Paling penting adalah mengetahui dan memahami akan apakan dia kegunaan Daun Salam. Pada penulis blog yang ada menanam sepokok daun salam didepan rumah memang sudah biasa dengan pokonya (Sila lihat foto paling atas sekali). Sebenarnya daun salam popular bukan sahaja kerana aroma yang dibangkitkan di dalam masakan malahan ia juga dikatakan mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Daun salam mudah digunakan dalam pelbagai masakan kerana ia tidak mengubah rasa masakan melainkan menambah aroma sahaja. Jadi ia digunakan dalam pelbagai jenis masakan termasuk masakan jenis lemak, masak asam, tumis, kari, sup, nasi dan lain-lain jenis masakan. Jadi ia juga boleh dipadankan dengan bahan masakan seperti masakan ayam, daging, ikan dan sayuran. Apa pun dilihat penggunaan daun salam boleh disesuaikan dalam bentuk daun segar, daun kering mahupun serbuk daun salam yang telah dihancurkan dengan di kisar dahulu sebelum digunakan. Paling mudah adalah menyimpan daun salam kering yang tahan lama. Ini kerana lazimnya daun sakam ini cara penggunaannya ianya tidak dimakan bersama bahan makanan yang dimasak sebaliknya dikeluarkan sebelum makanan tersebut dihidangkan. Hasil kajian dilaporkan daun salam memang ia tidak memudaratkan sekiranya dimakan dimana didakwa yang pucuk muda daun salam juga biasa ia dijadikan ulaman yang dimakan bersama nasi. Apa pun selain digunakan untuk masakan dimana daun salam juga didakwa ia mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Ia digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan terutamanya masalah berkaitan pernafasan seperti selesema dan batuk. Dalam kes atau masalah berkaitan pencernaan dilaporkan ia juga dapat membantu proses penurunan berat badan. Lain-lain khasiat kesihatan termasuk membantu mengubati masalah darah tinggi, mengawal masaalah kencing manis, meredakan stress, mencegah penyakit batu karang, membantu untuk dapat menguatkan jantung dan pelbagai lagi khasiat kesihatan. Dari aspek lain memang mudah untuk menanam sendiri pokok daun salam dirumah. Pergi sahaja ke nurseri dimana selalu akan ada anakbenih pokok daun salam yang dijual atau beli secara on-line sahaja.
Dalam membuat lebih pemahaman lagi mengenai pokok daun salam sebaiknya di rujuk beberapa maklumat tambahan. Ada maklumat yang dakwa pokok daun salam yang dikenali dengan pelbagai nama dimana ada juga yang memanggilnya sebagai 'Pokok Serai Kayu' sebab ianya dikatakan daun yang dikeringkan berbau seperti serai tetapi dari pokok yang ada kayu. Ia dilaporkan mempunyai ciri seperti daun 'bayleaf' dari negara Mediterranean yang digunakan sebagai perisa dalam sos pasta atau pizza dimana daun salam ini juga selalunya ia digunakan sebagai menambahkan perisa dan aroma dalam pelbagai juadah tradisional negara di Malaysia seperti masak lemak lantas ianya juga dikenali sebagai Bayleaf Nusantara. Memang mudah menggunakan daun salam ini memadai dengan memasukkannya kedalam kuali semasa memasak setelah dibasuh bersih (Sila lihat foto disebelah). Cara orang memasak rendang di banyak negeri mesti memasukkan sekali beberapa helai daun salam untuk menambahkan keenakan rasa dan aroma rendang tersebut. Bagaimana pun dikalangan maysarakat dunia dilihat mereka sebenarnya lebih mengenali akan Daun Bayleaf dari negara Mediterranean sahaja kerana ia banyak digunakan didalam makanan mereka yang juga sudah mendunia sekarang dimana sahaja. Tetapi sebaiknya jangan pandang rendah dengan Daun salam di sini atau boleh juga dipanggil sebagai 'Bayleaf Nusantara' dengan ada pelbagai khasiat yang baik. Jenis ini sesuai tumbuh dan mudah didapati di kawasan tropika ini. Ia sesuai diambil kerana khasiatnya baik kepada pesakit yang ada masalah tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol dan berat badan. Cara mengambilnya juga mudah iaitu dengan membuat air rebusan sebagai minuman teh dimana diambil beberapa helai daun salam dan kemudian rebus dengan air sampai separuh dan suam panas boleh diminum. Boleh juga menggunakan daun segar atau daun yang telah dikeringkan. Dilaporkan dimana bagi sesiapa ada masalah urik asid juga boleh amalkan minum teh daun salam. Jika ada masalah cirit-birit pun boleh ikhtiar dengan rebus daun salam minum airnya. Paling terkini dilaporkan mereka yang ada ada masalah kulit gatal-gatal macam eczema maka diamalkan dengan cuba melumatkan daunnya dan tempek dekat tempat yang ada masalah kulit tersebut dan ianya boleh dirawat.
