Support My Blog

Monday, September 30, 2024

TANAM RUMPUT UNTUK KUCING PELIHARAAN (Part 1)

MENANAM RUMPUT UNTUK KUCING
dikawasan rumah adalah satu perkara yang sesuai diketahui oleh mereka yang hobinya memelihara kucing. Mungkin kalangan pembaca blog ini akan merasa pelik apabila melihat kucing kesayangannya makan rumput sekali sekala dikawasan rumah. Timbul juga persoalan kenapa agaknya kucing memakan rumput. Pakar haiwan menyatakan dimana masih tidak banyak penyelidikan dilakukan mengenai tabiat kucing suka makan rumput akan tetapi ia menjurus kepada sifat semujaladi kucing yang mana ia juga ada sejumlah penyakit seperti masaalah dihadapi iaitu gastrointestinal seperti sindrom usus besar dan juga 'parvo'. Dinyatakan dimana memakan rumput adalah salah satu cara bagi kucing untuk melegakan masalah pencernaan yang sedang dialaminya. Rumput mempunyai kandungan serat yang tinggi dimana ia akan membantu masalah sembelit pada kucing. Kucing terkenal dengan tabiat tidak gemar minum air dimana dengan dia memakan rumput maka ini akan dapat membantu mereka membuang air besar dengan lebih mudah. Selalunya faktor pemakanan yang sering diberikan pemiliknya juga boleh menjadi sebab mengapa kucing untuk dia makan rumput. Dilaporkan jika makanan mereka kurang vitamin, mineral atau nutrisi tertentu maka kucing ini mungkin cuba mencarinya di tempat lain termasuk memakan rumput. Agak pelik bagi penulis blog dimana kucing juga mengalami tekanan (stress) dimana kucing makan rumput akan dapat dan mampu memberikan ketenangan kepadanya. Apa pun ada dilaporkan kucing yang makan rumput ada kesan negatifnya kepada kesihatan kucing kerana rumput boleh tersangkut di dalam perut sekiranya kucing tersebut makan terlalu banyak rumput pula. Jika berlaku maka pilihan terbaik adalah dengan lakukan pembedahan bagi mengeluarkan rumput di dalam perut kucing yang bermasaalah seperti ini. 
Kucing merupakan haiwan karnivor (pemakan daging sahaja dimana lazimnya diantara makanan kesukaan kucing termasuk tikus, ikan, burung kecil dan serangga kecil secara semulajadi. Tabiat kucing untuk makan rumput tertentu perlu difahami agar ia mendapatkan jika ada ditanamd dikawasan rumah. Artikel subuh ini dalam kedinginan hujan dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai beberapa jenis rumput yang sesuai ditanam untuk di makan oleh kucing peliharaan dan aspek kepentingannya agar menjadi bahan rujukkan. 


Dalam beberapa laporan dinyatakan ada beberapa jenis rumput yang sesuai ditanam dan dusukai untuk dimakan oleh kucing. Antara jenis rumput tersebut adalah termasuk Rumput Helikopter (Rumput Pendul), Rumput Barli, Rumut Oat, Rumput Gandum, Rumput, Rumput Rai, Rumput Alfafa, 
Rumput Dactylis glomerate dan beberapa lagi. Masih ramai tidak percaya akan kelakuan kenapa kucing suka makan rumput. Apa pun apa yang penulis blog faham dimana secara teorinya diantara beberapa sebab kucing kesayangan untuk suka makan rumput ialah kerana dilaporkan cara ini akan dapat membantu mengeluarkan bahagian mangsa yang dimakan yang tidak boleh dihadam. Dalam pada itu rumput juga dapat membantu mengeluarkan ‘hairball’ yang masuk kedalam usus kucing dengan cara memuntahkan ia kembali. ‘Hairball’ ini apa pun pada kebiasaannya masuk kedalam perut kucing ketika kucing menjilat-jilat nulunya semasa sedang membersihkan diri atau memakan haiwan kecil lain yang berbulu. Dalam rumput dimana kandungan serat yang terdapat didalam rumput tersebut akan membantu didalam proses kitaran penghadaamn kucing. Sementara itu kandungan klorofil yang masuk didalam rumput memberi banyak manfaat kepada haiwan kucing seperti membantu untuk ia mengurangkan kesakitan, mengurangkan jangkitan penyakit lain termasuk masaalah anemia dan penyakit kulit. Rumput juga didakwa ia mengandungi asid folic yang membantu peredaran darah yang baik kepada kucing. Kalau nampak kucing makan rumput jangan hairan kerana ia adalah tumbuhan yang tiada bahan kimia lain yang boleh membahayakan kesihatan. Saya akan paparkan beberpa jenis rumput yang boleh ditanam sendiri dirumah untuk mengindahkan lokasi. Paling lszim adalah jenis rumput Helicopter atau rumput pendul yang saya tulis sebelu ini dan boleh dibaca dengan pautan (Sila klik disini). 


