Support My Blog

Showing posts with label HERBA - PANDAN. Show all posts
Showing posts with label HERBA - PANDAN. Show all posts

Friday, August 7, 2015

HERBA - PANDAN (Part 2)

PANDAN (Pandanus odorus) merupakan sejenis tumbuhan yang dikategorikan sebagai herba dan ramai dikalangan kita kenal akan tumbuhan ini. Daun pandan lebih popular diguna dalam kegiatan masyarakat tempatan sama ada dalam masakkan, perubatan tradisional, bunga rampai, ekstrak pati daun dan pelbagai lagi. Nama Lain bagi pandan dalam bahasa Inggeris adalah 'Fragrant screwpine' iaitu tumbuhan yang menghasilkan bau wangi. Saya ada menulis mengenai pandan dalam beberapa artikel sebelum ini (Sila klik disini), (Sila Klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi untuk dijadikan pautan rujukkan. Tumbuhan daripada keluarga Pandanaceae ini mudah tumbuh dimana-mana sahaja asalkan ada ruang dan cukup cahaya matahari. Terdapat beberapa jenis pandan yang ditanam di negara kita tetapi yang sering disebut adalah jenis Pandan Wangi. Pandan wangi yang juga dikenali sebagai pandan bau atau pandan rampai adalah dari jenis tanaman bersifat saka. Tumbuhan dari keluarga Pandanaceae ini adalah sekeluarga dengan pokok mengkuang. Pokok pandan wangi ialah tanaman yang mudah tumbuh dan dipelihara. Tanaman yang dipercayai berasal dari Bangka, Indonesia ini telah tersebar luas dibanyak kawasan tropika terutama di Asia Tenggara. Walaupun sudah berabad-abad lamanya tanaman ini berada di negara kita, kebanyakan tanamannya masih terdapat di kebun dapur atau tanaman keliling rumah. Kawasan tanaman secara komersial pula amat terhad dimana penulis cuma berjuma dengan penanam pandan berpuloh-puloh ekar dibawah tanaman kelapa sawit atas tanah gambut di Johor. Pengusaha tersebut mendapat bimbingan melalui Jabatan Pertanian dibawah EPP1 untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran ladang dan juga pemproses daun pandan komersil. Artikel malam ini dalam hujan gerimis jam 12.15 malam, saya masih gagah menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman pokok pandan sebagai sejenis herba yang amat dikenali dan ditanam disekeliling rumah. Artikel ini diharap memberikan kefahaman lebih mengenai kehebatan pokok pandan.


Mengikut teknologi penanaman pandan, jarak tanaman yang disyorkan ialah 1.0 m di antara baris dan 1.5 m dalam baris bagi enam baris tanaman. Jarak ini diikuti dengan ruang selebar 3.0 m bagi memudahkan laluan kenderaan untuk tujuan pengangkutan bahan input serta hasil (Sila lihat foto disebelah). Kepadatan tanaman ialah 5,000 pokok sehektar. Bagi membaris dan membuat lubang tanaman lebih kurang ukuran sekitar 25 cm x 25 cm x 25 cm. Penanaman pandan sebaiknya dilakukan pada awal musim hujan kerana pertumbuhan awal pokok di ladang memerlukan air yang mencukupi. Penanaman pokok pandan boleh ditanam dengan sinaran matahari yang mencukupi atau pun dengan naungan minima seperti dibawah tanaman kelapa sawit dalam tanah gambut dengan pengurusan berbeza.Benih pandan mudah diperolehi daripada sulur pandan pokok matang yang banyak terdapat dibahagian bawahnya. Kutip semua sulur tersebut atau batang pokok pandan yang mempunyai ruas atau tunas untuk ditanam dikawasan baru. Pastikan tanah yang hendak ditanam dengan pandan bebas daripada rumpai. Pandan sesuai ditanam dalam semua jenis tanah tetapi semestinya ada sistem saliran baik untuk mengelakkan kawasan tenggelam air. Penanaman sebaiknya dalam musim hujan agar pokok mudah tumbuh atau dipasang dengan pengairan jika ditanam pada musim kering.


