Support My Blog

Monday, November 18, 2019

RIZOM DAN AKAR LOTUS - APA KHASIATNYA

RIZOM DAN AKAR LOTUS (Nelumbium nelumbo Druce) merupakan satu produk tumbuhan terapung yang kini memang ada dijual dan dimakan terutamanya oleh masyarakat Cina dan ianya didakwa berkhasiat. Tanaman teratai atau lotus atau seroja adalah tanaman yang hidupnya di air dalam lokasi yang mempunyai berkelembapan tinggi,biasanya sering terdapat di kolam atau tasik. Tanaman teratai juga disukai kerana bunganya yang indah dengan warna yang cerah. Tanaman teratai berasal dari daratan Asia dan biasanya sering ditemui di kolam atau tumbuh liar di kawasan paya. Meskipun ada laporan dimana tanaman teratai seperti terapung di atas permukaan air akan sebenarnya akar teratai ini terletak di dalam air atau di dasar air itu sendiri. Daripada rujukkan FAO Statistic mendapati negara China merupakan paling luas menanam pokok lotus ini dengan keluasan menccah 300,000 hektar dimana penduduk China menggunakan lotus sebanyak 70% daripada penggunaan dunia. Semua bahagian tumbuhan ini daripada bahagian bunga, rizom, akar, daun dan bijinya boleh dimakan dan dianggap sebagai makanan berkhasiat. Antara yang ada dijual dipasar anda akan melihat rizom atau ada yang kata sebagai stolon teratai berwarna kuning putih ini dijual dimana ada yang sengaja disalut dengan tanah untuk kekelkan kesegarannya (Sila lihat foto paling atas). Ia dijual dalam bentuk segar dan lazimnya penggemar akan memasak sup dengan beberapa ingredient lain bagi menambah keenakan rasanya. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya kongsi info bersama anda mengenai khasiat dan kegunaan rizom teratai sebagai satu sumber rujukkan ilmu.


Selain dimanfaatkan sebagai tanaman hiasan penulis blog dapati tumbuhan teratai juga memiliki khasiat sebagai ubat-ubatan. Bahagian tanaman yang boleh dijadikan sebagai ubat herba adalah hampir kesemua bahagiannya seperti akar, daun sehingga kepada bahagian bijinya. Tanaman teratai memiliki akar yang berongga dan juga bahagian akarnya yang kukuh dalam air. Tanaman teratai kurang berkembang dengan baik kerana mempunyai bulu akar atau tudung akar. Akar disini lebih berfungsi sebagai pemegang atau fingsi sebagai penggenggam tanaman supaya ia boleh berdiri tegak. Tanaman teratai memiliki batang yang berguna untuk mengekalkan daun agar terapung di atas air disebabkan oleh sebahagian besar batang teratai memang ia berada di bawah permukaan air. Selain itu, batang teratai juga berfungsi untuk menyerap nutrient yang diperlukan oleh tanaman. Batang teratai mempunyai ruang udara besar sebagaimana tanaman air akuatik yang lain. Daun teratai bersifat bulat, lebar, nipis dan bahagian tepi daunnya bergerigi. Berbeza dengan bahagian batang, daunnya terapung di atas air. Hal ini kerana tangkai daun teratai cenderung untuk tumbuh menjalar. Permukaan daun teratai bewarna hijau, sedangkan permukaan bahagian bawah bewarna keunguan dan memiliki tulang daun besar serta tulang daun kecil. Daun teratai juga mempunyai lapisan yang berungsi untuk membersihkan diri dari kekotoran.


