Di Malaysia semua orang memang boleh mendapatkan makanan ringan di mana-mana sahaja sama ada tinggal di bandar besar, pekan kecil mahu pun di kawasan kampong sehingga kekawasan remote pendalaman dan pulau-pulau. Harga makanan ringan juga ini bukan murah maca dahulu apa lagi kalau ia di keluarkan oleh syarikat berjenama dan antarabangsa dengan sistem pembungkusan dan iklan daam media seerti di TV dan papan iklan sepanjang lebuhraya. Kini semakin banyak makanan ringan yang di makan sebenarnya ia semakin kecil pengguna kemungkinan dapat menggunakan nutrien penting yang mana ia sangat diperlukan setiap orang. Diantara kempen yang selalu di dengan dimana kesan makana nringan ia boleh menyebabkan MASALAH OBESITI atau kegemukkan. Apa pun sebarang pengambilan makanan ringan secara berlebihan boleh menjadi pemicu utama masalah obesiti. Ini kerana kebanyakan jenis makanan ringan sering kali tinggi kalori, lemak, gula, dan garam, tetapi sering kali rendah dalam nutrien esensial dan akan tidak berhenti sebab tidak kenyang. Dilaporkan dimana kandungan kalori yang tinggi dan isu kurangnya kekenyangan dari makanan ringan boleh kemudian ia menyebabkan peningkatan pengambilan (asupan) kalori secara keseluruhan yang seterusnya akan ia mengakibatkan penambahan berat badan yang berlebihan. Selain itu pada penulis blog tahu dimana ada sifat ketagihan bagi beberapa makanan ringan dapat menyebabkan pola pemakanan yang tidak terkawal, menyebabkan peningkatan risiko obesiti dan masalah kesihatan yang berkaitan termasuk masaalah diabetes, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Pijak KKM atau Kementerian Kesihatan Malaysia sering mereka mendedahkan di Malaysia kini menduduki tempat kedua tertinggi bagi kes obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di Asia Tenggara. Pada penulis blog memang amat penting untuk menyedari potensi bahaya makanan ringan terhadap berat badan dan kesihatan, serta mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup aktif untuk mencegah masalah obesiti.
Fakta seterusnya mengenai makanan ringan adalah potensinya untuk ia MEROSAKKAN TUBUH BADAN SESEORANG jika mengambil tanpa dikawal. Ini kerana kajian menunjukkan dimana makanan ringan memiliki potensi untuk merosakkan tubuh seseorang dengan beberapa cara. Kebanyakan makanan ringan di pasaran mengandungi kandungan nutrisi yang rendah dan tinggi lemak trans, gula tambahan, garam, dan bahan kimia tambahan yang boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan. Pengambilan berlebihan gula dan lemak dapat menyebabkan penambahan berat badan, yang seterusnya meningkatkan risiko obesiti, diabetes, dan penyakit kardiovaskular. Selain itu dilapokan dimana makanan ringan yang kurang berkualiti seringkali kurang mengandungi nutrien penting seperti vitamin dan mineral menyebabkan kekurangan nutrisi. Adalah penting untuk menyedari bahaya potensial makanan ringan terhadap kesihatan dan memilih pemakanan yang seimbang dengan menekankan makanan berkualiti tinggi untuk memastikan kesejahteraan dan kecergasan tubuh yang optimum. Seterusnya fakta negatif mengenai makanan ringan adalah dimana ia akan menyebabkan GANGGUAN EMOSI ATAU PERASAAN para penggua. Makanan ringan juga memiliki kemampuan untuk mempengaruhi gangguan perasaan atau emosi seseorang. Perkara ini berkait dengan bahan kandungan gula dan lemak yang tinggi dalam makanan ringan dapat memberikan perasaan kenikmatan sejenak akan tetapi ia kemudian dapat menyebabkan fluktuasi kadar gula darah yang boleh mempengaruhi mood dan emosi. Selain itu didakwa memang ada beberapa jenis atau pilihan makanan ringan mengandungi bahan tambahan seperti perasa tiruan dan bahan kimia tertentu yang dapat memicu reaksi kimia dalam otak dan memengaruhi suasana hati. Kini tabiat atau pun pola makan yang tidak seimbang terutamanya dengan mengambil makanan ringan ia akan dapat memberikan kesan dampak negatif terhadap keseimbangan emosi seseorang, meningkatkan risiko stres, kecemasan dan depresi. Adalah dinasihatkan agar sentiasa memahami hubungan antara makanan ringan dan kesejahteraan emosi adalah penting dan sentiasa waspada agar mengamalkan pola makan yang seimbang dapat membantu menjaga keseimbangan emosi secara keseluruhan.