Tanaman pandan perlukan pembajaan dengan memberikan baja superfosfat atau Christmas Island Rock Phosphate (CIRP) pada kadar 0.5 tan sehektar (100 g/Iubang) adalah merupakan baja asas. Baja pemuliharaan pula ialah baja sebatian NPK (15:15:15) pada kadar 0.5 tan sehektar bagi setiap penuaian. Kadar ini merupakan pengesyoran awal. Bagi penuaian hasil utama, pembajaan dilakukan dengan empat pecahan yang sama iaitu pada bulan ke-2, ke-5, ke-8 dan ke-11 selepas sahaja penanaman. Kadarnya ialah 0.1 kg sepokok. Manakala bagi hasil ratun, pembajaan dilakukan pada tiga pecahan yang sama iaitu pada bulan pertama, bulan keempat dan bulan ketujuh selepas penuaian yang sebelumnya. Bagi hasil utama iaitu pada peringkat awal pertumbuhan (bulan kedua dan kelima), pemberian baja dilakukan secara menabur di sekeliling pangkal pokok. Cara pemberian baja selanjutnya memadai dengan menabur terus di antara baris. Ini akan menjimatkan masa kerana akar pokok telah banyak dan menyebar kekawasan lebih luas. Aktiviti pengapuran dilakukan pada kadar 5.0 t/ha dengan dua pecahan yang sama setiap kali menuai. Pemberiannya dilakukan secara tabur terus di antara baris pada bulan keempat dan ke-10 bagi hasil utama dan bagi hasil-hasil ratun pada bulan ketiga dan keenam selepas penuaian yang lalu. Pengesyoran awal pembajaan berdasarkan hasil dan umur tanaman di ladang.


Kawalan rumpai dikawasan tanaman pandan perlu dilakukan sepanjang masa penanaman. Pembajakan tanah serta semburan racun rumpai semasa penyediaan kawasan tanaman sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan populasi rumpai pada peringkat awal penanaman. Kawalan rumpai bagi tempoh enam bulan pertama selepas menanam adalah secara menajak. Jika perlu sebaiknya ia dilakukan lebih kurang dua bulan sekali. Selanjutnya kawalan dilakukan melalui semburan raeun rumpai jenis sistemik seperti glifosat dan diselang dengan raeun jenis sentuh seperti paraquat dengan kekerapan 2 - 3 bulan sekali bergantung kepada populasi rumpai. Perhatian khusus perlu diberikan supaya tanaman tidak terkena racun semasa penyemburan dilakukan kerana ia boleh seterusnya menyebabkan pertumbuhan pokok terencat. Masalah rumpai ini akan berkurangan apabila pokok mula merimbun dan anak-anak sulur-sulur mula membiak dan membesar (Sila lihat foto disebelah). Pengurusan air dalam kawasan tanaman pandan penting dan sebaiknya menanam pandan memilih kawasan tanah yang lembap. Bagi kawasan dimana tanaman yang terdapat taburan hujan yang tinggi sepanjang tahun, sistem pengairan tambahan tidak diperlukan. Tanaman di kawasan yang mengalami kemarau panjang disyorkan penggunaan sistem pengairan renjis berputar (sprinkler) bagi memastikan pertumbuhan pokok tidak terjejas pada musim kering.


