Support My Blog

Showing posts with label MENGENAL JENIS KAYU. Show all posts
Showing posts with label MENGENAL JENIS KAYU. Show all posts

Tuesday, July 12, 2016

MENGENAL JENIS KAYU (Part 2)

MENGENAL JENIS KAYU merupakan perkasa asas kepada mereka yang terlibat didalam industri pembuatan perabut (furniture). Dalam pembaca membuat rujukkan kepada tajuk 'Mengenal Kayu' dalam Majalah Anjung Seri mendapati ada maklumat yang sesuai dikongsi sama dengan kupasan dan penelitian penulis sendiri. Kini di pasaran memang banyak jenis perabot kayu direka dan dijual iaitu mengikut kaedan dan kesesuaian kediaman, kegunaan, cuaca dan cita rasa pelanggan. Pilihan kayu pada masa kini tidak sekadar meranti, kembang semangkok dan jati tetapi meliputi jenis kayu seperti kayu melunak, nyatoh, sentang dan terkini adalah jenis kayu getah. Pada masa ini agensi Malaysian Timber Council (MTC) membahagikan kayu kayan kepada empat kumpulan iaitu Kayu Keras Padu (heavy hardwood), Kayu Keras Pertengahan (medium hardwood), Kayu Keras Ringan (light hardwood) dan Kayu Lembut (softwood). Pada kita yang kurang faham akan perkara ini memadai dengan bertanya kepada penjual perabut dari jenis kayu apa yang digunakan untuk perabot yang berkenan untuk dibeli. Penerangan diberikan dimana perbezaan ciri kayu keras dan lembut ditentukan berdasarkan konvesyen biasa botani manakala pengkelasan tiga kumpulan kayu keras dibuat berpandukan kepadatan bandingan kayu yang kandungan kelembapannya mencapai tahap 15 peratus. Kepada anda yang ingin mengetahui mengenai jenis-jenis kayu boleh berkunjung kepameran anjuran MTB. Artikel pada waktu tengahari ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis kayu untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan.

Pada masa ini ada syarat ini yang tidak membabitkan kategori kayu keras padu yang lebih mengutamakan cari 'tahan lama'. Sebagai contoh jenis kayu merbau misalnya telah pun dikelaskan sebagai kayu keras padu kerana sifat teras kayunya yang tahan lama biarpun kepadatan bandingannya hanya 800 kg/ meter padu. Selain itu jenis kayu kempas pula sungguhpun mempunyai kepadatan bandingan paling tinggi iaitu 890 kg/ meter padu, ia dianggap kayu keras pertengahan kerana sifatnya yang tidak tahan lasak. Kini pihak Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dalam majalah Malaysian TimbersFor Furniture telah menyatakan daripada sejumlah 3,000 spesis kayu-kayan tempatan, cuma sebilangan sahaja yang diproses untuk dijadikan perabot. Perabit keluaran Malaysia kini dibuat untuk pasaran domestik malahan telah menembusi pasaran antarabangsa semenjak berpuloh tahun dahulu. Selain daripada jenis kayu keras, perabot keluaran Malaysia daripada kayu lembut terutama dari kayu getah yang dirawat mendapat pengiktirafan diperingkat global. Nilai eksport perabot dari Malaysia mencecah billion ringgit setahun semenjak 10 tahun lalu. Banyak kilamg perabut terutama jenis Do0it-Yourself (DIY) kini dipasarkan diseluruh dunia. Sererusmya penulis akan membuat penerangan ringkas beberapa jenis kayu pilihan utama industri pembuatan perabot tempatan.


(4) KAYU MELUNAK 
Kayu Melunak merupakan jenis Kayu keras ringan. Nama Botani pokok kayu ini adalah Pentace spp dari spesis asal keluarga Tiliaceae. Pokok kayu ini sering dijumpai berselerak di tanah rendah dan hutan bukit. Diantara keterangan Am mengenai kayu ini dimana ada corak kayu gubal jelas. Teras kayu berwarna coklat bercampur merah dengan sedikit merah jambu atau coklat kemerahan (Sila lihat foto disebelah). Dari segi ira rapat dan berpanca serta mempunyai tekstur agak halus dan rata. Dari segi ketahanan dikelaskan sebagai Agak tahan lama dan sesuai digunakan untuk pelbagai tujuan. Ianya selalu digunakan atau sesuai untuk pembinaan ringan, kemasan, panel, perabot, lantai, pembinaan bot, perhiasan dalaman dan papan lapis. Pada anda yang kurang kenal mengenai jenis-jenis kayu untuk dipilih semasa membeli perabot perlu mendapatkan infonya daripada penjual.