Dalam pada iitu teratai yang ditanam secara komersil biasanya bertujuan untuk dapatkan bunganya atau rizomnya. Petani akan memetik rizom dengan cara memotong dan mengeluarkan dari kolam (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog juga mendapati dimana bunga teratai terletak pada tangkai yang merupakan hasil daripada pertumbuhan rizom. Tangkai bunga teratai ini tumbuhnya tegak sehingga bunga teratai boleh muncul keluar daripada permukaan air. Bunga teratai memiliki peringkat warna yang berbeza seperti warna merah muda kemudian memutih pada bahagian atasnya. Teratai juga mempunyai kelopak bunga yang banyak dan berlapis. Kini ada kalangan orang tempatan yang tidak tahu dimana akar teratai boleh dijadikan hidangan bersama lauk yang lain. Ini kerana bagi kebanyakan masyarakat Cina, sup teratai adalah menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga. Antaranya ialah sup ubi teratai yang ia enak dinikmati ketika panas. Bagi kepercayaan Cina dimana kandungan serat pada ubi teratai melambangkan keakraban ikatan kekeluargaan yang tidak akan terputus, sekali gus mengeratkan perhubungan. Sementara didalam perubatan tradisional Cina lazimnya biji teratai yang rasanya manis dikatakan dan dapat memberi manfaat pada jantung, limpa, buah pinggang, mencegah insomnia dan menenangkan saraf. Air rebusan biji teratai lazimnya, diminum untuk merawat cirit-birit dan penyakit keputihan. Ia juga dikatakan boleh meningkatkan selera makan. Dipercayai dimana biji teratai yang mengandungi enzim antipenuaan dan kini penyelidik mencari jalan untuk menggunakan biji teratai dalam produk antipenuaan untuk kosmetik masa kini.


Tumbuhan Teratai merupakan tanaman akuatik yang tumbuh di lumpur pada kolam yang cetek dikolam, tasek atau kawasan paya. Di negara China teratai merupakan bahan makanan yang mana ia popular dipercayai memberikan khasiat baik untuk kesihatan. Salah satu bahagian teratai yang kaya akan kandungan zat berkhasiat adalah adalah akar teratai dan rizom teratai. Akar teratai mengandungi bahan SERAT (fiber) dimana dilaporkan akar teratai sangat tinggi akan kandungan serat di dalamnya. Nutrisi ini sangat membantu untuk mengurangkan kandungan gula, kolesterol dan ia didakwa mampu mencegah sembelit atau buasir. Kandungan bahan Vitamin C dalam akar teratai juga tinggi  vitamin C dimana vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan bahan kolagen yang menjaga kesihatan pembuluh darah dan tulang. Selain itu didakwa vitamin C mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh, melindungi dari serangan infeksi virus serta mencegah kanser. Bahan lain iaitu Vitamin B kompleks yang terkandung di dalam akar teratai memiliki beberapa manfaat kesihatan. Antaranya adalah seperti mengurangkan risiko serangan jantung, meningkatkan gairah, mencegah stres dan merawat sakit kepala. Akar teratai juga menganndungi bahan mineral seperti Tembaga (Cu), Besi (Fe), Kalium (K), Zink (Zn), Magnesium (Mg)dan Manganese (Mn). Semua mineral ini sangat penting dalam menghasilkan sel darah merah, meningkatkan fungsi otot dan saraf serta keluarkan enzim dan membantu dalam sistem pencernaan.


Mungkin ramai dikalangan pembaca tidak pernah pun makan komponen dari tumbuhan teratai ini termasuk penulis blog. Bagaimana pun sebelum menulis blog ini sudah membeli dan makan sup rizam teratai buatan sendiri dirumah (Sila lihat foto disebelah). Memang rasanya biasa sahaja tetapi jika diambil semasa panas dengan nasi memang enak juga. Akar taratai atau rizom ini didakwa juga mempunyai keseimbangan elektrolit antara Sodium (Na) dan Potasium (P) dengan perbandingan iaitu kadar 1:4. Sodium bermanfaat untuk memberikan rasa pada akar teratai sementara potasium bermanfaat untuk mengatur tekanan darah dan degupan jantung. Akar teratai ini juga sering digunakan oleh perubatan tradisional China untuk tujuan merawat beberapa penyakit seperti bengok, cirit birit, pendarahan dan sebagainya. Memang bagi kebanyakan masyarakat Cina makanan sup akar teratai akan menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga. Apa pun memang cara hidangan sup ubi teratai adalah enak dinikmati ketika panas. Pada penulsi blog tumbuhan teratai merupakan tumbuhan akuatik yang unik. Kuntuman bunganya mekar dan ia akan mempesonakan jika berada diatas kolam. Dari segi mitos dilaporkan bunga ini dikatakan menghidupkan suasana romantik khususnya kepada pasangan bercinta atau pun ia didakwa melambangkan kesucian dua jiwa. Dalam perubatan tradisional Cina didakwa dimana biji teratai yang rasanya manis dapat memberi manfaat pada jantung, limpa, buah pinggang, mencegah insomnia dan menenangkan saraf.


