BURGER SAYUR (Vegetable burger) merupakan satu lagi produk yang agak asing berbanding dengan jenis burger konvensional iaitu Burger Daging Lembu dan Burger Daging Ayam. Ini kerana ia agak kurang dikenali atau dijual dipasaran terbuka seperti burger lain. Burger sayur bukanlah sejenis burger yang menggunakan sayuran semata-mata tetapi masih mempunyai komponen daging lembu atau pun daging ayam atau isi ikan. Bagaimana pun komponen utama dan terbanyak didalam burger sayur adalah jenis sayur-sayuran seperti tomato, salad, kobis, bawang, karot dan sebagainya. Kajau dikaji dari segi makanan segera seperti burger ini, tanyalah sesiapa pun tidak kira kanak-kanak mahu pun orang golongan dewasa, pasti kebanyakan mereka yang gemarkan sajian barat tidak kira dari negara timur tengah mahupun barat masih menjadi pilihan mereka. Antaranya kini terdapat makanan seperti burger, kebab, daging salai dan sebagainya yang merupakan makanan yang berasal dari luar negara dan mendapat tempat dikalangan ramai penduduk tempatan dibanyak negara. Kini ramai yang amat menyukai makanan seperti Nasi Arab, Sphagetti, Pizza dan sebagainya yang dahulu hanya dimakan oleh masyarakat luar negara tetapi kini di Malaysia semuanya telah ada dijual. Ini kerana selain daripada sajian tersebut amat mudah disediakan malahan ianya tidak memerlukan kepakaran khusus ketika proses penyediaannya. Mengambil contoh asas penyediaan burger yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat terutamanya di negara ini, maka ada pelbagai variasi telah diperkenalkan selain mempunyai banyak citarasa berlainan seperti burger bakar, burger kukus dan lain-lain lagi. Artikel subuh raya ke 3 pada 1437H ini saya menulis dalm "Anim Agro Technology" mengenai burger sayur yang merupakan satu resepi makanan burger yang semakin digemari rakyat Malaysia.
Makanan segera seperti burger ini jika dilihat dari sudut kesihatan pula ada ramai kalangan masyarakat masih tidak lagi menyedari hakikat pengambilan makanan berproses seperti burger mempunyai kesan sampingan yang mampu memudaratkan kesihatan. Ini kerana makanan seumpama itu mengandungi kadar unsur lemak berlebihan yang boleh menyebabkan risiko tekanan darah tinggi serta penyakit jantung. Bermula daripada kesedaran itu, ADA sekumpulan penyelidik dari Jabatan Pemakanan, Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) DI Kampus Kuantan mengambil inisiatif menghasilkan burger yang diperbuat daripada sayuran sekali gus kandungan lemaknya yang jauh lebih rendah. Aktiviti penyelidikan yang bermula sejak September 2013 itu hanya menggunakan jerami nangka muda sebagai bahan utama bagi menggantikan daging yang sedia maklum diketahui mempunyai kadar kolestrol dan lemak yang tinggi. Menurut Ketua Penyelidiknya, Dr. Ibrahim Abu Bakar menyatakan dimana kandungan air dalam burger sayuran ini adalah lebih tinggi berbanding burger biasa. Secara tidak langsung ia mampu menghalang penyerapan minyak yang banyak dalam burger ketika proses semasa penggorengan. Kini dengan jumlah kadar air yang tinggi menjadikan burger sayur itu mempunyai jumlah kandungan lemak rendah berbanding burger biasa selain kandungan seratnya juga tinggi kerana sifat semula jadi jerami nangka muda itu sendiri. Kini para penyelidik tidak menambah bahan pengawet atau pewarna tiruan yang tidak dibenarkan bagi memastikan burger sayur benar-benar selamat untuk dimakan oleh orang ramai.
Burger sayur menampilkan dua perisa utama iaitu Perisa Ayam dan Perisa Daging yang sesuai dimakan oleh semua golongan pengguna termasuk kanak-kanak kerana ia lebih lembut dan mudah untuk dikunyah (Sila lihat foto dibawah). Ketika ditanya mengenai rasa serta teksturnya maka Ibrahim berkata rasa burger sayur ini hampir menyamai burger biasa yang telah ditambah dengan rasa nangka. Kira-kira 75 peratus daripada keseluruhan daging burger tersebut adalah daripada jerami nangka muda dan 15 peratus adalah daging burger itu sendiri. Burger ini juga mempunyai tekstur yang lebih lembut, senang dikunyah malah mudah dihadam kerana sifat jerami nangka muda itu sendiri mempunyai serat yang tinggi. Kini dengan adanya burger sayur ini secara tidak langsung membantu ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak memakan sayur yang sedia maklum diketahui akan tinggi vitamin dan bahan mineral. Di samping itu juga burger ini dilihat mampu menjadi makanan alternatif kepada penghidap penyakit diabetes yang mempunyai keinginan untuk mempelbagaikan sajian harian. Sebagai rekod, produk burger sayur ini pernah memenangi pingat emas dalam pertandingan rekacipta Pameran Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013) selain beberapa pingat emas di pertandingan rekacipta di peringkat universiti seperti Pameran Ciptaan, Inovasi dan Penyelidikan (IRIIE 2013) anjuran UIAM dan I-Envec 2013 anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Kita sama-sama menikmati burger sayur ciptaan ini dan cuba membelinya dipasaraya kelak apabila telah dikomersilkan dan mudah didapati. Negeri Pahang adalah negeri paling luas menanam nangka terutama varieti Tekam Yellow (J33) dalam 19 Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dimana buah yang sesuai diproses untuk menjadi burger sayuran amat banyak bekalannya. Semuga anda gembira dengan artikel pada subuh ini. Wasallam!!!....
BURGER SAYUR... PRODUK BARU....
UIAK KUANTAN... CIPTA BERMULA...
RASA ENAK... BEKALAN DIMANA...
SATU KEJAYAAN...UNTUK SEMUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Istama,
Bukit Beruang, Melaka,
Malaysia.
(3 Syawal 1437H)
Dikemaskini tulisan pada 1 Jun 2017.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.