Support My Blog

Showing posts with label HERBA - SELASIH. Show all posts
Showing posts with label HERBA - SELASIH. Show all posts

Tuesday, May 21, 2024

SELASIH - APA FAKTANYA

SELASIH
(Ocimum basilicum Linn.) merupakan sejsnis tumbuhan herba yang ditanam untuk pelbagai tujuan kegunaan. Penulis blog dapati dimana tanaman ini juga dikenali sebagai Sweet Basil, French Basil (lnggeris), Barbar,Tulsi (Hindi), Raihan (Arabic) dan juga dipanggil sebagai Bai horapa (Thai). Tumbuhan ini dari keluarga Lamiaceae (labiatae) mudah tumbuh di negara kita dimana kadang kala ia dijumpai tumbuh liar didalam belikar sahaja. Penulis blog dapati dimana selasih merupakan satu daripada spesies tumbuhan yang secara umumnya dikenali sebagai basil. Terdapat lebih kurang 150 spesies dari genus Ocimum ini dan spesies basilicum merupakan yang terpenting. la telah lama diketahui mempunyai kepelbagaian sumber dan kaya dengan minyak patio Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika dan separa tropika benua Asia, Afrika dan Amerika Tengah serta Selatan. Kini tumbuhan ini sudah tersebar luas di kawasan panas di kedua-dua hemisfera dari aras laut hingga lebih kurang 1,800 m tinggi. Walau pun tanaman selasih telah berabad-abad lamanya berada di negara kita, namun ia masih ditanam di kawasan kebun dapur iaitu bagi kegunaan sendiri. Apa pun penulis blog membuat beberapa rujukkan dimana terdapat sebanyak 35 spesis Selasih yang dikenalpasti akan tetapi yang paling biasa dijumpai di Malaysia dan kawasan tropika lain adalah seperti Ocimum americanum, Ocimum basilicum, Ocimum campechianum, Ocimum gratissimum, Ocimum kilimandscharicum dan juga Ocimum tenuiflorum. Tumbuhan renek ini mudah ditanam dan dijaga dimana ia akan menghasilkan daun, bunga dan bijinya dalam masa singkat sahaja. Sebenarnya dari banyak spesis yang terdapat dinegara kita dilaporkan kebanyakan tumbuhan ini adalah berbau dengan mempunyai citarasa khas. Apa yang penulis blog buat ujian dimana tumbuhan ini kadang-kadang agak busuk (Langu), Bau Harum atau Bau Manis dimana ia juga tergantung kultivarnya. Dilaporkan ada beberapa di antaranya jika dimakan menyebabkan pemakannya akkan dapat rasa seperti mabuk. Walau pun kajian taksonomi mendapati ada beberapa jenis selasih yang mana ia berasal dari Asia Tenggara seperti Kemangi akan tetapi dilaporkan sebahagian besar adalah dari India. Dalam pada itu dikalangan orang Eropah yang mengenali tumbuhan ini secara tradisionalnya mengenalinya sebagai Ocimum basilicum ("basil" atau "sweet basil") iaitu ia juga dikenali sebagai rempah yang diwariskan dari tradisi dari Yunani Kuno. Di India tanaman selasih yang paling dikenali merupakan jenis "tlasi" atau "tulasi" ("holy basil" dengan nama botaninya O. tenuiflorum syn. O. sanctum. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya menulis mengenai fakta menari bagi selasih untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.


Fakta penting mengenai tumbuhan ini adalah mengenai 
morfologi tanaman selasih secara tepat. Tumbuhan selasih merupakan tumbuhan herba yang tumbuh menegak dimana ia juga mengeluarkan aroma yang sangat harum. Ia boleh tumbuh dengan ketinggian sekitar 0.6 -1.6 meter dengan mempynyai warna batang yang hijau atau coklat yag bentuknya agak bersegi empat. Susunan daun selaish adalah jenis tunggal bertentangan dengan mempunyai tangkai yang berukuran panjang 0.5 - 2 cm dan berbentuk bulat telur dimana dibahagian hujungnya. Bahagian pangkal daun adalah agak meruncing dengan bahagian permukaan daun agak halus dan bintil-bintik kelenjar. Daunnya juga ada tulang daun menyirip dengan di tepinya bergerigi, panjangnya 3.5 - 7.5 cm dengan ukuran lebarnya adalah sekitar 1.5 - 2.5 cm. Daunnya juga ia mempunyai warna hijau tua dan apabila berbunga dilihat dimana bunganya berwarna putih atau lembayung atau pelbagai warna warna lain. Dibahagian kelopak sisi luar ada yang berambut, bulat telur terbalik dengan tepi mengecil sepanjang tabung. Biji selasih adalah bertekstur keras, berwarna coklat tua dimana apabila dimasukkan dalam air akan mengembang dan lembut.


