TANAMAN GETAH (Hevea brazilliensis) di Malaysia merupakan industri yang penting selepas tanaman Kelapa Sawit. Sejarah getah di Malaysia bermula apabila pada tahun 1870an dimana sebanyak 70,000 biji benih dibawa dari Brazil. Ianya dibawa ke London dan bakinya dibawa ke Ceylon dan akhirnya ke Malaysia (pada ketika itu dikenali sebagai Malaya) serta kawasan Asia Tenggara. Penanaman pokok getah berkembang dengan pesat dimana sejumlah besar kawasan hutan ditebang untuk penanaman pokok getah. Keadaan ini berterusan sehingga menjadikan negara Malaysia sebagai diantara kawasan penanaman pokok getah terpenting di dunia. Industri getah memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Sumbangan yang tinggi dalam industri ini memberi kesan kepada perubahan landskap serta corak pertumbuhan ekonomi Malaysia. Meskipun begitu, selepas peralihan fokus ekonomi daripada sektor primer kepada orientasi eksport terutama dalam aktiviti pembuatan, transformasi struktural ini memberi kesan terhadap sektor pertanian termasuklah industri getah. Daripada menjadi pengeluar utama getah asli di dunia pada tahun 1970an sehingga 1980an, Malaysia telah kehilangan kedudukannya dan kalah kepada negara jiran yang turut merupakan pesaing iaitu Thailand dan juga Indonesia. Semenjak dari itu dilaporkan dimana tahap pengeluaran getah dilihat lebih kepada corak yang semakin berkurangan. Namun begitu aktiviti pengeluaran getah kekal sebagai salah satu komponen dalam ekonomi. Hasil dari perkembangan proses perindustrian maka pengeluaran getah mendapat peranan baru iaitu sebagai menawarkan bahan mentah untuk pengeluaran produk berasaskan getah serta kayu getah. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya akan kupas mengenai senario industri getah dalam negara dimasa akan datang dn juga beberapa fakta mengenai indusri getah negara untuk bahan bcaan dan rujukkan anda.
Secara ringkasnya, keluasan penanaman pokok getah telah berkurang sebanyak 28.1% daripada tahun 2000 hingga tahun 2010. Iaitu daripada 1.43 juta hektar kepada 1.03 juta hektar. Penurunan yang lebih signifikan dilihat dalam sektor ladang atau estet dengan pengurangan sebanyak 49.67 peratus menjadikan keluasan bagi tanaman getah ladang atau estet pada tahun 2010 pada paras 61,100 hektar berbanding pada tahun 2000 iaitu pada paras 123,780 hektar. Namun begitu masih tetap berlaku peningkatan eksport getah Malaysia iaitu sebanyak 22.54 peratus daripada 548,235 tan pada tahun 2000 kepada 707,793 tan pada tahun 2010 (Sumber: Lembaga Getah Malaysia, 2011). Penurunan keluasan penanaman pokok getah adalah disebabkan berlakunya minat yang tinggi dikalangan pekebun kecil dan estet terhadap sektor kelapa sawit yang dianggap memberi pulangan lumayan serta harga pasaran yang tinggi. Keadaan ini secara langsung memberi kesan keatas jumlah keluasan tanah sebelumnya ditanam dengan pokok getah telah beralih kepada aktiviti penanaman kelapa sawit apabila pokok getah mencapai tahap kematangan atau dikategorikan sebagai pokok tua.
Kajian ini menggunakan kaedah Delphi dimana kaedah ini pada asalnya dibangunkan dalam tahun 1950-an oleh RAND Corporation di Santa Monica, California. Pendekatan ini terdiri daripada kaji selidik yang dijalankan dalam dua atau lebih pusingan dan menyediakan peserta pada pusingan kedua dengan keputusan pertama supaya mereka boleh mengubah penilaian yang asal jika mereka mahu atau berpegang kepada pendapat mereka sebelumnya. Dalam borang kaji selidik yang dibuat tidak akan meletakkan nama peserta dan kebiasaanya kaedah ini dibuat berdasarkan kumpulan (Rowe et,1991 dan Hader,1995). Soal selidik ini adalah interaksi medium (Martino, 1983). Kaedah ini adalah amat berguna untuk membuat ramalan jangka panjang dalam 20 hingga 30 tahun kerana pendapat pakar akan diperoleh berdasarkan sumber maklumat sedia ada. Sementara itu, kesan komunikasi Delphi dalam kajian adalah diakui nilai prosesnya. Objektif umum kajian ini adalah untuk membina senario masa hadapan industri getah Malaysia dengan mengenalpasti road map dan pemacu utama. Hal ini penting untuk meneliti senario masa hadapan industri getah Malaysia pada 20 hingga 40 tahun akan datang bagi memastikan kebolehsaingan industri ini. Selain daripada itu, ia juga boleh dijadikan panduan kepada perancangan polisi jangka masa sederhana dan panjang dalam merangka strategi yang berguna dalam usaha pembangunan yang berterusan.