Dalam pada itu lebih baik mengenai beberapa jenis pokok daun salam dimana di Malaysia Pokok Salam ini dari jenis Syzygium polyanthum iaitu ia adalah adik beradik kepada buah-buahan nadir seperti jambu mawar (Syzygium jambos) dan jambu bol (Syzygium malaccense). Buahnya yang kecil-kecil mirip kepada jambu apabila ranum berwarna merah juga boleh dimakan dan manis rasanya. Apa yang banyak dibincangkan dimana persoalan timbul adalah apakah khasiat daun Salam kepada kesihatan. Khasiat dan kebaikan daun salam yang kandungan nutrisi dan kompaun sihat memang ada testimoni yang di tuliskan. Walaupun daun salam ini sering digunakana di dalam masakan namun ianya sering dibuang terlebih dulu dari makanan sebelum hidangan makanan tersebut dimakan. Kajian makmal menyatakan dimana kandungan nutrisi yang terdapat di dalam satu sudu kecil daun salam yang telah dihancurkan (0.6 gram) terdiri dari sebanyak 2kcal kalooti, 0.4g karbohiderat, 0g protin, 0g lemak dan juga ada komponen berkhasiat lain. Antara komponen adalah Flavanoid, Tannin, Eugenol, Asid sitrik, Alkaloid, Triterpenoid dan Minyak pati. Selain itu dilaporkan dimana ia turut mengandungi polifenol yang bersifat antioksidan. Apa pun sebenarnya kewujudan komponen minyak pati yang ada di dalamnya memberikan aroma dan bau bagi daun salam. Dalam beberapa laporn di dakwa ada 10 khasiat Daun Salam kepada kesihatan. Pertama adalah ia memperbaiki paras kolesterol darah. Kolesterol di dalam darah kita oleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kolesterol baik iaitu HDL dan kolesterol yang tidak baik iaitu LDL dan TG. Satu kajian telah dijalankan keatas sukarelawan yang sihat untuk mengkaji kesan pengambilan teh daun salam selama 10 hari ke atas paras kolesterol di dalam darah. Kajian ini mendapati bahawa pengambilan teh daun salam dapat meningkatkan paras HDL secara signifikan. Terdapat juga penurunan di dalam paras LDL dan TG namun penurunan ini adalah tidak signifikan. Namun begitu, lebih banyak kajian yang diperlukan untuk menyokong kajian ini. Kedua dimana daun salam mampu memperbaiki paras gula di dalam darah dimana masaalah diabetes atau dikenali sebagai kencing manis merupakan sejenis penyakit di mana paras gula di dalam darah menjadi tinggi dan melebihi paras normal. Satu kajian terhadap pesakit diabetes telah dijalankan untuk mengkaji kesan pemberian daun salam ke atas kesihatan pesakit diabetes. Kajian ini mendapati bahawa pemberian daun salam sebanyak 1, 2 dan 3g dapat menurunkan paras gula di dalam darah mereka. Kehebatan ketiga dimana daun salam mampu untuk memperbaiki luka dimana selalunya proses untuk penyembuhan luka merupakan salah satu proses yang akan dilakukan oleh tubuh badan kita ketika berlakunya luka untuk melindungi tubuh kita dari serangan mikroorganisma luar. Kajian telah dijalankan ke atas haiwan untuk mengkaji kesan pemberian ekstrak daun salam ke atas penyembuhan luka haiwan di dalam kajian. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak daun salam mempunyai potensi untuk memperbaiki luka walaupun kesan yang ditunjukkan hanyalah sederhana.
