Support My Blog

Sunday, April 30, 2017

PRODUK MAKANAN ORGANIK - APA DIA?

Pada masa ini masyarakat mulai banyak yang menyedari betapa pentingnya kesihatan sehingga mulai berfikir tentang kepentingan MAKANAN ORGANIK. Makanan organik atau 'Organic Foods' adalah makanan yang disediakan melalui proses dan teknologi organik yang mana ia mengamalkan proses yang semulajadi. Teknologi tanaman organik dimana tidak digunakan bahan kimia atau bahan sintetik untuk racun dan baja malahan ia menggunakan bahan dari organik. Ia juga dikaitkan dengan rekayasa genetik GMO, tanpa guna hormon tumbuhan, tanpa antibiotik, tanpa bahan vaksin dan sebagainya. Pada asasnya makanan organik adalah jenis makanan yang dihasilkan secara semulajadi iaitu bagaimana ia telah dilakukan oleh nenek moyang kita ratusan tahun lalu. Namun makanan organik yang dihasilkan dengan cara ini tidaklah mudah seperti kaedah konvesional sedia ada malahan ia menyebabkan jumlah hasil pengeluaran yang terbatas dan harganya selalu jauh lebih mahal. Pada orang awam mereka masih perlukan pendedahan sebanrnya apa yang dimaksudkan dengan makanan organik. Ini kerana ada dakwaan dan disahkan bahawa makanan organik lebih baik dan sihat daripada makanan konvensional atau non-organik. Dalam imu sains pertanian memang ada dinyatakan bahawa penggunaan baja kimia pada kebanyakan tanaman yang menghasilkan makanan secara konvensional adalah untuk mempercepat pertumbuhan tanaman. Bagaimana pun ia berbeza dengan penanaman organik yang mana ia hanya menggunakan baja semulajadi seperti baja haiwan atau baja kompos. Tanaman makanan pada umumnya disembur dengan bahan kimia seperti racun sintetis tetapi makanan organik menggunakan kaedah semulajadi untuk mengatasi masalah serangan perosak dan serangga. Rencana subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apakah dia produk makanan organik dan perkara asas untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Produk makanan secara konvensional memang lazimnya akan menggunakan semburan racun kimia untuk mengatasi masalah rumpai, serangan serangga dan penyakit bagi menghasilan hasilan tinggi dan berkualiti (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun produk makanan organik hanya menggunakan amalan organik seperti menanam tanaman lain alternatif, membaiki struktur tanah, kawalan rumpai, penggiliran tanaman dan sebagainya utuk mengawal rumpai dan perumah perosak tanaman. Dalam pada itu untuk sektor ternakanlazimnya mereka akan menggunakan antibiotik, hormon pertumbuhan serta bahan ubatan kimia untuk mencegah penyakit dan mebghasikan kadar tumbesaran ternakan. Sietem ternakan secara organik hanya menggunakan bahan makanan organik dan hanya menggunakan langkah-langkah pencegahan organik untuk membantu meminimakan serangan penyakit. Manfaat daripada makanan organik bagi tujuan kesihatan memang diperolehi daripada sisem pengeluaran makan yang organik. Makanan seperti sayur cili besar yang nampak cantik berkilat mungkin bukan organik disyakki menggunakan bahan kimia racun berlebihan sehingga tiada perosak atau penyakit yang menyerangnya. Penggunaan racun kimia ini adalah bahan kimia seperti bahan Racun Kulat (fungicide), Racun Rumput (herbicide) atau Racun Serangga (Insecticide). Bahan kimia ini banyak digunakan dalam pertanian konvensional dimana selalu akan ada sisabaki racun atau residu yang masih ujud melekat pada makanan yang kita makan. 


