkan anggaran pendaratan sebanyak 3,240 metrik tan setahun dan pulangan pelaburan sebanyak 7.6 kali ganda. Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, projek itu akan membuka peluang eksport baharu bagi hasil kerang Sabah melalui aktiviti hiliran seperti pengetinan, sambal kerang dan produk makanan berasaskan kerang darah. Bagi sektor swasta, inilah masa terbaik untuk melabur dalam pemprosesan hasil laut, pembungkusan lestari dan pembinaan rantaian eksport Sabah. Peluang ini bukan sahaja menguntungkan, malah membina masa depan yang mampan. Projek Pembangunan Industri dan Sumber Kerang Sabah adalah selaras dengan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan Ekonomi Biru menjadi landasan ekonomi yang kukuh untuk rakyat negeri Sabah. Kerajaan Sabah komited untuk mengorak langkah dalam penerokaan khazanah laut dan maritim sebagai sebahagian daripada usaha mengukuhkan kedudukan negeri ini dalam penerokaan Ekonomi Biru di peringkat antarabangsa. Ekonomi Biru bukan saja berupaya menseimbangkan kemakmuran dengan kelestarian, malah menjelang tahun 2030, nilai ekonomi biru global dijangka mencapai USD3 trilion. Projek Pembangunan Industri dan Sumber Kerang Sabah ini merupakan kerjasama antara Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), Jabatan Perikanan Malaysia dan Jabatan Perikanan Sabah, dan dilaksanakan dalam dua fasa. Fasa pertama yang telah pun selesai melibatkan kajian pemetaan dan eksplorasi sumber kerang darah (Tegillarca granosa) dari Oktober 2024 hingga Mei 2025 di enam lokasi berpotensi, termasuk Tuaran dan Beluran yang menjadi tapak projek rintis. Fasa kedua dijadualkan bermula pada tahun 2026, melibatkan pemindahan teknologi dan pelaksanaan sebenar projek di lapangan. KM Sabah berkata ada sebanyak 77 lot penternakan telah dikenal pasti, merangkumi 12 lot di Tuaran dan 65 lot di Beluran, meliputi kawasan seluas 1,617 hektar. Setiap lot akan diusahakan oleh 10 Ketua Isi Rumah (KIR), menjadikan jumlah keseluruhan seramai 770 KIR sebagai penerima manfaat utama, terdiri daripada pengusaha perikanan, komuniti luar bandar dan golongan B40. Jika hanya 40 peratus daripada lot ini beroperasi secara optimum, peserta masih mampu menjana pendapatan bulanan sekitar RM4,800 hingga RM6,500. Sudah tentu komuniti yang terlibat akan memperoleh pendapatan mampan melalui ternakan kerang darah. Golongan belia juga akan dilatih dengan kemahiran akuakultur moden, melahirkan generasi baharu usahawan laut Sabah. Projek ini bukan sahaja membawa perubahan besar kepada rakyat, khususnya komuniti yang terlibat, tetapi juga kepada alam sekitar dan ekonomi negeri. Sabah akan dibangunkan sebagai Hab Makanan Laut Biru ASEAN, setanding dengan negeri-negeri pengeluar utama seperti Perak, Pulau Pinang dan Selangor, Kerajaan negeri komited sepenuhnya untuk menyokong industri itu dan mahu para peserta projek mendapat latihan berterusan serta teknologi moden. Komuniti di Tuaran dan Beluran, sebagai perintis atau peneraju projek ini, agar manfaatkan sepenuhnya teknologi moden yang diperolehi untuk meningkatkan keupayaan dan produktiviti sektor akuakultur.


Berlainan kes di Terengganu apabila hmetro.com laporkan iu '
Masak kerang dengan sempurna, bimbang bakteria dan E-coli' seperti di laporkan di Dungun, Terengganu. Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menasihatkan orang ramai supaya memastikan kerang yang dikutip di 
Pantai Sura agar ia dimasak dengan sempurna sebelum dimakan. Pengarah Perikanan berkata, sampel air dan kerang di itu telah diambil pada Rabu, untuk memastikan keselamatan pengguna. Hasil analisis awal menunjukkan tiada kehadiran plankton yang menghasilkan biotoksin dikesan dalam sampel air. Analisis bakteria pada kerang sedang dijalankan oleh Makmal Biosekuriti Perikanan Kuantan, Pahang dan keputusan penuh akan diumumkan dalam masa tiga hari. Berdasarkan kajian beberapa tahun sebelum ini iaitu pada 2014, 2016, 2019, dan 2021, mendapati tahap bakteria Fecal coliform dan jenis Escherichia coli (E. coli) dalam sampel kerang melebihi piawaian yang ditetapkan. Kerang dalam kategori ini juga ia diklasifikasikan sebagai Kelas B, yang memerlukan proses pemasakan sempurna sebelum dimakan. Kehadiran bakteria Vibrio parahaemolyticus yang bersifat meluas (ubiquitous) dalam persekitaran air laut, turut dikesan dalam sampel terdahulu. Artikel ini di tulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga maklumat ini berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANAYA KERANG... DI MALAYSIA ADA....
KULITNYA KERAS... ISI LEMBUT DALAMNYA....
ADA ANCAMAN.... KEKADANG ADA BAKTERIA...
DALAM ARTIKEL INI... ADABANYAK KISAHNYA...



By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Safar 1447H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...