SUSU FARM FRESH telah dihasilkan di kilang The Holstein Milk Company Sdn Bhd. di Muadzam Shah yang telah pun dirasmikan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dimana penulis blog juga turut hadir. Susu segar berjenama Farm Fresh yang mereka hasilkan kini adalah merupakan antara jenama susu yang menjadi pilihan ramai di negara kita. Ucapan syabas dan tahniah dari YB Menteri kepada syarika ini yang bermula dengan sekitar 20 ekor lembu yang diternak secara terpisah sejal lama dulu. Kini syarikat ini telah berjaya menjadi 'anchor company' dan melahirkan lebih 600 usahawan dari perniagaan ini yang rata-ratanya anak muda diseluruh negara dalam pengedaran susu segar berjenama ini. Pelancaran dan lawatan YB Menteri ini juga dilancarkan beberapa insentif yang akan diberikan kepada penternak kecil dan beberapa syarikat untuk meningkatkan lagi kapasiti mereka dan merancakkan lagi industri ini. Industri tenusu dinegara ini akan terus berkembang maju dimana pihak MOA akan terus memberi bantuan untuk semua pengusaha susu tempatan ini agar dapat mengecap kejayaan yang gemilang. Tinjauan lawatan ke ladang Tenusu terbesar milik Holstein Milk Sdn Bhd di Muadzam Shah, Rompin, Pahang amat bermakna kepada industri tenusu negara ini. Keperluan susu segar negara pada masa ini adalah sebanyak 67.1 juta liter dimana sebanyak 40.36 juta liter adalah susu segar keluaran dalam negara. Tahap SSL bagi susu segar negara sebanyak 61.44% pada tahun 2018. Ladang ini mempunyai sebanyak 3,019 ekor lembu dengan 1,082 ekor adalah sedang diperah susunya dengan teknologi moden. Syarikat ini juga sudah mewujudkan seramai 32 stokis dan 620 ‘home dealers’ bagi tujuan pemasaran susu keluaran mereka di mana mampu menjana pendapatan antara RM10,000 dan RM25,000 sebulan untuk stokis dan RM700 hingga RM5,000 sebulan bagi ‘home dealers’. Minum susu segar jenama 'Farm Fresh berkhasiat dan enak. Artikel malam ini didalam blog ''Anim Agro technology'' dipaparkan bebeberapa info mengenai susu segar dari ladang Holstein di muadam ini untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.
Kerajaan kini telah menyasarkan 100 peratus kadar sara diri (SSL) pengeluaran susu segar negara dalam tempoh lima tahun. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, SSL bagi susu segar di negara ini berada pada 61.44 peratus berdasarkan perangkaan ternakan 2018. Kini kadar permintaan susu segar di negara ini pada 2018 sebanyak 67.1 juta liter dan daripada jumlah itu hanya 40.36 juta liter adalah susu segar tempatan manakala selebihnya 26.74 juta liter diimport dari beberapa negara pengeluar termasuk Australia dan New Zealand. Kii daripada unjuran 100 peratus SSL susu segar mampu dicapai dalam tempoh sasaran berdasarkan usaha komprehensif kementerian iaitu Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pemain industri. Wujud keyakinan ini turut disandarkan kepada usaha kementerian mewujudkan Program Pembangunan Industri Tenusu Negara (projek rintis) iaitu inisiatif di bawah Sumber Kekayaan Baharu (SKB) yang sedang dilaksanakan bagi memperkasa dan meningkatkan industri tenusu negara. Beliau berkata demikian pada sidang medianya sempena lawatan kerja dan Majlis Perasmian Kilang Memproses Susu Syarikat The Holstein Milk Company Sdn Bhd.
Kadar insentif tersebut berjaya untuk disampaikan kepada semua penerima bantuan pada majlis tersebut. Kerajaan sebenarnya ingin melihat industri tenusu negara mampu berkembang berdasarkan prestasi ditunjukkan Syarikat The Holstein Milk Company di mana syarikat ini telah berjaya menghasilkan enam juta liter susu setahun melalui kilangnya di Lembah Tenusu Muadzam ini. Pada masa sama dilaporkan syarikat ini turut mewujudkan 32 stokis dan 620 home dealers bagi tujuan pemasaran sekali gus memberi peluang kepada usahawan menceburi bidang penjualan susu dengan meraih pendapatan lumayan dari RM10,000 hingga RM25,000 sebulan (stokis) dan RM700 hingga RM5,000 (home dealers). Sebenarnya pihak kementerian juga mengalu-alukan syarikat termasuk koperasi melabur dalam industri tenusu ini kerana potensinya cukup besar dan mampu berkembang. Selain itu pihak kementerian juga mencadangkan supaya susu segar keluaran tempatan dibekalkan ke sekolah-sekolah di bawah program bantuan makanan berkhasiat seperti mana dirancangkan berama dengan Kementerian Pendidikan.