Sisa racun kimia selalunya masih tidak boleh dihilangkan dengan proses mencuci yang biasa dilakukan disebabkan ia selalunya akan diserap oleh akar dan mendap didalam tumbuhan seperti sayuran dan buah-buahan. Bagaimana dengan membasuh sayuran dijangka menghilangkan sisabaki racun yang berada diluar (Sila lihat foto disebelah). Ini kerana selalunya kadar sisabaki racun kimia ini merupakan neurotoksin yang meracuni bahagian saraf manusia. Jika produk makanan yang dimakan bebas dari bahan kimia maka pilihan terbaik adalah bahan makanan organik dimana ia pasti lebih sihat untuk jangka panjang. Setelah sedar akan kepentingan makanan organik maka pertanyaan yang selanjutnya adalah dimanakah kita hendak membelinya?. Adakah harga bahan organik ini lebih mahal?. Apakan ada rasa berbeza diantara produk makanan organik dengan yang bukan organik?. Bagaimana kalau anda sendiri hendak menanam secara organik makanan ini disekeliling rumah?. Apakah ujud teknologi dan skim persijilan mengenai produk makanan organik?. banyak persoalan ini akan terjawab apabila kita mepunyai kesedaran asas produk makanan organik.


Dalam kebanyakkan kes lazimnya makanan sumber protein semulajadi adalah lebih segar dan mampu bertahan lama. Makanan organik biasanya lebih segar dan lebih lazat semasa dimakan berbanding dengan produk makanan konvensional. Makanan organik yang ditanam sendiri dikeliling rumah juga boleh dimakan sendiri atau dijual kepada jiran (Sila lihat foto disebelah). Produk makanan organik lazimnya boleh tahan lebih lama sekaligus meminimakan penggunaan bahan pengawet. Ia didakwa lebih berkhasiat selain daripada rasanya yang lebih lazat. Laporan makmal menyatakan makanan organik juga lebih tinggi jumlah nilai nutrisinya. Satu kajian yang dilaporkan oleh organic.org menunjukkan bahwa buah-buahan dan sayuran organik mengandung 27.0% lebih banyak vitamin C, 21.1% lebih banyak zat besi, 29.3% lebih banyak magnesium, 13.6% lebih banyak fosforus dan 18% lebih banyak polyphenol. Para penyelidik juga telah menjumpai dimana kandungan bahan Asid Salisilata memang lebih banyak sekitar nilaian 600% didalam sup organik. Selain itu sup lobak merah yang organik mengandung 1,040 nanogram bahan salisilat jika ianya dibandingkan dengan sup lobak merah non-organik yang hanya mengandungi 20 nanogram sahaja. 


Dalam kajian selanjutnya didapati dimana daging organik hanya sedikit kandungan lemak tepu dimana tetapi ia didakwa mengandungi bahan banyak lemak sihat. Lazimnya ternakan yang tidak diberikan dengan antibiotik haiwan akan menjadi daging organik dimana ia tidak diberikan antibiotik, hormon tumbesaran atau makanan buatan dari bahan sampingan atau bahan buangan yang tidak elok. Penggunaan antibiotik dalam pengeluaran haiwan ternakan pedaging akan menghasilkan strain bakteria baru yang resistant terhadap antibiotik. Perkara ini juga bermakna bahawa semasa seseorang jatuh sakit disebabkan oleh strain bakteria ini maka ia akan kurang tindakbalas atau respon terhadap perubatan antibiotik. Banyak kajian tentang ilmu genetik untuk tanaman makanan termasuk penggunaan GMO yang kini sudah menjadi isu yang biasa untuk ianya diguna dalam meningkatkan pengeluaran hasil makanan. Penyelidikan juga dilakukan pada haiwan tikus di makmal yang mana tikus ini diberi jagung GMO telah menjadikan berlaku kesan barah diotak tikus dimana ia akhirnya mati. Makanan organik adalah satu-satunya makanan yang bebas dari hasil kacukan persilangan (cross breeding). Pertanian organik lebih mesra alam dan sesuai untuk dilakukan dimana sahaja. Pertanian organik terbukti mengurangkan kesan pencemaran udara, air dan tanah, menjimatkan penggunaan air, mengurangkan kesan hakisan, meningkatkan kesuburan tanah dan menggunakan sedikit tenagakerja. Selain itu penulis blog setuju dengan pendapat iaitu pertanian organik lebih baik bagi menjaga ekosistem disekitarnya. Pertanian tanpa bahan kimia ini juga lebih baik bagi para petani yang menghasilkan tanaman makanan. Makanan yang banyak mengandungi Vitamin K sebagai produk organik dari pengeluar bersijil organik seperti My Organic yang disahkan oleh Jabatan Pertanian akan lebih dipercayai pengguna berbanding dengan yang tiada sijil tersebut. Semuga rencana ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!..

