Support My Blog

Showing posts with label JENIS MEDIA TANAMAN HIDROPONIK. Show all posts
Showing posts with label JENIS MEDIA TANAMAN HIDROPONIK. Show all posts

Thursday, December 17, 2020

JENIS MEDIA TANAMAN HIDROPONIK (Part 2)

HOBI BERCUCUK TANAM atau BERKEBUN merupakan sejenis hobi yang menguntungkan semua terutama untuk menanam jenis tanaman makanan yang cepat berhasil. Apa pun penulis blog dapati untuk berkebun adalah hobi yang memerlukan komitmen setiap hari untuk dapat memberikan penjagaan yang secukupnya kepada tanaman. Bagaimana pun lazimnya kebanyakan tanaman sayuran yang ditanam di atas tanah atau di dalam pasu pengurusan memberikan air diberikan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kadangkala ada yang mendapati ia sukar untuk memastikan tanaman mendapat penjagaan yang secukupnya. Dalam pada itu pula kerja penjagaan adalah lebih mudah dan menjimatkan masa jika menanam sayur secara Sistem Tanaman Hidroponik  (Hydroponic System). Hidroponik ialah cara penanaman di dalam larutan nutrien tanpa menggunakan tanah. Tanaman hanya perlu untuk diletakkan di atas takungan larutan nutrien dan akar tanaman tersebut mendapatkan air serta nutrien daripada larutan nutrien di bawah. Konsep asas adalah dimana tanaman tidak perlu disiram dimana ini boleh dapat menjimatkan banyak masa dimana tanaman juga akan terus sentiasa dibekalkan dengan air dan nutrien. Apa pun memang cara penanaman secara hidroponik adalah mudah dan ianya adalah mungkin satu permulaan yang sesuai bagi mereka ingin mula berkebun. Pengalaman penulis blog yang telah melakukannya mendapati dimana hanya beberapa barangan yang diperlu disediakan seperti bekas tanaman juga mudah untuk dibuat sendiri contohnya daripada botol terpakai dan lain-lain. Bagaimana pun sebelum mencuba perlukan ilmu pengetahuan bagaimana menanam tanaman secara hidroponik terutama mengetahui penggunaan baja. Begitu juga medapatkan set hidroponik takung yang mempunyai semua barangan yang diperlukan untuk memulakan hobi penanaman secara hidroponik. Apa pun perlu diingat dimana sama ada cara penanaman secara biasa atau hidroponik, terdapat beberapa perkara asas yang tanaman perlukan iaitu air, cahaya, nutrien dan udara. Kesemua perkara ini adalah antara aspek utama di dalam penanaman. Pemilihan jenis tanaman yang sesuai terdiri dari tanaman yang mana jangka masa tuainya pendek seperti sayuran dan herba. Pokok hiasan daun dan bunga yang bersaiz kecil juga boleh ditanam secara hidroponik. Walaupun pelbagai tanaman boleh ditanam secara hidroponik tetapi cara penanaman adalah berlainan mengikut jenis tanaman contohnya bekas tanaman untuk sayuran buah seperti cili perlulah lebih besar berbanding sayuran daun seperti salad. Selain daripada itu cara kawal keperluan air dan nutrien juga berbeza. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan kepentingan media tanaman untuk hidroponik sebagai satu bahan rujukan semua.

Dalam teknik tanaman hidroponik media tanaman yang betul akan memudahkan pengurusan dan penghasilan. Ini kerana bagi cara penanaman secara biasa lazimnya tanaman akan ditanam di dalam media tanah. Tanah dapat membekalkan utamanya air dan nutrien kepada tanaman. Selain daripada itu biasanya media yang digunakan memberi sokongan kepada tanaman dan pengudaraan kepada akar tanaman. Perbezaan utama antara media tanah dan media hidroponik ialah media hidroponik tidak perlu mengandungi sebarang nutrien kerana setiap nutrien yang diperlukan oleh tanaman disediakan oleh larutan nutrien.Terdapat pelbagai jenis media yang biasa digunakan di dalam penanaman secara hidroponik antaranya ialah cocopeat, rockwool, span, dan hydroton. Media ini juga merupakan ‘inert’ yang bermakna ia tidak mengandungi sebarang nutrien dan mikroorganisma serta tidak terurai (cocopeat adalah separa ‘inert’ kerana ianya media organik). Fungsi utama media hidroponik adalah untuk memegang air dan nutrien, menyokong tanaman dan membekalkan pengudaraan yang baik untuk akar tanaman. Walaupun begitu, penanaman sesetengah tanaman secara hidroponik boleh juga dibuat tanpa menggunakan sebarang medium. Apa pun pemerhatian penulis blog kini bagi 
kebanyakan tanaman ramai yang suka gunakan kenis media cocopeat kerana ia sesuai digunakan dan ia juga mudah untuk didapati. 

