Support My Blog

Saturday, February 24, 2018

INDUSTRI KULINARI - SUMBER KEKAYAAN BARU (Part 2)

KULINARI (Culinary) merupakan satu aspek penting yang disebut oleh Perdana Menteri Malaysia pada 28 September 2017 semasa merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) tahun 2017 di MAEPS, Serdang, Selangor. Perdana Menteri menyatakan dimana sehingga kini tidak ada mana-mana kementerian yang memberi tumpuan secara spesifik dan khusus dalam merancang secara rapi industri yang mengintergrasikan pengeluaran diperingkat ladang sehingga keperingkat outlet makanan sedia ada seperti Cafe, Restoren, Kenderaan saji (food truck), pandu lalu serta pesanan makanan melalui talian (internet food service). Oleh itu Perdana Menteri telah mencadangkan agar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MoA) dipertanggungjawabkan untuk menerajui dan membangunkan industri kulinari negara. Perkara ini dibangitkan kembali dalam pembentangan Bajet 2018 di parlimen pada Oktober 2017 menyatakan bahawa peruntukkan diluluskan untuk pembangunan industri kulinari dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Penulis blog merujuk dalam Kamus Bahasa Inggeris ia didefinasikan sebagai 'Culinary (adj) related to cooking. Culinary skill is the skill a person has for cooking. When you say that her culinary skills are excellent, you mean that she is very good at cooking. Attempts to cook are culinary attempts. Culinary delight is the wonderful and enjoyable taste a food has. Trained in the foremost institute of hotel management and culinary art, example words, Anita has culinary expertise that can match that of the best in the country. Her cooking is appreciated by all those who have tasted it. Jamison's culinary skills are limited to making a few simple dishes like an omelet and plain chicken.' Apa pun penulis blog lebih gemar dengan definasi bahasa Malaysia yang bermaksud 'Kulinari adalah satu cabang seni dalam persembahan makanan". Aktiviti seperti ini akan mencipta permintaan keluaran pertanian tempatan yang memberikan menafaat dalam sistem rantaian nilai makanan. Industri ini merupkan satu industri yang mempunyai potensi baik dimajukan di Malaysia. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' iaitu Part 2 mengenai potensi industri kulinari di negara kita yang mempunyai masa hadapan baik untuk dijadikan bahan rujukkan.

Industri Kulinari di Malaysia mampu untuk terus diperhebatkan bagi tujuan menjana pendapatan negara di masa akan datang. Dalam kulinari terdapat 4 (empat) fokus segmen pasaran khusus yang boleh diperkenalkan iaitu Segmen FINE DINING, Segmen CASUAL DINING, Segmen PACKED FOOD dan Segmen STREET FOOD. Segmen pertama iaitu Fine Dining merupakan satu segmen yang melibatkan khidmat secara formal serta prosional dan Ekslusif. Ia selalu memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti dengan jenis makanan dihidangkan sering juga agak tinggi harganya. Segmen ini memang memerlukan modal yang tinggi dengan prasarana dan kelengkapan bertaraf dunia untuk dimulakan. Premis untuk Fine Dining ini lazimnya akan memberikan suasana ekslusif bertemakan suasana tertentu untuk pelanggan yang khusus sahaja. Sebagai contoh adalah Restoren di Hotel-hotel atau premis berbintang dilokasi yang strategik. Segmen ini memerlukan kepakaran sngat tinggi dengan tukang masak (Chef) juga mempunyai sijil kelayakan akademik dan pengalaman menyediakan kulinari bertaraf dunia. Makanan yang disediakan juga mungkin sedikit sahaja dalam pinggan tetapi mempunyai kualiti hidangan yang mengikuti kehendak pelanggan (Sila lihat foto disebelah). Segmen ini lazimnya hanya menyediakan pasaran yang berfokus untuk pelanggan kelas atasan, expatriate, tetamu negara, tycoon, jutawan serta mereka yang mempunyai gaya hidup kelas atasan. Apa kelebihan dalam segmen ini adalah ia kurang persaingan dengan pengusaha sedia ada dan adakalanya perlukan masa agak lama untuk establishment


Segmen ke 2 iaitu Casual Dining merupakan segmen dimana ia adalah khidmat separa profesional tetapi dikendalikan secara komersial. Segmen ini adalah segmen yang paling popular dimana perkhidmatan diberikan adalah pantas dan praktikal. Dalam segmen ini ia hanya memerlukan modal yang sederhana tinggi untuk penyediaan premis, peralatan dan juga kelengkapan. Lazimnya mempunyai premis tetap yang bersih, mempunyai kelengkapan serta menu khusus yang menarik pelanggan dikalangan orang dikelas pertengahan atau pun kelas atasan yang menyukai makanan kulinari yang disediakan. Kita biasa mendengar kulinari seperti Sate Kajang, Lauk Ikan Patin Temerloh, Kari Kepala Ikan Melaka, Nasi Beriyani Gam Batu Pahat, Mee Bandung Muar, Nasi Lemak Ayam Kmpong Ipoh, Roti Canai Awang, Tomyam Special dan banyak lagi. Premis ini menawarkan pelbagai makanan dengan harga sederhana mahal sehingga kepada harga patut yang mampu dikunjungi ramai pelanggan.  Segmen ini melibatan pekerja mahir dan separa mahir untuk penyediaan makanan. Mempunyai pasaran yang tinggi dimeraata lokasi dan tempat serta daya terikan tersendiri. Restoren Tomyam Ala Thai diantara segmen yang paling popular diseluruh negara tetapi menghidangkan makanan yang berasal dari negara jiran Thailand. Kalau anda periksa pun kebanyakan tukang masak, pekerja dan towkey juga daripada negara jiran. Bagaimana pun rantaian restoren tomyam adalah paling banyak didapati yang mempunyai kelasnya tersendiri. Persaingan segmen casual dining ini adalah paling tinggi kerana banyaknya penyedia kulinari jenis ini. Bagaimana pun akan datang makanan tradisional tempatan boleh di jadikan satu cabang kulineri segmen ini yang lebih tersohor.


