Pokok Terap atau tarap ini merupakan pokok yang tumbuh menegak dengan ketinggiam mencecah 20 meter. Tumbuhan monoceious ini mempunyai kanopi lebar sehingga ukuran 40 meter diameter dengan banyak cabang. Bentuk daunnya simpel dengan ukuran sekitar 10 - 25 cm lebar dan 15 - 50 cm panjang berwarna hijau gelap dan susunan bertentang. Sebenarnya pokok ini bercabang tetapi bilangan daunnya tidak rimbun terutama pada pokok tua. Bunga tarap dikeluarkan daripada ketiak daun dibahagian hujung dahan yang berbentuk bunga majmuk (Lihat foto disebelah). Bunga berbentuk bulat ini mempunyai warna hijau kekuningan dengan tangkai berbentuk selinder berukuran 1.5-2.0 cm ukurlilit dan 4- 10 cm panjang. Bahagian interior buah tarap lazimnya seakan-akan isi buah cempedak atau nangka, namun lebih kecil, melekit, berjus dan isinya lebih kepada warna putih susu. Namun pusatnya lebih besar, terdapat sedikit selaput dibahagian yang tidak boleh dimakan dalam bahagian interiornya. Isi aril lebih warna putih dan saiz berbentuk anggur, setiap satunya mempunyai biji bersaiz 15 × 8 mm. Sejurusnya sahaja dibuka, isa tarap atau marang harus segera dimakan dalam tempoh beberapa jam sahaja, keraa buah ini mudah tersejat akan jusnya, dan rasanya akan cepat hilang dan buah ini cepat terdedah dengan kesan oksidatif. Biji tarap juga sesuai untuk dikukus atau dipanggang untuk dimakan.
Buah Tarap berbentuk bulat dengan tangkai panjang dimana seakan mempunyai duri yang tajam. Durinya bagaimana pun tidak keras sepertii duri durian tetapi agak lembut. Buah yang mentah berwarna hijau dan akan menjadi coklat kekuningan apabila ia matang. ia merupakan buah jenis Majmuk yang sama seperti buah nangka dimana mengandungi empulur dan juga isi serta bijinya. Buah tarap masak boleh dikopek menggunakan tangan kerana kulitnya agak lembut. bagaimana pun gunakan pisau atau parang untuk mereka yang kurang mahir. Didalamnya mengandungi banyak isinya yang berwarna putih krim dan didalam isi mengandungi biji (Lihat foto sebelah). Isinya adalah berbau harum dan juga rasanya adalah manis. Apabila dikunyah ia seakan macam kenyal sedikit semacam kita makan jelli. Bijinya berbentuk seperti biji nangka atau cenpedak dan boleh dimakan jika mahu dengan merebusnya dahulu.
Taburan pokok buah tarap banyak disekitar Filipina, Thailand, Kepulauan Borneo (Sabah, Brunei dan Sarawak) tetapi kini benihnya telah dibawa ke Australia Utara untuk dikomersilkan disana. Penanaman pokok tarap lazimnya menggunakan anakbenih yang disemai daripada biji yang matang didalam polibeg. Bunga pokok tarap unik (Sila lihat foto disebelah). Jarak penanaman antara 25 - 30 meter dan sebaiknya disusun dalam barisan. Pokok ini sama seperti pokok nangka lazimnya jarang diberikan baja kimia tetapi sesuai dengan pemberian baja organik. Pokok ini juga diserang perosak dan penyakit sama seperti pokok nangka seperti Ulat Penorek Batang, Ulat Pengirek Buah, Tupai dan sebagainya. Pokok yang tumbuh semulajadi dihutan bagaimana pun jarang diserang perosak. Buah tarap lazimnya akan keluar dari bulan ogos hingga Januari setiap tahun iaitu sama dengan kalendar buah-buahan tempatan. Tentang harga pasaran banyak ianya bergantung kepada musim pengeluaran dan jarak okasi penghantaran. Sebiji buah tarap bersaiz sedang dijual antara RM 3.00 - RM 5.00 bergantung kepada kualiti. sekian nukilan kali ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
BUAH TARAP ....TERAP DISEBUTNYA..
MACAM SUKUN....PUN MACAM NANGKA...
DI KAWASAN BORNEO... ADA DIJUMPA...
ISINYA MANIS ..ANDA KENA PERGI RASA...
By,
MAnem
Senior Agrologist
Taman Botani Putrajaya,
WP, Malaysia.
(6 Ramadan 1434H)
Kemaskini tulisan pada 12 Jun 2017
MACAM SUKUN....PUN MACAM NANGKA...
DI KAWASAN BORNEO... ADA DIJUMPA...
ISINYA MANIS ..ANDA KENA PERGI RASA...
By,
MAnem
Senior Agrologist
Taman Botani Putrajaya,
WP, Malaysia.
(6 Ramadan 1434H)
Kemaskini tulisan pada 12 Jun 2017
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.