Tumbuhan herba ini mudah tumbuh ditanah yang subur dan di tempat lembab dengan mana jika ada sedikit teduhan di tanah dataran rendah sampai ketinggian 450 meter. Tumbuhan ini dilaporkan ditanam secara kecil-kecilan atau secara komersil yang meluas bergantung kepada pasaran atau untuk kegunaan sendiri. Pengurusan bagi tanaman selasih mudah kerana tidak banyak perosak dan penyakit yang perlu dirawat. Penjagaan yang baik selalu membolehkan hasilnya dapat dituai dalam masa singkat sama ada dari bahagian daun, bunga atau pun bijinya. Dilaporkan kehebatan tanamaan selasih adalah kerana hasil kajian dan analisa makmal dilaporkan ia dilapor mengandungi bahan kimia berguna seperti bahagian daunnya yang ada komponen seperti Asid Kafeat, Asid kumarat, bahan Myresin, Rutin dan juga Kuersetin. Pada keseluruhan pokok herba ini juga ianya mengandungi minyak meruap yang terdiri daripada 1,8-Sineol, p-Cymene, Limonen, Linalool, Metilkaviol, Metil sinamat, Pinen, Safrol dan juga Alfa-Terpinen. Kajian juga nendapati dimana minyak selasih yang diekstrak sesuai digunakan sebagai bahan antibakteria yang sesuai untuk mengelakkan serangan dari Salmonella aureus, Salmonella enteritidis dan E. coli. Minyak ini juga ada kesan sebagai bahan Antifungi dimana dilapor merawat C. albicans, P. notatum dan Microsporeum gyseum. Unsur sepeti Kamfor, d-limonen, myresen dan timol mempunyai kesan sebagai bahan kawalan serangga perosak (repellent) dengan kemampuan dalam membunuh serangga sampai 90% pada konsentrasi 113 - 283 ppm. Dalam kajian lain ia telah dikaitkan dengan bahan antikanser. Pada bahagian daun Ocimum basillicum yang telah digunakan sebagai ubatan tradisional antikanser semulajadi secara tradisional. Kandungan Asid Fenolate yang tinggi didalam selasih dikaitkan dengan perkara ini. Apa pun penyelidikan saintifik perlu dijalankan berterusan mengenai perkara ini.


Dalam menggunakan daun selasih apa yang penulis blog paling suka adalah Makanan Ayam Daun Selasih Masak Cili Hijau dengan nasi panas. Makanan ini mudah disediakan menggunakan ayam daging biasa dan paling direkomen adalah menggunakan daging ayam kampong atau sekurang-kurangnya gunakan ayam telur tua (dagingnya keras sedikit). Bagi memasak makanan ini diperlukan bagan terdiri daripada 
1/2 ekor Ayam yang dipotong (saya suka ayam kampong), 6-8 biji Cili Hijau, 6 biji Cili Padi Hijau, 6 ulas Bwg Puti (ia di tumbuk kasar), 1 batang serai yang diketuk, 1" halia yang di hiris, 1 biji bawang besar  juga di hiris,1 sudu besar sos Ikan, 2 sudu besar sos tiram, 1 biji tomato yang di potong, Daun Selasih ambil seberapa banyak disukai dan garam. Cara memasaknya dengan memanaskan beberapa sudu minyak dan di tumis bahan tumbuk ramuan sehingga wangi. Kemudian bahan lain dimasukkan adalah serai, halia, bwg besar serta mesti di kacau sebentar. Seterusnya dimasukkan daging ayam, sos ikan, sos tiram dan di kacau sebati. Masukkan sedikit air supaya tidak melekat di dasar periuk. dan kemuidan ia ditutup sehingga ayam betul-betul masak. Sebaiknya ditambahkan garam jika tidak cukup masin. Akhir sekali adalah dimana dimasukkan herba daun selasih dan hirisan tomato dan di kacau beberapa minit dan angkat untuk dihidangkan. 


Menarik dalam portal hmetro.com bertajuk 'Selasih Bekal Tenaga di bulan puasa' untuk dikongsikan kali ini. Apa pun dilaporkan sajian enak dan menyegarkan sememangnya menjadi pilihan utama ketika berbuka khususnya bagi kanak-kanak, apatah lagi dalam cuaca panas begini. Tidak kira di bazar Ramadan mana pun selalunya juadah yang dibariskan atas meja jualan memang menarik perhatian dan kadangkala membuatkan pembaca blog rambang mata. Apa pun pada bulan mulia inilah semua akan bertemu pelbagai juadah pencuci mulut dan kuih-muih yang tidak pernah diketahui kewujudannya sebelum ini. Ada juadah resipi baru dan memang tidak kurang juga yang mengambil usaha untuk mengetengahkan semula kuih-muih tradisional yang semakin dilupakan semuanya bergantung kepada kreativiti si penjual. Apa pun menyentuh soal kreativiti pembaca juga bolehlah menyediakan juadah enak yang mudah dengan mengubah suai sedikit resipi sedia ada. Bagaimanapun yang masih tiada ilham maka semua boleh mencuba dua resipi pertama mudah dengan menggunakan biji selasih bernama '
Puding kelapa biji selasih' untuk di ujirasa. Bahan disediakan adalah 200 ml santan, 2 sudu kecil madu (boleh juga gunakan gula Melaka atau pemanis pilihan), 2½ sudu besar biji selasih, Seikat daun pandan dan 2 buah mangga dipotong dadu. Cara penyediaan iaitu dengan menggaulkan santan, madu dan biji selasih di dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati dan masukkan daun pandan dan biarkan dalam peti sejuk buat semalaman. Langkah seterusnya adalah mengasingkan daun pandan dari puding dan boleh dihidangkan dingin bersama kiub mangga. Resepi ke dua adalah 'Teh bunga kekwa selasih' dimana bahan diperlukan adalah beberapa kuntum bunga kekwa kering, 1 sudu besar biji selasih, air panas mendidih secukupnya dan bahan pemanis pilihan secukup rasa. Cara penyediaan adalah dengan memasukkan bunga kekwa ke dalam secawan air yang sudah dididihkan dan perlu dibiarkan seketika. Kemudian ditambahkan biji selasih dan pemanis pilihan dan ia boleh diminum panas atau sejuk. Apa pun mungkin ramai yang tidak tahu biji selasih atau dipanggil biji chia ini sebenarnya kaya dengan omega-3, protein, serat, antioksidan, kalsium, magnesium dan vitamin B3. Didakwa dengan pengambilan 10 gram biji selasih (kira-kira dua sudu makan) ketika bersahur boleh membekalkan tenaga untuk anda menjalani ibadat puasa. Pembaca boleh manfaatkan kebaikan biji selasih yang bukan saja murah malah mudah untuk disediakan. Apa pun jika tiada ilham untuk menghasilkan resipi sendiri, anda boleh menyediakan puding kelapa biji selasih pada waktu malam supaya ia boleh dinikmati sejuk ketika berbuka keesokan harinya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA SELASIH... SEJENIS HERBA...
BANYAK KHASIAT... PELBAGAI CARA...
MUDAH DITANAM.. DI RUMAH SAHAJA...
ADA RESEPI AYAM... KENA UJIRASA...
DUA RESEPI... AKHBAR JELASKANNYA...
BAC ARTIKEL... HATI TURUT SUKA JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Jamadilawal 1444H).
Kemaskini pada;
11 Zulkaedah 1445H
Parkroyal A'Formosa Resort,
Alor Galah, Melaka.