Tanaman pandan adalah tahan daripada serangan musuh dan penyakit. Bagi pengurusan musuh perosak dan penyakit ianya bukan menjadi satu perkara penting. Tanaman pandan biasanya jarang diserang oleh serangga atau penyakit yang boleh memusnahkan. Oleh yang demikian teknik semburan pengawalan perosak yang terancang tidak perlu diadakan. Tambahan pula tanaman ini akan diproses bagi pembuatan makanan. Penggunaan raeun kimia tidak digalakkan supaya kualiti produk yang dihasilkan baik dan terjamin. Penuaian hasil utama adalah lebih kurang 12 bulan selepas ditanam di ladang. Bagi hasil-hasil ratun pula ia sesuai dituai selang lebih kurang lapan bulan sekali selepas penuaian yang lalu, iaitu pada bulan ke­20, ke-28 dan ke-36 masing-masing bagi ratun 1, ratun 2 dan ratun 3. Tempoh masa penuaian ini adalah sebagai pengesyoran awal. Sebanyak empat kali penuaian hasil akan diperoleh bagi tempoh tiga tahun penanaman. Penunjuk masa penuaian bagi setiap kali penuaian adalah apabila terdapat beberapa helai daun di bahagian bawah pokok mulai kuning dan kering. Cara penuaian hasil adalah dengan memotong bahagian batang pokok pada aras lebih kurang 20 - 30 cm dari tanah. Parang dan sabit boleh digunakan untuk menuai. Kadar penuaian, pengumpulan dan pembersihan hasil secara ini adalah lebih kurang 0.5 tan pandan segar/hari kerja. Hasil yang diperoleh dikumpulkan di ruang 3.0 m yang berada bersebelahan enam baris pokok untuk tujuan memudahkan penimbangan dan pengangkutan. Daun kering dan kekuningan di bahagian pangkal pokok dibuang dengan memotong pangkal batang. Pandan yang telah bersih, diikat untuk persediaan pasaran (Sila lihat foto disebelah). Potensi hasil pandan segar yang dituai masing-masing bagi hasil utama, ratun 1, ratun 2 dan ratun 3 adalah sebanyak 24, 43, 35 dan 28 tan sehektar. 


Hasil yang boleh dipasarkan ialah 90% daripada jumlah ini iaitu setelah dibuang pangkal batang bersama daun kering dan juga sulur yang mempunyai daun yang masih muda. Jumlah anggaran yang perlu dibuang semasa pembersihan adalah lebih kurang 10% daripada jumlah yang dituai. Hasil sebenar yang boleh dijual masing-masing ialah 22, 38, 32 dan 25 t/ha bagi hasil utama, ratun 1, ratun 2 dan ratun 3. Maklumat hasil ini diperoleh dari tanaman secara komersial seluas empat hektar di tanah gambut yang dijalankan oleh beberapa stesyen pertanian di IPRS Pontian dan MARDI Jalan Kebun serta petani disekitar Muar, Johor. Pandan yang segar perlu segera dihantar kepusat pengumpulan untuk dijual atau diproses. Dari segi kosting, usaha menanam pandan komersil mampu memberikan pulangan yang baik. Berdasarkan operasi selama tiga tahun dengan empat kali penuaian, kosting bagi keseluruhan pengeluaran bagi sehektar kawasan untuk penanaman pandan di tanah gambut adalah lebih kurang RM20,750, RM7,170, RM6,730 dan RM6,330 masing-masing bagi pengeluaran hasil utama, ratun 1, ratun 2 dan ratun 3. Kos puratanya ialah RM13,660 setahun. Berdasarkan harga jualan di ladang sebanyak RM900/t (atau RM0.90/kg) dan kesemua hasil dapat dijual, maka pendapatan bersih dan pendapatan pulangan buruh keluarga masing-masing ialah RM21,230 dan RM28,330 setahun. Kos bersih pengeluaran pandan segar ialah RM0.40 sekilogram dan kos pulangan buruh keluarga ialah RMO.20 sekilogram. Diharap artikel ini mampu memberikan info berguna kepada anda semua. Wasallam!.
TANAM PANDAN...SEJENIS HERBA...
MUDAH DITANAM...MUDAH DIJAGA...
SELEPAS 12 BULAN...SUDAH SEDIA...
DITUAI DIJUAL... PENENTUNYA HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(5 Syawal 1436H)

Thursday, August 6, 2015

HERBA - PANDAN (Part 1)

