Support My Blog

Wednesday, February 28, 2018

MADU YAMAN - TESTIMONI AKHBAR


MADU YAMAN (Yameni Honey) merupakan sejenis madu yang sangat popular didunia terutama dikalangan umat Islam. Madu Yaman juga dikenali sebagai 'Madu Sidr' yang berasal daripada sejenis tumbuhan yang tumbuh banyak di negara tersebut. Pokok Sidr atau dipanggil sebagai Pokok Lote, Pokok Chris Thorn, pokok Jujube atau Pokok Nabakh dikenali dengan nama botani sebagai Ziziphus spina-christi adalah pokok jenis purba (an ancient tree). Pokok ini disebut telah ujud semasa nabi Adam turun kedunia dan merupakan pokok yang banyak gunanya. Kayu daripada pokok ini juga dikatakan digunakan untuk membuat istana dan rumah ibadat di zaman Nabi Sulaiman dan zaman Firaun. Ia juga disebut dalam Quran sebanyak 3 kali iaitu dalam surah Saba 15-16, Surah Waqia 27-33 dan juga Surah Najm 7-18. Pokok ini merupakan pokok saka yang mempunyai akar dalam yang tahan daripada kemarau panjang dan  juga bencana banjir. Kesemua bahagian daripada tumbuhan ini diketahui mempunyai nilai perubatan. Pada bahagian DAUN ia ada digunakan sebagai Shampoo Berubat (herbal shampoo) yang boleh mengawal kelumumur, merawat sakit kepala, mata membengkak dan juga didakwa boleh kuruskan badan. Daunnya jika direndam dalam air suam boleh digunakan sebagai bahan membersih badan atau sebagai mandian kerana mengandungi minyak dan deoderant resin. Abu daripada kayu pokok ini boleh juga digunakan sebagai bahan rawatan untuk kurangkan bisa akibat gigitan ular. Buahnya juga mengandungi banyak mengandungi sumber tenaga untuk manusia dan bijinya memang dilaporkan kaya dengan bahan protin, daunnya kaya dengan zat Kalsium, zat Besi dan Magnesium. Bahagian Akar juga dilaporkan berguna bahan asas bahan perubatan seperti bahan untuk sakit perut, ubat batuk, apetizer dan sebagainya. Apa pun pokok ini menghasilkan bunga yang mana nektar dan pollen dikutip oleh lebah madu dan menjadi salah satu daripada madu jenis premium yang harganya antara paling tinggi didunia. Rencana subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kebaikan dan kehebatan produk madu Yaman seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan dimana ia ditulis asalnya oleh wartawan Siti Salmiah A Hamid dimana ia ditulis semula oleh penulis blog ini.


Laporan akhbar bertajuk 'Kebaikan Madu Yaman' memulakan laporan dengan menyatakan iaitu budaya mengamalkan pemakanan sihat menjadi faktor utama. Penulis merujuk juga kepada kempen yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia di MAEPS Serdang mengenai pengambilan madu kelulut iaitu 'Mulakan hidup anda dengan Madu'. Kempen ini dilancarkan sempena kempen 'Kelulut Walk' yang dipelopori oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan duta Kelulut Pak Sabri yang berjaya berjalan kaki sejauh 2,000 km diseluruh negeri di Malaysia selama 50 hari. Kelulut Walk ini juga berakhir pada 4 Disember 2016 di MAEPS Serdang sempena hari penting pelancaran MAHA 2016. Madu kelulut kini semakin dikenali dikalangan rakyat Malaysia senagai makanan yang memang berkhasiat dan memberi kesan baik dari segi promosi hasil daripada aktiviti ini. Bagaimana pun semasa penulis blog mengendalikan program jalan kaki 'kelulut walk' bersama Pak Sabri selama 9 hari di Pahang ramai orang bertanya yang mana lebih baik antara Madu Kelulut dengan Madu Yaman. Penulis nyatakan kalau kedua-duanya madu tulin memang baik diambil untuk tujuan kesihatan cuma apa yang nyata wujud perbezaannya adalah harga dan kandungan nutrisinya. Kini madu Yaman diimport oleh banyak syarikat tempatan untuk dipasarkan di Malaysia. Salah satu syarikat mengikut laporan akhbar dimana pengeluar madu sidr dan sumur jenama Rayhanah oleh syarikat pengimport terbesar madu lebah dari Lembah Hadhramaut ke Malaysia adalah Rayyan Salsabila Enterprise. Produk madu Sidr ini telah dibungkus dengan menarik untuk pasaran tempatan (Sila lihat foto disebelah). Wartawan utusan melaporkan produk ini diimport dari negara asal. Penulis pun ada beberapa kali membeli dan mencuba rasa madu Yaman ini untuk dapat 'feel' berbanding dengan madu kelulut yang memang stok sentiasa ada dirumah.


