NENAS VARIETI MASPINE (Ananas comosus) adalah merupakan salah satu varieti nenas yang didaftarkan dan disyorkan untuk penanam secara komersil di Malaysia. Nenas Maspine didaftarkan dengan kod AC4 oleh Jabatan Pertanian. Nenas varieti ini tidak banyak ditanam kecuali dibeberapa negeri iaitu di Johor dan Sarawak sahaja yang dilaporkan ada menanamnya. Di Johor pun hanya beberapa lokasi dan petani sahaja yang ada menanam nenas varieti Maspine ini seperti yang penulis lawat iaitu di TKPM Sedeli, Kota Tinggi, Johor ini. Kebun kepunyaan En Shukri ini seluar 4 hektar ditanam dengan nenas Maspine seluas 2 hektar tetapi hanya 2 hektar yang masih utuh. Bakinya telah musnah akibat banjir melanda pada bulan Disember dan Januari lepas. Pokok di kebun ini dijangka akan mula dituai hasilnya pada bulan Oktober - November 2017 iaitu pusingan ke dua penanaman oleh peserta ini. Ditanya dari mana beliau mendapatkan benih Maspine, dakwanya ia telah membelinya daripada pembekal sekitar Negeri Selangor (Berkemungkinan daripada penanam swasta). Nenas varieti Maspine adalah satu varieti nenas hasil daripada aktiviti pembiakan di PRI (Pineapple Research Institute) Hawai dari kumpulan nenas Cayenne. Ia istimewa kerana varieti ini mempunyai ciri daun TIDAK BERDURI atau Piping Leaf. Malam ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" bagaimana seorang petani menanam nenas Maspine untuk pasaran tempatan dan juga penjualan benih varieti tersebut.
Sebenarnya nenas Maspine ini adalah mempunyai komposisi hibrid diantara beberapa kumpulan nenas iaitu Cayenne, Smooth Guatamalan, Permanbuco, Queen dan Singapore Canner. Varieti ini dibawa masuk ke Malaysia dibawah kerjasama program janaplasma (germplasm) dengan Maroochy Horticultural Research Institute Australia sejak tahun 1990. Menurut Shukri beliau amat meminati menanam nenas ini berbanding dengan nenas mooris kerana nilai pasarannya adalah lebih baik dan sesuai dikawasan TKPM Sedili dimana ia adalah jenis tanah mineral berpasir. Setakat hari ini beliau belum berniat untuk menjual anakbenihnya yang penulis jangka akan berjumlah lebih daripada 120,000 kelak. Ini kerana anakbenih tersebut akan digunakan untuk pembesaran dan menambah luas kawasan tanaman nenas Maspine dikawasan kebunnya dan kebun lain diluar TKPM Sedili, Setakat ini beliau ada menanam seluas 3 hektar di Kg Sg Telur, Kota inggi daripada kawasan tanah yang disewa. Harga benih nenas Maspine waktu ini sekitar RM 1.00 - 1.40 satu sulur kerana amat sukar untuk mendapat pembekal yang sanggup membekalkan nenas Maspine ketika ini.
Buah nenas Maspine ini berbentuk Selinder yang hampir menyamai varieti nenas MD2 dengan mempunyai berat sekitar 1.2 - 1.3 kg sebiji dengan warna kulit buah adalah hijau muda (Sila lihat foto disebelah). Buah nenas Maspine yang matang ini mempunyai sebanyak 120 -140 mata dengan mana kedudukan matanya adalah 'timbul'. Penulis blog semasa membuat penelitian mendapati saiz empulur varieti ini sekitar 2.0 - 2.8 cm dengan warna isi nenas adalah kuning keemasan. Buah yang manis dengan kandungan gula sekitar 12 - 14 Brixs ini mengandungi kadar asid citrik sekitar 0.4 - 0.6%. Buah nenas varieti ini amat sesuai untuk dimakan segar atau pun diproses. Penulis dapat makan nenas ini semasa melawat ladang nenas Maspine di Batu Pahat, Johor. Antara beberapa ciri-ciri marfologi nenas Maspine yang perlu dilihat adalah bahagian daunnya. Warna dominan pada permukaan atas daun adalah hijau dengan ada kandungan antosianin. Keamatan atau intensiti kandungan antosianin adalah sederhana kuat dengan sebarannya adalah dominan memanjang kearah apeks. Apa yang unik pada varieti ini adalah bentuk daun 'Piping' dengan tiada duri. Ia juga menunjukkan ada seperti garisan timbul yang jelas dilihat pada margin daun. Permukaan atas braktea nenas Maspine berwarna merah jambu pudar. Diladang nenas Maspine mempunyai tabiat pertumbuhan yang separa menegak dengan kedudukan buanya yang menonjol. Buah nenas Maspine bagaimana yang ditanam diatas tanah gambut kurang manis berbanding dengan nenas Maspine yang ditanam diatas tanah mineral.
Penanaman nenas varieti Maspine ini boleh dikembangkan lagi selaras dengan program penanaman nenas MD2 yang dikelaskan sebagai nenas premium tetapi harga benihnya lebih mahal. Beberapa penanam nenas moris yang ingin mengubah varieti tersebut kepada nenas Maspine perlu digalakkan untuk menanamnya. Kemungkinan pada masa ini kekurangan bekalan benih Maspine untuk diberikan kepada penanam nenas yang ingin mencubanya. Kelebihan nenas ini dimana bentuknya dan warna kuning keemasannya adalah menarik cuma ia kurang dipopularkan seperti nenas MD2. Pihak LPNM dan FAMA boleh bergabung untuk mempromosikan nenas Maspine yang juga mempunyai ciri-ciri kehebatannya yang tersendiri. Pengalaman menanam nenas Maspine oleh En Shukri ini walau pun kurang menarik oleh penanam nenas moris tetapi beliau percaya setakat ini menguntungkan dan tiada masaalah pemasaran. Semuga nenas Maspine akan popular dikalangan pengguna di negara kita sama seperti nenas MD2 dimasa akan datang. Diharap artikel ke 4,378 ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technologi kali ini. Wasallam!!...
NENAS MASPINE... AC4 DIDAFTARNYA...
TKPM SEDILI... PENULIS MENINJAUNYA...
ENCIK SHUKRI...4 HEKTAR KEBUNNYA...
BOLEH DIKEMBANGKAN...OLEH SEMUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
TKPM Sedeli, Kota Tinggi,
Johor, Malaysia.
(10 Ramadan 1438H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.