Support My Blog

Saturday, September 21, 2024

ILMU PERIHAL SERANGGA

SERANGGA (insect) i
alah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata iaitu dalam kelas Insecta yang dilaporkan ia mempunyai jumlah atau bilangan spesis terbanyak di dunia. Di habitat daratan dimana kawasan ini adalah terdapat jumlah serangga paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas haiwan yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran jumlah keseluruhan spesies serangga terkini iaitu termasuk yang belum dikenali oleh pakar-pakar sains berjumlah sekitar dari 2 juta - 30 juta. Apa pun kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini. Walaupun telah dikenalpasti sebanyak hampir satu (1) juta spesies serangga akan tetapi sebenarnya didakwa dimana masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya. Pada penulis blog ia masih tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus dalam situasi sebelum dapat direkodkan kewujudannya yang berpunya dari aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan. Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini terutama di daratan bagaimana pun sebenarnya ia selalu dilihat dimana didapati banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia. Selain didalam keadaan luar yang semulajadi di hutan, di bandar dimana serangga memang ada didalam rumah manusia dan hidup bersama. Paling tidak pun memang jumlahnya banyak di halaman rumah atau menyamai jumlah yang ada di dalam rumah. Pada penulis blog dimana haiwan serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini. Ini kerana ada jenis serangga yang berfaedah dan ada juga serangga yang tidak berfaedah malahan ia adalah mengancam kehidupan manusia sehingga boleh membawa maut. Kajian ilmu atau sain dalam serangga dikenali sebagai Entomologi. Bidang Entomologi adalah cabang sains yang mengkaji mengenai dunia serangga. Ia berasal dari dua perkataan Latin iaitu 'entomon' bermakna 'serangga' dan 'logos' yang bermakna 'ilmu pengetahuan'. Serangga merupakan kelompok haiwan yang terbesar bilangan spesiesnya berbanding lain-lain kehidupan haiwan ataupun tumbuhan. Sehingga kini masih lagi terdapat sekitar 1 juta spesies serangga yang telah direkodkan. Bilangan spesies yang sebenarnya tidak diketahui kerana masih banyak yang belum direkodkan kewujudannya. Kepentingan pengetahuan entomologi dapat dilihat daripada peranan serangga secara langsung maupun tidak langsung dalam kehidupan manusia di bumi ini. Walau bagaimanapun, kadang-kadang bidang ini diperluaskan untuk turut mencakupi artropod. Artikel pada malam Rabu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai perihal haiwan serangga ini di kongsikan sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.


Pengetahuan umum di Malaysia mungkin agak berlainan dengan pendapat dari  pakar kaji serangga dimana isu ini perlu diberi tekanan terhadap media arus perdana dan sektor swasta supaya tidak lagi mengelirukan masyarakat mengenai serangga. Bagi penulis blog percaya dimana ada potensi kemungkinan terdapat beberapa syarikat kawalan mahluk perosak menggalakkan media menggambarkan 'serangga sebagai perosak'. Di laporkan masyarakat perlu memperbetulkan salah faham ini yang terdapat di media, iklan dan juga perbincangan formal dimana ada yang merujuk serangga sebagai pembawa penyakit. Semua perlu melihat serangga dalam keadaan yang lebih positif. Dilaporkan dimana ada sesetengah serangga vektor membawa kuman yang menyebabkan penyakit kepada manusia seperti Lalat, Nyamok dan sebagainya. Memang agak tidak adil kalau semua percaya atau menganggap semua spesies serangga adalah sebagai makhluk perosak. Peranan serangga adalah penting kepada kitaran karbon dan kitaran nitrogen di bumi termasuk proses penguraian bahan organik dan kesuburan tanah. Apa pun memang majoriti serangga mempunyai peranan penting untuk dalam bio-kepelbagaian dan tahap keseimbangan alam sekitar. Jika manusia terus membunuh serangga sewenang-wenangnya kemungkinan ekosistem akan menjadi tidak seimbang dan akhirnya menjejaskan kemandirian haiwan dan tumbuh-tumbuhan lain. Sebenarnya apa yang penulis blog tahu dimana ada beberapa spesis serangga dalam hutan dan juga ladang sawit membantu mengekalkan keseimbangan dinamik ekosistem. Dalam masa sama walaupun terdapat banyak maklumat aasa mengenai serangga sebagai pembawa penyakit namun laporan tentang pentingnya serangga kepada manusia tidak begitu banyak diketahui umum. Lebih banyak [endedahan di media dan program akan pemahaman kitaran hidup serangga dan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil apabila hidup dalam persekitaran bandar. Pernah dilaporkan dimana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan lebih separuh penduduk dunia berisiko tinggi kepada penyakit yang boleh mengancam kesihatan seperti malaria, denggi, leishmaniasis, penyakit Lyme, schistosomiasis, dan demam kuning, yang dibawa oleh nyamuk, lalat, kutu, siput air dan vektor yang lain. Merujuk statistik dilaporkan dimana pada setiap tahun akan ada lebih daripada satu bilion orang dijangkiti dan lebih daripada satu juta orang mati akibat penyakit bawaan vektor.