(5) KAYU MERBAU 
Ramai kita sering mendengar akan Kayu Merbau. Kayu ini merupakan jenis Kayu keras berat. Dalam hutan, pokok kayu ini dikenali dengan nama botani sebagai Intsia palembanica. Ia adalah dari spesies keluarga Leguminosae. Ia sering tumbuh dikawasan hutan yang tersebar secara meluas terutama di kawasan bertanah rendah dan sepanjang sungai. Kayu ini dari segi keterangan am mempunyai corak kayu gubal jelas serta berwarna kuning pucat (Sila lihat foto disebelah). Teras kayu akan bertukar daripada kekuningan kepada coklat jingga apabila ia berkeadaan segar, bertukar warna lagi kepada coklat atau coklat kemerahan gelap disebabkan perubahan cuaca. Ira berpanca, tekstur kasar dan tidak rata. Dari segi ketahanan kayu ini adalah jenis Tahan lasak . Kegunaan kayu ini adalah dijadikan gelang pertumbuhan dimana warna gelapnya menjadikan ia menarik dibuat kemasan terutama untuk panel, lantai parket, kabinet, bingkai pintu dan tingkap serta dijadikan pemegang alat pertukangan dan perabot kegunaan harian.


(6) KAYU LUAR NEGARA 
Sungguhpun sukar didapati di pasaran tempatan namun kayu luar negara turut diminati dalam industri pembuatan perabot di negara kita. Biasanya kayu luar negara akan menjadi pilihan terutama golongan kaya kerana harganya mahal selain reka bentuknya yang unik diletakkan hanya sesuai untuk sesetengah banglo kediaman sahaja. Kebanyakannya ialah kayu keras daripada pokok berdaun lebar dan mudah luruh. Biarp pun selalunya agak susah dibentuk berbanding kayu lembut, namun ia istimewa kerana isipadu kayunya lebih berat serta mampat. Dari segi harga selalunya ia lebih mahal tetapi pastinya ia adalah lebih tahan lama. Ada lebih daripada 100 jenis kayu keras yang diimport dari luar negara namun hanya sebilangan saja yang dibuat perabot. Antara kayu luar negara yang paling diminati oleh pengilang atau pembuat perabot tempatan adalah seperti Kayu Sentang, Kayu Jati, Kayu Oak, Kayu Walnut dan Kayu Rosewood. Kayu-kayu ini diimport daripada negara jiran sehingga kenegara yang juga beriklim sejuk untuk mendapatkannya.


(7) KAYU SENTANG
Kayu Sentang dianggap jenis kayu keras paling ulung kerana berciri stabil dan sangat elok dijadikan kemasan perabot. Berwarna coklat kemerahan mewah, keistimewaan utama kayu ini terletak kepada ciri tahan lam namun lembut dan mudah dibentuk. Mahogani keluaran Amerika dan Afrika Selatan didakwa paling bermutu. Lazimnya kayu ini diguna untuk membuat rangka untuk tujuan penyambungan, perabot mewah, panel dan pintu. Kayu ini diimport daripada negara yang menghasilkan kayu sentang dengan kualiti terbaik.