Sunday, December 25, 2022

ISU TELUR IMPORT - LAPOR MEDIA

ISU TELUR IMPORT
yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) telah menari perhatian ramai rakyat Malaysia semenjak penubuhan Kabinet Kerajaan Perpaduan. Beberapa minggu di media utama dilaporkan mengenai isu ini yang masih berlum berkesudahan sehingga artikel ini ditulis menjelang akhir tahun 2022. 
Pada 6 Disember 2022 kerajaan umum akan import telur dari beberapa negara luar untuk mencukupkan bekalan dalam negara. Dalam masa 10 hari dinyatakan dimana negara berjaya bawa masuk telur dari sumber luar dimana ada laporan iaitu syarikat yang mengeksport telur ke Malaysia hari ini adalah syarikat yang sama membekalkan telur ke Fifa World Cup. Kenyataan telur import mendapat respon 'hangat' dari kalangan semua pihak daripada pengeluar, penjual dan pengguna dan orang awam. Akhbar BH menyatakan dimana 'Tindakan kerajaan import telur tidak masuk akal' diantara respon awal dinyatakan. Portal tersebut menyatakan dimana tindakan mengimport bekalan telur ayam bukan satu jalan penyelesaian terbaik bagi menangani masalah kekurangan sumber protein itu di negara ini. Pengarah Urusan rangkaian Pasar Raya Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin nyatakan dimana tindakan itu juga sebagai tidak masuk akal memandangkan Malaysia adalah sebuah negara pengeksport bersih barangan makanan itu. Malaysia sepatutnya berhenti mengeksport telur ke Singapura dan Hong Kong jika bekalan dalam negara tidak mencukupi. Dia dakwa jika pihak berkuasa mengatakan kita mengeluarkan telur yang mencukupi untuk pasaran domestik maka di mana (telurnya)? Peruncit tidak mempunyai bekalan mencukupi.  Ameer Ali berkata demikian bagi mengulas pengumuman Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, bahawa kerajaan bersetuju mengimport telur ayam daripada beberapa sumber luar sebagai langkah jangka pendek untuk memastikan bekalan mencukupi. Dalam pada itu beliau dakwaa jika kerajaan memutuskan untuk  meneruskan juga rancangan berkenaan maka kerajaan perlu menjelaskan syarikat mana yang boleh mengimport telur dan peruncit yang dilantik syarikat terbabit. Katanya kerajaan juga harus menyediakan senarai negara sumber telur dan senarai pengeluar yang diluluskan dari negara berkenaan. Namun, sukar untuk kita melihat bagaimana langkah mengimport telur ini dapat menyelesaikan masalah kekurangan bekalan ini.  Telur mempunyai jangka hayat yang singkat iaitu 21 hari dan tidak boleh dibekukan. Jadinya dari aspek logistik maka ia perlu diimport dari negara di rantau ini. Kini harga telur paling rendah adalah di Malaysia. Sedozen telur Gred C berharga RM4.92 akan tetapi di Thailand harga ini ia bersamaan juga dengan RM7.42, Singapura (RM12.24), Indonesia (RM6.55), Brunei (RM10.15) dan Vietnam (RM5.78). Mydin tidak nampak bagaimana telur yang diimport mampu dimiliki rakyat Malaysia. Satu-satunya jenis telur yang terdapat di pasaran dalam kuantiti yang mencukupi ialah telur yang tidak tertakluk kepada kawalan harga seperti Omega 3, yang boleh mencapai harga 75 sen sebiji. Dakwanya, kebanyakan perniagaan kini terpaksa membeli telur jenis ini dan ia menyebabkan harga lebih tinggi di kedai roti serta restoran. Perkara paling mudah dilaksanakan adalah kerajaan menarik balik kawalan harga. Walaupun pengeluar menaikkan harga telur sebanyak 10 sen setiap satu, ia masih lebih rendah daripada 75 sen bagi setiap telur Omega 3. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai isu telur import yang dilaporkan media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan semua pembaca.

