Support My Blog

Thursday, November 28, 2019

BUKO PIE DI FILIPINA - ENAKNYA!!

BUKO PIE atau didalam bahasa kita sebagai Pie Kelapa Muda (Cocos nucifera) adalah merupakan sejenis makanan kebanggaan negara Filipina yang popular dan berkhasiat. Walau pun makanan ini sudah menjadi makanan jenis pastri rasmi di Filipina akan tetapi direkodkan ia berasal daripada kawasan Laguna yang juga dinamalkan sebagai Pasalubong sahaja. Penulis blog yang beberapa kali berkursus di Los Banos dan bermesyuarat di Makati City memang sering mendapatkan buko pie  halal untuk menikmatinya. Terkini adalah lawatan teknologi penulis blog ke wilayah Bukidnon dan menginap di Cagayan de Oro, Misamis Oriental dimana berpeluang manikmati buko pie panas-panas di rumah pegawai kanan Muslim di sana (Sila lihat foto diatas sekali). Memang enak sekali hidangan buko pie yang keluar dari oven dirumahnya dinikmati seramai  4 orang ahli rombongan kami dan 4 ahli keluarga mereka. Filipina merupakan negara ke dua terluas menanam kelapa selepas Indonesia dengan pengeluaran sebanyak 13.8 juta metrik tan pada tahun 2018 daripada sebanyak 50.0 juta metrik tan  (sebanyak 23.4% pengeluaran kelapa dunia). Maka tidak hairanlah pada penulis blog mendapati makanan tradisional dan moden yang terdapat di negara tersebut banyak yang berasaskan kelapa atau Buko di negara tersebut. Makanan lain yang popular berasaskan kelapa seperti minuman air kelapa tua, minuman air kelapa muda, buko pie, minuman juice buko, santan kelapa dan sebagainya. Buko Pie adalah sejenis makanan yang menggunakan buah kelapa untuk dijadikan lapisan utama kuih tersebut didalamnya. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai makanan 'buko pie' yang enak dan lazat yang dimakan sebagai bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Buko Pie atau juga dipanggil sebagai 'Coconut Pie'  dibuat dengan isi buah kelapa muda (malauhog) dan tepung kastard yang didakwa merupakan speciality food dari Los Banos, Laguna dikepulauan Luzon. Penulis blog ada beberapa kali berkursus di UPLB (University of Los Banos), SEARCA Center dan IRRI (International Rice Research Institute) pada tahun 1990'an dan awal 2000 dimana ada menjumpai makanan ini. Sekali pandang Buko Pie ini sama dengan Pie Krim akan tetapi perbezaannya adalah ia diisi dengan isi putih buah kelapa (atau 'buko' dalam bahasa Tagalog). Isi kelapa ini akan disusun berlainan diantara satu buko pie dengan buko pie yang lain bergantung kepada pembuatnya. Ada juga jenis buko pie yang dicampurkan dengan susu pekat bersama isi kelapa bagi kenakan dan kemanisannya dirasakan. Pada penulis blog amat suka dengan sejenis buko pie yang menggunakan isi kelapa Macapuno (isi kelapa semacam jeli lembut) dimana ini merupakan satu buko pie paling enak. Anda boleh membaca mengenai kelapa Macapuno dalam artikel sebelum ini (Sila Klik Disini), (Sila klik disini) dan lain lagi. Walau pun asal usul buko pie ini hanya terdapat secara tradisional di Filipina masa dahulu akan tetapi kini ia elah dikomersilkan sehingga disejukbekukan dan dieksport keluar negara. Kepada pelancong juga mereka boleh membeli buko pie ini dibawa pulang sebagai buah tangan dan terkini buko pie pandan menjadi kegemaran ramai. Ada juga buko pie ditambah perisa dengan vanilla, almond dan essen dipasaran. 


Sejarah pembuatan Buko Pie ini bermula dari Kawasan Laguna di Filipina dimana satu keluarga dikenali dengan nama Pahud yang bekerja sebagai pembantu rumah di USA kembali ke Filipina untuk makan pie. Kemudian dia yang pernah bertugas di USA membuat pastri termasuk membuat pie telah mengusahakan kedai perusahaan pie dengan menggunakan inti pie tersebut dengan isi kelapa muda yang banyak dan mudah didapati di negara Flipina (Buko). Kini rangkaian buko pie yang diasaskan keluarga ini dinamakan sebagao Orient Buko Pie Bakeshop dan terkenal sebab keenakannya dan penerimaan penduduk tempatan. Selain dari buko pie, kemudian pie buatan bakeri ini berkembang kepada pineapple pie, tropical pie dan beberapa  jenis lagi. Dari segi nutrisi dilaporkan memang makanan buko pie amat berkhasiat dan tinggi kandungan kalori tenaga, lemak, karbohiderat, protin serta bahan mineral termasuk Kalsium (kelapa memang banyak K), Zat Besi, Niacin dan juga Asid Folate. Oleh kerana buko pie menggunakan bahan gula pasir dan juga susu pekat manis diiaporkan dimana memang kandungan kalori amat tinggi didalam makanan manisan ini. Makanan ini dianggap sebagai makanan mewah dikalangan penduduk tempatan dahulu akan tetapi kini sudah mudah dperolehi dimana-mana kedai bakeri di seluruh Filipina.