Dimaklumkan dimana dengan adanya lima lembah tenusu di negara ini, ia dapat meningkatkan kemampuan proses pengeluaran daripada huluan, hiliran dan ‘midstream’. Kerajaan yakin dengan pelbagai perancangan yang kementerian lakukan seperti penjenamaan semula sistem lembu pawah dapat meningkatkan lagi pengeluaran produk tempatan. Kini selain Lembah Tenusu Muadzam terdapat beberapa lembah tenusu yang sedang dan akan dibangunkan berdasarkan peruntukan yang diluluskan kerajaan adalah, Lembah Tenusu Muallim dan Lembah Tenusu Larut-Matang-Selama (LMS) di Perak, Lembah Tenusu Ulu Bernam (Selangor) dan Lembah Tenusu Borneo (Sabah & Sarawak). Selain itu kementeriannya turut mencadangkan supaya kerajaan memilih susu sebagai minuman percuma dalam rancangan pemberian makanan dan minuman berkhasiat untuk murid. Dakwanya dalam mesyuarat Majlis Eksekutif Tindakan Ekonomi Negara minggu lalu, Kementerian Pendidikan merancang untuk memberikan produk makanan dan minuman berkhasiat kepada murid dan kita mencadangkan kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) supaya memilih susu segar tempatan. Bagaimanapun dimaklumkan idea terbabit masih belum diputuskan lagi. Kita akan memberi fokus kepada susu segar tempatan dan memastikan produk yang dibekalkan itu dijamin kesegarannya serta memenuhi kriteria supaya tidak timbul isu susu basi.
Menyentuh mengenai pengeluaran susu segar keluaran syarikat The Holstein Sdn Bhd, YB Menteri juga memaklumkan dimana syarikat terbabit mampu dalam menghasilkan kira-kira enam juta liter susu setahun membabitkan pengeluaran di Lembah Tenusu Muadzam. Syarikat ini sudah mewujudkan seramai 32 stokis dan 620 ‘home dealers’bagi tujuan pemasaran susu keluaran mereka di mana mampu menjana pendapatan antara RM10,000 dan RM25,000 sebulan untuk stokis dan RM700 hingga RM5,000 sebulan bagi ‘home dealers’,”. Dalam majlis terbabit juga, seramai 41 penternak di Lembah Tenusu Muadzam menerima insentif berupa lembu tenusu bunting serta peralatan berkaitan tenusu yang dianggarkan berjumlah RM119,000 setiap seorang dengan nilai keseluruhan sebanyak RM4.879 juta melalui kaedah pembiayaan nisbah 70:30 antara kerajaan dan penternak. Dari keterangan kini terdapat kira-kira 2,600 ekor lembu yang dipelihara di situ melibatkan pelbagai peringkat umur dengan kesemuanya adalah baka Australian Ferisian Sahiwal (AFS) iaitu kacukan baka Ferisian dan baka lembu tenusu Sahiwal dari Pakistan. Kompleks tenusu MSCRIC yang berkeluasan kira-kira 248 hektar itu menempatkan 12 buah kandang selain padang ragut dan sebuah kilang memproses produk tenusu di bawah jenama Farm Fresh yang merupakan anak syarikat Hosltein. Ladang berkenaan mampu menghasilkan kira-kira 18,000 liter susu segar yang diperah daripada 1,000 ekor lembu menerusi dua sesi perahan iaitu 5.50 pagi dan 5.30 petang. Pada satu-satu masa, sebanyak 72 ekor lembu akan dimasukkan ke kandang bagi tujuan perahan susu dan setiap seekor lembu akan mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja menggunakan bantuan mesin sepenuhnya. Semuga artikel ini memberi info bergun kpad pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SUSU SEGAR... FARM FRESH JENAMA...

DIMUADZM SHAH... LETAK KILANGNYA...
BANYAK PERASA...RAMAI YANG SUKA..
PALING ENAK... SUSU PERASA KURMA...
By,
M Anem,
Senior Agonomist,
Room 208, Villian Tong Hotel,
Bndar mMuadzam Shah, Rompin,
Pahang, Malaysia.
(8 Zulhijjah 1440H).
Posted from:
Gate 13 KLIA
Flight PR530 to Manila and Cagavan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.