Support My Blog

Thursday, October 10, 2024

DI RATAPI LANGAU HIJAU

Peribahasa laa yang ini memang amat jarang orang zaman ini tahu kecuali mereka yang terlibat dengan pengajian Bahasa Melayu iaitu peribahasa berbunyi 'DI RATAPI LANGAU HIJAU' yang menggunakan serangga langau hijau atau juga dipanggil sebagai Langau. Ada orang kata saiz langau adalah lebih besar daripada lalat hijau biasa. Apa pun mungkin ramai kalangan pembaca semua agak geli dengan langau hijau yang disifatkan sebagai serangga 'pengotor' yang suka hinggap kepada benda-benda busuk termasuk najis, bangkai, sampah organik dan sebagainya. Apa pun apabila dirujuk dengan beberapa sumber dinyatakan bahawa maksud peribahasa ini rupanya adalah 'Anak dagang yang mati di rantau orang' atau pun bahasa mudahnya mereka yang merantau di tempat orang dan meningga dunia disana'. Kes-kes seperti ini akan sahaja berlaku di mana-mana sahaja di seuruh dunia sama ada ia mati secara mengejut atau pun sakit atau pun sebab perperangan dan sebagainya. Penulis blog agak kurang pasti kaitan peribahasa ini dengan maksudnya dengan lebih jelas. Bagaimana pun merujuk kepada lamanweb Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mungkin ia ada bersangkutan untuk pembaca blog memahaminya. Dalam portal tersebut dinyatakan setiap kematian penduduk Malaysia di luar negara hendaklah dilaporkan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Jabatan ini akan mengemaskini maklumat kematian si mati di dalam sistem JPN dan satu (1) surat Perakuan Pengesahan Kematian akan dikeluarkan kepada pemohon. Laporan bagi kes kematian luar negara boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia. Sebagai syarat bagi permohonan dimana proses permohonan laporan kematian luar negara boleh dibuat oleh individu berikut:Suami atau isteri si mati atau anak si mati yang berumur 18 tahun dan ke atas atau ibu atau bapa si mati atau adik-beradik kandung si mati yang berumur 18 tahun ke atas atau individu yang mengetahui tentang kematian dan dapat mengemukakan keterangan atau bukti mengenai kematian. Bagaimana pun perlu ada dokumen yang diperlukan dalam permohonan ini iaitu Borang Daftar Kematian JPN.LM02 (Kemaskini Kematian Luar Negara) dan Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal. Dokumen lain diperlukan adalah kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan) dan juga dokumen bukti kematian. Sijil Kematian yang dikeluarkan oleh negara dimana kematian berlaku (dokumen asal dan satu (1) salinan dokumen asal) juga erlu ada. Selain itu surat Pengesahan Kematian daripada hospital di mana kematian berlaku (asal dan salinan); dan Surat Pengesahan Kematian daripada Pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara di mana kematian berlaku (asal dan salinan). Tidak ada bayaran dkenakan untuk tujuan ini. Bagaimana pun dengan teknologi kecanggihan dan juga teknologi komunikasi serta teknologi penerbangan sekarang mungkin agak lebih cepat dan mudah untuk medapatkan maklumat yang berada dihujung jari sahaja dimana dikias yang ratapan langgau juga agak berkurangan. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya kupas secara teknikal mengenai peribahasa diatas untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Lebih baik mengenali akan beberapa ciri-ciri 