(1) RUMPUT HELIKOPTER
Rumput Helikopter (Kyllinga brevifolia) daripada keluarga Cyperaceae atau dikenali dengan nama lain sebagai Rumput Pendul amat jarang dikenali secara saintifik dikalangan pembaca semua. Bagaimana pun ada beberapa sumber yang menyatakan dimana spesis rumpat ini sering dimanafaatkan untuk merawat haiwan seperti kucing dirumah atau haiwan peliharaan yang sakit. Sekilan pandang penulis blog dapati keunikan rumput ini adalah ia mem[unyai bentuk bunga seperti sebiji bola berwarna putih bulat yang kecil diatasnya (Sila lihat foto disebelah). Apa pun rumput 
pendul adalah diantara rumput semulajadi yang boleh didapati dimana-mana dan menjadi kesukaan kucing. Rumput helikopter ini selalunya tumbuh liar dihabitat tanah lembap yang sesuai dan mampu mencapai ketinggian sehingga 20 cim yang menegak. Rumpai ini adalah mudah dilihat dan boleh ditanam dikawasan seperti ditepi jalanraya, tanah terbiar, belukar, padang rumput atau padang permainan, tepi parit dimana boleh tumbuh dari kawasan tanah rendah sehingga ketinggian 2,600 meter dari paras laut di iklim tropika. Penulis melihat dimana rumput ini akan tumbuh merimbun secara berkelompok disuatu kawasan dimana ia mampu tumbuh melalui rizom didalam tanah. Sebagai tumbuhan dari keluarga Cyperaceae ia mempunyai bentuk batang tiga segi yang agak keras dan selalu ianya akan mengeluarkan daun pada bahagian pangkal atau perdunya. Jika diteliti dimana daun pada pangkal batang berjumlah antara 2 - 4 helai dengan menegaj atau serong dengan ukuran panjang yang tirus di hujungnya (meruncing) 3/0 cm - 10.0 cm serta ukuran lebarnya 1.3 cm - 4 mm yang dilihat berwarna hijau tua. Bunga dari tanaman ini berbentuk bulat (bundar) dari tangkai yang naik keatas memanjang dengan warna hijau muda keputihan dengan ukuran 4 - 8 mm. Dalam beberapa rujukkan dimana rumput helikopter bunga putih ini juga akan dikenali dengan nama lain seperti Rumput Pendul, Rumput Kepala Lalat, Rumput Mata Lalat, Jukut Pendul, Sui Wu Gong, Bosikad dan Pakopako. Marfologi asasnya ia mempunyai batang tunggal dan daunnya 3 helai yang menjadikan struktur daun ini dilihat seakan 'Kipas Helikopter'.


(2) RUMPUT GANDUM
Rumput gandum (Triticum spp) adalah yang paling popular yang orang tanam untuk diberikan kepada kucing. Bahkan terdapat pelbagai kit dijual khas untuk menanam rumput ini. 
Rumput gandum disebut sebagai 'super food' kerana di dalamnya ada nutrien kandungan lengkap termasuk zat besi, kalsium, magnesium, berbagai enzim, 17 jenis asam animo, vitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin K, vitamin B kompleks, juga protein. Selain itu rumput gandum juga kaya antibakteria dan antioksidan yang sangat baik. Apa pun penulis blog dapati dimana rumput ini adalah tumbuh daripada biji gandum yang mudah disemai dan ditanam. Antara keistimewanya adalah ia mempunyai kandungan mineral dan mengandungi 70% klorofil. Ia juga merupakan tambahan makanan yang bagus untuk diet kucing kerana mampu membantu melawan masaalah keradangan serta meningkatkan kesihatan keseluruhan badan mereka. Dari beberapa laporan dinyatakan rumput gandum terutama pada daun hijaunya mengandungi klorofil yang berfungsi sebagai komponen penting untuk darah. Ia juga merupakan sejenis tumbuhan halus yang mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan enzim yang segar di dalam minuman ini mudah dicerna. Bahan klorofil mengandungi enzim hidup yang melawan radikal bebas di dalam badan untuk melambatkan proses penuaan. Klorofil membantu menguruskan serta ia  juga memberhentikan pertumbuhan bakteria tidak mesra daripada tumbuh dan berkembang di dalam badan. Ia juga membantu menyeimbangkan tahap gula di dalam darah. Apa pun ia dianggap sebagai makanan berkhasiat lengkap kerana ia mengandungi spektrum penuh dengan vitamin, mineral dan unsur surih yang diperlukan oleh badan. Sebenarnya kucing secara asasnya pandai menilai jensi rumput yang sesuai untuk mereka diman ia kadang-kadang terdapat juga jenis rumput yang boleh memberi bahaya kepada mereka. Terutamanya rumput yang sudah tercemar dengan pelbagai jenis racun kimia.  Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini emberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MENANAM RUMPUT... YANG KUCING SUKA...
RUMPUT HELIKOPTER... GANDUM JUGA...
RUMPUT OAT... MUDAH MENANAMNYA...
JADIKAN AMALAN... KESIHATAN DIJAGA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persipangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(17 Muharram 1445H).
Kemaskini pada 28 September 2024.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...