Support My Blog

Saturday, November 30, 2019

EKSPORT NANAS - GUNA PESAWAT KARGO

EKSPORT NANAS KE CHINA DENGAN PESAWAT KARGO?.   Itu merupakan satu kejayaan yang patut dibanggakan dan dijadikan sebagai pemangkin kepada industri nanas dan buah-buahan dari Malaysia untuk ianya memasukki pasaran China. Malaysia mendapat kelulusan daripada negara China untuk membawa buah Durian Segar (Durio zibethinus) terutama untuk varieti Musang King atau nombor daftarnya D197 atau nama lain asal varieti ini adalah Durian Raja Kunyit. Selain durian kelulusan mengeksport ke China adalah buah Nanas Segar (Ananas comosus) juga diluluskan pada 2017 terutama untuk nanas MD2 dari Malaysia. Kaedah untuk penghantaran buah nanas segar selama ini menggunakan kapal laut dimana mengambil masa agak lama (7-9 hari) untuk didagangkan di China melalui hanya 3 pelabuhan yang diluluskan sahaja. Bagaimana pun pengeksportan nanas MD2 dari Malaysia semenjak 2017 agak kurang memberangsangkan dan tidak dapat menepati permintaan tinggi dari China dimana ini adalah disebabkan oleh beberapa faktur. Antaranya kerana bekalan nanas MD2 yang tidak konsistent, kualiti buah nanas MD2 yang masih perlu diperbaiki, kos rawatan dengan gas yang agak mahal (ikut syarat asas SOP Negara China), pesaingan nanas MD2 dari Filipina ( iaitu harga murah, dekat dengan China dan bekalan buah segar konsistent oleh Dole ) dan juga kos pengangkutan serta risiko kerosakan masih tinggi didalam kontena. Penulis blog amat teruja apabila satu Majlis perlepasan eksport nanas MD2 pertama melalui pesawat kargo dari Kuala Lumpur ke Zhengzhou China pada 27 November 2019 yag disempurnakan oleh YB Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertempat di Kompleks Kargo KLIA Sepang. Artikel petang Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis menganai pelancaran mengeksport buah nanas MD2 ke China menggunakan pesawat kargo yang kemuidan ia akan merealisasikan pasaran buah-buahan tempatan. Penulis yang juga pernah menjawat sebagai Ketua Pengarah LPNM merasai ini satu kejayaan terbaik dicapai.


Pengeksportan ini dilaksanakan oleh Syarikat Linghang International (M) Sdn Bhd (LHM) dengan kapasiti 22 tan buah nanas segar MD2 (jumlah tersebut dikira kasar adalah bersamaan dengan keluasan dan tuaian untuk 1 ekar pengeluaran ladang nanas) ke dalam pesawat kargo SF Express, Boeing 757 200F (Sila lihat foto disebelah). Daripada penerangan pihak terlibat, ia adalah berikutan permintaan yang tinggi buah durian dan buah nanas dari Malaysia ke negara China. Kini Syarikat LHM telah menyasarkan untuk mengeksport kerana mereka memerlukan buah-buahan tropika yang eksotik dan berkualiti termasuk buah nanas MD2 sebanyak 2,000 tan setahun (3 kali penerbangan seminggu) dengan nilai RM12 juta. Ini memerlukan keluasan penanaman seluas 91 hektar (bersamaan 225 ekar setahun) dengan jumlah permintaan sedia ada dimana ianya akan meningkat lagi. Walau pun statistik yang enulis blog rujuk menyatakan dimana jumlah permintaan nanas negara China adalah sebanyak 6% daripada 27 juta metrik tan pengeluaran nanas dunia iaitu sebanyak 1.6 juta metrik tan. Dilaporkan dimana dari tahun 2017 sehingga kini, Malaysia hanya mengeksport sebanyak 726 metrik tan nanas MD2 ke China dengan nilai RM3.1 juta sahaja dimana rekod menunjukkan kebanyakannya adalah melalui pengangkutan laut sahaja.