(3) Rockwool 
Rockwool merupakan salah satu bahan media tanaman digunakan dalam teknik Hidroponik. Rockwool adalah media pertumbuhan peratanian yang terbuat dari batu Basalt dan Kapur. Kedua media ini kemudian dicampur dan dilelehkan dalam panas hingga 1,600 Celcius sehingga hasilnya rockwool yang terlihat seperti span ini tetapi ia berasal dari batu-batuan. Namun stelah ianya dipanaskan dan diproses maka bentuknya berubah tidak keras seperti batu lagi. Rockwoool tidak hanya digunakan dalam bidang pertanian akan tetapi ia juga untuk tujuan lain seperti mencegah haba panas yang berguna sebagai Bahan Penebat Haba. Apa pun cirinya rockwool dapat menahan air dengan baik dimana ia tidak hanya menyerap saja tapi juga mampu menahannya. Struktur Rockwool yang berongga membolehkan akar tanaman dalam mendapatkan oksigen. Strukturnya yang masih padat memungkinkan akar tumbuhan tumbuh dengan baik dalam  hidroponik. Kelemahan rockwool dari strukturnya adalah dia mudah peroi dimana ada sebahagian partikelnya yang terurai atau terlepas. Perkara ini juga menyebabkan kesan radang atau kesan gatal bagi sesetengah orang. Mereka yang baru menggunakan rockwool mungkin akan merasa gatal pada tangan. Rockwool tidak boleh digantikan dengan span, kassa atau kapas sebab ia tidak dapat menyimpan air dengan banyak dan strukturnya tidak keras dimana ia tidak dapat sebagai memegang akar semaian. Cara menyimpan rockwool ditempat yang kering dan tertutup oleh plastik kerana jika rockwool lembab maka susah  untuk dipotong. Selepas menuai sebaiknya rokwool dibuang dan tidak boleh diguna semula. Ini disebabkan rockwool ini  sudah menyatu dengan akar. Saiz potongan rockwool boleh disesuaikan dengan jenis tanaman seperti untuk selada air, sawi dan sayur daun lainya ia sesuai dipotong dengan ukuran kotak 2-3 cm. Sedangkan untuk tanaman seperti melon boleh dipotong berukuran yang lebih besar hingga kotak 5cm saiz untuk digunakan.

4) Oasis Cubes
Oasis cubes adlah bahan media yang seakan sama dengan kiub rockwool, namun perbezaannya adalah bahan asas yang digunakan. LAzimnya didalam aktiviti menyemai bahan oasis kiub lebih sesuai digunakan kerana ia mampu menyimpan air dan berkembang serta mempunyai lubang untuk memasukkan benih. Bergantung kepada jenis dan kegunaan lazinya bahan medium ini dijual dengan harga sederhana dan mampu beli. Kelebihan oasis cubes adalah harga yang terjangkau dan dapat digunakan untuk fase perkecambahan dan pembibitan. Di Malaysia oasis kiub ada diperkenalkan dan digunakan dikalangan penduduk banda didalam mengusahakan program Pertanian Bandar terutama untuk menyemai dan ada yang terus menjadikannya sebagai medium penanaman. 

5. Perlite

Perlite merupakan sejenis mineral yang terhasil daripada letusan gunung berapi pada suhu 1,600 darjah celcius yang akan mengembang sehingga 13kali ganda daripada saiz asal. Perlite ini sangat ringan dan mempunyai 'surface area' yang tinggi. Dalam pertanian bahan perlite ini merupakan medium terbaik bagi tanaman sistem hidroponik dan aquaponik disamping berfungsi sebagai penapis air yang baik. Ia juga dijadikan sebagai bahan tambahan bagi memastikan medium tanaman menjadi lebih poros dan ini bermakna tiada air berlebihan yang mungkin akan merosakkan akar tanaman. Perlite ini mampu dalam meningkatkan aliran udara dalam tanah supaya akar lebih aktif dimana ia adalah diantara medium terbaik bagi sistem pengakaran semaian keratan. Ia boleh juga diccampur dengan satu bahagian peatmoss dan juga tanah sebagai gabungan terbaik tanaman pot. Dalam pada itu perlite yang juga adalah kaca vulkanik yang relatif banyak mengandung air. Perlite umumnya terbentuk dari proses hidrasi batuan obsidian. Perlite juga merupakan media tanam bebas tanah yang mana ia memiliki tingkat retensi oksigen terbaik dari semua media tanaman namun sebaiknya dikombinasikan dengan sabut kelapa, tanah atau vermikulit. 