Bagaimana pun isu ini dilaporkan semula kemudian dimana dijelaskan menteri iaitu dalam usaha menampung keperluan pasaran tempatan pada harga yang lebih rendah maka Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengimport bekalan telur daripada beberapa negara sumber yang sudah dikenal pasti dengan segera. Menterinya, Mohamad Sabu dalam kenyataan berkata itu antara langkah jangka pendek yang diambil kementeriannya, selain akan memastikan telur ayam yang diterima itu selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan. Inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar, bukan untuk menekan pengusaha industri tempatan, sebaliknya bagi memastikan bekalan dalam negara tidak terputus dan kebajikan rakyat terjaga. Keperluan membawa masuk telur ayam dari sumber luar juga akan dikaji semula selepas bekalan tempatan kembali stabil. Segala protokol dan tatacara yang ditetapkan kerajaan perlu dipatuhi tanpa kompromi. Sebelumnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam sidang media iaitu selepas mesyuarat pertama Kabinet, memaklumkan pihaknya sudah berbincang dengan Mohamad dan akan mengumumkan harga telur ayam yang lebih rendah. Langkah terbabit diharapkan dapat mengurangkan kebergantungan kepada kartel. Apa pun dalam kenyataan yang dikeluarkan Mohamad hari ini dia langsung tidak menyebut mengenai harga telur ayam yang dijanjikan lebih rendah itu. Ketua Setiausaha kementeriannya juga sudah diarah menilai kesan import terhadap industri telur ayam tempatan dan Agrobank akan mengemukakan cadangan bagi membantu pembekal dan pengusaha kecil supaya mereka kekal berdaya saing dalam industri ini. Kini kementerian sentiasa berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur ayam negara kembali stabil dengan harga yang kompetitif. Kementerian yakin isu kekurangan bekalan telur ayam dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan kerjasama pelbagai pihak. Mengulas mengenai penggunaan telur ayam dalam pasaran tempatan menteri pertanian berkata, telur ayam adalah makanan harian berprotein yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dengan kadar purata pengambilan 968 juta biji telur ayam sebulan.

Portal media lain hmetro.com dan juga bernama ada menyatakan dimana '
Perlu cari kaedah lain, harga telur import mahal - Penganalisis' dimana langkah mengimport telur ayam bukan kaedah penyelesaian jangka panjang yang berdaya maju memandangkan telur ayam yang diimport secara umumnya lebih mahal berbanding harga siling, demikian kata TA Securities. Penganalisisnya, Ong Tze Hern berkata mengikut peserta industri, satu-satunya sumber asing bagi import telur yang lebih murah berbanding harga siling adalah dari Russia. Bagaimanapun dakwanya Malaysia tidak mungkin mengimport dari Russia kerana faktor ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di peringkat global. Berdasarkan semakan salurannya mendapati bekalan telur ayam, terutamanya telur gred A, gred B dan gred C harga kawalan masih tidak mencukupi walaupun bekalan meningkat sebanyak lima hingga 10 peratus dalam beberapa minggu lalu. Difahamkan harga telur paling rendah adalah di Malaysia, yang mana sedozen telur Gred C berharga RM4.92, jauh lebih rendah berbanding Thailand (RM7.42), Singapura (RM12.24), Indonesia (RM6.55), Brunei (RM10.15) dan juga Vietnam (RM5.78). Dia jelaskan dimana kebanyakan peruncit masih menghadapi kekurangan telur harga kawalan berikutan peningkatan permintaan yang lebih tinggi. Dakwanya lagi ketirisan dalam bentuk penyeludupan ke Thailand, yang mana telur dijual 20 peratus lebih tinggi berbanding harga siling di Malaysia menjadikan keadaan bertambah teruk hasil dari kajian yang dia lakukan. Dalam usaha menampung keperluan pasaran tempatan pada harga yang lebih rendah dia dapati Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengimport bekalan telur daripada beberapa negara sumber yang sudah dikenal pasti dengan segera. Menterinya berkata itu antara langkah jangka pendek yang diambil oleh pihak kementeriannya, selain akan memastikan telur ayam yang diterima itu selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan. Ong berkata melainkan tiada harga siling telur dikenakan ke atas telur import, kerajaan mungkin perlu memberi subsidi perbezaan harga antara kos dan harga siling.
Langkah berkenaan dia dakwa bercanggah dengan matlamat kementerian dalam mencapai jaminan makanan negara. Kini dilaporkan nisbah sara diri telur ayam/itik terkini ialah 114.4 peratus. Pada masa ini dia dapati sebahagian besar telur harga kawalan dijual kepada restoran dan kedai roti serta memberi manfaat kepada mereka yang mungkin tidak paling memerlukannya. Daripada menyalurkan subsidi kepada pengeluar, pihaknya berpendapat bahawa kerajaan harus menaikkan harga siling telur dan memberi sokongan secara langsung kepada isi rumah berpendapatan rendah. Andaikan harga telur meningkat sebanyak 10 sen, ini bermakna peningkatan kira-kira RM12 dalam kos bulanan (iaitu dilindungi oleh bantuan kewangan langsung kerajaan) untuk isi rumah empat orang yang memakan sebiji telur setiap hari. Apa pun dakwanya sudah pasti, kementerian mungkin perlu memantau dan mengenakan penalti untuk sebarang kenaikan harga yang berlebihan dan pencatutan oleh perniagaan.


