Support My Blog

Thursday, October 3, 2024

POKOK PINANG HIASAN - APA DIA?

POKOK PINANG
merupakan satu spesis tumbuhan palma dalam keluarga Arecaceae yang tumbuh di kebanyakan kawasan tropika Pasifik, Asia dan bahagian-bahagian Afrika Timur. Pokoknya bersaiz sederhana dengan ketinggiannya mencecah sehingga 20 meter dengan diameter batangnya setebal 20-30 cm. Daunnya berukuran 1.5 - 2m panjangnya, berbucu tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyak bilangannya. Selalunya pokok pinang di tanam secara komersil untuk pengeluaran buahnya yang boleh dijadikan pelbagai produk dan juga banyak kini ditanam sebagai Tanaman Hiasan (Ornamental Tree). Selalunya pokok pinang ditanam untuk memperoleh buahnya yang penting dari segi ekonomi sebagai bahan kunyahan memberi rasa kebas dan ia kan digandingkan bersama sirih. Apa pun buah pinang sering dihidangkan dengan dibelah menggunakan kacip dan dimakan bersama sirih dan seberapa barang lain setepak termasuk gambir dan kapur. Dilaporkn dimana air dari buah pinang muda dipercayai mampu mengubati darah dalam air kencing serta mengurangkan rabun bila dititik pada kornea. Apa pun buahnya yang dibakar boleh digunakan untuk membersihkan gigi secara kadar sederhana. Pinang muda dan benzoin disapukan pada luka berkhatan. Buah pinang ini mengandungi bahan alkaloid yang unik didapati seperti arekaina dan bahan arekolina yang dianggap boleh menyebabkan rasa dalam penggunanya apabila dikunyah. Aspek Pinang Hiasan pula seringkali ditanam menghiasi taman kecil, sekitar rumah, kawasan landskap bangunan dan pinggir jalan. Ia sejenis palma yang berumpun di mana dari rupa luarannya sahaja memudahkan anda mengenalinya. Jenis Pinang Merah (Cyrtostachys renda) antara yang popular dan dikenali dengan dengan nama lain 'Sealing Wax Palm'. Batang pokoknya dilihat ia dibaluti upih pelepah daun berwarna merah yang mempunyai silara yang daun yang menghala ke atas. Oleh kerana upih daunnya yang berwarna merah, ia juga dikenali dengan nama Lipstick Palm di sesetengah negara. Asal usul pokok ini adalah dari tumbuh liar dimana buahnya berwarna kuning, oren dan kemerahan.Kegunaan tempatan. Apa pun biasanya dimana cara pembiakan pokok hiasan ini selalu ia menggunakan biji benih dan mengambil masa sehingga 2 bulan atau lebih untuk bercambah. Ia juga boleh dibiakkan menggunakan sulur (suckers). Pertumbuhannya juga dikatakan lambat dan mampu mencapai ketinggiannya sehingga 10 meter tinggi. Jenis Pokok Pinang Kuning (
Chyrysalidocarpus lutescens) atau 'Yellow Palm' pula adalah merupakan sejenis palma yang banyak ditanam sebagai pokok hiasan kerana keseluruhan pokoknya kelihatan berwarna kekuningan. Ini memberi kesan landskap yang menarik bagi sesuatu kawasan samada di taman, kawasan kediaman atau perkarangan bangunan. Pokok ini kebiasaanya dibiak melalui biji benih atau melalui keratan rumpunnya. Harga pokok ini dinurseri swasta boleh mencapai harga mahal iaitu di antara RM25-RM100 yang bergantung pada saiz pokok tersebut. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan apakah dia pokok pinang yagsesuai di jadikan tanaman hiasan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Pokok pinang ada pelbagai spesis diantaranya jenis 
Areca lutescens dimana ia mempunyai ciri-ciri tertentu yang selalunya membezakannya daripada yang lain. Ia adalah pokok palma yang dianggap bersaiz sederhana dimana ia boleh membesar sehingga antara 1.5 meter - 3 meter tinggi akan tetapi dalam keadaan liar boleh besar sehingga 6 meter. Selalu emmpunyai daun yang agak besar iaitu ia boleh mencapai ketinggian sehingga 2 meter. Setiap daun tapak tangan cara berbunga sangat dihargai sebab ia cantik yang membuatkan orang ramai sentiasa ingin lihat. Apa pun saiz bunganya kecil dan putih dimana warna buahnya adalah kuning dimana jenis palma ini juga dikenali sebagai 'Palm Buah Emas'. Menjaga tanaman hiasan ini ia tidak memerlukan penjagaan yang kompleks dan dilaporkan cara penyelenggaraannya yang mudah.  Apa pun pokok ini perlukan banyak cahaya matahari untuk tumbuh dengan baik dan jika terlindung dari matahari maka kurang sesuai. Dapat tumbuh dengan baik di kawasan beriklim tropika dan juga kawasan sub-tropika yang dijaga baik. Boleh ditanam diatas pelbagai jenis tanah subur akan tetapi aspek penting adalah mempunyai saliran baik kerana akarnya tidak tahan dengan tanah yang bertakung air. Kini dalam menjadikannya sebagai pokok tanaman hiasan maka sudah banyak kaedah mudah atau menanamnya didalam pasu besar atau apa juga cara (Sila lihat foto disebelah). Penting di ketahui jika pokok hiasan ini tidak perlu menyiramnya setiap hari dimana disyorkan agar di lakukan setiap 2 hari atau setiap 3 hari pada bulan-bulan di mana suhu lebih tinggi. Masa musim hujan ia perlu disiram setiap 10 atau 15 hari. Sebenarnya dilaporkan yang jenis pokok pinang ini lebih suka berada di tempat separa teduh akan tetapi cahayanya sesuai untuk pertumbuhan optimum dan perkembangan yang betul. Ciri ini menjadikan pokok ini ditanam sebagai hiasan rumah atau taman asalkna kawasan tersebut menerima cukup cahaya matahari ubtuk ia tumbuh dengan sempurna dan menjadi sangat cantik. Dilaorkan dimana jika pokok hiasan jenis ini terdedah kepada cahaya matahari secara langsung untuk jangkamasa yang lama apa yang berlaku adalah daunnya cenderung terbakar dan rosak. Penulis blog yang ada beberapa pokok ini melihat kadar kerosakannya sangat serius sehingga tidak dapat dipulihkan setelah berpindah rumah lain.