6. Batu Kerikil 

Batu Kerikil merupakan medium untuk hidroponik yang terdiri daripada batuan kecil daripada grasnit atau batu merah. Ia dhasilkan daripada lombong kuari yang menghancurkan batuan granite kepada lebih kecil bagi tujuan dibuat jalanraya, bangunan, jambatan dan sebagainya. Ia juga dipanggil sebagai 'quarry gravel' yang mudah dibeli dengan harga berpatutan. Kerikil mempunyai pelbagai saiz tetapi untuk tanaman sistem hidroponik adalah saiz keci diameter 0.5 - 1 cm. Sebaiknya batu kerikil ini dibasuh dahulu bersih sebelum dimasukkan kedalam pasu atau pot tanaman. Ia sangat poros dan mudah dibersihkan setiap kali digunakan (Sila lihat foto disebelah). Ada yang menggunakan batu kerikil dengan bahan media lain seperti cocopeat untuk mendapatkan kombinasi media tanaman yang lebih efektif. Penggunaan gravel dikira kos paling murah dan tahan lama akan tetapi perlukan sistem pembajaan yang cekap untuk pertumbuhan terbaik.
 

7. Habuk Kayu atau Serat kayu 
Habut Kayu atau Serat kayu adalah produk yang terhasil daripada proses menyediakan pakan atau tiang daripada kayu balak yang berukuran kecil. Serat ini dikumpulkan dan dirawat dahulu sebeluk ianya sesuai untuk dijadikan media tanaman fertigasi atau hidroponik. Ini keran ada sesetengah kayu yang telah dirawat dengan bahan kimia (celcurised wood) yang menjadi penghalang kepada pertumbuhan tanaman. Apa pun sebenarnya habuk kayu ini boleh menjadi media yang bagus serta efesien untuk media hidroponik. Beberapa penelitian mendapati imana serat kayu dapat mengurangkan kesan pengatur pertumbuhan iaitu menjadikan tanaman mungkin tumbuh menjadi lebih besar. Bagaimana pun bukan mudan sekarang untuk mendapatkan bekalan serat kayu dipasaran komersil berbanding dengan media lain seperti cocopeat.
Artikel ini ditulis didalam 2 segmen iaitu Part 1 dan Part untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SISTEM HIDROPONIK....ANDA CUBA...
MEDIA TANAMAN...BANYAK JENISNYA...
COCOPEAT... ANTARA BANYAK DIGUNA....
BACA ARTIKEL... BARU TAHU BENDANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(29 RabiulAkhir 1442H).

Wednesday, December 16, 2020

JENIS MEDIA TANAMAN HIDROPONIK (Part 1)

HOBI BERCUCUK TANAM
atau BERKEBUN merupakan sejenis hobi yang menguntungkan semua terutama untuk menanam jenis tanaman makanan yang cepat berhasil. Apa pun penulis blog dapati untuk berkebun adalah hobi yang memerlukan komitmen setiap hari untuk dapat memberikan penjagaan yang secukupnya kepada tanaman. Bagaimana pun lazimnya kebanyakan tanaman sayuran yang ditanam di atas tanah atau di dalam pasu pengurusan memberikan air diberikan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kadangkala ada yang mendapati ia sukar untuk memastikan tanaman mendapat penjagaan yang secukupnya. Dalam pada itu pula kerja penjagaan adalah lebih mudah dan menjimatkan masa jika menanam secara Sistem Tanaman Hidroponik (Hydroponic System). Hidroponik ialah cara penanaman di dalam larutan nutrien tanpa menggunakan tanah. Tanaman hanya perlu untuk diletakkan di atas takungan larutan nutrien dan akar tanaman tersebut mendapatkan air serta nutrien daripada larutan nutrien di bawah. Konsep asas adalah dimana tanaman tidak perlu disiram dimana ini boleh dapat menjimatkan banyak masa dimana tanaman juga akan terus sentiasa dibekalkan dengan air dan nutrien. Apa pun memang cara penanaman secara hidroponik adalah mudah dan ianya adalah mungkin satu permulaan yang sesuai bagi mereka ingin mula berkebun. Pengalaman penulis blog yang telah melakukannya mendapati dimana hanya beberapa barangan yang diperlu disediakan seperti bekas tanaman juga mudah untuk dibuat sendiri contohnya daripada botol terpakai dan lain-lain. Bagaimana pun sebelum mencuba perlukan ilmu pengetahuan bagaimana menanam tanaman secara hidroponik terutama mengetahui penggunaan baja. Begitu juga medapatkan set hidroponik takung yang mempunyai semua barangan yang diperlukan untuk memulakan hobi penanaman secara hidroponik. Apa pun perlu diingat dimana sama ada cara penanaman secara biasa atau hidroponik, terdapat beberapa perkara asas yang tanaman perlukan iaitu air, cahaya, nutrien dan udara. Kesemua perkara ini adalah antara aspek utama di dalam penanaman. Pemilihan jenis tanaman yang sesuai terdiri dari tanaman yang mana jangka masa tuainya pendek seperti sayuran dan herba. Pokok hiasan daun dan bunga yang bersaiz kecil juga boleh ditanam secara hidroponik. Walaupun pelbagai tanaman boleh ditanam secara hidroponik tetapi cara penanaman adalah berlainan mengikut jenis tanaman contohnya bekas tanaman untuk sayuran buah seperti cili perlulah lebih besar berbanding sayuran daun seperti salad. Selain daripada itu cara kawal keperluan air dan nutrien juga berbeza. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan kepentingan media tanaman untuk hidroponik sebagai satu bahan rujukan semua.