Fakta penting mengenai makanan ringan keempat dimana dilaporkan ia akan menyebabkan kes MASALAH INGATAN YANG BERKURANG terutama apabila usia meningkat. Beberapa laporan kajian mendapati dimana pengambilan jenis makanan ringan secara berlebihan turut menyumbang kepada masalah ingatan dan pembelajaran seseorang. Merujuk kepada satu kajian yang diterbitkan dalam 'American Journal of Clinical Nutrition pada 2011' ada menunjukkan bahawa individu dimana individu yang mengambil makanan ringan secara berterusan selama lima hari berturut-turut boleh mengalami penurunan tindak balas kognitif yang lebih rendah berbanding dengan individu yang menjalani diet makanan yang lebih seimbang. Lebih buruk jika mengambik jenis makanan toksik yang terkandung dalam makanan ringan dimana ia akan menyebabkan tindak balas kimia tertentu yang mengakibatkan keradangan serius pada kawasan 'hipokampus otak' yang berkaitan dengan fungsi ingatan dan pengiktirafan sesuatu pemikiran. Dalam pada itu dilaporkan amalan diet tinggi gula dan lemak dapat menekan aktiviti 'peptida otak' iaitu perkara yang penting untuk pembentukan memori dan pembelajaran. Makanan ringan yang kaya lemak dan gula juga meningkatkan tahap insulin, meningkatkan risiko penyakit dementia atau kes-kes iaitu kehilangan ingatan. Kesan mekanan ringan amat jelas yang sering melibatkan makanan ringan boleh merosakkan fungsi kognitif, menyebabkan masalah ingatan dan pembelajaran. Elakkan dari mengambil makanan ringan dari peringkat kanak-kanak lagi kerana kemungkinan untuk kes kelemahan pemikiran minda kanak-kanak juga boleh terjejas.
Paling selelu di dengar fakta berkait dengan makanan ringan adalan kesannya terhadap isu MASALAH TUMBESARAN jika diambil berlebihan terutama kanak-kanak. Pengambilan makanan ringan yang berlebihan dilihat terutamanya di kalangan kanak-kanak dan remaja akan dapat memiliki kesan serius terhadap pertumbuhan dan perkembangan tubuh mereka. Ini kerana proses pertumbuhan seseorang memerlukan ketersediaan zat nutrisi dan khasiat yang ada dalam makanan berat seperti buah, sayur, sumber protein seperti telur, ayam, daging dan ikan. Bagaimana pun makanan yang berfokus pada makanan ringan seringkali kurang dalam nutrien penting seperti kurangnya unsur vitamin, mineral dan serat yang penting untuk pertumbuhan yang optimal. Makanan ringan akan ianya mengakibatkan kurangnya pengambilan nutrien penting yang diperlukan untuk pembentukan tulang, otot dan sistem organ yang sihat. Diseluruh dunia dimana di negara-negara mundur seperti terdapat di Afrika dimana kes-kes seperti kekurangan sumber makanan berat menyebabkan rakyatnya bergantung kepada makanan ringan dan bantuan makanan segera. APa pun kes ini kemudian membawa kepada masalah kekurangan zat penting dan tumbesaran proses pertumbuhan yang terganggu terutama golongan kanak-kanak. Kanak-kanak memang suka dengan makanan ringan berbanding makanan berat sebab ia dikaitkan dengan faktor kejayaan iklan serta pemasaran, kemudahan dan selelunya mempunyai citarasa yang lebih menarik bagi kanak-kanak. Penting sebagai ibu bapa untuk memainkan peranan dan semua ahli masyarakat secara keseluruhan dalam memberikan kemahaman tentang pentingnya pemakanan seimbang dan buruknya makanan ringan. Penting bagi semua ibu bapa berperanan berterusan dalam mengawal pengambilan makanan ringan kepada anak-abaknya. Ini kerana pengambilan makanan ringan yang berlebihan dapat menyebabkan sejumlah masalah kesihatan yang serius. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada semua kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ELAKKAN MAKAN... KESAN MERBAHAYA...
HARGA MURAH... ADA BANYAK PERISA...
BACA ARTIKEL... SUDAH TAHU FAKTA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Rabiulawal 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.