lalat hijau sebagai bahan rujukkan.  Mengenali serangga ini sangat mudah sebab bentuk tubuh dan warnanya adalah ikonik dan ia mudah dikenalpasti. Dibandingkan dengan lalat rumah biasa dimana serangga ini memiliki ukuran tubuh yang lebih besar dan di tubuhnya juga ada warna hijau yang berkilat (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana ciri khas lainnya adalah semasa lalat hijau ini terbang, biasanya ada bunyi berdengung agak kuat yang akan terdengar berlainan denga lalat rumah. Memang kadang tidak menimbulkan bunyi tetapi lazimnya ia memang akan berbunyi. Makanan kesukaan lalat hijau adalah daging dan ikan. Semasa ada sisa makanan ini terletak dimana sahaja secara terbuka sama ada diatas meja, dikawasan sampah atau di tempat lapang maka biasanya lalat ini akan mudah tertarik untuk datang dan bertelur di sana. Dilaporkan terdapat maklumat dimana lalat hijau ini akan menyerang daging yang masih mentah, ikan di jemur atau ikan segar yang dijual oleh para penjaja dipasar-pasar atau oleh jurujual sayur keliling kawasan perumahan juga. Sesiapa yang teliti melihat situasi dikawasan pasar basah dimana akan melihat serangga ini lebih sering mengerumuni produk daging, ikan, dan sejenisnya dibandingkan produk sayur-sayuran. Kenapa lalat hijau merbahaya dan mempu mengancam manusia?. Ini kerana bahaya lalat hijau sebagai serangga yang mampu terbang laju mampu mengancam kehihatan manusia apabila termakan telur lalat hijau didalam makanan. Telur yang berada didalam makanan sama ada dimasak atau tidak dimasak masih mengancam kesihatan manusia. Paling kerap yang dilaporkan masaalah disebebkan oleh lalat adalah masaalah Cirit-birit ata diare. Selain itu dilaporkan dimana langau atau lalat hijau ini adalah pembawa kepada penyakit diarhea, colera, gatal pada kulit, thypus, kecacingan, disentri, muntah berak, kerosakan hati dan sebagainya. Penyakit Kolera atau Taun merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria bernama Vibrio cholerae. Bakteria ini boleh menular kepada manusia melalui perantara lalat hijau. Taun atau kolera adalah salah satu penyakit bawaan air dan makanan yang utama dimakan dimana ia juga disebabkan oleh jangkitan bakteria. Mereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit dimana ada kes-kes atau gejala yang teruk boleh membawa maut kerana dehidrasi yang teruk. Biasanya bakteria ini akan mengeluarkan racun yang biasa disebut 'CTX' yang menyebabkan ciritbirit teruk. Memang sudah jelas dimana bahawa akan ada masalah kesihatan serius yang disebabkan oleh serangga lalat selalu berhubung dengan sistem pencernaan dalam perut. Cirit ini mmerupakan merupakan sejenis penyakit yang lebih sering ditemukan kepada kalangan kanak-kanak berbanding dengan rang dewasa. Penyakit diare inilah yang umum dialami oleh orang yang dengan tidak sengaja mengambil makanan kotor dimana ia tercemar dengan bakteria yang dibawa oleh lalat atau langau hijau dan serangga rumahan lainnya dari tempat asal. Patogen termasuk bakteria yang disebarkan oleh lalat berasal dari sampah-sampah kotoryang menumpuk, najis hewan dan najis manusia juga. Jangkitan oleh kuman ini berlaku dengan masa singkat sahaja kerana sifat semulajadi lalat hijau atau langau yang mampu terbang dengan pantas dan cepat bebas dengan jarak yang sangat jauh. Bagaimana cara untuk mengelakkan atau mengurnkan risiko serangan lalat hijau ini ada beberapa kaedah. Antaranya adalah dengan memasang perangkap lalat dan memberikan umpan makanan yang lalat ini suka atau menutup makanan sepanjang masa. Bagaimana pun jika serangan lalat ini sudah terlalu teruk maka boleh mendpatkan perkhidmatan kawalan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Daerah atau Kerjaan Tempatan dan perkhidmatan syarikat swasta.


