IKAN GUPPY (Poecilia reticulata) adalah salah satu spesis ikan hiasan dalam air tawar yang paling popular di dunia kerana ia cantik dan amat mudah menyesuaikan diri. Ikan Guppy juga merupakan jenis ikan yang cepat membiak dan beranak-pinak dan tahan lasak. Di Malaysia kini ikan guppy (Gapi) telah menjadi ikan yang liar dimana ia telah banak didapati dalam parit-parit. Ikan ini telah menjadi komoditi ekspot yang penting bagi Malaysia dan Indonesia sebagai ikan dipanggil millionfish terutama di Negeri Johor untuk pasaran ke Eropah melalui Singapura, Amerika Syarikan dan Asia Timur. Pada tahun 2012 Malaysia telah mengekspot sebanyak lebih 775 juta ekor ikan hiasan yang bernilai RM192 juta terutama dari Negeri Johor. Malaysia menguasai 10% pasaran ikan hiasan didunia dibelakang Singapura. Ikan Guppy merupakan diantara jenis ikan yang diekspot dengan kuantiti yang banyak. Ikan gapi memang mudah dipelihara kerana ia mudah menyesuaikan dalam banyak keadaan dan kualiti air. Dari segi harga ia boleh di beli dengan harga agak murah berbanding dengan ikan jenis lain yang memang lebih tinggi harganya. Jenis ikan hiasan 'Guppy' memang amat banyak dan cantik. Ikan Gapi akan dikelompokkan mengikut bentuk atau ukuran ekornya (seperti short tail - untuk jenis ekor pendek, sword tail - untuk ekor panjang dan wide tail - untuk ekor lebar) dan warna serta coraknya. Dari pelbagai jenis-jenis inilah ikan gapi akan dibiakkan untuk tujuan mendapatkan varieti yang semakin menarik dengan warna lebih indah seperti jenis ribbon atau swallow. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi projek ikan hiasan jenis ikan Gapi untuk di kongsikan maklumat bersama.
Ikan Gupi merupakan adalah ikan dari keluarga Poecilidae yang berukuran kecil. Ikan jantan dan betina dewasa mudah dibezakan dari ukuran dan bentuk badannya dan juga dari warnanya (dimorfisme seksual). Panjang keseluruhan ikan betina di antara 4 - 6 cm dan bagi ikan jantan ia lebih kecil iaitu sekitar 2.5 - 3.5 cm. Ikan jantan lazimnya mempunyai warna-warni yang terang dan amat bermacam corak terutama pada ikan gapi jenis hibrid (Sila lihat foto sebelah). Ikan gupi liar selalu mempunyai warna yang sederhana walau pun jantannya tetap berwarna-warni dengan dua buah bintik hitam seperti mata di sisi badan. Bintik hitam ini satu berada di bawah sirip punggung dan yang lainnya di atas sirip dubur. Ikan Gupi liar betina pula mempunyai tubuh tambun dengan warna kekuningan dan kecoklatan dengan susunan sisik yang membentuk pola seperti jala dan perut buncit yang berwarna putih.
Ikan Gapi adalah ikan yang sangat produktif iaitu cepat membiak. Masa kehamilan ikan ini berkisar antara 21-30 hari sahaja (purata cuma 28 hari) dan ini bergantung pada suhu airnya. Suhu air yang paling sesuai untuk pembiakan adalah sekitar 27 °C (72 °F). Setelah bertelur, ikan gapi mengandungkan dan kemudian ia melahirkan anaknya (livebearers). Apabila ikan bertina tersenyawa, kawasan yang berwarna gelap di sekitar anus yang dikenali sebagai ‘tempat kehamilan’ (gravid spot) akan membesar dan bertambah gelap warnanya. Ketika hendak beranak, bintik-bintik mata anak-anak ikan dapat terlihat dari kulit perut induknya yang tipis dan seperti menonjol. Seekor induk gapi mampu melahirkan anak ikan antara 2 -100 ekor pada setiap kelahiran. Bagaimana pun kajian mendapati kebanyakan induk beranak diantara 5-30 ekor saja. Beberapa jam setelah bersalin maka ikan induk gapi telah siap untuk mengawan lagi. Setelah lahir, anak-anak gapi telah mampu hidup sendiri. Ia terus berenang dan mampu untuk mencari makanan serta menjauhi musuhnya. Anak-anak gapi ini umumnya akan terus bergabung dalam kumpulannya dan juga dengan ikan-ikan lain yang lebih besar. Ikan gapi yang telah dewasa sering makan anak ikan tersebut yang memang berukuran jauh lebih kecil. Ini sering berlaku jika kita letak dalam akuarium dan sebaiknya anak ikan tersebut perlu dipisahkan dari ikan-ikan dewasa. Anak ikan gapi cuma perlukan masa untuk dewasa dalam masa satu atau dua bulan sahaja. Ikan ini dengan cepat dapat melipat-gandakan jumlah populasi dalam masa singkat.
Dalam kita hendak mengetahui lebih lanjut mengenai sistem pembiakan ikan gapi, perlu dilihat yang sirip dubur pada ikan jantan mengalami perubahan menjadi gonopodium. Ia berberfungsi untuk mengeluarkan sperma yang akan masuk pada tubuh ikan betina. Gapi betina memiliki kemampuan untuk untuk menyimpan sperma, sehingga dapat hamil berulang kali dengan hanya satu kali kawin. Antara faktor menentukan kadar pembiakan yang cepat adalah kemampuannya untuk menyesuaikan hidup dengan pelbagai keadaan perairan, dengan pelbagai sumber makanan yang beragam. Analisis terhadap isi perut gapi yang hidup liar menunjukkan bahwa ikan ini akan makan zooplankton yang melimpah. Ikan gapi dikatakan sesuai hidup pada kualiti air dengan saliniti tinggi (air masin) sehingga 150% saliniti seperti air laut. Ikan gapi merupakan spesis ikan hiasan yang semakin popular dikalangan peminat ikan hiasan. Kini ikan gapi hibrid dengan pelbagai warna dan corak terang didapati amat diminati dan mempunyai harga yang baik. Walau pun ikan hiasan jenis gapi ini mempunyai jangkahayat hidup yang sederhana, industri ikan hiasan ini akan terus laku dipasaran. Kata Mr Lim daripada Kota Tinggi yang menternak ikan hiasan, ikan guppy memang pasti akan mati dan peminat ikan hiasan pasti akan dibeli oleh mereka bagi menggantikan ikan yang mati. Kerajaan melalui pendekatan High Impact Projek (HIP) ada menggalakkan industri ikan hiasan ini dijadikan pemacu ekonomi dalam sektor pertanian negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN GUPPY...ADUH CANTIKNYA...
CEPAT MEMBIAK...BANYAKNYA...
JENIS HIBRID...BAIK CORAKNYA...
ADA POTENSI...MENCEBURINYA...
By,
M Anem,
Senior Agrologist,
Pusat Ternakan Ikan Lim Seng,
Senior Agrologist,
Pusat Ternakan Ikan Lim Seng,
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(5 Rabiulakhir 1435H).
Posted from:
Room 203, A1 Express Hotel,
Cagayan de Oro,
Misamis Oriental,
Philipines.
Posted from:
Room 203, A1 Express Hotel,
Cagayan de Oro,
Misamis Oriental,
Philipines.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.