Support My Blog

Tuesday, October 22, 2024

FAKTA IKAN WADER ATAU SELUANG

IKAN WADER
atau IKAN SELUANG (Rasbora jacobsoni) merupakan spesis ikan yang hidup didalam air tawar terutama pada perairan sungai yang jernih dan berarus dengan dasar yang berpasir dan batu-batuan kecil arah ke hulu sungai, Apa pun penulis blog memang sudah kenak ikan ini kerana mudah di dapati di depan rumah yang ada anak sungai yang mengalir dan selalu memancingya di Muar, Johor. Memang mudah memancing ikan seluang atau wader ini iaitu dengan gunakan matakai kecil dan benang jahit dimana umpan yang selalu di gunakan adalah cacing tanah.  Kalau mendapat tangkapan yang banyak maka ikan wader (nama ikan 'wader' ini di kampong saya adalah bahasa Jawa) memang enak di h=goreng garing atau di salut tepong dahulu sebelum di goreng. Bagaimana pun ikan ini sudah di komersilkan di Indonesia terutama di Pulau Jawa dimana ada banyak kedai makan yang menjadikan ikan wader sebagai menu popular. Mereka dilihat menjadikan ikan wader dalam resepi goreng garing, nask sambal, sup ikan wader malahan penulis blog pernah makan keropok ikan waser juga. Dari segi habitat dilaporkan dimana ikan wader ini agak 
 jarang ditemukan didalam kawasan perairan yang berlumpur seperti di bahagian kuala atau dekat muara sungai. Akan tetapi apa yang penulis blog suka dimana ikan ini mudah ada ditemui di sawah yang airnya jernih dan agak lambat arusnya seperti di Sawah Ring, Gersik semasa penulis blog ke sawah dahulu. Walau pun secara semullajadi dimana ikan wader ini hidup liar akan tetapi sudah ada pengusaha yang berjaya perlihara di kolam yang airnya mengalir terus-menerus. Di Jawa penulis blog pernah membuat tinjauan teknologi bagaimana ikan ini dipelihara dalam kolam tanah yang mendapat aliran air jernih sepanjang masa. Ikan wader di negara jiran juga mempunyai berbagai nama tempatan ain seperti sebutan Wader Pari, Lunjar Pari atau Lunjar Andong, Cecerah. Ikan Cere, Paray, Pantau atau Ikan Seluang. Apa pun didalam bahasa inggris ikan ini dikenal sebagai 'Silver Rasbora'. Agak unik apabila merujuk nama ikan ini di Malaysia dimana selain dari nama Ikan Seuang ada yang memanggilnya sebagai Ikan Bunting, Londoi, Seluang Pari dan beberapa lagi. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas fakta mengenai ikan wader atau ikan seluang untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Penulis bog merujuk beberapa artikel mengenai ikan wader atau ikan seluang yang sesuai dijadikan sumber teknikal. Kajian saintis menunjukkan memang ada banyak jenis berpuluh-puluh
 spesies ikan seluang dalam genus Rasbora dimana salah satu yang popular adalah Ikan Seluang Bada atau nama umumnya sebagai 'Slender rasbora'. Jenis Slender rasbora (Rasbora daniconius) ini dilaporkan ia memang mudah ia ditemui dinegara Malaysia, Singapura, Borneo mahupun di Indonesia.
Ikan seluang boleh hidup sekitar 3-6 tahun dimana kawasan taburannya banyak ditemui di parit-parit ataupun sungai-sungai kecil yang berarus perlahan di Asia Tenggara yang selalunya ada arus. Antara ciri-ciri ikan wader atau ikan seluang ini adalah ia badannya berbentuk pipih memanjang dengan sisik nipis dan ketika masih kecil ianya memiliki warna putih keperakan (Sila lihat foto paling atas dan paling bawah sekali). Apabila ianya dewasa di kedua-dua sisi tubuhnya terdapat garis berwarna kehitaman dan warna putih keperakan akan pudar digantikan dengan warna putih kekuningan. Ikan wader atau seluang ini adalah bersifat omnivor iaitu memakan segala jenis dari hidupan seperti cacing tanah, serangga, krutesia kecil, lumut dan bermacam lagi. Ikan popular Seluang Bada mempunyai badan yang tirus bulat dimana ia adalah merupakan ikan yang mendiami kawasan permukaan air. Ia juga merupakan ikan air tawar yang mendiami kawasan air bertakung seperti paya atau rawa-rawa, tasik, lombong dan air mengalir seperti sungai dan anak sungai. Uniknya kerana selalunya ikan ini akan bergerak dalam kumpulan. Ikan ini dilaporkan dari kumpulan Maserba yang boleh makan cacing tanah dan serangga seperti belalang, kerengga dan jentik-jentik. Apa pun perlu di maklumkan kalau ikan ini mampu hidup dalam air pada paras air pH7. Bagaimana pun ia dikatakan dapat membesar sehingga 20 cm panjang. Dalam aspek llain dilaporkan ikan wader atau seluang ini di antara yang paling popular di ternak sebagai ikan akuarium. Ii kerana ikan ini sangat aktif bergerak, mempunyai penampilan rapi dan juga ia sering kali warna cerah dan menawan. Walau pun ada banyak spesis ikan ini tetapi spesis yang popular termasuk jeins Harlequin Rasboras dan ia telah diternak dan merupakan spesies penting dari aspek industri ikan hiasan.