Dalam teknik tanaman hidroponik media tanaman yang betul akan memudahkan pengurusan dan penghasilan. Ini kerana bagi cara penanaman secara biasa lazimnya tanaman akan ditanam di dalam media tanah. Tanah dapat membekalkan utamanya air dan nutrien kepada tanaman. Selain daripada itu biasanya media yang digunakan memberi sokongan kepada tanaman dan pengudaraan kepada akar tanaman. Perbezaan utama antara media tanah dan media hidroponik ialah media hidroponik tidak perlu mengandungi sebarang nutrien kerana setiap nutrien yang diperlukan oleh tanaman disediakan oleh larutan nutrien.Terdapat pelbagai jenis media yang biasa digunakan di dalam penanaman secara hidroponik antaranya ialah cocopeat, rockwool, span, dan hydroton. Media ini juga merupakan ‘inert’ yang bermakna ia tidak mengandungi sebarang nutrien dan mikroorganisma serta tidak terurai (cocopeat adalah separa ‘inert’ kerana ianya media organik). Fungsi utama media hidroponik adalah untuk memegang air dan nutrien, menyokong tanaman dan membekalkan pengudaraan yang baik untuk akar tanaman. Walaupun begitu, penanaman sesetengah tanaman secara hidroponik boleh juga dibuat tanpa menggunakan sebarang medium. Apa pun pemerhatian penulis blog kini bagi 
kebanyakan tanaman ramai yang suka gunakan kenis media cocopeat kerana ia sesuai digunakan dan ia juga mudah untuk didapati. 

(1) COCOPEAT (Sabut Kelapa)
Cocopeat adalah sabut kelapa yang telah diurai/dihancurkan oleh mesin pengurai sabut. Cocopeat digunakan sebagai media tanaman mengantikan tanah dalam tanaman secara fertigasi. Biasanya cocopeat boleh digunakan sehingga 3,4 kali (atau bahkan lebih) iaitu selepas dibasuh dengan air dan ia sememangnya ia lebih menjimatkan. Menggunakan cocopeat dalam polibeg atau takung sekaligus membolehkan ia membantu mengelakkan penyakit bawaan tanah kepada tumbuhan. Cocopeat memegang kelembapan dengan baik dan juga mempunyai pengudaraan yang baik tetapi sebaiknya ia perlu dibasuh sebelum digunakan kerana cocopeat mengandungi kandungan garam tinggi yang boleh mengganggu pertumbuhan tanaman. Campuran nutrien juga mungkin perlu disesuaikan untuk medium cocopeat dengan memberi lebih nitrogen dan magnesium. Terdapat beberapa ciri yang ada dan ini menjadikannya media yang utama dalam penanaman komersil antaranya adalah ia mempunyai kos yang rendah, mudah didapati, bebas dari penyakit tanah, memegang air dengan baik, ringan dan pelbagai lagi. Aspek-aspek ini juga menjadikannya alternatif utama kepada tanah bagi penanam-penanam hobi. Terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu tahu jika ingin mendapatkan pertumbuhan tanaman yang terbaik apabila menggunakan cocopeat. Ini kerana didakwa dimana cocopeat boleh mempunyai kandungan garam sodium chloride yang tinggi. Ianya boleh menyebabkan pelbagai masalah untuk tanaman seperti membantutkan pertumbuhan dan menjejaskan aspek kesihatan. Namun apa pun masalah ini mudah sahaja untuk diselesaikan dengan dengan membasuh media cocopeat (flushing) sebelum digunakan untuk melarutkan garam dan menariknya keluar. Sebelum menanam disyorkan untuk meletakkan cocopeat di dalam bekas tanaman dan siram dengan air sehingga basah sepenuhnya untuk mengurangkan kandungan garam di dalam cocopeat. Alternatif yang lebih mudah adalah dengan menyediakan bekas dan tempat tanaman 1-2 minggu sebelum menanam dan biar hujan lakukan ‘flushing’ tersebut.

