Lapan (8) varieti Bayam yang saya buat kajian dan penelitian adalah jenis komersil yang ditanam dinegara kita untuk kita kenal akan varieti tersebut berasaskan kepada pencirian teknikal. Varieti yang saya akan bincang dalam siri ini mengambil masa kutipan data selama satu (1) tahun untuk mengumpul maklumat. Penanaman varieti bayam ini terdiri daripada banyak lokasi di seluruh Stesyen Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia. Varieti yang dikaji adalah (1) Bayam Merah Bangladesh - Green Eagle 806 (2) Bayam Bulat Separuh Merah - Green Eagle 802 (3) Bayam Hijau Daun Panjang - Soon Huat Seeds S131 (4) Bayam Merah - Soon Huat Seeds S133 (5) Bayam Hijau Berdaun Bulat - Leckat Seeds 3388 (6) Bayam Hijau Berdaun Bulat atau Lonjong - Leckat Seeds 088 (7) Bayam Merah - Leckat Seeds 788 (8) Bayam Merah Penuh - Leckat Seeds N888 (Sila lihat foto diatas) untuk jenis bayam. Benih daripada tiga syarikat ini dibeli daripada kedai penjual benih untuk mempastikan ianya juga benih yang sama digunakan oleh kebanyakan petani yang menanam sayur bayam secara komersil. Kaedah untuk penanaman mengikut Piawaian Teknik Kajian RCBD dengan ulangan penanaman beberapa kali (minima 3 kali ulangan) untuk setiap varieti yang dipilih. Kajian ini melibatkan ramai pegawai agronomist Hortikultur untuk menimba ilmu secara hands-on bersama penulis blog.
Varieti Bayam Merah Penoh N888 ini diedarkan oleh Leckat Seeds dengan bungkusan plastik kedap udara yang berwarna putih biru dengan ada gambar varieti dipaparkan pada label paket (Sila lihat foto sebelah). Nama lain varieti ini ditulis sebagai 'Red Field Full Red Amaranth'. Kajian dari pasaran menunjukkan bijibenih varieti ini dipasarkan dengan harga jualan runcit sekitar RM 50.00 hingga RM 60.00 sekilogram. Keterangan pada paket benih dinyatakan mengenai nama varieti, tarikh lupus dan berat benih didalam paket tetapi tiada maklumat mengenai kadar penyemaian. Penanaman dalam petak kajian dibuat dengan sistem tabur terus diatas batas setelah dicampur dengan pasir halus pada kadar 1:40 (Benih : pasir halus). Satu gram benih mengandungi sekitar 900 - 1,100 biji bayam yang halus ini. Cara penanaman bayam mengikut pakej teknologi tanaman bayam yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Benih ini kebanyakannya adalah di import dari luar negara untuk ditaman dalam negara.
Bayam varieti ini mempunyai bentuk daun 'Broad Ovate' atau dalam bahasa kita agaknya Lebar ovat dengan warna daunnya adalah merah ungu sepenohnya (Lihat foto sebelah). Saya dapati dibahagian tepi lai daun tidak ada sedikit lekukan (lobing) pada varieti ini. Dibahagian hujung laidaun bentuknya bulat (Rounded) dan bentuk permukaan pada daun pada pokok (curving of leaf margin) adalah mendatar (flat). Bentuk tangkai daun pada batang (petiole altitude) didapati menegak (erect) dengan nyata. Varieti ini mempunyai batang dan daun diperingkat awal penanaman adalah merah ungu solid dengan akarnya berwarna putih krim. Dari segi pertumbuhan, varieti ini mempunyai kadar pertumbuhan cepat dikalangan semua varieti. Varieti ini selalunya hanya ditanam oleh petani khususnya untuk pasaran segar dan antara kurang diminati oleh pengguna kerana mempunyai warna merah ungu pekat yang kurang menarik khususnya dikalangan orang Melayu. Varieti ini akan menghasilkan bunga dengan jambak berwarna merag ungu dan sering diserang ulat makan daun yang amat suka dengan varieti ini (lihat foto dibawah).

Bayam varieti ini merupakan varieti yang popular dikalangan pengguna diseluruh Malaysia. Bayam ini dimasak masak air, sup atau ditumis dan dimakan bersama nasi lazimnya pada hidangan makan tengahari. Kajian daripada beberapa sumber mendapati bayam varieti daun merah ini memang mengandungi bahan vitamin, zat galian seperti Posforan, Kalium, Zat Besi dan juga Manganese yang baik untuk meningkatkan kesihatan kita. Dalam batang bayam merah kaya dengan bahan seperti Alkoloid, Flavanoid dan juga Poliferol. Antara khasiat bayam ini didakwa baik untuk sistem pencernaan kita, dapat juga mengurangkan kemungkinan Penyakit Nyanyuk (Alzeimer), Antikanser, Awet muda, mengurangkan risiko serangan diabetik, meningkatkan pengambilan serat dan sebagainya. Paling penting adalah semasa memasak jangan sampai 'overcook' sehingga banyak kandungan zat hilang. Kepada semua rakyat Malaysia saya syorkan tanam sendiri BAYAM MERAH PENOH N888 ini dikeliling rumah untuk kegunaan sendiri secara organik. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Selamat mencuba!. Wasallam.
BAYAM MERAH PENOH .. IA HEBAT...
BAYAM MERAH PENOH .. IA HEBAT...
NOMBOR N888 SYARIKAT LECKAT...
VARIETI POPULAR DITUMIS PEKAT...
SESUAI DIMAKAN BANYAK KHASIAT...
VARIETI POPULAR DITUMIS PEKAT...
SESUAI DIMAKAN BANYAK KHASIAT...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Pulau Gadong Agriculture Center,
Melaka Tengah, Melaka,
Malaysia.
(Ditulis pada 4 Ogos 2013)
Kemaskini pada 6 Febuari 2018.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.