Memahami akan cara pembiakan ikan wader dimana lain spesis mempunyai kaedah sedikit berlainan. Ikan w
ader pari betina dan jantan mempunyai ciri perbezaan yang cukup signifikan sehingga mudah untuk menentukannya. Ikan Wader betina mempunyai ciri seksual sekunder iaitu ciri perut yang lebih gendut sedangkan wader jantan perut nya lebih ramping. Pembiakan ikan ini memerlukan keadaan kualiti air yang sesuai sehingga pembiakanini berlangsung beberapa hari selama musimnya. Beberapa jenis ikan wader selalunya akan membiak secara berkumpulan kerana ikan wader ini bersifat ovipar atau pun spesis ini membiak pada waktu tertentu pada setiap tahun secara teratur. Biasanya pembiakan ini dilakukan sesuai dengan keadaan persekitaran yang sesuai. Antara masa paling sesuai untuk ikan ini membiak adlah musim hujan kerana kualiti air hujan masa itu adalah bersih, jernih serta segar, suhu air yang cukup rendah, tahap ketinggian pada permukaan air yang rendah serta ada arus yang tidak terlalu cepat. Keadaan ini selalunya membolehkan ikan seluang atau wader ini untuk melakukan pembiakan dimana mereka akan memilih pasangannya yang sesuai untuk selama beberapa hari. Telur ikan ini kemudian akan di senyawakan dan ia kemudian akan diletakkan di atas bahan atau melekat pada tumbuhan air. Selalunya telur ini akan menetas menjadi benttuk larva anak ikan setelah 24 - 30 jam kemudian. Pada akhir musim hujan dimana induk ikan wader yang membiak di bahagian hulu sungai akan membolehkan anak ikan ini untuk ia tersebar sepanjang bahagian tepi sungai yang mempunyai dasarnya berkerikil, berpasir dan berbatu. Keberadaan bahan fitoplankton dan zooplankton adalah makanan bagi ikan wader induk selama proses pembiakan di huku sugai. Sebahagian besar ikan wader mempunyai ciri 'Litofil' atau keadaan habitat di dasar perairan yang berbatu-batu untuk membiak. Ini kerana selalunya di kawasan berbatu akan mempunyai apa yang di katakan kandungan oksigen terlarut yang tinggi. Oksijen ini membantu pembiakan dengan ia digunakan untuk inkubasi telur dan anak ikan pada awal kehidupanya. Telur yang diletakan di batu-batu ini ia bersifat melayang dan tidak melekat tetapi telur yang sudah di spermakan ia kemudian akan tenggelam ke dasar batu dan akan menetas menjadi anak ikan.
 