PRODUK ORGANIK... ITU BENDA APA...
HANYA PERNAH ... DENGAR SAHAJA...
MAKANAN ORGANIK ..SIHAT JADINYA...
BACA ARTIKEL..TERIMAKASIH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Organik Komersil,
Bentong, Pahang,
Malaysia.
(26 JamadilAkhir 1438H)

Saturday, April 29, 2017

PUCUK PUTAT - SEJENIS ULAM?

POKOK PUTAT (Barringtonia spp.) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Lecythidaceae yang tumbuh liar di negara kita Malaysia dan beberapa negara tropika yang lain. Pokok putat di negara kita sering dikaitkan dengan 'PUCUK PUTAT' yang dijadikan sebagai ulam jenis daun yang dimakan segar bersama-sama nasi, sambal belacan atau budu. Saya mula mengenali daun putat semasa pergi kesebuah restoran sewaktu makan tengahari di Bandar Hilir Melaka pada tahun 1980. Mula-mula memang tidak biasa dengan pucuk daun putat tetapi kini menjadi kegemaran untuk makan daun putat. Pembacaan dari beberapa sumber melaporkan terdapat lebih dari 40 spesis pokok putat tetapi hanya 6 spesis yang popular di Malaysia iaitu Putat Laut (Barringtonia asiatica), Putat Kampong (Barringtonia racemosa), Putat Air, Putat Darat, Putat Ayam dan Putat SungaiPokok Putat Kampong (Barringtonia racemosa) tumbuh dikawasan yang lembab atau tebing sungai di negara kita secara semulajadi. Pokok ini mampu tumbuh sehingga 20-25 meter dengan dahan merimbun dan pokok menegak. Daun putat berbentuk lonjong, panjang dan agak tebal dimana tepinya macam bergerigi kecil dan berwarna merah keunguan semasa muda bertukar kepada hijau kuat apabila matang. Pucuk putat yang muda dan lembut inilah yang dipetik untuk dijadikan ulam yang mempunyai rasa masam, kelat dan lemak. Bunga pokok putat mempunyai 4 kelopak dimana kudupnya berwarna ungu atau putih mengikut spesis. Buahnya mempunyai banyak bentuk seperti bentuk bulat, bulat bujur atau bersegi lapan dan sebagainya yang berwarna hijau terang ketika muda. Ukuran buah lingkungan 6-8 cm panjang dan 3-5 cm lebar mengandungi biji benih yang berbentuk leper. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis tumbuhan yang sering pucuknya dijadikan makanan ulam untuk bacaan umum.