Kisah bagaimana pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) membenarkan kemasukan telur ayam import dari India 16 Disember 2022 ini melalui laluan udara adalah sebagai fasa percubaan menarik dikongsikan. MAFS dalam kenyataannya memaklumkan ia bagi memastikan telur ayam yang diimport menepati segala piawaian yang ditetapkan. MAFS telah membawa masuk telur ayam dari negara luar untuk menampung kekurangan bekalan telur yang sedang dihadapi negara sejak beberapa bulan yang lalu. Apa pun dilaporkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah melaksanakan kawalan kemasukan telur ayam import di pintu masuk secara ujian Hold, Test and Release (HTR) iaitu proses yang merangkumi ujian PCR untuk pengesanan bakteria Salmonella, virus Newcastle Disease dan Avian Influenza. Pengujian yang dijalankan ini adalah bagi memastikan rakyat menerima telur ayam import yang selamat, bersih, halal dan bebas dari segala penyakit di samping melindungi industri penternakan negara. MAFS nyatakan dimana segala protokol dan tatacara yang ditetapkan oleh kerajaan juga sudah dipatuhi tanpa kompromi. Hasil ujian yang dilaksanakan oleh MAQIS dan DVS mendapati telur ayam yang diimport bebas dari segala penyakit, selamat dan mematuhi segala piawaian yang ditetapkan bagi kegunaan pasaran negara. Sehubungan itu, kementerian bersetuju memberikan kebenaran sementara kemasukan telur ayam daripada sumber luar dan kebenaran ini akan dikaji semula apabila bekalan telur dalam negara kembali stabil. Inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar bukanlah untuk menekan pengusaha industri telur ayam tempatan.  Bagi memastikan kecukupan bekalan telur ayam dalam negara dengan harga yang kompetitif selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutamakan kebajikan rakyat dakwa menteri.

Dalam pada itu ada dakwaan oleh peniaga di Pulau Pinang dimana 'Telur mahal, cepat rosak aduan peniaga makanan' sesuai dikongsikan infonya. Dilaporkan dimana bekalan telur di negeri ini masih belum pulih sepenuhnya dengan segelintir pengusaha makanan mengeluh harga bahan mentah itu bukan sahaja mahal, malah mudah rosak jika tidak dihabiskan dalam tempoh tiga hingga empat hari. Bagi peniaga, Abdul Majeed Seeni Muhammad (49 tahun) dakwa dia memerlukan enam hingga tujuh papan telur gred B setiap hari yang dibeli pada harga RM15.60 hingga RM16 sepapan untuk aneka menu seperti roti telur goyang dan mi goreng. Dalam sepapan pula biasanya ada beberapa biji telur yang rosak kadang-kadang sehingga lima biji dimana memang dulu ada masalah ini juga tetapi tidak begitu terasa kerana harganya tidak semahal sekarang. Dia yang memang hanya guna telur gred B untuk jaga kualiti makanan dan sebelum ada masalah bekalan, harganya sekitar RM12 kalau beli banyak yang berniaga di gerainya yang terletak bersebelahan Pasar Chowrasta. Dia dakwa kualiti telur sekarang tidak sebaik dahulu yang boleh bertahan lebih seminggu dan untuk mengurangkan risiko telur rosak dia membeli telur mengikut keperluan harian. Bagi seorang lagi peniaga kuih dan nasi lemak di Pasar Awam Bayan Baru Karsinah Ranopaviro dakwa dia menggunakan telur kulit putih yang dibeli pada harga RM14 sepapan berbanding RM12.50 sebelum ini dan akan menghabiskannya dalam tempoh tiga hari bagi mengurangkan risiko kerugian jika telur rosak. Katanya pagi ini dia sudah buang tiga telur busuk dan saya juga terpaksa menaikkan harga sandwic telur daripada RM2 kepada RM2.50 sejak dua bulan lalu kerana bukan sahaja telur mahal tetapi harga bekasnya juga naik daripada RM18 kepada RM21.80 bagi setiap 100 bekas. Kuih bengkang biasa saya ambil daripada orang RM48 satu loyang sekarang sudah RM50 kerana ia juga guna telur selain harga tepung gandum cap mencecah RM4 sekarang selain harga nasi lemak juga dinaikkan daripada RM1.20 kepada RM1.30. Apa pun Karsinah turut tidak mendapat bekalan kuih akok yang dihantar ejen dari Tumpat, Kelantan menggunakan bas ekspres sejak tiga minggu lalu berikutan masalah telur serta mengakui kuih itu laris dan mempunyai peminat tersendiri di negeri ini. Seorang peniaga telur di Pasar Chowrasta yang ingin dikenali sebagai Tan (41 tahun) dakwa telur gred A, B, C dan D habis dijual seawal jam 10 pagi dan hanya telur omega masih banyak berbaki dan dijual pada harga 65 sen sebiji. Dilaporkan seorang lagi peniaga telur iaitu Tan Lian How, 46, berkata bekalan telur di gerainya masih berkurang sehingga 50 peratus dengan telur dijual mengikut harga kawalan iaitu 43 sen bagi gred A, 41 sen (gred B) serta 39 sen (gred C) manakala telur ayam kampung dijual 70 sen sebiji. Pada peringkat kami sebagai peniaga, tiada catuan dibuat kalau pelanggan hendak beli banyak tiada masalah dan kami juga dengar bekalan telur akan kembali pulih tidak lama lagi. Semuga tulisan ini memberi info berfaedah kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
ISU TELUR IMPORT.... POPULAR DIA...
RAMAI KOMEN... BILA BEKALAN TIADA...
SUDAH DICUBA... IMPORT DARI INDIA...
AYAM DENGAR... PASTI KECEWA JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
SELAMAT HARI NATAL 2022!...