Dalam sidang akhbar tersebut dimana YB  Sim Tze Tzin, Menteri Pertanian diiringi oleh Pengerusi LPNM menyatakan negara telah mensasarkan nilai eksport nanas RM350 juta pada tahun 2019 (Sila lihat foto disebelah).  Menurutnya lagi  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah pun menyasarkan nilai eksport nanas sebanyak RM350 juta sehingga hujung tahun 2019. Apa yang dijelaskan adalah sasaran dikaji semula akibat dari susulan rekod nilai eksport sebanyak RM343 juta tahun 2019 yang menunjukkan terdapat perkembangan pengeksportan nanas MD2 terutamanya memberangsangkan dalam industri nanas. Beliau dakwa dimana industri nanas negara dijangka berkembang dengan kadar pertumbuhan tahunan lima (5) peratus berasaskan kepada arah aliran yang semakin meningkat dan penerimaan nanas. LPNM juga telah pun menjangkakan sasaran tahun ini direkodkan bersama nilai pengeluaran nanas sebanyak RM530 juta dengan jumlah membabitkan 400,000 tan. Nilai pengeluaran nanas menunjukkan perkembangan positif sejajar dengan kadar permintaan domestik dan asing apabila berlakunya tahap peningkatan tahun ini berbanding tahun lalu iaitu RM502 juta, maka sebab itulah kita jangka ia meningkat kepada RM530 juta. Kini diantara negara pengimport utama produk nanas tempatan adalah Singapura, Jepun, Hong Kong, China, Timur Tengah dan Eropah. Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan penerbangan sewa khas nanas ke Zhengzhou, China di Terminal Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Pesawat Kargo ini daripada China mengutamakan untuk membawa buah durian dimusim durian akan tetapi pada masa durian tidak ada akan membawa buah nanas segar terus ke negara China. Tze Tzin dakwa kini jumlah pengeluaran nanas dunia ialah 27 juta tan manakala permintaan dari China adalah enam peratus yang bersamaan 1.6 juta tan. Dari rekod LPNM didapati dimana jumlah eksport nanas segar negara sebanyak 726 tan membabitkan nilai RM3.1 juta dari akhir 2017 sehingga November tahun 2019. Dalam pada itu didapati juga ia  menunjukkan China mempunyai permintaan yang besar bagi produk nanas dan pastinya Malaysia boleh menawarkan produk pertanian berkualiti seperti nanas kerana keupayaan dan memandangkan iklim yang baik dan tanah yang subur. Penulis blog setuju dengan pendapat TYBM ini dimana ada kepercayaan jika kerjasama di antara Malaysia dan China dapat untuk terus diperkukuhkan kerana peluang untuk eksport produk buah-buahan dan makanan Malaysia yang sangat disukai oleh rakyat China. Penulis blog mengikuti rombongan menteri ke Promosi Buah-buahan Malaysia di Nanning dan mendapati memang benar orang negara China memang suka durian, nanas dan nangka dari Malaysia. Anda boleh baca srtikel tersebut (Sila klik disini) dan (Sila klik disini) untuk membacanya. Dilaporkan usahawan di Malaysia amat menghargai usaha Linghang International (M) Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan berkaitan nanas apabila mengeksport sekurang-kurangnya 2,000 tan nanas setahun yang bernilai sebanyak RM12 juta. Adalah dijangka dimana perniagaan terbabit diyakini akan meningkatkan dan mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dan China. Penulis blog menyokong penuh usaha mengeksport nanas segar dan durian segar menggunakan pesawat karga yang memerlukan komitment tinggi darpada semua pihak termasuk penanam, pengeksport dan pengguna. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!..

BUAH NANAS... DURIAN PUN SAMA...
NAIK KAPALTERBANG... SUDAH ADA...
SATU PELUANG ... UNTUK SEMUANYA...
MENANAM NANAS.. PERLU DI USAHA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(2 RabiulAkhir 1441H).

Friday, November 29, 2019

FAKTA TENTANG CEKUR

FAKTA TENTANG CEKUR (Kaempferia gigantica) atau dalam bahasa saya dikampong sebagai 'Kencur' memang merupakan sejenis herba yang tidak berbatang (Sila lihat foto diatas). Memang berbeza diantara Cekur dengan Cekur manis (Sauropus androgynus) yang mana keduanya adalah jenis sayur dan ulaman.Penulis blog banyak menulis artikel mengenai cekur dan cekur manis. Cekur mempunyai tunas pucuk yang tumbuh daripada batang rizomnya yang mana rizom berada dalam tanah dan hanya daunnya berwarna hijau berada diatas tanah. Bergantung kepada penjagaan dan kesuburan biasanya setiap rumpun mempunyai diantara 3 - 8 helai daun yang tebal dan lebar yang berbentuk bujur telur. Penulis dapati dalam masa 2 bulan sahaja rizom ditanam didalam pasu yang media cocopeat atau tanah campuran sudah cukup besar. Baja organik yang diberikan memberikan tahap kesuburan terbaik kepada tanaman cekur. Pokok yang cukup tua sering mengeluarkan bunga berwarna putih yang mekar dalam masa singkat sahaja. Cekur segar ada dijual dipasar biasa, pasar tani dan juga pasar malam dikawasan tertentu terutama dimana ramau suku kaum Jawa tinddal dimana mereka memanggilnya sebagai 'Kencur' sahaja. Pada penulis blog apa yang istimewa mengenai cekur ini adalah daun dan rizomnya yang mempunyai aroma yang lembut serta berkhasiat. Bau cekur ini amat berlainan dengan bau rizom daripada halia, kunyit atau lengkuas atau keluarga Zingiferaceae yang lain. Di Malaysia tiadak ada rekod rasmi mengenai keluasan penanaman cekur yang dianggap sebagai ulaman ini. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa fakta mengenai tanaman cekur, khasiatnya dan juga perawatan yang mungkin sesuai untuk rujukkan anda.


Nama lain Celur adalah seperti  Cekur Hijau, Cengkur, Kencur dan beberapa lagi. Dalam bahasa Inggeris namanya adalah Aromatic Ginger, Sand Ginger, Cutchery, Resurection Lily dimana bahagian yang dimakan adalah daun dan rizomnya.  Cekur merupakan sejenis tumbuhan herba yang kecil dengan ada 3-7 helai daun leper berada diatas permukaan tanah dimana ia akan tumbuh padat didalam pasu (Sila lihat foto disebelah).  Sesuai juga ditanam diatas batas tanaman dengan memerlukan cahaya matahari yang banyak dan baja serta air mencukupi. Rizomnya dan akarnya berada didalam tanah selalunya akan dituai bersama seluruh daunnya. Nahagian akar putih juga boleh digunakan didalam ramuan makanan. Penulis blog sering mencari rizom cekur dipasar seperti Pasar Besar Bantinng yang dijual dengan harga diantara RM8 - RM12 sekilogram (segar) dan selonggok RM3- RM5 selonggok (yang agak kering). Dari segi kegunaan memang berlainan bergantung kepada resepi makanan yang diminati menggunakan cekur tetapi dikalangan masyarakat jawa paling enak dibuat 'Pecel lele' atau sambal pecel.