Beberapa kajian menyatakan dimana pokok Areca adalah tumbuhan tropika yang sesuai ditanam dalam iklim dengan suhu yang melebihi 15ºC sebab ia tumbuhan ini perlukan suhu diantara 18º dan 25º Celsius. Faktur kelembapan yang sesuai untuk pokok palma jenis ini adalah yang berada pada tahap yang tinggi sedikit sebab ia cenderung untuk rosak dengan kerap pada bahgaian daunnya dimana pada hujung pokok pinang bertukar warna menjadi coklat muda bila kekeringan. Jika berlaku keadaan dehidrasi maka diperlukan lebih sedikit kelembapan iaitu dengan menyemburkan pada daunnya sedikit air iaitu beberapa kali pada siang hari terutamanya jika suhu disekeliling adalah memang lebih tinggi. Cara lain mengatasi kekurangan air adalah dengan memanam secara hidro atau menanam dalam pasu yang mempunyai lubang saliran diletakkan di sebelah dan beberapa centimeter di atas pangkal pokok. Walaupun pokok palma hiasan ini tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi akan tetapi diingatkan yang sebagai tumbuhan tropika dimana ia memerlukan penyiraman secara berterusan. Sentiasa periksa pada mediu yang ada dalam pasu jika ia sudah kekeringan mesti di bubuh air secukupnya. 
Pokok pinang perlu dibaja lebih banyak daripada tumbuhan lain disebabkan ia mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk membersihkan udara dan jika ada banyak warna hijau yang cantik dan kelihatan sihat agar kelihatan menjejukkan mata memandang. Ada beberapa perkara atau masaalah dalam mengenali akan ciri pokok pinang ini. Pertama dimana jika dilihat hujung daunnya berwarna coklat gelap ada dua kemungkinan berlaku iaitu pertama ia mungkin memerlukan air kerana persekitaran sudah kering atau juga ia berkemugkinan pokok menjadi lemas sebab terlebih menyiram pokok yang menjadikan kes 'pokok lemas'. Kurangkan aktiviti menyiram pokok palma dimusim hujan atau dilihat sudah ada tanda terebih siram air. Simpotom pada daun dimana jika ia sudah mula menjadi kekuningan ada kemungkinan besar ia diserang oleh beberapa perosak dan ia tersembunyi di bahagian bawah daun. Apabila kes-kes ini berlaku maka perkara yang perlu anda lakukan terlebih dahulu ialah dapat mengenal pasti jenis perosak yang menjejaskannya serta menyiasat apa yang perlu dilakukan atau bagaimana cara kawalan mudah dan praktikal dijalankan. 