Dipercayai air rebusan biji teratai lazimnya, diminum untuk merawat cirit-birit dan penyakit keputihan. Ia juga dikatakan boleh meningkatkan selera makan. Biji teratai yang mengandungi enzim fungsi antipenuaan dan kini saintis mencari jalan untuk menggunakan biji teratai dalam produk antipenuaan untuk kosmetik masa kini. Memang sajian ini mudah disediakan serta enak dan paling penting melambangkan kerinduan terhadap keluarga. Selain tidak memerlukan banyak bahan didakwa sajian kaya dengan khasiat. Sup ubi teratai melambangkan kerinduan kepada keluarga, kemesraan dan kasih sayang dan menyajikan hidangan sihat untuk seisi keluarga orang di China. Mengikut kepercayaan Cina hidangan serat pada ubi teratai melambangkan keakraban ikatan kekeluargaan yang tidak akan terputus, sekali gus mengeratkan perhubungan. Bagi memasak makanan sihat sebaiknya ia disediakan dengan  tidak mengandungi perasa. Didakwa dimana suo teratai ini memang kaya dengan khasiat, menyejukkan badan dan mudah disediakan tanpa bahan yang rumit. 


Bagi menyediakan sup teratai bahan diprlukan adalah 200gram (g) ayam, 10g kurma merah perlu direndam, 100g Ji zi (herba Cina) mesti direndam, 5g gula perang dan juga sedikit garam. Cara memasak atau menyediakannya dimulakan dengan menghiris buah teratai dan juga menghiris nipis ubi teratai. Pada masa sama sebaiknya ayam dipotong bersaiz sederhana dengan anggaran untuk empat orang makan. Kemdian dimasukkan teratai yang dihiris ke dalam double boiler yang sudah dipanaskan. Langkah seterusnya dengan memasukkan ayam yang dihiris ke dalam double boiler dan perlu ditutup penutup double boiler). Kemudian ditambahkan empat mangkuk kecil air hingga melepasi bahan-bahan yang ingin dikukus. Tetapkan masa untuk mengukus bahan untuk sup teratai dimana dicadangkan adalah dua jam 30 minit. Selepas hampir masak sebaiknya ditambahkan kurma dan ji zi untuk memberikan rasa herba semulajadi dimana kemudian ia tambah gula perang. Sebaiknya buah kurma tidak tidak dimasukkan terlalu awal bagi mengelakkan kuah sup menjadi masam. Sup ini sudah sedia dihidangkan untuk dimakan ketika masih panas suam lagi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology. Wasallam!!!...
AKAR TERATAI... DIJADIKAN MAKANAN...
SUP TERATAI... PANAS DIHIDANGKAN...
AMAT BERKHASIAT... BAGI RAWATAN...
ANDA MENCUBA... UNTUK KESIHATAN...

By,
M Anem,
Senior Agronoommist,
Room 1016, Junior Suite Room,
Hotel Bayview, Georgetown,
Pulau Pinang, 
Malaysia.
(25 Muharam 1441H).
 Posted from:
Room 103, A1Express Hotel,
Cagavan de Oro,  M. Oriental,
Mindanao, Philipiines.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...