Cekur adalah tumbuhan yang berkhasiat dimana dilaporkan  mengandungi bahan Cineol, Borneol, 3-carene, camphene, kaempherol, kaempferide , cinammaldehyde, asid p-methoxycinnamic,   ethyl cinnamate dan ethyl p-methoxycinnamic. Walau pun saintis menyebut bahan kimia kandungan didalam cekur in jarang didengar akan tetapi kajian makmal menemuinya. Bagaimana pun setelah dibuat pecel ikan keli atau pecel ayam bakar atau pecel ikan pari bakar dan sudah dicampur dengan santan, halia, garam dan asam jawa serta cili api semuanya menjadi sedap belaka (Sila lihat foto disebelah. Lauk pecel ini memeng enak dimakan dengan nasi putih pada waktu tengahari atau ada kalanya masyarakat Jawa membuat kenduri dengan lauk yang enak ini.Rizom adalah bahagian paling sesuai digunakan didalam makanan dan daunnya pula akan dihiris dijadikan hiasan. Dalam kuah pecel sayur dan rojak jawa sering dimasukan cekur ini.  Memang banyak jenis resepi masakan jawa yang berasaskan cekur atau kencur ini dan kurang pada masyakrakat Melayu Biasa. 


Dari segi khasiat dan untuk perubatan dikalangan Masyarakat Melayu dahulu daun dan rizom cekur ada digunakan didalam mengatasi masaalah malaria dan resdung. Dalam pada itu dikalangan orang Cina memang ada juga menggunakan cekur didalam kaedah perubatan cara tradisional mereka. Mereka yang ada masaalah sakit gigi, menghilangkan masaalah kelumumur dan membunuh kutu dikepala mereka akan menggunakan cekur yang dijadikan ubat. Begitu juga cekur dilaporkan ada diguna untuk merawat masaalah membuang angin dalam perut (lepas makan cekur akan buang angin dengan signifikan), mengatasi masaalah sembelit dan juga menambah selera makan. Dalam perusahaan membuat param digunakan cekur ini sebagai salah satu bahan enting yang dijadikan ramuannya. Param adalah bahan yang digunakan didalam perubatan tradisional yang disapukan pada bahagian tertentu agar awet muda, kulit yang liicin, mengeluarkan angin badan dan juga untuk bentuk badan menarik atau langsing. Air rebusn cekur yang diminum mampu merawat ibu selepas bersalin, sakit kepala, mual hendak muntah dan juga masaalah gastrik. Daunnya pul ajika diluumatkan dan ditampal pada kerongkong boleh atasi masalah kerengsaan kerongkong dan hilangkan batuk. Paling terkini dimana ekstrak rizom cekur didapati boleh digunakan untuk membunuh nyamuk Culex quinquefasciatus dan jug membunuh nyamuk Aedes aegypati yang membawa penyakit merbahaya kepada manusia. Fakta tentang cekur ini membolehkan tanaman ini diperbanyakan tanamannya agar banyak orang dapat faedahnya. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
 MENANAM CEKUR ... MUDAH SAHAJA...
RIZOM DI BELI... DALAM PASU TANAMNYA...
MUDAH HIDUP... PETIK BILA PPERLUNYA...
BANYAK KHASIAT... MAKANLAH SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(24 Safar 1441H).

Thursday, November 28, 2019

BUKO PIE DI FILIPINA - ENAKNYA!!

BUKO PIE atau didalam bahasa kita sebagai Pie Kelapa Muda (Cocos nucifera) adalah merupakan sejenis makanan kebanggaan negara Filipina yang popular dan berkhasiat. Walau pun makanan ini sudah menjadi makanan jenis pastri rasmi di Filipina akan tetapi direkodkan ia berasal daripada kawasan Laguna yang juga dinamalkan sebagai Pasalubong sahaja. Penulis blog yang beberapa kali berkursus di Los Banos dan bermesyuarat di Makati City memang sering mendapatkan buko pie  halal untuk menikmatinya. Terkini adalah lawatan teknologi penulis blog ke wilayah Bukidnon dan menginap di Cagayan de Oro, Misamis Oriental dimana berpeluang manikmati buko pie panas-panas di rumah pegawai kanan Muslim di sana (Sila lihat foto diatas sekali). Memang enak sekali hidangan buko pie yang keluar dari oven dirumahnya dinikmati seramai  4 orang ahli rombongan kami dan 4 ahli keluarga mereka. Filipina merupakan negara ke dua terluas menanam kelapa selepas Indonesia dengan pengeluaran sebanyak 13.8 juta metrik tan pada tahun 2018 daripada sebanyak 50.0 juta metrik tan  (sebanyak 23.4% pengeluaran kelapa dunia). Maka tidak hairanlah pada penulis blog mendapati makanan tradisional dan moden yang terdapat di negara tersebut banyak yang berasaskan kelapa atau Buko di negara tersebut. Makanan lain yang popular berasaskan kelapa seperti minuman air kelapa tua, minuman air kelapa muda, buko pie, minuman juice buko, santan kelapa dan sebagainya. Buko Pie adalah sejenis makanan yang menggunakan buah kelapa untuk dijadikan lapisan utama kuih tersebut didalamnya. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai makanan 'buko pie' yang enak dan lazat yang dimakan sebagai bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Buko Pie atau juga dipanggil sebagai 'Coconut Pie'  dibuat dengan isi buah kelapa muda (malauhog) dan tepung kastard yang didakwa merupakan speciality food dari Los Banos, Laguna dikepulauan Luzon. Penulis blog ada beberapa kali berkursus di UPLB (University of Los Banos), SEARCA Center dan IRRI (International Rice Research Institute) pada tahun 1990'an dan awal 2000 dimana ada menjumpai makanan ini. Sekali pandang Buko Pie ini sama dengan Pie Krim akan tetapi perbezaannya adalah ia diisi dengan isi putih buah kelapa (atau 'buko' dalam bahasa Tagalog). Isi kelapa ini akan disusun berlainan diantara satu buko pie dengan buko pie yang lain bergantung kepada pembuatnya. Ada juga jenis buko pie yang dicampurkan dengan susu pekat bersama isi kelapa bagi kenakan dan kemanisannya dirasakan. Pada penulis blog amat suka dengan sejenis buko pie yang menggunakan isi kelapa Macapuno (isi kelapa semacam jeli lembut) dimana ini merupakan satu buko pie paling enak. Anda boleh membaca mengenai kelapa Macapuno dalam artikel sebelum ini (Sila Klik Disini), (Sila klik disini) dan lain lagi. Walau pun asal usul buko pie ini hanya terdapat secara tradisional di Filipina masa dahulu akan tetapi kini ia elah dikomersilkan sehingga disejukbekukan dan dieksport keluar negara. Kepada pelancong juga mereka boleh membeli buko pie ini dibawa pulang sebagai buah tangan dan terkini buko pie pandan menjadi kegemaran ramai. Ada juga buko pie ditambah perisa dengan vanilla, almond dan essen dipasaran. 