(8) KAYU JATI 
Menyebut Kayu Jati (Tectona grandis) anda tentu terbayang jenis kayu berkualiti untuk dibuat perabut Kayu Jati. Ini kerana sifatnya yang tahan lama, dimana ia menjadikannya ia sebagai bahan asas utama pembikinan kapal, perabot, rangka penyambungan, pane dan venier. Malangnya kayu jati dikatakan sukar dibentuk, berminyak dan perlu diperkemas menggunakan minyak khas. Banyak ditemui di burma dan Asia Tenggara dan dipercayai berasal daripada Myanmar. Ia hadir dalam dua pilihan warna iaitu coklat gelap dan kemasan. Lebuhraya PLUS dikiri dan kanan ditanam dengan beribu-ribu pokok kayu jati untuk dijadikan pelindung angin dan ornamental dan kelak untuk dijadikan kayu balak. Pokok Jati menyebar luas mulai dari India, Myanmar, Laos, Kamboja, Thailand, Indochina sehingga sampai ke Jawa. Secara semulajadi pokok kayu jati tumbuh di hutan-hutan yang menggugurkan daun dimusim kemarau. Menurut saintis dan ahli botani, jati dari Myanmar merupakan digunakan sekitar 70% keperluan jati dunia. Selebuhnya adalah kayu jati dari India, Thailand, Jawa, Srilangka dan Vietnam. Namun, pasokan dunia dari hutan jati alami satu-satunya berasal dari Burma.
Artikel ini bersambung pada Part 1 dan Part 3. Wasallam!!..

JENIS KAYU... MEMANG DIGUNA...
BUAT PERABOT.. TAHAN LAMA...
KAYU KERAS..MAHAL HARGANYA...
MENANG MEMAKAI.. BOLEH GUNA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(7 Syawal 1437H)

MENGENAL JENIS KAYU (Part 3)


MENGENAL JENIS KAYU merupakan perkasa asas kepada mereka yang terlibat didalam industri pembuatan perabut (furniture). Dalam pembaca membuat rujukkan kepada tajuk 'Mengenal Kayu' dalam Majalah Anjung Seri. mendapati ada maklumat yang sesuai dikongsi sama dengan kupasan dan penelitian penulis sendiri. Kini di pasaran memang banyak jenis perabot kayu direka dan dijual iaitu mengikut kepada kesesuaian kediaman, kegunaan, cuaca dan cita rasa pelanggan. Pilihan kayu pada masa kini tidak sekadar meranti, kembang semangkok dan jati tetapi meliputi jenis kayu seperti kayu melunak, nyatoh, sentang dan terkini adalah jenis kayu getah. Pada masa ini agensi Malaysian Timber Council (MTC) membahagikan kayu kayan kepada empat kumpulan iaitu Kayu Keras Padu (heavy hardwood), Kayu Keras Pertengahan (medium hardwood), Kayu Keras Ringan (light hardwood) dan Kayu Lembut (softwood). Pada kita yang kurang faham akan perkara ini memadai dengan bertanya kepada penjual perabut dari jenis kayu apa yang digunakan untuk perabot yang berkenan untuk dibeli. Penerangan diberikan dimana perbezaan ciri kayu keras dan lembut ditentukan berdasarkan konvesyen biasa botani manakala pengkelasan tiga kumpulan kayu keras dibuat berpandukan kepadatan bandingan kayu yang kandungan kelembapannya mencapai tahap 15 peratus. Artikel pada waktu tengahari ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis kayu untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan.

Pada masa ini ada syarat ini yang tidak membabitkan kategori kayu keras padu yang lebih mengutamakan cari 'tahan lama'. Sebagai contoh jenis kayu merbau misalnya telah pun dikelaskan sebagai kayu keras padu kerana sifat teras kayunya yang tahan lama biarpun kepadatan bandingannya hanya 800 kg/ meter padu. Selain itu jenis kayu kempas pula sungguhpun mempunyai kepadatan bandingan paling tinggi iaitu 890 kg/ meter padu, ia dianggap kayu keras pertengahan kerana sifatnya yang tidak tahan lasak. Kini pihak Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dalam majalah Malaysian TimbersFor Furniture telah menyatakan daripada sejumlah 3,000 spesis kayu-kayan tempatan, cuma sebilangan sahaja yang diproses untuk dijadikan perabot. Perabit keluaran Malaysia kini dibuat untuk pasaran domestik malahan telah menembusi pasaran antarabangsa semenjak berpuloh tahun dahulu. Selain daripada jenis kayu keras, perabot keluaran Malaysia daripada kayu lembut terutama dari kayu getah yang dirawat mendapat pengiktirafan diperingkat global. Nilai eksport perabot dari Malaysia mencecah billion ringgit setahun semenjak 10 tahun lalu. Banyak kilamg perabut terutama jenis Do0it-Yourself (DIY) kini dipasarkan diseluruh dunia. Sererusmya penulis akan membuat penerangan ringkas beberapa jenis kayu pilihan utama industri pembuatan perabot tempatan. 