Pembiakan pokok putat laut pula melalui biji buah yang gugur ditanah atau diatas air yang terapong sehingga tumbuh dikawasan baru. Bagi buah putat laut buahnya boleh terapong dalam air laut dan tahan lama sehingga bertahun-tahun. Buah putat boleh dikopek atau dipotong sebelum dihiris sebagai ulam dengan mempunyai rasa kelat dan masam. Buah putat juga digunakan sebagai ubat untuk merawat masaalah gatal-gatal pada kulit. Buah putat yang dilumatkan pula apabila ditampal pada muka mampu melicinkan kulit muka dan menjadi lembut. Pucuk putat yang dipetik muda dan dimakan sebagai ulam dipercayai dapat mmelancarkan peredaran darah dan melicinkan kulit. Daunya pula apabila direbus dan diminum dapat menyejukkan badan dan elakkan penyakit keputihan. Daun yang direbus dengan beras dan disapukan pada bekas cacar air dapat memyembuhkan dengan segera. Kulit pokok putat yang dibakar dan disedut melalui hidung juga didakwa dapat menyembuhkan masaalah resdung. Pokok putat merupakan tumbuhan semulajadi yang tumbuh ditebing sungai dan pantai di tepi laut berfungsi sebagai tumbuhan penahan hakisan. Ekosistem yang ujud dikawasan tumbuhan ini membantu untuk hidupan seperti ikan, udang, siput dan sebagainya membiak. Aktiviti memusnahkan kawasan tumbuhan putat laut akan mennjadikan tumbuhan iai akan pupus dimasa akan datang. Penanaman pokok putat yang musnah dijalankan oleh pihak berkuasa dengan menyemai biji benih putat laut dan menanamnya dikawasan terjejas. 

Ulam Daun Pucuk Putat memang ada dijual dipasar basah, pasar tani, pasar malam untuk dimakan segar terutama dengan nasi putih. Beberapa restoran dan hotel terkemuka juga kadang-kadang menghidangkan ulam pucuk putat uuntuk pelanggannya. Harga runcit ulam putat adalah sekitar RM 1.50 - RM 2.00 satu ikat bergantung kepada kesegaran dan sumber bekalan. Pucuk ini sedap dimakan segar walau pun ianya boleh disimpan didalam peti sejuk untuk 3-4 hari. Kini kalau ada kawasan keliling rumah sesuai untuk ditanam dengan pokok putat boleh diusahakan menanam sendiri atau tanam dalam pasu atau pot. Pucuk putat perlu dipetik selalu untuk menghasilkan pucuk yang lebih banyak. Pokok Putat amat terkenal di negeri-negeri sebelah utara seperti Kedah, Perlis dan Perak. Pokok Putat yang berbuah sepanjang tahun dicari buahnya yang muda dan pucuknya sebagai ulam. Pokok ini hidup liar di tepi pantai yang berpasir, sawah dan kebun. Pokok Putat tumbuh dengan daun yang lebar dan besar. Apabila pokok Putat mencapai ketinggian maksimum sehingga 28 m, ia boleh dilihat berbentuk seperti payung. Di atas keunikan ini pokok Putat sesuai ditanam di taman rekreasi sebagai peneduh. Daun Putat berbentuk bujur, panjang dan tebal. Tepi daunnya bergerigi kecil. Urat daun boleh dilihat dengan jelas. Pangkal daunnya menirus dan bertangkai pendek. Daun muda di bahagian pucuk lembut dan berwarna merah keunguan. Manakala daun yang matang berwarna hijau tua dan tebal. Pucuk Putat lembut dan biasa dibuat ulaman, ke-rabu atau perencah laksa. Dalam pada itu bunganya mempunyai empat kelopak. Di dalam kelopak pula terdapat banyak stamen yang berbulu panjang berwarna merah jambu. Bunga Putat kecil dan besarnya lebih kurang 5 cm lebar. la tumbuh secara berjuntai dari dahannya. Kudup bunga berwarna merah keunguan. Namun ada juga jenis yang bunganya berwarna putih. Buah Putat berbentuk bulat membujur seperti buah kedondong. Buah Putat mempunyai empat alur yang jelas pada kulit luarnya. Warna buah¬nya hijau kemerahan. Bijinya pula besar dan keras serta bujur.

Diantara beberapa khasiat ulam pucuk putat adalah dimana kebanyakan pokok yang pucuknya boleh dibuat ulam, adalah baik untuk kesihatan kulit, melancarkan darah dan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita. Walaupun begitu, hanya mereka yang sudah biasa memakannya sahaja yang tahu khasiatnya. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda.Selain itu, buahnya boleh diparut untuk dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit. Akar Putat yang direbus dan diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan mampu untuk menghilangkan ketagihan dadah. Akar Putat juga boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin. Di India, poltis daun dan buah Putat popular untuk mengubati gatal-gatal kulit, cacar air dan bengkak di kulit. Kulit batang Putat pula dapat mengurangkan komplikasi res-dung. Caranya ialah kopek kulit batangnya dan jemur sehingga kering. Kemudian bakar dan sedut melalui hidung sehingga keluar air lendir. Ulangi setiap hari sehingga sembuh penyakit resdung.