Dalam pembacaan penulis ada mendapati masyarakat Yaman telah menjadikan madu lebah sebagai diet harian mereka. Bahkan juga mereka tidak berkira-kira untuk terus membelanjakan wang membeli madu walaupun harganya mahal mengikut gred tertentu. Negara Yaman sememangnya terkenal dengan pengeluaran madu yang sangat berkualiti kerana negara berkenaan adalah kawasan subur yang mampu menghasilkan madu berkualiti dan dijual dibanyak kedai jualan madu (Sila lihat foto disebelah). Madu Yaman diambil daripada tumbuhan liar dikawasan panas padang pasir iaitu dari bunga Pokok Sidr (Aziziphus sapina christi) dan juga sejenis madu sumur daripada pokok Akasia (Acacia tortilis) yang tumbuh dinegara tersebut. Dalam pada itu tidak hairanlah pengarah syarikat tempatan kita yang lebih berminat untuk mengimport madu dari Yaman kerana yakin dengan kualiti dan keaslian yang terdapat dalam madu itu. Pengurus syarikat iaitu En Johari yang ditemubual wartawan menyatakan walaupun manusia terbabit secara langsung bagi penghasilan madu sidr dan sumur sebenarnya ia sudah ­diamalkan berabad lamanya oleh penduduk tempatan. Lebah di kawasan lembah tidak membina sarangnya di atas pokok tetapi menghasilkan madu di dalam bong­kah atau bekas kayu (Bee Hive) yang disediakan penduduk tempatan. Mereka akan mengutip madu apabila semua frame madu dipenohi dan madu telah cukup matang. Madu ini akan diproses secara tradisional bagi mengekalkan kualiti madu yang dihasilkan. 


Dalam penelitian penulis berdasarkan pengalaman, dinegara Yaman ini mengharapkan kedua-dua pokok iaitu Pokok Sidr dan akasia untuk menjadi sumber nektar lebah. Dilaporkan dimana ketika penghasilan debunga berlaku selalunya pada musim hujan iaitu pada September hingga November setiap tahun. Pokok Akasia ini merupakan pokok meliar yang tumbuh dikawasan berpasir dengan bunga yang banyak menghasilkan nektar (Sila lihat foto disebelah). Pokok ini memberikan sumber nektar penting untuk menjadi madu berkualiti. Orang Yaman memang ada budaya pemakanan sihat mengambil madu semenjak dahulu yang diamalkan masyarakat Yaman. Merujuk cara bagaimana pengurus syarikat mula mengenali madu Yaman dimana sewaktu menunaikan haji di Makkah, beliau turut membeli madu sebanyak 200 kilogram sebagai buah tangan kepada keluarga dan rakan di Malaysia. Beliau mendapati ada tindak balas yang baik dan selepas yakin dengan sambutan baik terhadap kualiti madu Yaman dalam kalangan masyarakat tempatan pada 2012 dimana beliau memulakan perniagaan berkenaan. Daripada bermula dengan beberapa gelen madu ini telah membawa kepada bertan madu dirancang. Seterusnya beliau terus ke Hadramaut, Yaman dan bertemu dengan penghasil madu di sana serta membeli madu itu sebanyak satu tan (1,000 kilogram). Pada 2013 syarikat telah mengimport sebanyak 30 tan madu. Ini telah membuktikan dimana pasaran madu lebah dari Lembah Hadhramaut mendapat tahap permintaan tinggi dalam pasaran tempatan.


Menurut pengurus syarikat En Johari, madu sidr dan sumur ini didakwa ada mempunyai perbezaan warna dan juga kepekatan, malah pelanggan yang sudah biasa membeli madu sidr mampu untuk membuat perbezaan dari segi warna, rasa dan kelikatannya (Sila lihat fotoo disebelah)Madu sidr yang dipasarkan lazimnya mempunyai warna keemasan dan dijual pada harga yang lebih mahal berbanding madu sumur. Kini Syarikat Rayyan Salsabila Enterprise turut memperoleh sijil untuk mereka mengimport madu gred A daripada kerajaan Yaman. Dengan sijil tersebut membolehkan dimana pembeli tidak perlu bimbang dengan keaslian madu yang diimport kerana kualiti gred madu dikawal selia kerajaan Yaman. Kini syarikat yang beroperasi di Bandar Baru Bangi, Selangor, Ray­yan Salsabila Enterprise menjual madu sidr dan sumur dalam bungkusan botol kaca berukuran satu kilogram dan 500 mililiter selain stik madu yang turut mempunyai madu mara'i. Syarikat Bumiputra itu juga megeluarkan kapsul minyak zaitun dan habbatus sauda yang boleh ditempah melalui laman web, rayhanahmadu.com atau hubungi 03-87412319 untuk maklumat lanjut. Diharap rencana ini memberi info berguna untuk anda mengenali sedikit sebanyak maklumat mengenai madu yaman dan usahawan pasaran madu yaman tempatan. Wasallam!!..
MADU YAMAN... MAHAL HARGANYA....
NEKTAR POKOK SIDR... DAN AKASIA...
SYARIKAT TEMPATAN... BUMIPUTRA...
AKHBAR TEMPATAN.. MELAPORNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1404, Hotel Holliday Inn Melaka,
Bandar Hilir,
Melaka, Malaysia.
(1 RabiulAwal 1438H)
Kemaskini pada 25 Febuari 2018

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...