Sejarah pembuatan Buko Pie ini bermula dari Kawasan Laguna di Filipina dimana satu keluarga dikenali dengan nama Pahud yang bekerja sebagai pembantu rumah di USA kembali ke Filipina untuk makan pie. Kemudian dia yang pernah bertugas di USA membuat pastri termasuk membuat pie telah mengusahakan kedai perusahaan pie dengan menggunakan inti pie tersebut dengan isi kelapa muda yang banyak dan mudah didapati di negara Flipina (Buko). Kini rangkaian buko pie yang diasaskan keluarga ini dinamakan sebagao Orient Buko Pie Bakeshop dan terkenal sebab keenakannya dan penerimaan penduduk tempatan. Selain dari buko pie, kemudian pie buatan bakeri ini berkembang kepada pineapple pie, tropical pie dan beberapa  jenis lagi. Dari segi nutrisi dilaporkan memang makanan buko pie amat berkhasiat dan tinggi kandungan kalori tenaga, lemak, karbohiderat, protin serta bahan mineral termasuk Kalsium (kelapa memang banyak K), Zat Besi, Niacin dan juga Asid Folate. Oleh kerana buko pie menggunakan bahan gula pasir dan juga susu pekat manis diiaporkan dimana memang kandungan kalori amat tinggi didalam makanan manisan ini. Makanan ini dianggap sebagai makanan mewah dikalangan penduduk tempatan dahulu akan tetapi kini sudah mudah dperolehi dimana-mana kedai bakeri di seluruh Filipina.


Membuat buko pie ini memerlukan dua peringkat iaitu membuat Kulit Pie (Buko Pie crust) dan juga Inti Pie (pie filling). Semasa berkunjung kerumah rakan yang membuat buko pie di Cagayan de Oro iaitu Hj Sultan dinyatakan kesenian ini penting untuk menghasilkan buko pie yang berkualiti (Sila lihat foto disebelah). Penyediaan kulit pie dan inti pie dilakukan berasingan dengan teliti dimanakulitnya dibuat daripada tepong, gula dan juga garam diadun dengan teliti dicampur dengan putih telur dan diadun sehingga menjadi dough. Adunan dough ini kemudian dimasukkan didalam peti sejuk menggunakan rolling pin semalaman atau sehingga sesuai untuk dimasak dan kemudian ianya disejukkan. Bagi menyediakan inti pie kelapa ini dipilih isi kelapa muda yang dikeluarkan dan di masukkan didalam bekas. Sebaiknya isi inti ini lembut dan berwarna putih krim yang akan dijadikan inti yang enak rasanya. Inti buko (kelapa) ini boleh disesuaikan dengan beberapa campuran lain yang diinginkan dan mengubah sedikit rasa asli buko pie. Inti ini akan dimasukkan didalam kulit buko tadi berlapis-lapis dan dipanaskan sehingga kulit atas diletakkan dan dipanaskan semula menjadi buko pie yang sedia untuk dihidangkan. Pada saya memakan buko pie masih suam panas paling enak kerana dapat dirasakan inti isi kelapa muda dan lemak kulit pie yang rangup. 