Segmen ke 3 adalah Segmen Packed Food (Makanan dalam Pek Bungkusan). Segmen ini menyediakan makanan siap yang dibungkus dengan pelbagai kaedah dan pengguna yang membeli hanya perlu buka dan makan sahaja. Ia dipelopori oleh beberapa jenis makanan segera dari luar negara seperti Domino Pizza, Pizza Hut dan banyak lagi jenis makanan. Bagaimana pun makanan tradisional siap bungkus seperti nasi lemak, nasi goreng, mee goreng serta makanan tempatan pelbagai lauk juga kini telah ada dibungkus dan dihantar kepada pelanggan (Sila lihat foto disebelah). Segmen ini menerlukan modal yang rendah dimana tidak memerlukan kos untuk pembinaan premis seperti dua segmen diatas. Lazimnya ia beroperasi daripada premis khas atau dari rumah sahaja. Pengedaran dilakukan melalui tempahan awal daripada talipon atau pun melalui internet dan bayaran dilakuan secara tunai atau secara on-line. Segmen ini tidk memerlukan pekerja yang berkemahiran tinggi tetapi memadai makanan disedikan berkualiti dan terus diminati pelanggan. Penulis blog pernah menempah makanan seafood melalui on-line internet yang dihantar oleh pembekal kerumah penulis untuk hidangan satu keluarga dan memang ianya amat memuaskan hati. Segmen ini menyediakan pasaran yang luas dan tidak terhad. Anda boleh google sahaja dalam internet dimana kini telah ramai yang terlibat dengan segmen ini. Walau pun segmen ini mempunyai saingan amat tinggi tetapi masih memberikan ruang kepada pengusaha baru. 


Ke 4 adalah Segmen Steet Food dimana ia merupakan khidmat layanan makanan cepat ditempat yang terbuka. Segmen ini memerlukan modal asas yang rendah serta makanan yang juga dikategorikan sebagai murah dan paling popular dimasa kini. Ia berkonsepkan makanan yang disediakan dilokasi khas seperti Pasar MAlam, Pasar Tani, Pasar Minggu, Pasar TAmu dan juga sebarang fiesta. Makanan panas disediakan dilokasi terbuka seperi mee goreng, nasi goreng, sate, ayam goreng, roti canai, roti khurasan, daging kambing golek, ayam percik, ikan bakar, murtabak, char kuey teow, sate ikan, cendol, yong tau fu, rojak dan banyak lagi makanan dan minuman. Gerai Mee Goreng Tonggek di Pasar Tani Putrajaya adalah antara konsep segmen ini yang banyak pelanggan berbaris untuk mendapatkannya. Selain daripada murah dilaporkan Mee Tonggek ini memberikan rasa enak yang memuaskan pelanggan di Putrajaya termasuk penulis yang tinggal selama lebih 5 tahun disana (Sila anda lihat foto dibawah). Segmen ini tidak memerlukan kemahiran yang tinggi dan mempunyai pasaran yang luas. Ramai pelanggan yang hadir terutama semasa hari gaji dan juga sepanjang masa. Segmen ini memberikan saingan paling sengit dalam berbanding dengan 3 segmen yang lain. Makanan yang dihidang kan dalam segmen street food juga ujud dikalangan peniaga gerai tepi jalan dibandar-bandar besar. Di Melaka sebagai contoh ada penjual mee tiow berbangsa Cina yang memasak diatas motorsikal dan dikunjungi ramai pelanggan. Ini adalah betul-betul street food yang mana ada pelanggan makan sambil mencangkung sahaja. Penulis blog perhatikan cara memasak cepat, ringkas tetapi sebab ianya panas maka ramai yang suka makan disini. Sila baca sama artikel bersiri ini dalam Part 1, Part 3, Part 4 dan Part 5 dalam blog ini. Semuga anda mendapat info terbaik dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

INDUSTRI KULINARI... PM UMUMKAN...
SUMBER KEKAYAAN BARU.. PASTIKAN...
BANYAK MANAFAAT... DILAKSANAKAN...
MOA TERAJUI...PASTI MEMBERI KESAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1530, Hotel Zenith,
Kuantan, Pahang, 
Malaysia.
(3 JamadilAkhir 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...