PANDAN (Pandanus odorus) merupakan sejenis tumbuhan yang dikategorikan sebagai herba dan ramai dikalangan kita kenal akan tumbuhan ini. Daun pandan lebih popular diguna dalam kegiatan masyarakat tempatan sama ada dalam masakkan, perubatan tradisional, bunga rampai, ekstrak pati daun dan pelbagai lagi. Nama Lain bagi pandan dalam bahasa Inggeris adalah 'Fragrant screwpine' iaitu tumbuhan yang menghasilkan bau wangi. Saya ada menulis mengenai pandan dalam beberapa artikel sebelum ini (Sila klik disini), (Sila Klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi untuk dijadikan pautan rujukkan. Tumbuhan daripada keluarga Pandanaceae ini mudah tumbuh dimana-mana sahaja asalkan ada ruang dan cukup cahaya matahari. Terdapat beberapa jenis pandan yang ditanam di negara kita tetapi yang sering disebut adalah jenis Pandan Wangi. Pandan wangi yang juga dikenali sebagai pandan bau atau pandan rampai adalah dari jenis tanaman bersifat saka. Tumbuhan dari keluarga Pandanaceae ini adalah sekeluarga dengan pokok mengkuang. Pokok pandan wangi ialah tanaman yang mudah tumbuh dan dipelihara. Tanaman yang dipercayai berasal dari Bangka, Indonesia ini telah tersebar luas dibanyak kawasan tropika terutama di Asia Tenggara. Walaupun sudah berabad-abad lamanya tanaman ini berada di negara kita, kebanyakan tanamannya masih terdapat di kebun dapur atau tanaman keliling rumah. Kawasan tanaman secara komersial pula amat terhad dimana penulis cuma berjuma dengan penanam pandan berpuloh-puloh ekar dibawah tanaman kelapa sawit atas tanah gambut di Johor. Pengusaha tersebut mendapat bimbingan melalui Jabatan Pertanian dibawah EPP1 untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran ladang dan juga pemproses daun pandan komersil. Artikel malam ini dalam cuaca hujan gerimis pada jam 12.15 malam, saya masih gagah untuk terus menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman pokok pandan sebagai sejenis herba yang amat dikenali dan ditanam disekeliling rumah. Artikel ini diharap memberikan kefahaman lebih mengenai kehebatan pokok pandan.

Pandan wangi tumbuh berumpun dan mempunyai daun yang panjang dan meruncing di hujung seperti pedang (Sila lihat foto disebelah). Tanaman ini tidak pernah dilaporkan berbunga. Terdapat dua jenis pandan wangi iaitu pandan wangi besar dan pandan wangi keci!. Kebanyakan tanaman pandan wangi di negara ini adalah dari jenis pandan wangi keci!. Ketinggian pertumbuhannya lebih kurang 0.75 - 1.50 m. Ukuran panjang daun antara 55 - 75 cm dan lebar di bahagian tengah antara 4 - 5 cm. Manakala ketinggian pandan wangi besar pula ialah sekitar 3.7 - 4.3 m, panjang daun lebih kurang 2.3 m dan lebar 9.0 cm. Apa yang penting dalam industri penanaman dan pemprosesan daun pandan adalah mengenai kehebatan khasiat dan juga penggunaannya. Pandan wangi mempunyai berbagai-bagai kegunaan dalam penyediaan makanan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu di negara ini. ia di gunakan sebagai pewarna, pewangi serta perangsang selera. Kini ekstraknya telah digunakan oleh beberapa syarikat pengeluar roti, kek, biskut dan kuih-muih sebagai pewarna dan perisa asli pandan. Di samping itu, terdapat juga produk seperti minuman kacang soya dan santan kelapa yang berperisa pandan di pasaran. Pandan wangi juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Bagi kegunaan perubatan pula, antaranya adalah untuk merawat penyakit demam campak dan juga dikatakan berkesan bagi mengubati penyakit gonorea, sifilis, denggi dan anemia. Tanaman ini boleh diusahakan di berbagai-bagai jenis tanah. Ini termasuklah tanah jenis gambut yang dikatakan tanah bermasalah dan tanah pasir yang memerlukan tambahan baja organik. la sesuai di tanah yang lembap. Walaupun demikian tanaman ini boleh tahan kepada keadaan kemarau panjang (1 - 2 bulan). Jumlah curahan hujan sebanyak 2,000 -3,000 mm setahun dan iklim tropika dengan suhu 18 °C - 28 °C adalah sesuai.