Menarik maklumat dari portal Indonesia kompas.com bertajuk 'Ikan wader yang enak di goreng kini terancam punah' untuk di jadikan bahan rujukkan. APa pun dilaporkan dimana 
Ikan Wader (Rasbora lateristriata) yang biasa hidup di sungai-sungai kecil dan sudah menjadi santapan masyarakat tempatan kini terancam punah. Bahkan dilaporkan dimana kini statusnya dapat meningkat menjadi kritikal jika kualiti habitat ikan wader mengalami penurunan yang sangat drastik sehingga tidak sesuai untuk membiak. Perkara ini telah dilaporkan oleh Prof. Dr. Ir. Djumanto, M.Sc. semasa dia membentangkan kertas pada pidato pengukuhan Guru Besar Universitas Gadjah Mada (UGM) berjudul "Tantangan Peningkatan Produksi dan Pelestarian Sumber Daya Ikan Asli Perairan Darat Indonesia," di Balai Senat UGM tahun 2023. Dia yang sebagai Guru Besar Ilmu Pengurusan Sumberdaya Perikanan FakultiPertanian menyebutkan sudah terdapat sejumlah faktor utama yang mengancam keberadaan ikan air tawar asli perairan darat termasuk ikan wader. Ancaman tersebut sangat tinggi tahapnya dengan jenis ancaman yang cukup beragam. Salah satunya adalah cara penangkapan ikan yang tidak ramah lingkungan misalnya penduduk tempatan sering menggunakan alat tangkap yang merosakan seperti menggunakan racun ikan (tuba) atau kejutan eletrik. Dalam kes lain dilaporkan dimana perliaku pemancing ikan mahupun penggemar ikan yang kurang bertanggung jawab seperti melepaskan spesis ikan tertentu yang menyebabkan jumlah penurunan populasi ikan mangsa terutama ikan import dan ikan pemangsa. Kemasukkan spesies asing yang invasif boleh menjadi pesaing atau predator ikan asli. Dilaporkan bagi jenis ikan yang berstatus rentan seperti Ikan Wader (Rasbora lateristriata) kini semakin kritikal apabila kualiti habitat ikan wader mengalami penurunan yang sangat drastik sehingga tidak sesuai lagi ikan ini dapat melakukan pembiakan. Jenis ikan yang berstatus risiko rendah boleh menjadi rentan jika aktiviti penangkapan dan gangguan antropogenik lainnya semakin tinggi caranya. Kempen untuk melindungi dan juga aspek pelestarian terhadap ikan asli perlu dilakukan dengan beberapa cara termasuk memanfaatkan ikan secara terkawal, pembuatan kawasan khas pemeliharaan, penyebaran anak ikan atau restocking, mengawak kemasukkan ikan invasif, domestikasi ikan asli dan modifikasi habitat pembiakan. Merujuk kepada kaedah pembiakan dimana kini sebahagian besar ikan membiak tepat masa semasa musim hujan ketika tersedia air bersih yang melimpah dan kualitinya baik. Apa pun bagi jenis ikan wader pari (Rasbora lateristriata) yang mana ia hidup di sungai mengalir dimana ia membiak pada peralihan musim hujan dan kemarau ketika suhu udara rendah dan kandungan oksigen tinggi. Apa pun dilaporkan ikan wader bagi masyarakat di Pulau Jawa sejak dulu ia merupakan sumber makanan yang kaya protein yang biasanya dimasak dengan cara sederhana seperti digoreng. Ikan kecil ini biasanya sesuai disajikan dengan cara digoreng dan dimakan bersama dengan ulam-ulaman, sambal dan nasi panas. Apa pun jika hendak dibandingkan dengan berbagai 'saingan' lauk pauk yang lain dengan kadar protein tinggi dimana ikan wader biasanya memang kerap dipandang sebelah mata sahaja. Boleh dikatakan jika ikan wader yang nikmat ini identik dengan makanan kelas dua sahaja. Padahal sebenarnya hasil kajian dimana selain nikmat dan murah dimana ikan wader adalah mempunyai banyak manfaat bagi tubuh manusia melalui berbagai kandungan zat baiknya. Semuga artikel ini menjadi bahan rujukkan kepada pembaca blog anim agro teknologi berguna kali ini. Wasallam!!!...
IKAN WADER...SELUANG DI MALAYSIA...
BANYAK SPESIS... MUDAH DAPATNYA...
KAYA DENGAN PROTIN...ENAKNYA DIA...
ADA PELUANG... PASTI KENA UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Rabiulakhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...