Proses pendebungaan bunga tumbuhan terutama jenis buah-buahan tempatan lazimnya berlaku secara semulajadi sama ada oleh agen pendebunga, angin, semut, lebah dan sebagainya. Kini banyak antara kita telah memperkatakan mengenai beberapa agen pendebungaan yang mampu meningkatkan kejayaan proses pendebungaan buah-buahan tempatan dan tumbuhan lain dikeliling kita. Pengenalan teknologi agen pendebungaan seperti Lebah madu, Kelulut, Semut dan Lalat hijau (Langau) telah dipromosikan didalam teknologi penanaman mangga dan belimbing dinegara ini. Persoalan yang sering saya fikir adalah yang mana diantara agen pendebungaan tersebut adalah lebih efektif atau lebih lebih berkesan serta lebih ekonomik untuk digunakan dalam ladang belimbing atau ladang mangga?. Belum banyak laporan atau kajian yang dapat kita rujuk setakat ini yang membincangkan persoalan tersebut. Kesemuanya teknologi ini merupakan satu 'Teknologi Hijau" yang mesra alam dan ianya mengurangkan akan cara penggunaan bahan kimia didalam ladang buah-buahan kita yang mana ini adalah baik untuk ekosistem. Lalat Hijau atau pun Langau (Lucilla spp atau Phaerenicia spp) atau dalam bahasa Inggeris 'Green bottle fly' merupakan serangga jenis lalat yang amat suka hinggap pada bunga mangga dialam kawasan ladang. Beberapa petani mangga varieti Harumanis di Perlis dan mangga cokanan di Melaka telah membuat kaedah ini dengan jayanya. Kini ia telah dikenalpasti sebagai agen pendebungaan yang popular dikalangan penanam mangga dimana mereka akan meletakkan ikan busuk, daging busuk dalam bekas yang digantung pada pokok mangga bagi menarik lalat hijau atau langau ini datang. Lalat hijau ini akan datang dan membiak diatas ikan busuk dan ia juga akan menghampiri bunga mangga untuk mengambil nektar. Bagaimana pun lalat hijau ini lazimnya akan hinggap pada bunga mangga tidak lama seperti serangga kelulut atau lebah madu. Walau lalat hijau ini terbang dengan pantas dan akan hinggap pada bunga mangga, ia dipercayai mampu untuk membantu dengan signifikan proses pendebungaan mangga. Lalat ini juga kadang-kadang akan masuk dalam rumah sebagai 'tetamu tidak diundang' jika populasinya banyak dan hinggap diatas makanan atau baju atau dimana jua dikawasan rumah. Keadaan ini juga kadang-kadang kurang disenangi oleh tuan rumah apa lagi jika ada tetamu yang datang kerumah. Lalat hijau ini juga memang suka hinggap pada najis dan bangkai yang terdedah. Ini berkemungkinan boleh menjadi agen penyebaran kuman yang boleh menjejaskan kesihatan kita. Walau pun kini belum ada kajian khusus mengenai perkara ini, ianya perlu diteliti dengan lebih saintifik akan agen pendebunga lalat hijau ini.


Pada penulis blog dimana apabila sahaja menye
but pasal lalat maka secara automatik akan fikir kotor dan jijik. Memang geram kalau ada lalat dekat dapur dimana kalau cukup seekor sahaja dah buat rasa tidak tenang dan dipukul dengan pemukul lalat. Lalat akan hadir secara tiba-tiba ada daya penariknya seperti produk macam belacan, ikan kering, daging, budu atau yang seakan-akan dengannya. Dalam sekelip mata daripada seekor boleh jadi 10 ekor datang menghurungi makanan dimana keajaibannya adalah apakah kaedah komunikasi atau 'sensor' yang ada pada lalat panggil kawan-kawannya datang ramai. Lalat ini bukan sahaja hinggap dan menikmati makanan diatas meja tetapi paling mengancam adalah ia bertelur dan tanpa di ketahui di makanan pula makanan tersebut. Maka kalau termakan telur lalat jawabnya memang sakit perutlah. Lalat ini sejenis serangga terbang yang memang mengganggu dalam kehidupan seharian manuia dimana sahaja. Ini kerana apabila didalam rumah kalau dah ada lalat dimena kemungkinan apa yang ada didalam rumah dan dihinggapi lalat maka kotor tercemarlah jawapnya. Uniknya dimana lalat ini bukan sahaja berterbangan di udara akan tetapi ia hinggap pada tong-tong sampah, dalam longkang, atas bangkai dan macam-macam lah