Membuat buko pie ini memerlukan dua peringkat iaitu membuat Kulit Pie (Buko Pie crust) dan juga Inti Pie (pie filling). Semasa berkunjung kerumah rakan yang membuat buko pie di Cagayan de Oro iaitu Hj Sultan dinyatakan kesenian ini penting untuk menghasilkan buko pie yang berkualiti (Sila lihat foto disebelah). Penyediaan kulit pie dan inti pie dilakukan berasingan dengan teliti dimanakulitnya dibuat daripada tepong, gula dan juga garam diadun dengan teliti dicampur dengan putih telur dan diadun sehingga menjadi dough. Adunan dough ini kemudian dimasukkan didalam peti sejuk menggunakan rolling pin semalaman atau sehingga sesuai untuk dimasak dan kemudian ianya disejukkan. Bagi menyediakan inti pie kelapa ini dipilih isi kelapa muda yang dikeluarkan dan di masukkan didalam bekas. Sebaiknya isi inti ini lembut dan berwarna putih krim yang akan dijadikan inti yang enak rasanya. Inti buko (kelapa) ini boleh disesuaikan dengan beberapa campuran lain yang diinginkan dan mengubah sedikit rasa asli buko pie. Inti ini akan dimasukkan didalam kulit buko tadi berlapis-lapis dan dipanaskan sehingga kulit atas diletakkan dan dipanaskan semula menjadi buko pie yang sedia untuk dihidangkan. Pada saya memakan buko pie masih suam panas paling enak kerana dapat dirasakan inti isi kelapa muda dan lemak kulit pie yang rangup. 


Bagaimana pun kita di Malaysia boleh membuat buko pie ini dengan resepi yang mudah didapati didalam buku resepi masakan atau melayari internet. Buko pie jini didapati didalam pelbagai bentuk dan saiz dan dijual dibeberapa bakeri terpilih yang mudah didapati di sekitar Lembah Kelang. Bagaimana pun bab akhir ini saya paparkan resepi membuat Buko Pie Filipina yang boleh dijadikan pandauan anda membuat sendiri buko pie. Bahan yang digunakan adalah untuk membuat Kulit Pie terdiri daripada 500 g tepung gandum protein bersaiz sedang, 200 g mentega tawar, 100 g gula pasir , 2 kuning telur ayam, 2 sudu makan air dan juga 50 ml minyak masak. Bagi menyediakan Komponen Inti Pie Buko disediakan bahan iaitu 1 liter air kelapa muda (buko), 200 ml susu kental manis, 150 g sdudu teh tepung Maizena, 4 helai daun pandan yang simpulkan dan juga 20 gram gula Melaka serta  400 gram isi atau daging kelapa muda. Cara membuatnya dimana bagi menyediakan pie ini disediakan loyang pie yang berukuran diameter 20 cm dan disapu dengan mentega.  Bagi sediakan kulit ppie maka diadun tepung dan bahan lain didalam bekas sehingga sebati dan kemudian dibuat kepal-kepal sesuai saiznya. pastikan adunan ini dibahagi kepada dua iaitu untuk kulit bawah (macam mangkik) dan juga kulit penutuop atasnya. Sebaiknya ketebalan kulit pie ini sekitar 0.5 cm sahaja dan elakan terlalu nipis atau terlalu tebal. Kemudian kulit bawah dimasukkan kedalam loyang dan ditekan agar terus melekat dan bagi mencantikkannya boleh dicucuk dengan garpu. Kemudian bagi menyediakan inti buko pie ini dipanaskan semua bahan hingga mengental di atas api kecil (kecuali kelapa muda) sehingga masak dan dimtutup api. Apabila inti telah sejuk dengan menggunakan sudu dimasukkan inti kedalam kulit pit didalam lotang tadi. Kemudian ditutup pula dengan kulit pie bahagian atas dan dirapatkan dibahagian tepi pie sehingga kemas. Kemudian ia dimasukkan kedalam ketuhar dnegan suhu dikawal pada kepanasan 180 Celcius selama 20 - 30 minit dan kemudian dikeluarkan untuk dihidangkan. Potong-potong seperti memotong kek dan boleh dinikmati semasa ia sedang suam panas. Memang enak sekali makanan buko pie yang dihidangkan kepada kami. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
NAMA BUKA PIE... BERASASKAN KELAPA...
MAKANAN ENAK.... DISEDIAKAN SAUDARA...
ISI KELAPA DITENGAH... KELAPA MUDA....
MEMANG ENAK... MAKAN DIFILIPINA PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Room 501, Chalet Xavier Spa and Sports Club,
Masterson Avenue,  Upper Balulang,
Cagayan de Oro City, Misamis Oriental,
Philipines. 
(22 RabiulAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...