Saturday, August 15, 2015

HERBA - SELASIH (Part 2)

SELASIH (Ocimum basilicum Linn) adalah merupakan tumbuhan jenis herba yang kurang dikenali oleh orang kebanyakan walau pun mereka gemar minum air sirap biji selasih. Kini penanaman pokok selasih digalakkan untuk menghasilkan herba yang menghasilkan produk untuk kesihatan. Nama lain bagi selasih dalam bahasa asing seperti Sweet Basil, French Basil (lnggeris), Barbar,Tulsi (Hindi), Raihan (Arabic), Bai horapa (Thai) dimana tumbuhan ini adalah daripada keluarga Lamiaceae (labiatae). Selasih merupakan satu daripada spesies tumbuhan yang secara umumnya dikenali sebagai basil. Terdapat lebih kurang 150 spesies dari genus Ocimum ini dan spesies 'basilicum' merupakan jenis yang terpenting. la telah lama diketahui mempunyai kepelbagaian sumber dan kaya dengan minyak patio. Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika dan separa tropika benua Asia, Afrika dan Amerika Tengah serta Amerika Selatan. Tumbuhan ini kini telah tersebar luas di kawasan panas di kedua-dua hemisfera dari aras laut hingga lebih kurang 1,800 meter tinggi. Walau pun tanaman selasih telah berabad-abad lamanya berada di negara kita, namun ia masih ditanam di kawasan kebun dapur iaitu bagi kegunaan sendiri. Penulis sendiri hanya lihat pokok selasih yang ditanam disekeliling rumah untuk dijadikan tanaman hiasan dan mendapatkan hasilnya.  Maklumat mengenai keluasan tanaman selasih di Malaysia tiada maklumat setelah penulis membuat rujukka dengan Laporan Statistik Keluasan Tanaman Herba, Jabatan Pertanian Malaysia. Ini mungkin tanaman selasih kurang mendapat perhatian untuk ditanam secara meluas. Artikel Malam Raya Ke 3 tahun 2015 saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman selasih atau bunga selasih untuk dijadikan bahan rujukkan dalam Part 1 dan Part 2.


Pokok selasih untuk ditanam di ladang perlu mengambil kira faktor cuaca. Adalah digalakkan penanaman dilakukan pada permulaan musim hujan. Jarak tanaman sebagai pengesyoran awal ialah 30 cm dalam baris dan 60 cm di antara baris (Sila lihat foto disebelah). Kepadatan tanaman dengan jarak seperti ini memberikan jumlah 55,556 pokok sehektar. Di negara India yang merupakan antara negara yang luas menanam selasih menggunakan jarak tanaman yang digunakan ialah 40 cm x 60 cm. Pengeluar bersekala besar di dunia menggunakan kepadatan antara 70,000-80,000 pokok sehektar. Tanaman selasih di negara kita mula berbunga setelah berumur lebih kurang 2 bulan di ladang. Pembajaan tanaman selasih ad lah bergantung kepada jenis tanah dan sejarah tanaman di kawasan penanaman. Sebagai pengesyoran awal di tanah mineral maka baja yang digunakan ialah sebatian NPK (15:15:15) pad a kadar 1.67 tan sehektar (30 g sepokok). Pemberian dilakukan dengan dua pecahan yang sama iaitu pada bulan pertama dan kedua selepas penanaman di ladang. Pembajaan dengan urea sebagai sumber Nitrogen (N) pada kadar 60 kg sehektar dilakukan dalam tempoh seminggu selepas setiap penuaian. Aktiviti kawalan rumpai perlu dilakukan dalam tempoh 1-2 bulan sekali bergantung kepada populasi rumpai yang ada. Kawalan pad a peringkat awal pertumbuhan pokok digalakkan secara menajak kerana keadaan pokok masih ked!. Kawalan selanjutnya secara semburan dengan racun rumpai. Pada kebiasaannya masalah rumpai mulai berkurangan apabila pokok mulai merimbun. Pengurusan air
perlu dibuat terutama diperingkat awal pertumbuhan dimana tanaman ini memerlukan air yang mencukupi. Pastikan air diberikan kepada tanaman melalui penyiraman. Walau bagaimanapun secara teknikalnya pada peringkat pertumbuhan kemudian ia boleh bergantung kepada curahan hujan sahaja. Bagi tanaman di kawasan yang mengalami musim kemarau yang panjang sistem pengairan diperlukan sekurang-kurangnya 2-3 hari sekali. Pengairan sistem renjis berputar (sprinkler) boleh digunakan.


Siapa kata tanaman selasih tidak mempunyai muruh dan penyakit?. Penulis dalam membuat rujukkan  mendapati terdapat beberapa musuh perosak dan penyakit yang mungkin boleh menyerang tanaman selasih. Antara perosak dan penyakit serta simptom dan kawalannya adalah seperti yang berikut serangan oleh serangga perosak seperti Ulat Penggulung Daun. Ulat ini merupakan sejenis serangga perosak yang boleh memberi kerosakan yang teruk pada tanaman selasih jika tidak dikawal segera (Sila lihat foto disebelah). Tanda serangan adalah dimana daun-­daun yang telah digulung akan gugur. Kawalan dilakukan dengan membuat semburan dengan racun serangga yang mempunyai bahan aktif endosulfan seperti Thiodan boleh mengurangkan serangan. 
Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyerang tanaman ini. Antaranya ialah 'Leaf-blight' dan 'Basil-wilt'. penyakit 'Leaf-blight' disebarkan oleh kulat Alternaria spp. Penyakit ini boleh dikawal dengan semburan racun kulat yang mempunyai bahan aktif mancozeb seperti Dithane-45. penyakit 'Basil-wilt' pula disebakkan oleh kulat Fusarium oxysporum. Penyakit ini bermula dengan beberapa daun sahaja dan merebak dengan cepat ke seluruh pokok. Penyakit ini banyak menyerang pada musim hujan dan setiap peringkat pertumbuhan pokok peka kepada penyakit ini. Kawalannya adalah dengan merendam anak benih ke dalam larutan pengawalan kulat 'organa­mercury' semasa kerja-kerja penanaman di ladang.