Bagaimana pun kita di Malaysia boleh membuat buko pie ini dengan resepi yang mudah didapati didalam buku resepi masakan atau melayari internet. Buko pie jini didapati didalam pelbagai bentuk dan saiz dan dijual dibeberapa bakeri terpilih yang mudah didapati di sekitar Lembah Kelang. Bagaimana pun bab akhir ini saya paparkan resepi membuat Buko Pie Filipina yang boleh dijadikan pandauan anda membuat sendiri buko pie. Bahan yang digunakan adalah untuk membuat Kulit Pie terdiri daripada 500 g tepung gandum protein bersaiz sedang, 200 g mentega tawar, 100 g gula pasir , 2 kuning telur ayam, 2 sudu makan air dan juga 50 ml minyak masak. Bagi menyediakan Komponen Inti Pie Buko disediakan bahan iaitu 1 liter air kelapa muda (buko), 200 ml susu kental manis, 150 g sdudu teh tepung Maizena, 4 helai daun pandan yang simpulkan dan juga 20 gram gula Melaka serta  400 gram isi atau daging kelapa muda. Cara membuatnya dimana bagi menyediakan pie ini disediakan loyang pie yang berukuran diameter 20 cm dan disapu dengan mentega.  Bagi sediakan kulit ppie maka diadun tepung dan bahan lain didalam bekas sehingga sebati dan kemudian dibuat kepal-kepal sesuai saiznya. pastikan adunan ini dibahagi kepada dua iaitu untuk kulit bawah (macam mangkik) dan juga kulit penutuop atasnya. Sebaiknya ketebalan kulit pie ini sekitar 0.5 cm sahaja dan elakan terlalu nipis atau terlalu tebal. Kemudian kulit bawah dimasukkan kedalam loyang dan ditekan agar terus melekat dan bagi mencantikkannya boleh dicucuk dengan garpu. Kemudian bagi menyediakan inti buko pie ini dipanaskan semua bahan hingga mengental di atas api kecil (kecuali kelapa muda) sehingga masak dan dimtutup api. Apabila inti telah sejuk dengan menggunakan sudu dimasukkan inti kedalam kulit pit didalam lotang tadi. Kemudian ditutup pula dengan kulit pie bahagian atas dan dirapatkan dibahagian tepi pie sehingga kemas. Kemudian ia dimasukkan kedalam ketuhar dnegan suhu dikawal pada kepanasan 180 Celcius selama 20 - 30 minit dan kemudian dikeluarkan untuk dihidangkan. Potong-potong seperti memotong kek dan boleh dinikmati semasa ia sedang suam panas. Memang enak sekali makanan buko pie yang dihidangkan kepada kami. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
NAMA BUKA PIE... BERASASKAN KELAPA...
MAKANAN ENAK.... DISEDIAKAN SAUDARA...
ISI KELAPA DITENGAH... KELAPA MUDA....
MEMANG ENAK... MAKAN DIFILIPINA PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Room 501, Chalet Xavier Spa and Sports Club,
Masterson Avenue,  Upper Balulang,
Cagayan de Oro City, Misamis Oriental,
Philipines. 
(22 RabiulAwal 1441H).

Wednesday, November 27, 2019

NANAS HIBRID MD3 - APA DIA?

WUJUDKAH VARIETI NANAS HIBRID MD3 yang telah dikomersilkan atau ia hanya satu gimik pemasaran atau aktiviti penjualan baka nanas baru yang belum diketahui umum?. Itu adalah persoalan yang penulis blog beberapa hari membuat penelitian semasa tiba di Cagayan de Oro untuk membuat lawatan keladang nanas disana. Ini kerana ada disebut wujud varieti nanas baru MD3 iaitu sebagai salah satu varieti nanas yang di tanam di Filipina khususnya oleh usahawan tempatan dan syarikat terkemuka di Cagayan, Misamis Oriental, Utara Mindanao, Filipina. Dalam kunjungan ke Pulau Mindanao ini selama 5 hari saya berpeluang melawat beberapa ladang nanas sehingga kekawasan penanaman ladang besar milik Del Monte yang luasnya berpuluh ribu ekar di Bukidnon yang jauhnya 2.5 jam perjalanan darat. Sempat juga meninjau pasar buah-buahan yang menjual nanas dan buahan lain disana (Sila lihat foto diatas). Memang tujuan lawatan bersama rakan-rakan adalah untuk melihat dakwaan ada benih nanas MD2 yang boleh dibawa masuk ke Malaysia kerana kekurangan benih akan tetapi dimaklumkan juga ada benih baru nanas hibrid MD3 yang ditanam di negara ini. Nanas MD2 telah memasukki Malaysia dari tahun 2008 dan kini telah menjadi varieti paling popular dikalangan usahawan penanam nanas. Selain daripada nanas MD2 di Malaysia telah ddaftarkan sebanyak 11 varieti nanas iaitu AC1 Moris, AC2 Sarawak, AC3 Gandul, AC4 Maspine, AC5 Josapine, AC6 Yankee, AC7 Moris Gajah, AC8 N36, AC9 MD2, AC10 View of Sunset dan AC11 Madu Kaca. Anda boleh membaca dan mengenali ciri-ciri varieti nanas ini dengan pautan pada tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Bagaimana pun artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan cuba untuk bincangkan akan kewujudan nanas MD3 seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak dan tidak diketahui akan apa tujuannya untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Sejarah Varieti Nanas MD2 mula dikaji dimana difahamkan iaitu kajian proses pembiakbakaannya dilakukan di Institut Penyelidikan Nenas (PRI) di Hawai pada tahun 1960'an dengan kerjasama oleh beberapa buah syarikat pengeluar utama nenas dunia seperti Del Monte, Maui Land and Pinepple Company selama beberapa tahun. Bagaimana pun hanya pada tahun 1981 varieti nenas MD2 telah dihasilkan dan kemudian ia telah dikembangkan dan dikomersilkan kerana ia mempunyai ciri-ciri yang amat dikehendakki oleh pasaran tempatan dan antarabangsa. Nenas varieti MD2 atau dinamakan sebagai 'Millie Dilard' sempena nama isteri orang yang berkepentingan ini terus kekal sehingga hari ini sebagai salah satu nenas premium untuk dikomersilkan. Dari segi pembiakbakaan nenas, nenas MD2 mempunyai ciri yang unik kerana ianya agak kompleks yang melibatkan 5 varieti induk nenas yang berbeza dimana ia dikacukkan termasuk daripada kumpulan nenas Smooth Cayene dan beberapa lagi. Dalam ertikata lain kehadiran varieti nenas MD2 telah menjadikan ia pilihan terbaik kepada penanam nenas diseluruh dunia kerana kini ia dijadikan nenas premium untuk pasaran domestik dan eksport dinegara kita. Malaysia mula membawa masuk benih nanas MD2 pada sekitar tahun 2008 dan ia bukanlan secara legal sebaliknya melalui proses yang panjang oleh beberapa syarikat di Johor. Prestasi varieti nanas MD2 ini dipantau oleh LPNM, Jabatan Pertanian sehingga terbukti ia mampu menjadi varieti nanas yang diminati ramai pada masa ini. 