Bagi penanaman di kawasan yang baru diterokai, tanah perlulah dibersihkan daripada sampah sarap. Tunggul dan akar kayu perlu dieabut dan dibuang bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan penyakit akar dan sebagainya. Parit juga perlu digali bagi mengadakan tempat yang bersesuaian demi mengalirkan air yang berlebihan keluar. Pembajakan kawasan tanaman pandan perlu dilakukan bagi tujuan menggemburkan tanah dan mengawal rumpai. Semburan dengan racun rumpai jenis sistematik seperti glifosat dilakukan lebih kurang dua minggu kemudian supaya pertumbuhan awal tanaman tidak begitu bersaing dengan rumpai. Bagi penanaman di kawasan tanah yang mempunyai kemasaman tanah antara pH 4 – 5, pengapuran dengan kapur magnesium berkisar atau GML dilakukan secara tabur terus pada kadar 5 t/ha sebelum pembajakan kawasan. bagi tujuan penyediaan bahan tanaman yang digunakan ialah anak sulur berukuran 15 - 20 cm. Setiap sulur mempunyai akar sekurang-kurangnya 1 - 2 cm panjang atau sedikit tisu batang pokok induk di bahagian pangkal sulur. Bagi kita hendap mendapatkan sulur yang banyak pada sesuatu masa, pokok induk dicantas ke aras 20 - 30 cm dan dibiarkan tumbuh semula selama lebih kurang dua bulan. Semasa mengambil dan mengangkut sulur ke tapak semaian untuk tujuan pembiakan, pastikan bahagian umbut sulur tidak tereedera. Kerosakan ini boleh mengurangkan peratus pokok yang hidup. Beberapa helai daun di bahagian pangkal  sulur sebaiknya dieantas bagi memudahkan penanaman. Manakala lebih kurang 25% daun dieantas di bahagian hujung bagi mengurangkan kehilangan air melalui proses transpirasi.


Biasanya amalan biasa adalah dimana anak benih dari sulur boleh terus ditanam ke ladang. Walau bagaimanapun eara ini tidak digalakkan kerana berkemungkinan tahap kehidupan adalah rendah (20-50%). Disyorkan sulur ditanam ke dalam polibeg terlebih dahulu. Cara ini menggalakkan pertumbuhan akar yang lebih baik. Campuran medium pengakaran yang boleh digunakan bagi kawasan penanaman di tanah gambut ialah tanah gambut, kapur (kapur magnesium berkisar atau GML) dan tahi ayam terproses pada nisbah iaitu 20:1 :1. Manakala di kawasan tanah mineral memadai dengan nisbah eampuran 50% tanah dan 50% pasir. Pembajaan bagi tujuan pemuliharaan adalah dengan baja sebatian N:P:K (15:15:15) pada kadar 5 - 8 butir/beg sekerap satu bulan sekali. Penyiraman dilakukan setiap hari jika perlu. Rumpai yang tumbuh dibuang dari semasa ke semasa bagi mengurangkan persaingan dengan anak pokok. Anak pokok dipelihara di bawah tapak semaian bernaung 50% selama lebih kurang tiga bulan sebelum ditanam di ladang. Artikel ini bersambung dalam Part 2 untuk dibaca. Wasallam!...
TANAM PANDAN...SEJENIS HERBA...
MUDAH DITANAM...MUDAH DIJAGA...
SELEPAS 12 BULAN...SUDAH SEDIA...
DITUAI DIJUAL... PENENTUNYA HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(5 Syawal 1436H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...