Penuaian selasih boleh dilakukan apabila tanaman selasih telah pun berbunga sepenuhnya dan daun-daun di bahagian bawah mulai kekuningan (Sila lihat foto disebelah). Pemotongan batang pokok dilakukan pada aras 15-20 cm dari tanah. Oi kawasan Mediterranean dan negara-negara yang mempunyai iklim yang sama, selasih ditanam sebagai tanaman saka jangka pendek dan penuaian sebanyak 3-5 kali boleh dilakukan dalam tempoh setahun. Oi kawasan beriklim sejuk pula (temperate zone) penuaiannya adalah hanya sebanyak 1-3 kali setahun. Penilaian terhadap beberapa aksesi baka selasih tempatan di tanah mineral memberikan potensi jumlah hasil herba segar antara 38-62 tan sehektar. Hasil ini diperoleh dari empat kali penuaian setahun (hasil utama dan tiga ratun). Kekerapan antara penuaian adalah antara 12-14 minggu. Alat penyulingan digunakan bagi mengeluarkan minyak pati dari daun dan bunga tanaman selasih. Hasil minyak pati yang diperoleh dari proses penyulingan herba segar ini adalah antara 77-182 kg sehektar. Kadar peratus perolehan minyak pati dari herba segar ialah 0.19-0.35%. Aksesi yang paling berpotensi dari penilaian ini ialah baka BM 14. Hasil herba segar, hasil minyak pati dan kadar peratus perolehan minyak patinya masing-masing ialah 50 tan sehektar, 182 kg sehektar dan 0.35%. Penilaian yang dilaksanakan di tanah berpasir bris dengan menggunakan baka tempatan memberikan hasil herba segar sebanyak 23 tan sehektar. Kadar pembajaannya dengan menggunakan baja sebatian NPK (12:12:12:17:2 + Te) adalah agak tinggi iaitu sebanyak 2.5 tan sehektar. Manakala peratus perolehan minyak pati adalah lebih rendah antara 0.15-0.20% sahaja. Kadar peratus perolehan minyak pati bagi kedua-dua kawasan tanah di negara ini adalah lebih rendah berbanding dengan India iaitu dengan penggunaan baka-baka yang terpilih peratus perolehannya adalah antara 0.40-0.50%. Hasil bagi herba segar dan minyak patinya masing-masing ialah 40-60 tan sehektar dan 160-300 kg sehektar.


Aktiviti pengendalian lepas tuai hasil selasih dilakukan bagi tujuan untuk pemprosesan minyak pati dengan herba segar dibiarkan berpanas selama 4-5 jam di ladang, Bagi tujuan untuk mengurangkan kandungan air dalam daun dan batang pokok selasih yang telah dituai sebelum proses penyulingan dijalankan. Penyulingan menggunakan alat menyuling minyak pati boleh dilakukan dengan Alat Penyuling Pati (Sila lihat foto disebelah). Cara melakukan penyulingan ini perlu ada kemahiran dan keupayaan mesih yang baik. Minyak pastinya mempunyai nilai pasaran yang amat tinggi. Berdasarkan empat kali penuaian dalam tempoh setahun dari sego kosting didapati jumlah kos kerja kontrak, bahan input dan tenaga kerja masing-­masing adalah sebanyak RM1,200, RM18,400 dan RM9,500 bagi penanaman seluas sehektar. Jumlah kos keseluruhan termasuk kos luar jangka (10%) adalah RM32,010. Jika menanam selasih dengan menggunakan baka BM 14 yang memberi hasil 182 kg sehektar sebagai bahan tanaman maka anggaran kos pengeluaran sekilogram minyak pati selasih adalah sebanyak RM176.00. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog pertanian 'Anim Agro Technology' untuk dijadikan rujukkan. Wasallam!!!.

NAMA SELASIH... MUDAH TANAMNYA...
DARIPADA BIJI.... KERATAN JUGA....
PERLU DISIRAM.... DIBERI BAJA...
SUDAH BERHASIL... KUTIP BIJINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(3 Syawal 1436H)

Friday, August 14, 2015

HERBA - SELASIH (Part 1)

SELASIH (Ocimum basilicum Linn) adalah merupakan tumbuhan jenis herba yang kurang dikenali oleh orang kebanyakan walau pun mereka gemar minum air sirap biji selasih. Kini penanaman pokok selasih digalakkan untuk menghasilkan herba yang menghasilkan produk untuk kesihatan. Nama lain bagi selasih dalam bahasa asing seperti Sweet Basil, French Basil (lnggeris), Barbar,Tulsi (Hindi), Raihan (Arabic), Bai horapa (Thai) dimana tumbuhan ini adalah daripada keluarga Lamiaceae (labiatae). Selasih merupakan satu daripada spesies tumbuhan yang secara umumnya dikenali sebagai basil. Terdapat lebih kurang 150 spesies dari genus Ocimum ini dan spesies 'basilicum' merupakan jenis yang terpenting. la telah lama diketahui mempunyai kepelbagaian sumber dan kaya dengan minyak patio. Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika dan separa tropika benua Asia, Afrika dan Amerika Tengah serta Amerika Selatan. Tumbuhan ini kini telah tersebar luas di kawasan panas di kedua-dua hemisfera dari aras laut hingga lebih kurang 1,800 meter tinggi. Walau pun tanaman selasih telah berabad-abad lamanya berada di negara kita, namun ia masih ditanam di kawasan kebun dapur iaitu bagi kegunaan sendiri. Penulis sendiri hanya lihat pokok selasih yang ditanam disekeliling rumah untuk dijadikan tanaman hiasan dan mendapatkan hasilnya.  Maklumat mengenai keluasan tanaman selasih di Malaysia tiada maklumat setelah penulis membuat rujukka dengan Laporan Statistik Keluasan Tanaman Herba, Jabatan Pertanian Malaysia. Ini mungkin tanaman selasih kurang mendapat perhatian untuk ditanam secara meluas. Artikel Malam Raya Ke 3 tahun 2015 saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman selasih atau bunga selasih untuk dijadikan bahan rujukkan dalam Part 1 dan Part 2..