lagi. Di Malaysia dilaporkan ada beberapa jenis lalat yang boleh ada dikenali iaitu LALAT RUMAH, LALAT BUAH, LALAT HIJAU (LANGAU), LALAT DAGING dan LALAT KANDANGLalat Rumah yang paling selalu dilihat di dalam atau sekeliling rumah. a berwarna dia hitam dan ada empat garis gelap memanjang di bahagian atas badan. Lalat rumah ini boleh dikatakan yang paling banyaklah dalam dunia. Lalat Buah pula (Daucus spp atau Bactocera carambolae) mendapat nama kerana memang kerjanya menyerang buah-buahan dan sayur-sayuran yang mereka suka. Lalat ini akan bertelur pada putik buah-buahan atau sayur-sayuran berbuah dimana apabila telurnya menetas auan menjadi larva yang memakan tisu dan rosak hasilnya tanaman tersebut. Buah yang rosak idak boleh dimakan atau dijual dan amat merugikan. Jenis Lalat Hijau (Langau) adlah jenis lalat yag selalunya lbersaiz lebih besar daripada lalat biasa dan warnanya hijau berkilat. Ia apabila terbang akan mengeluarkan bunyi berdengung dari lalat biada dimana lalat hijau ini selalu ada dekat tong sampah luar rumah. Keempat adalah Lalat Daging yang suka hingga pada daging dan memakannya. Abdomennya berjalur hitam dan kelabu dengan ukuran saiznya pula lebih kecil jika dibandingkan dengan langau. Akhir sekali ke 5 adalah Lalat Kandang dimana habitatnta ia selalu ada di kawasan penternakan macam kandang ayam. Berbeza dengan lalat yang lain dimana pada bahagian mulut lalat kandang ni lebih tajam dan boleh ia menghisap darah haiwan dan juga manusia. Penternak kena memastikan yang lalat ini tidak mengerumuni haiwan sebab ia boleh menyebabkan haiwan ternakan anemia dan lemah. Dalam pada itu dilaporkan dimana fakta tentang lalat rumah adalah seperti ia boleh membiak dengan cepat, waktu hidup yang singkat, ada sepasang sayap, tidak ada gigi, aktif di siang hari, ada makanan kesukaan tersendiri, ada tempat istirahat yang disukai, boleh melihat apa yang ada di belakangnya, selalunya membiak di tempat yang kotor dan juga lalat ini boleh mengotorkan dan mengkontaminasikan makanan.  Cara halau lalat pula memang ada bermacam-macam dimana yang paling senang sembur sahaja racun serangga, gerenti mati terus semua. Akan tetapi kalau tengah memasak di dapur atau tengah rehat di ruang tamu maka sebaiknya jangan sembur macam racun. Cara lain adalah dengan memasang Perangkap lalat atau Pelekat Lalat. Perangkap Lalat ada dalam pelbagai bentuk dan rupa dimana model biasa dilihat ia tergantung dekat siling dan terang cahayanya menggunakan elektrik.  Perangkap itu ada lampu biru yang membuatkan lalat tertarik untuk pergi ke situ dan ia terbunuh oleh kejutan elektrik. Ada juga jenis yang menggunakan jenis bekas yang menarik lalat menggunakan bau makanan dimana apabila lalat masuk ianya tidak akan dapat keluar lagi.  Perangkap lalat buah pun menggunakan bekas juga tapi untuk memerangkap lalat buah jantan. Perangkap ni mengandungi feremon yang berfungsi untuk menarik lalat jantan untuk masuk ke dalam bekas. Pelekat Lalat  menggunakan gam yang sangat kuat jadi bila lalat hinggap, maka ia tidak boleh lari terbang lagi. Biasanya dibeli sahaja pelekat komersil yang siap sedia digunakan. Hanya perlu membuka perangkap yang memang dah ada gam dan letakkan di mana yang anda rasa selalu nampak lalat. Apa pun hebatnya pelekat ni pun berguna untuk cicak juga (Sila lihat foto disebelah). Ketiga adalah Pemukul Lalat dari jenis plastik yang myurah dan tahan lama. Selalunya pemukul lalat ini orang guna yang plastik dan dipukul terus kepada lalat dan mati. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PERIBAHASA LANGAU... HIJAU WARNA...
MAKSUDNYA MATI... DI LUAR NEGARA...
LANGGAU DAN LALAT... IA MERBAHAYA...
PERLU ELAKKAN...PENYAKIT BAWAANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomis,
Room 235, Grand Darul Makmur Hotel,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(21 Rabiulakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...