Menanam pokok pinang hiasan ianya memerlukan kawasan sesuai, bahan tanaman atau benih berkualiti dan juga minat bersama ilmu menanamnya. Ia kini sudah pun m
enjadi salah satu tumbuhan yang telah ditanam dibanyak negara yang sesuai menanamnya kerana ciri keupayaannya yang hebat untuk menyesuaikan diri dengan iklim, persekitaran dan faedah daripadanya. Kaedah penjagaan yang berbeza yang telah diberikan  agar pokok tumbuh dengan baik sebagai tumbuhan hiasan yang menarik. Walaupun ia adalah tumbuhan yang sesuai ditanam dengan lebih baik dan sihat apabila ia terletak di kawasan separa teduh sebenarnya  ia juga boleh hidup jika ditanam dibawah sinaran matahari secara langsung. Ia dilihat amat sesuai di tanam atau di letakkan diluar rumah di halaman yang sesuai. Pilih lokasi yang persekitarannya terdapat banyak menerima cahaya semula jadi atau lokasi yang ideal ialah matahari tidak mengenainya secara langsung dengan ada sedikit teduhan. Elakkan menanam di tempat tertutup yang mana tidak mempunyai pengudaraan yang baik dan pastikan ia mempunyai kadar kelembapan yang mencukupi. Beli atau dapatkan anakbenih yang dikenalpasti ketulinannya mengikut spesifikasi spesis yang dikehendakki kerana ada banyak jenis pokok pinang hiasan ada dijual (Sila lihat foto disebelah). Pergi ke nurseri yang khusus ada menjual banyak jenis pokok-pokok hiasan terutama nurseri yang mempunyai kepakaran khidmat nasehat atas kualiti benih dan kaedah penanaman serta bagaimana cara penjagaannya. Antara spesis yang popular di Malaysia adalah Red Palm Palmae dan juga Yellow Palm Palmae dengan harga selalunya mengikut jumlah dibelli, saiz pokok, spesis dan sebagainya. Jika ingin menanam diatas tanah sebaiknya di sediakan beberapa unit lubang penanaman dan diisikan dengan tanah campuran (top soil komersial) sebelum menanam. Jika menanam dalam pasu boleh gunakan medium untuk pemasuan yang ada dijual di nirseri dan juga banyakkan bahan organik. Tanam dan siram serta lakukan amalan agronomi sehingga pokok hiasan ini tumbuh membesar dengan baik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
POKOK PALMA...MENJADI HIASAN...
BANYAK JENIS... PASTIKAN PILIHAN...
PERLU DI JAGA... SEBAGAI TAMAN...
MEMBACA ARTIKEL...ILMUNY PADAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 RabiulAwal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...