Pengalaman penulis blog yang banyak menulis mengenai tanaman dan industri nanas dengan jumlah artikel melebihi 200 penulisan amat faham mengenai tanaman ini. Pengalaman sebagai Ketua Pengarah LPNM juga membolehkan penulis blog berjumpa dengan semua golongan dari usahawan kecil, sederhana dan estet nanas serta mereka yang terlibat didalam industri pemprosesan nanas. Bagaimana pun dalam pengetahuan saya cuma melihat bagaimana varieti nanas MD2 terus berkembang sehingga dijadikan Program Penting Kerajaan melalui Program Sumber Kekayaan Baru (SKB) negara untuk diperhebatkan penanamannya bersama-sama dengan durian, susu segar dan beberapa lagi. Nanas MD2 telah diangkat sebagai nanas premium yang boleh menjamin pendapatan pengusaha dan negara dengan termeterainya pasaran eksport nanas segar ke China pada tahun 2018. Negara China mampu menerima nanas segar dari Malaysia melalui 3 pintu utama di negara tersebut dengan kuantiti yang banyak iaitu untuk nanas MD2. Pada 26 Nov 2019 dilancar pengeksportan nanas menggunakan kapalterbang cargo sebanyak 22 tan. Pengenalan nanas MD2 telah menyebabkan permintaan benih yang dahulunya berharga RM2.50 sepokok kini telah menurun sehingga hanya RM1.20 satu sulur. Bagaimana pun permintaan dan pembukaan kawasan tanaman nanas MD2 menyebabkan benih berkurangan dan benih Kultur Tisu Nanas MD2 dikeluarkan oleh pihak tertentu yang akan menjejaskan industri nanas negara secara umumnya akibat masaalah ketidakstabilan benih tersebut. 


Nanas MD1 pernah disebut pernah dibawa masuk ke Malaysia oleh pihak MARDI dalam masa sama dengan kemasukkan nanas varieti MD2. Apa pun nanas ini kini telah didaftarkan dengan nama varieti 'MASPINE' yang hanya ditanam secara komersil di Johor iaitu di Daerah Kota Tinggi (2 lokasi) dan Kluang (1 lokasi) oleh sebuah syarikat swasta. Terbaru nanas ini  ada ditanam di Ladang Sg Kerpal, Rompin, Pahang untuk diperluaskannya. Dalam pada itu perbincangan saya dengan Pakar Nanas Negara iaitu Dr. Mad Selamat Madon, beliau ada menyatakan dimana nanas Maspine tersebut hampir menyerupai nanas MD2 cuma terdapat beberapa ciri perbezaan seperti pada mata buah, bilangan sulur dan beberapa ciri unik lain. Anda boleh membaca mengenai nanas Maspine ini dengan membuat pautan (Sila klik disini)(Sila klik disini) dan (Sila klik disini) dan beberapa lagi pautan artikel saya yang lain. Nanas Maspine atau penulis blog dakwa sebagai nanas MD1 merupakan antara varieti nanas yang paling mahal dijual dipasaran khusus (niche market) kerana dijual runcit pada harga RM5.00 - RM6.00 sekilogram atau mencecah lebih RM10 sebiji. Bagaimana pun agak sukar untuk mendaatkan benih MAspine ini di negara kita kerana ia dipunyai oleh pihak tertentu sahaja yang menanam secara komersil dan terkawal.

Bagaimana pula dengan nanas varieti MD3?. Ini merupakan satu dakwaan oleh pihak tertentu yang ingin menjual benih nanas (mungkin baru) kepada mereka yang kurang ariff tentang varieti nanas. Ada kemungkinan semasa pihak PRI Hawai membuat penyelidikan baka nanas hibrid menjumpai beberapa varieti yang ditanam didalam plot berbeza yang mempunyai pelbagai ciri. Pihak tertentu dakwa ada nanas MD3 yang mana jika ada yang hendak menjadi agen menjual benih perlu membayar RM300,000 kepada pemegang IP Right tertentu. Perkara ini perlu diawasi kerana didalam pengalaman penulis blog dan di sahkan oleh Dr MAd Selamat Madon memang TIADA varieti MD3 yang dikeluarkan oleh pihak penyelidikkan. Kalau di google didalam internet pun hanya ada satu kenyataan daripada negara Bangladesh yang menyatakan perkara nanas md1, md2 dan md3 itu pun tidak ada perkara teknikal yang boleh dirujuk. Daripada pemeriksaan benih yang dibuat penulis blog sebenarnya ia adalah benih nanas MD2 dimana kesemua ciri-ciri okok dan buah adalah menyamai dengan nanas MD2 (Sila lihat foto disebelah). Perkara ini hanyalah pendapat penulis sahaja dimana jika ada maklumat tambahan kelak ianya boleh dikongsi bersama mengenai wujudnya baka varieti nanas MD3 ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NANAS MD3.... WUJUDKAH VARIETINYA...
ORANG MENYEBUT... DILIHAT CIRINYA...
NANAS HIBRID.... BAGAIMANA RASANYA...
BACA ARTIKEL... IANYA SANGAT BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 103, A1 Express Hotel,
Cloro M. Recto Ave, Cagayan De Oro,
Misamis Oriental, 
Philipines.
(18 RabiulAwal 1441H).