Seterusnya yang ke 4 adalah daun salam sesuai untuk rawatan cirit birit kerana ia dikatakan telah digunakan secara tradisional untuk merawat masalah cirit birit. Oleh itu untuk mengkaji hal ini, kajian telah dijalankan untuk melihat kesan ekstrak daun salam di kalangan haiwan. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak daun salam mempunyai sifat anti diarrhea (cirit-birit). Ke lima dimana daun salam mampu untuk ia mengurangkan paras enzim urease. Enzim urease merupakan sejenis enzim yang diperlukan oleh bakteria H. pylori untuk menghasilkan perlindungan daripada asid perut. Aktiviti enzim urease ini juga akan menyebabkan penghasilan batu karang. Daun salam merupakan antara tumbuhan herbal yang didapati dapat mengurangkan kadar aktivit enzim urease sekaligus dapat mencegah batu karang. Seterusnya ke enam dimana daun salam yang bersifat anti epilepsi iaitu sejenis gangguan pada saraf otak di mana ianya mengeluarkan isyarat yang tidak normal. Dikatakan minyak pati daun salam mempunyai sifat anti epilepsi kerana kandungan komponen seperti bahan methyleugenol, eugenol dan pinene yang terdapat di dalam minyak patinya. Namun begitu lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk menyokong kajian ini. Ke tujuh dimana daun salam mampu melindungi hati terutama bagi mereka yang mempunyai masalah hati, paras ALT, AST, ALP dan bilirubin akan menjadi sangat tinggi dan melebihi paras normal. Satu kajian terhadap haiwan telah dijalankan untuk mengkaji kesan pemberian esktrak metanol daun salam keatas kerosakan hati yang disebabkan oleh parasitamol. Apa pun dilaporkan pemberian ekstrak ini didapati dapat mengurangkan paras ALT, AST, ALP dan bilirubin. Hal ini menunjukkan bahawa daun salam berpotensi untuk mencegah kesan toksik yang dapat merosakkan hati. Ke 8 dimana daun salam yang bersifat anti bakteria sememangnya berkesan untuk mencegah aktiviti termasuk bakteris jenis Staphylococcus aureus. Ke 9 dimana daun salam mempunyai ciri bersifat anti radang atau anti inflamasi di mana ekstraknya ditemukan dapat menyekat penghasilah IL-6 dan ekspresi protein COX-2 dimana kandungan sesquiterpene di dalam ekstraknya juga merupakan komponen yang bertanggungjawab ke atas sifat ini. Akhir sekali dimana khasiat daun salam adalah ia mampu untuk melindungi perut. Hasil kajian terhadap haiwan telah dijalankan untuk mengkaji kesan biji pokok daun salam ke atas ulser perut di kalangan haiwan kajian yang mendapati bahawa pemberian ekstrak ini menghasilkan kesan ulserogenik (anti ulser) ke atas haiwan terbabit. Semuga artikel panjang ini mampu memberi penjelaskan beberapa fakta menarik mengenai daun salam untuk difahami pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ENAKANAN MAKANAN...SEMUA SAMA..
MUDAH DITANAM... SENANG DI GUNA...
MEMBACA ARTIKEL... MUDAH FAHAMNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Jamadilawal 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.