Penulis blog dapati dimana p
erosak tanaman ialah organisma hidup yang mendatangkan kemudaratan dan kemusnahan kepada tanaman. Ia dilihat merangkumi patogen tanaman, serangga perosak, rumpai, nematod dan mamalia seperti tikus dan monyet. Pengurusan serangan perosak ialah kaedah memanipulasi populasi perosak bagi tujuan menghalang kemerebakan serangan kepada tanaman yang boleh menjejaskan hasil tanaman tersebut. Pengurusan perosak tanaman merupakan komponen penting dalam melindungi industri pertanian negara daripada serangan perosak tanaman yang boleh menjejaskan ekonomi negara. Pengurusan serangan perosak tanaman yang dilaksanakan perlu berpandukan akta dan peraturan sedia ada serta merujuk kepada prosedur dan piawaian antarabangsa iaitu International Standards for Phytosanitary Measures (ISPM). Kejadian serangan perosak tanaman boleh menjejaskan hasil pertanian dan ianya bukan sahaja disebabkan oleh perosak endemik tetapi juga oleh perosak eksotik yang dibawa masuk ke dalam negara secara sengaja atau tidak sengaja bersama-sama komoditi import, pergerakan manusia atau semasa aktiviti pengangkutan. Pengesanan awal perosak tanaman amat penting dalam memastikan langkah kawalan yang bersesuaian diambil segera untuk meminimumkan kerosakan dan seterusnya dapat mengurangkan kehilangan hasil pada tanaman. Pengurusan perosak tanaman yang efisien dan efektif memerlukan prosedur-prosedur operasi yang jelas dan terperinci supaya dapat dirujuk oleh semua yang terlibat. Penting semua petani membuat aktiviti pengawasan perosak tanaman (pest surveillance) adalah proses berterusan secara bersistematik yang dijalankan untuk mengumpul data, menganalisa dan mengintepretasi data perosak bagi tujuan perancangan, pelaksanaan dan penilaian aktiviti kawalan perosak. Maklumat serangan perosak perlu disampaikan dengan efisien kepada pegawai yang bertanggungjawab untuk pelaksanaan tindakan kawalan bersesuaian dengan segera.


Memang dilaporkan pakar dimana memnag ada b
anyak jenis serangga yang bermanfaat bagi kehidupan manusia dan diantaranya sebagai organisma yang menjadi agen proses pengkomposan sisa organik. Ada serangga juga yang dijadikan tarikan kepada industri pelancongan yang estetik termasuk jenis serangga seperti Rama-rama (Ada Taman Rama-rama), Kumbang yang berwarna earni (Ladybird) dan yang paling signifikan dalam industri pertanian adalah sebagai agen pendebungaan. Terdapat banyak jenis serangga yang menjalankan aktiviti pendebungaan sehingga tanaman mampu mengeluarkan buah selepas pendebungaan berlaku. Dalam industri tanaman kelapa sawit peranan agen pendebungaan iaitu Kumbang Pendebunga jenis Elaidobius kamerunicus yang berasal dari Afrika sudah lebih 40 tahun berada di Malaysia dan negara yang menanam kelapa sawit. Kumbang ini melakukan proses pendebungaan kepada jutaan hektar kelapa sawit sehinggakan mampu menghasilkan tandan buah yang banyak. Dalam industri tanaman durian pula peranan serangga Kupu-kupu yang norturnal (aktif malam) akan membantu mendebungakan bunga durian sehinga buah durian berjaya di hasilkan melalui aktiviti iaitu pendebungaan silang. Apa yang paling win dalan kepentingan serangga adalah bagaimana Lebah Madu (Apis mellifera, Apis dorsata dan Apis cerana) di ternak atau meliar mampu menghasilkan madu lebah asli dan produk lain berasaskan serangga lebah. Penulis blog adalah salah seorang pengajar dalam kurses lebah dan kelulut di Malaysia dahulu (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu di Malaysia kepentingan serangga Kelulut (Trigona itama, Trigona thoracica dan beberapa spesis lain) mampu menghasilkan madu kelulut yang mahal dipasaran. Dalam kes lain peranan serangga adalah sangat penting dalam menjaga keseimbangan ekologi di alam disebabkan serangga termasuk salah satu dari rantai makanan seperti haiwan jenis burung yang mana ia dilihat menjadikan serangga sebagai makanan utamanya. Namun jika jumlahnya tidak terkawal disebabkan tidak berlaku akan keseimbangan alam yang terganggu akibat berkurangnya pemangsa serangga kesannya adalah jumlah serangga akan tidak terkawal atau berkurang. Apa pun kehebatan serangga adalah ia mampu membiak dengan cepat dan banyak apabila habitat dan makanan disekelilingnya sesuai. Dalam pada itu buka pelik jika di beberapa negara tertentu menjadikan serangga sebagai makanan berkhasiat. Serangga yang tinggi kandungan protin dijadikan makanan yang unik. Penulis blog ingin kongsikan perihal makanan serangga. Makanan bagi  serangg bergantung pada jenis mulutnya sama ada jenis mulutnya ituu digunakan untuk Menusuk, Menghisap, Menggigit, Mengunyah atau Mencium. Dalam dunia serangga ada beberapa jenis makanan yang sering ditemukan, diantaranya adalah serangga jenis herbivor, karnivor dan ada juga omnivor. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HAIWAN SERANGGA...CEPAT BIAKNYA...
HAIWAN TERBANYAK...SELURUH DUNIA...
AGEN PEROSAK... TANAMAN ROSAKNYA...
BANYAK FAEDAH... MADU ASLI ANTARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Rabiulawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...