Tuesday, November 26, 2019

UDANG KIPAS - UNIK DAN ENAK

UDANG KIPAS (Thenus orientalis) merupakan sejenis udang yang unik di perairan Sabah dimana ia adalah jenis makanan 'seafood' yang popular. Penulis blog yang berkunjung ke Sabah dan WP Labuan dapat melihat sendiri udang kipas ini dijual dipasar dan dihidangkan dibeberapa restoren seafood yang boleh dikunjungi terutama pada malam hari. Kita yang tinggal di Semenanjung pula agak kurang dapat membeli dan makan udang kipas ini kerana bekalannya adalah terhad. Pada penulis blog UDANG KIPAS atau juga dipanggil sebagai UDANG KETAK atau juga sebagai UDANG LUBUK ini adalah sejenis spesies udang kara yang boleh ditemui di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Dalam pada itu memang sering dilaporkan dimana udang lubuk mempunyai bentuk badan yang keper dimana ia memang boleh membesar sehingga 25 sentimeter (9.8 in) atau panjang karapas 8 cm (3.1 in). Udang ketak biasa terdapat di kawasan berbatu karang dengan dasar laut yang berpasir. Di Malaysia banyak terdapat udang ini di kawasan gugusan taman laut Mersing. Mengikut tinjauan yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perikanan, Jabatan Perikanan Malysia dilaporkan pada sekitar tahun 1985, pendaratan udang ini amat memberangsangkan. Namun kini keadaan berbeza dimana tangkapan udang ini merosot secara mendadak dan ia jarang terdapat di mana-mana ada dijual pasar di Malaysia kecuali di sekitar Sabah dan Labuan. Pada kinjungan ke WP Labuan baru-baru ini dapat lihat, pegang dan makan udang kipas ini di Mawilla Yact Seafood sempena lawatan persaraan penulis blog. Artikel dalam blog ''Anim Agro Technology'' kali ini berkisar mengenai udang kipas dan beberapa perkara menarik tentang udang ini untuk rujukkan semua pembaca.


Udang ketak merupakan salah satu dari spesis udang terumbu karang yang mana banyak dijumpai di beberapa lokasi di perairan laut Hindia dan Pasifik. Udang ketak merupakan salah satu udang yang memiliki harga jualan yang tinggi kerana udang jenis ini memang unik dan kini agak sukar didapati serta ia memiliki berbagai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan tubuhbadan. Udang Ketak atau selalu juga disebut sebagai Udang Lubuk atau Udang Kipas atau Udang Belalang atau Udang Ronggeng dan lain-lain pada asasnya sama sahaja hanya cara menyebutanya yang berbezda-beza mengikut bahasa, lokasi dan jenisnya. Harga jualann runcit udang ketak memanglah sedikit lebih mahal biasanya satu udang boleh dik]jual sehhingga sehingga RM100 sekilogram atau mungkin ia lebih tinggi lagi bergantung saiz ukuran udang tersebut. Seperti yang telah dijelaskan diatas bahwa Udang memiliki berbagai khasiat terutama manfaat untuk kesihatan sehingga udang ketak relatif mahal di pasaran. Restoren Mawilla Yact Sefood di Labuan yang menjad tumpuan ramai peminat makanan seafood awal-awal lagi sudah berbaris orang membuat tempahan meja dimalam hari. Ini kerana restrorn seafood ini amat popular di WP Labuan yang telah menjadikan sebagai restoran sungguh popular. Hidangan yang ditempah adalah Udang Ketak Goreng Kunyit, Ketam Goreng Rempah, Sotong Celup Tepong, Ikan Kerapu Sweet Sour dan bermacam lagi. Pada penulis blog makanan yang di minati memang udang ketak sehingga licin dalam pinggam kerana keenakannya (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun hidangan ketam dan ikan tidak habis makan sebeb kekenyangan


Penulis blog bertanya resepi udang ketak goreng dengan bahan digunakan iaitu 1 kg Udang Ketak, 5 ulas bawang putih, 1 inci halia, 4 sudu tepung gandum (kalau hendak bagi garing dan rangup),  garam,  serbuk kunyit serta sebanyak 1 kg minyak untuk menggoreng. Cara memasak adalah dengan menyiang dan membasuh udang ketak dan diketepikan. Kemudian di tumbuk bawang putih dan halia serta ia perlu digaulkan udang garan kunyit dan bahan yang telah ditumbuk tadi dan ditaburkan tepung gandum. Kemudian gaul rata dan digoreng dalam minyak tenggelam hingga garing dan perlu ditoskan minyak sebelum ia sedia untuk dihidangkan. Walau pun disidangkan sama nasi putih diatas meja tetapi penulis blog lebih suka meratah sahaja udang kipas goreng tepong ini dan menikmati isinya yang berwarna putih rasa lemak dan manis sedikit. Isi daging yang agak kentak dan lembut ini dikeluarkan dari kulitnya dan di makan. Kepada rakan lain disebelah beliau gigit isi udang bersama kulitnya dimana dia dakwa akan lebih puas makan udang ini. Dalam pada itu di meja sebelah mereka menempah makanan Y+Udang Ketak BBQ atau Udang Ketak Grill. Chef terangkan dimana cara ini gunakan bahan seperti 3 ekor udang ketak, Garam, Serbuk Lada Hitam,  Minyak zaitun dan juga 1 biji limau nipis yang ambil jusnya.  Cara-cara memasak dengan membelah udang kepada 2 bahagian dan kemudian di taburkan garam serta lada hitam ke atasnya. Ratakan dan kemudian dicurahkan minyak zaitun dan jus limau nipis. Kemudian udang ini dibakar atau di grill hingga masak dan sedia untuk dihidangkan.