9) KAYU WALNUT 
Kayu Walnut dikelaskan sebagai jenis kayu bermutu tinggi dan ia senang dibentuk dan diperakui sebagai bahan kemasan bernilai. Ia berguna untuk membuat perabot, panel berukir dan venier. Berat kayunya dari ringan ke sederhana ia menampilkan warna yang pelbagai iaitu colat kekelabuan dan coklat ungu (Sila lihat foto disebelah). Pokok Walnut memang tiada dinegara kita tetapa ia tumbuh meluas di Utara, Tengah dan Selatan Amerika Syarikat, Eropah dan Barat Daya Asia. Kayu walnut menjadi pilihan ramai pembuat perabut diseluruh dunia kerana ia tahan dan cantik semulajadi.


(10) KAYU OAK 

Kayu Oak merupakan jensi kayu yang popular. Dahulu kayu oak menjadi asas binaan rumah kediaman dan kapal dagang Britain. Seiring perkembangan masa, kini kegunaannya mula dipelbagaikan dan ia kini ia menjadi pilihan utama untuk mereka membuat perabot, rangka penyambungan panel, lantai, pintu dan pagar. Sungguhpun, sangat tahan lasak dan ampuh namun ia berat dan sukar dibentuk. Kayu ini mempunyai tekstur halus dan lembut (Sila lihat foto disebelah). Pokok Oak hidup subur di serata Eropah, Jepun dan Amerika serta ditemui dalam pelbagai warna daripada kuning pucat hingga ke kuning kemerahan. 


(11) KAYU ROSEWOOD 

Kayu Rosewood adalah diantara kayu yang berbau wangi, berwarna gelap dan meniliki ira halus, cantik dan mewah serta semakin berseri apabila digilap. Begitu pun kayu ini agak sukar dibentuk. Ia menjadi produk eksport utama Amerika Selatan dan Amerika Barat, Amerika Tengah serta Selatan India. Rosewood paling disukai ramai pelanggan perabut kerana menawarkan permukaan kayu mirip jubin (Sila lihat foto disebelah). Jenis yang sering digunakan membuat perabot ialah Mexican rosewood dan tigerwood. Berwatna coklat kekuningan, kayu ini bagaimanapun tidak begitu mendapat perhatian kerana permukaan kasar dan mudah merekah.

PENJAGAAN KAYU

Cara penjagaan kayu kurang diketahui ramai orang. Kayu memang perlukan penjagaan rapi kerana kayu sebenarnya berubah mengikut perbezaan cuaca. Sinaran matahari atau kesan cahaya matahari boleh menjejaskan kayu dan kemasannya. Sinaran ultra boleh menusnahkan keindahan kayu dalam masa beberapa minggu hingga ke bulan. Sinaran ini juga dapat menembusi lemasan panyudah struktur molekul kayu itu sendiri. Dalam hal ini, warnanya akan berubah dengan pantas. Kemasan meratak atau garisan iranya berpisah seperti corak kulit buaya. Jadi, jauhkan perabot ini dari sinaran mataharidan cara terbaik melindunginya ialah dengan memasang bidai atau melengkapi tingkap dengan perlindungan sinaran ultra ungu. Faktur suhu dan faktur kelembapan adalah perlu dijaga kerana kedua-dua faktor ini memberi kesan buruk kepada perabot. Sama ada perabut berkemasan atau tidak, kayu akan menyerap apa saja yang ada di persekitarannya. Keadaan kering pula akan boleh menyebabkan kayu ini mengecut kerana kekurangan air untuk lembapan. Bagaimana pun jika terlebih air lembapan, kayu itu akan membengkak, retak dan merekah akibat tekanan. Justeru sebaiknya anda dinasihatkan tidak sesekali menempatkan barangan palstik atau getah di atas meja kerana ia boleh menyebabkan apa yang dikatakan sebagai 'plasticizer migration' atau pertembungan dua permukaan yang boleh menyebabkan kerosakan salah satu permukaan yang mengubah struktur kayu. Saluran kitaran udara perlu dikawasan kayu dimana tidak sepatutnya dihadang sebarang perabot. Ini kerana haba dan hawa dingin akan mewujudkan satu suhu yang kurang sesuai bagi perabot. Letakkan apa jua perabot di tempat yang mudah dilihat tetapi selamat daripada sinaran matahari serta suhu melampau. Pada masa musim hujan perlu berhati-hati membuka tingkap supaya air hujan tidak jatu kena dan menimpa perabot. Anda perlu peka dengan beberapa produk kecantikan dan berhati-hati ketika menggunakannya. Bahan pelarut seperti alkohol, penanggal pengilat kuku, minyak wangi atau kolon dan sebarang kimia beracun merosakkan kayu perabot jika berdekatan dengan perabot. Ini kerana cecair yang tumpah boleh membuatkan permukaan perabot mengelupas dan melunturkan cat serta kemasannya. Bahan pencuci disarankan menggunakan minyak lemon. Sebelum itu sebaiknya buang habuk pada perabot kemudian cuci sebelum menggilapnya. Semuga artikel 3 siri ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...