Memang cocopeat adalah jenis media yang mana k
andungan nutrien didalamnya rendah. Oleh itu apabila menggunakan media cocopeat sebaiknya pembajaan perlu dibuat dari peringkat awal penanaman disebabkan kandungan nutrien di dalamnya adalah rendah. Kebiasaanya baja larut air seperti baja AB digunakan untuk tanaman yang menggunakan cocopeat. Kelebihan jenis baja larut air berbanding kebanyakan baja granul adalah ianya memang ada mengandungi kesemua nutrien yang tanaman perlukan. Untuk mendapatkan pertumbuhan yang terbaik, gunakan air larutan baja setiap kali siraman tetapi pastikan kepekatan adalah bersesuaian. Baja larut air adalah baja sintetik dan jika anda ingin menanam secara organik memang digalakkan menggunakan tanah campuran yang lebih sesuai dengan baja organik berbanding cocopeat. Medium organik seperti media cocopeat mempunyai caj-caj negatif pada permukaannya yang menarik ion-ion positif. Nutrien diambil oleh tanaman di dalam bentuk ion dan setiap nutrien mempunyai nilai caj yang tertentu. Ion kalsium dan magnesium lebih kuat tertarik berbanding ion positif lain kepada caj negatif pada cocopeat yang menyebabkan nutrien ini terikat dan tanaman tidak boleh mendapatkannya. Ini boleh menyebabkan tanaman tidak mendapat kalsium dan magnesium yang mencukupi. Anda boleh mengenali sama ada tanaman anda kurang nutrien kalsium atau magnesium serta nutrien lain dari warna daun.Cara untuk mengatasi isu ini adalah dengan meningkatkan nutrien kalsium dan magnesium di dalam larutan baja. Kalsium boleh dibekalkan dengan calcium nitrate dan magnesium boleh dibekalkan dengan magnesium sulfate atau epsom salt. Untuk setiap 10l air baja tambah 8g calcium nitrate dan 6g magnesium sulfate dan siram seperti biasa. Nutrien tambahan diperlukan pada awal penanaman sahaja (2-4 minggu) kerana lama-kelamaan lokasi-lokasi caj negatif medium cocopeat akan tepu dengan calcium dan magnesium dan nutrien. Nutrien tambahan ini sebaiknya diberikan dari awal lagi kerana kesan kekurangan kalsium terhadap daun tidak hilang jika diberikan selepas kekurangan dikesan kerana nutrien ini adalah ‘immobile’ di dalam tanaman.

(2) Hydroton 
Hydroton ialah media tanam hidroponik berbentuk bulat dimana ia adalah media yang sangat baik kerana adalah dapat menyimpan kandungan air dengan baik, bersih. nilai pH yang neutral dan memang stabil. Ini kerana media ini selalu dijadikan pilihan kerana selain cocopeat biasanya pelet tanah liat atau yang biasa disebut hydroton juga menjadi media yang popular dikalangan pencinta tanaman. Seperti nama unik sebagai 'Hydroton' yang mana ia dibuat dari tanah liat yang membentuk bola bulat dari bahan berpori. Antara ciri menjadi kelebihan hydroton adalah dapat melepaskan nutrien ke aliran air dan pH neutral. Selain itu hydroton yang mana bentuknya yang bulat dapat membantu memastikan berlaku keseimbangan oksigen atau air sehingga tidak terlalu kering atau terlalu banyak air. Namun begitu didakwa kekurangan menggunakan hydroton ini adalah jisimnya yang berat untuk digunakan. 
Artikel ini ditulis didalam 2 segmen iaitu Part 1 dan Part untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SISTEM HIDROPONIK....ANDA CUBA...
MEDIA TANAMAN...BANYAK JENISNYA...
COCOPEAT... ANTARA BANYAK DIGUNA....
BACA ARTIKEL... BARU TAHU BENDANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(29 RabiulAkhir 1442H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...