Bagaimana pun direstoren ini juga ada yang suka makan Udang Ketak Masak Cili diman abahan diperlukan adalah Udang Ketak yang telah disiang, garam secukup rasa, Gula, 5 g Halia, 1 sudu kecil Serbuk lada putih, 1 sudu kecil Sos cili, 1 sudu kecil Kicap cair, 1 sudu kecil Sos tiram, 1 sudu kecil Kicap pekat, 1 sudu kecil Minyak bijan, 300g Isi udang ketak, 1 biji Bawang besar, 1 sudu kecil Bawang putih kisar, 1 batang Daun sup, 3 batang Daun bawang, 15g Tepung jagung, 1 biji Telur, 50ml Air bersih secukupnya dan minyak masak untuk menggoreng. Cara memasak dengan mencampurkan isi udang ketak dengan gula, serbuk lada putih dan kicap cair. Dadarkan telur dan campurkan setengah. Masukkan minyak bijan dan tepung jagung. Gaul rata dan goreng. Angkat dan toskan.  Tumis cili kering, halia, bawang putih dan sos tiram. Masukkan air sedikit dan ditambah gula dan serbuk lada putih. Masukkan bawang besar, sos cili, kicap cair dan kicap pekat. Masak hingga sebati dimana ia kemudian dicampurkan udang ketak yang sudah digoreng. Gaul rata dan dihias sebelum dihidangkan (Sila lihat foto disebelah). Bagi menyediakan masakan Udang Ketak Masak Kunyit. Caranya sama macam masak kunyit lain cuma bahan uta udang ketak ini perlu dibuang kaki kepala  Kemudian ia digaul bersamana garam kunyit serta ramuan tumis bawang putih, merah, cili merah.Masukkan udang kedalam ramuan tersebut dan kemudian digoreng sehingga masak. Bagi resepi Masakan  Udang kETAK Masak Serai perlu sediakan bahan-Bahan iaitu 1 kg udang lipan, 1 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih, 2 batang serai, 10 tangkai cili keringm 2 - 3 sudu sos tiram, 2 - 3 sudu sos cili, garam, gula dan juga asam keping. Bagaimana pun cara dengan membersihkan udang lipan dengan cara menguntingkan kulit di sekeliling udang tersebut. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kering dan serai hingga naik bau. Masukkan sos tiram, sos cili, garam, gula dan asam keping. Masukkan sedikit air dan udang lipan. Gaulkan rata dengan perlahan. Tutupkan kuali dan tunggu hingga masak dan dihias sebelum dihidangkan.


Dalam akhbar Harian Metro menyatakan dimana di Kuantan ada satu keunikan persekitaran Kampung Kurnia. Mereka telah berkongsi tempat tinggal dengan udang ketak mengundang pemandangan agak menarik bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke perkampungan berkenaan. Tinjauan Harian Metro di perkampungan berkenaan mendapati, setiap rumah didirikan berhampiran tebing sungai itu mengundang kehadiran ribuan udang berkenaan yang membuat sarang seperti busut menggunakan tanah serta selut. Ada antara sarang udang ketak atau turut dikenali dengan nama udang mentadak atau udang lipan itu mempunyai ketinggian hampir satu meter. Ini mungkin ada pihak hairan dengan keadaan itu, tetapi bagi warga perkampungan berkenaan terletak lima kilometer dari bandar Kuantan, ia sesuatu yang biasa kerana kehadiran beribu-ribu udang ketak membuat sarang di tanah milik penduduk berlaku sejak puluhan tahun lalu. Udang ketak atau nama saintifiknya hemisquilla ensigera lazimnya digunakan penduduk kampung bagi mengubati pelbagai jenis penyakit terutama lelah dan ia dibakar hingga hangus sebelum cengkerangnya dibuang bagi mendapatkan isinya. Salah seorang penduduk, Zulkifli Abdullah, 39, berkata, dia sudah biasa dengan keadaan itu dan tidak kisah berkongsi tanah dengan udang berkenaan. Katanya selagi udang itu tidak mengganggu kehidupan kami, selagi itulah saya biarkan saja kerana untuk membuang semua sarang ini, saya rasa ia mustahil. Udang ketak jarang menonjolkan diri. Hasil pemerhatian penulis blog didapati dimana udang ini menghabiskan sebahagian besar hayatnya dengan ianya berlindung dalam sarang dan lubang yang dibina.Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
UDANG KETAK... JARANG DIJUMPA...
DI WP LABUAN...BANYAK RUPANYA...
DIMASAK GORENG... RATAH SAHAJA...
WALAU MAHAL... HATI KAMI GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11. WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Safar 1441H). 

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...