JENIS KAYU... MEMANG DIGUNA...
BUAT PERABOT.. TAHAN LAMA...
KAYU KERAS..MAHAL HARGANYA...
MENANG MEMAKAI.. BOLEH GUNA..


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(7 Syawal 1437H)

MENGENAL JENIS KAYU (Part 1)

MENGENAL JENIS KAYU merupakan perkasa asas kepada mereka yang terlibat didalam industri pembuatan perabut (furniture). Dalam pembaca membuat rujukkan kepada tajuk 'Mengenal Kayu' dalam Majalah Anjung Seri mendapati ada maklumat yang sesuai dikongsi sama dengan kupasan dan penelitian penulis sendiri. Kini di pasaran memang banyak jenis perabot kayu direka dan dijual iaitu mengikut kegunaan dan kesesuaian kediaman, kegunaan, cuaca dan cita rasa pelanggan. Pilihan kayu pada masa kini tidak sekadar meranti, kembang semangkok dan jati tetapi meliputi jenis kayu seperti kayu melunak, nyatoh, sentang dan terkini adalah jenis kayu getah. Pada masa ini agensi Malaysian Timber Council (MTC) membahagikan kayu kayan kepada empat kumpulan iaitu Kayu Keras Padu (heavy hardwood), Kayu Keras Pertengahan (medium hardwood), Kayu Keras Ringan (light hardwood) dan Kayu Lembut (softwood). Pada kita yang kurang faham akan perkara ini memadai dengan bertanya kepada penjual perabut dari jenis kayu apa yang digunakan untuk perabot yang berkenan untuk dibeli. Penerangan diberikan dimana perbezaan ciri kayu keras dan kayu lembut ditentukan berdasarkan konvensyen biasa iaitu botani manakala pengkelasan tiga kumpulan kayu keras dibuat berpandukan kepadatan bandingan kayu yang kandungan kelembapannya mencapai tahap 15 peratus. Penulis yang baru balik dari melawat hutan botani Air Keroh, Melaka teruja menulis artikel ini. Artikel pada waktu tengahari ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis kayu untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan.

Pada masa ini ada syarat ini yang tidak membabitkan kategori kayu keras padu yang lebih mengutamakan cari 'tahan lama'. Sebagai contoh jenis kayu merbau misalnya telah pun dikelaskan sebagai kayu keras padu kerana sifat teras kayunya yang tahan lama biarpun kepadatan bandingannya hanya 800 kg/ meter padu. Selain itu jenis kayu kempas pula sungguhpun mempunyai kepadatan bandingan paling tinggi iaitu 890 kg/ meter padu, ia dianggap kayu keras pertengahan kerana sifatnya yang tidak tahan lasak. Kini pihak Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dalam majalah Malaysian Timbers For Furniture telah menyatakan daripada sejumlah 3,000 spesis kayu-kayan tempatan, cuma sebilangan sahaja yang diproses untuk dijadikan perabot. Perabot keluaran Malaysia kini dibuat dikilang untuk pasaran domestik malahan telah menembusi pasaran antarabangsa semenjak berpuloh tahun dahulu. Selain daripada jenis kayu keras, perabot keluaran Malaysia juga dibuat daripada kayu lembut terutama dari kayu getah yang dirawat mendapat pengiktirafan diperingkat global. Nilai eksport perabot dari Malaysia mencecah billion ringgit setahun semenjak 10 tahun lalu. Banyak kilang-kilang perabut terutama jenis berkonsepkan Do-it Yourself (DIY) kini dipasarkan diseluruh dunia. Sererusmya penulis akan membuat penerangan ringkas beberapa jenis kayu pilihan utama dalam industri pembuatan perabot tempatan.