Bagi melihat lebih khusus mengenai dengan senario masa hadapan industri getah Malaysia adalah perlu untuk menganalisis pasaran getah dunia. Melihat bahawa berlaku peningkatan dalam permintaan antarabangsa yang berterusan telah memberi satu suntikan kepada industri getah terutama sekali industri huluan dalam usaha untuk menggembangkan lagi kawasan tanaman pokok getah bagi mendapat pulangan yang lebih besar. Dalam pada itu, bagi tujuan membina senario masa hadapan industri getah di Malaysia ini juga maka perlu untuk mengkaji cabaran sektor getah Malaysia. Hal ini penting kerana dengan dapat mengetahui mengenai dengan cabaran atau kekangan sektor ini maka sudah tentu dapat membawa kepada persiapan atau pendekatan yang perlu diambil untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut agar sektor getah di Malaysia dapat diperkembangkan pada masa hadapan. Selain daripada itu, kajian ini akan mampu utuk menganalisis strategi dan pemacu utama yang boleh membawa kepada kemajuan dan pembangunan industri getah pada masa hadapan. Dengan mengenalpasti road map bagi industri ini sudah tentu dapat memberi pelan tindakan yang perlu diambil pendekatan pada masa hadapan.
Rumusan kajian mendapati dimana Industri getah adalah merupakan salah satu industri yang telah menyumbang kepada ekonomi Malaysia selepas merdeka untuk negara terus membangun dan menuju ke arah merealisasikan matlamat untuk mencapai menjadi sektor pertanian sebagai tunggak pertumbuhan ketiga negara Malaysia. Untuk tujuan memenuhi hasrat tersebut kini industri ini perlu untuk mempertingkatkan kecekapan dan produktiviti sekali gud dapat merealisasikan penggunaan sumber, mengukuhkan asas ekonomi dan daya saingnya di pasaran domestik dan antarabangsa dunia dalam 40 tahun akan datang. Maka industri ini perlu berdaya menghadapi cabaran-cabaran industri demi membawa industri ini ke satu tahap yang lebih pesat dan maju. Sektor pertanian khususnya getah asli merupakan salah satu sektor yang membantu menjana sumber ekonomi Malaysia sejak di peringkat awal kemerdekaan lagi. Dalam tahun 1960 misalnya, sektor pertanian menyumbangkan kira-kira 38.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pembangunan sektor komoditi utama Malaysia berupaya memberi kesan yang besar keatas pencapaian ekonomi Malaysia dalam beberapa dekad yang lalu. Kesinambungan daripada itu, dan sehingga kini sektor ini terus dilihat dapat menyumbang kepada ekonomi Malaysia dalam bentuk sumbangan kepada pendapatan eksport dan GDP serta mewujudkan kepada peluang pekerjaan terutama sekali di kawasan luar bandar. Dalam pada itu juga sektor ini juga dilihat sebagai satu sektor yang menjadi penyokong kepada ekonomi negara ketika mengalami krisis ekonomi. Dengan mengambilkira peranan sektor getah asli didpati kajian ini ingin membina senario masa hadapan industri getah Malaysia dengan kaedah dan mengenalpasti road map dan pemacu utama industri ini untuk terus menjadi negara pengeluar utama getah asli dunia. Oleh itu bagi pencapaian industri getah dalam lingkungan tahun 2000 hingga tahun 2010 dan seterusnya maka cabaran yang dihadapi oleh industri ini akan dianalisis terutama berkenaan dengan pengurangan dalam jumlah kawasan, produktiviti yang rendah, penawaran getah asli domestik yang tidak mencukupi, ketidaktentuan dalam harga, pergantungan kepada buruh asing, tahap teknologi yang rendah, sokongan institusi dan infrastruktur serta isu-isu antarabangsa. Kaedah Delphi telah digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan pendapat daripada para pakar bagi persediaan untuk berhadapan dengan cabaran pada masa hadapan seterusnya bagi memastikan industri ini terus membangun. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK GETAH.... KURANG KELUASANNYA...
DITEBANG ... KELAPA SAWIT GANTIKANNYA...
THAILAND MAJU... BEGITU JUGA INDONESIA...
PELAN GETAH...KAJIAN SUDAH DIANALISA? ...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Jalan Istana, Air Keroh,
Persimpangan Bukit Beruang,
Melaka, Malaysia.
(10 Muhharam 1441H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.