Bagi mengenali ciri-ciri marfologi tanaman selasih adalah mudah dengan membuat penelitian. Selasih adalah sejenis tanaman semusim yang tumbuh menegak dengan ketinggian antara 30-90 cm. Batangnya bersegi dan berwarna sama ada hijau, ungu atau perang. Daunnya berwarna hijau pekat, tunggal dan berbentuk ovat. Di negara ini biasanya tanaman dari biji benih berbunga selepas lebih kurang 75 hari selepas ditanam di ladang. Bunganya terdapat di bahagian hujung batang dan dahan pokok. Keseluruhan bahagian tumbuhan boleh mengeluarkan bauan yang sangat beraroma. Mengenai khasiat dan kegunaan tanaman selasih digunakan dalam kehidupan harian masyarakat tempatan semenjak lama dulu. Di Malaysia tumbuhan ini digunakan dalam masakan dan dikatakan mempunyai khasiat perubatan tertentu dan memberikan aroma untuk membahkan selera. Di negara Amerika pula disebabkan kecantikan dan bau yang menarik beberapa baka terpilih telah dijadikan sebagai tanaman landskap dan tanaman hiasan. Di samping itu ia dianggap sebagai salah satu herba kulinari yang terkenal dan juga dijual sebagai bunga segar dan produk kering. Minyak pati yang dihasilkan melalui pengekstrakan daun dan bunga digunakan dalam industri minyak wangi, farmaseutikal, aromaterapi dan makanan dengan manfaat bauan dan perisa yang asli. Tanaman ini bagaimana pun kurang dikomersilkan di negara kita sebaliknya dinegara lain.


Tanaman ini boleh ditanam di berbagai­ jenis tanah daripada jenis tanah subur kepada jenis tanah yang kuranag subur dengan kaedah penanaman yang disesuaikan. Walau bagaimanapun, jenis tanah yang ringan seperti 10m atau 10m berpasir dengan tahap kesuburan yang sederhana dan mempunyai saliran yang baik adalah yang paling sesuai. Keadaan kemasaman tanah ialah pH 4.3-8.2. Tanah yang mudah bertakung air dan mempunyai kandungan liat yang tinggi didapati tidak sesuai bagi penanamannya kerana tumbuhan ini tidak tahan kepada keadaan air bertakung dan kering pada setiap peringkat pertumbuhannya. Keadaan hari yang panjang dan suhu yang tinggi diperlukan bagi pertumbuhan pokok dan pengeluaran minyak pati yang tinggi. Bagi penanaman komersil, sebaiknya kawasan hendaklah di bajak dengan menggunakan bajak piring sedalam 25-30 cm diikuti dengan bajak penggembur putar lebih kurang 1-2 minggu kemudian. Pembajakan dengan penggembur putar dapat menggemburkan tanah melalui pengurangan saiz ketulan tanah di samping memusnahkan atau mengurangkan masalah rumpai. Parit digali di tempat­tempat yang bersesuaian bagi pengaliran air yang berlebihan terutama pada musim hujan. Baja CIRP (Christmas Island Roekphosphate) pada kadar 280 kg sehektar (5 gliubang) digunakan sebagai baja asas.


Penyediaan benih tanaman atau anakbenih selasih amat mudah dilakukan. Tanaman ini boleh dibiakkan melalui biji benih atau keratan batang namun secara biji benih lebih banyak digunakan. Bijibenih selasih mudah didapati daripada lengai yan telah matang dan bijinya dikeluarkan (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun bagi kedua-dua cara sebaiknya disediakan kotak semaian dengan medium 50% pasir dan 50% tanah boleh digunakan. Anak benih disimpan dalam eti simpanan yang sejuk untuk tahan lama. Lazimnya kaedah pembiakan secara biji benih mudah dilakukan dan cepat. Bagi pembiakan cara ini sebanyak 2-4 biji disemai ke dalam setiap petak semaian dan kemudian ditutup nipis dengan lapisan tanah halus. Bijibenih mesti disiram selepas aktiviti penyemaian. Penyiraman dilakukan setiap hari sekiranya perlu untuk memberikan percambahan benih yang seragam. Percambahan bermula selepas tiga hari disemai sehinggalah lebih kurang tujuh hari. Anak benih dipelihara sehingga mempunyai 4-5 peringkat helai daun. Tempoh masa dari penyemaian biji sehingga tanaman di ladang adalah lebih kurang 6-7 minggu. Sebanyak 200-300g biji benih diperlukan bagi penanaman seluas satu hektar. Bagi tujuan kaedah pembiakan secara keratan disyorkan agar bahan tanaman diperoleh dari keratan batang pokok yang mempunyai 3-4 pasang daun. Keratan dibuat pada buku keempat dari bahagian pucuk. Penanaman ke ladang boleh dilakukan selepas lebih kurang empat minggu kemudian. Artikel ini bersambung kepada Tanaman Herba Selasih Part 2. Wasallam!.
NAMA SELASIH... MUDAH TANAMNYA...
DARIPADA BIJI.... KERATAN JUGA....
PERLU DISIRAM.... DIBERI BAJA...
SUDAH BERHASIL... KUTIP BIJINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(3 Syawal 1436H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...