(1) KAYU NYATOH 
Jenis Nyatoh adalaj Jenis Kayu keras ringan. Nyatoh (Palaquium spp.) adalah pokok hutan dari keluarga Sapotaceae digunakan untuk membuat perabut dalam kategori ringan. Dari segi populariti pokok nyatoh yang direkodkan bahawa pokoknya sering ditemui ditemui di kawasan hutan bertanah rendah, paya air tawar, paya gambut dan kawasan pergunungan sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Keterangan am mengenai kayu nyatoh adalah dimana kayu gubalnya agak jelas dimana warna teras kayu merah jambu pekat atau coklat kemerahan (Sila anda lihat foto disebelah). Lazimnya ira kayu lurus manun jarak antara ira kian rapat hingga ianya bercantum di tengah batang. Turut ditemui ira yang dilihat berombak. Kayunya bertekstur rata dan sedikit kasar dimana keratan rentasnya sangat halus hingga dapat dilihat dengan mata kasar. mengenai tahak ketahanan ia dikelaskan sebagai jenis yang tahan lama. Mengenai tujuan kegunaan kayu nyatoh adalah paling elok dibuat perabot. Ia juga sering dijadikan kemasan perhiasan bermutu tinggi dan kabinet, panel, pengadang, kumai, lantai parket, geladak atau dek bot dan venier. Pengguna perlu untuk bertanya penjual sama ada perabut dijual itu benar-benar nyatoh.

(2) KAYU SENTANG
Ia adalah jenis kayu keras ringan dengan nama botani sebagai Azadirachta excelsa daripada keluarga Meliaceae. Pokok kayu sentang secara semulajadi sering ditemui di hutan tanah dan kawasan yang berbukit. Bagaimana pun sentang kini telah ditanam dimana anak pokok kayu sentang diusahakan dan ditanam secara komersil oleh pekebun kecil diseluruh negara. Mengenai keterangan umum kayu sentang dimana kayu gubalnya bercorak lebih jelas berbanding teras kayu. Ia berwarna coklat kemerahan dan selalunya mempunyai ira kayunya berpanca (Sila lihat foto disebelah). Selalunya ia mempunyai struktur yang mirip lingkaran cincin dimana ini menyebabkan tekstur kayu kasar dan tidak rata. Dari segi ketahanan kayu jenis ini tidak tahan lama. Kegunaan adalah untuk dijadikan kayu panyambung untuk membuat rangka, perabot, kemasan, panel, pengadang dan lantai. 


(3) KAYU KEMBANG SEMANGKOK 
Jenis kayu Semangkok dikelaskan sebagai Kayu keras ringan. Nama Botani bagi kayu ini adalah Scaphium spp daripada spesis keluarga sterculiaceae. Pokok kayu ini selalu dijumpai atau ditemui secara berselerak di hutan tanah rendah. Paling banyak terletak di rabung gunung dan kawasan berpaya. Keterangan am diberi mengenai kayu ini dimana ia adalah kayu gubal dalam pelbagai warna cerah, boleh jadi coklat kekuningan, kuning pucat atau coklat merah (Sila lihat foto disebelah). Kayu ini mempunyai ira kayu corak lurus dan berpanca rapat. Tekstur kayu adalah kasar dan tidak rata terbentuk daripada lapisan lebar parankima. Dari segi ketahanan ia adalah agak tahan lama. Kegunaan kayu ini banyak diguna dalam pembuatan papan lapis perabot dan panel. Anda sepetutnya bertanya akan penual kedai apakah jenis kayu yang digunakan untuk perabut cantik yang dibeli sebelum hari raya.
Artikel ini bersambung pada Mengenal Jenis Kayu Part 2 dan juga Part 3. Sila anda baca sambungannya. Wasallam!...
JENIS KAYU... KURANG DITANYA...
KAYU KERAS...LEMBUT PUN ADA...
DIBUAT RUMAH...PERABUT JUGA...
BACA ARTIKEL...PENULIS USAHA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(7 Syawal 1437H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...