Para akhir dalam menulis mengenai putat penulis blog merujuk kepada jenis putat paling sering digunakan iaitu PUTAT KAMPONG. Sebenarnya jenis Putat Kampong (Barringtonia racemosa)Pokok Putat Kampong ini biasanya ditemui tumbuh di lembah-lembah, tepi sungai dan kawasan tanah lembap. Ketinggian pokok putat mencapai sehingga 28 m. Daun putat berbentuk bujur, panjang dan tebal dengan bahagian tepi bergerigi kecil. Daun muda di bahagian pucuk berwarna merah keunguan dan apabila matang daunnya berubah menjadi hijau tua. Bunga putat mempunyai empat kelopak dan kudupnya berwarna merah keunguan atau putih mengikut jenis putat itu. Dari segi kegunaan pokok putat kampong selalunya berbunga dan berbuah sepanjang tahun dan buahnya yang muda boleh dimakan sebagai ulam (Sila lihat foto disebelah). Pucuk putat lembut dan biasanya dibuat ulaman, kerabu atau sebagai ulaman dalam laksa. Pucuk putat yang tumbuh di tebing sungai digunakan sebagai syampu pada zaman dahulu kerana ia akan menghasilkan buih apabila diramas bersama air. Buahnya mempunyai rasa kelat dan perlu dikopek kemudian dihiris sebelum dimakan sebagai ulam. Buah putat juga boleh digunakan untuk mencegah kegatalan kulit dan mengubati beberapa jenis penyakit kulit. Pucuknya yang dimakan sebagai ulam adalah baik untuk kesihatan kulit, dan melancarkan perjalanan darah. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda. Buahnya yang diparut dan dijadikan jus ataupun ditampalkan pada bahagian muka boleh melicinkan kulit. Akar putat yang direbus, diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin. Daun putat yang ditumbuk bersama-sama beras, dipupuk atau disapu pada bahagian yang terkena cacar air akan mempercepatkan tempoh matang cacar air dan mencegah ia merebak ke seluruh badan. Kulit pokok putat yang dikeringkan dan dibakar kemudian asap yang terhasil disedut pesakit resdung dapat mengubati resdung yang dialami. Semuga rencana ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro yang mencecah 10.6 juta sehingga kini. Wasallam!!!..
PUCUK PUTAT...BUAHNYA DIHASILKAN....
POKOK TUMBUH...ULAM DIJADIKAN...
ENAK ...BERSAMA NASI IA DIMAKAN...
HARGA MURAH...MUDAH DIDAPATKAN...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aras 13, Condominium Anggerik,
Sri kembanga, Selangor,
Malaysia.
(2 Rejab 1438H) 
   

Friday, April 28, 2017

STATUS SERANGAN BSF DI MALAYSIA

BLACK SOLDIER FLY BLACK SOLDIER FLY (Hermetia illucens) merupakan sejenis serangga daripada keluarga Stratiomyidae bersaiz kecil berwarna hitam yang menjadi perosak merbahaya kepada industri ternakan lebah dan juga kelulut di negara kita. Penulis merujuk kepada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian, Kuala Lumpur dimana rekod menunjukkan lalat BSF ini telah menyerang sebanyak 2,600 koloni kelulut sehingga 31 Ogos 2016. Ia merupakan serangan 5.5% daripada keseluruhan koloni kelulut di Malaysia iaitu sebanyak 48,000 koloni diseluruh negara. Kerugian akibat serangan BSF ini telah dianggarkan sebanyak RM2.4 juta (Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia). Serangga yang juga dipanggil sebagai 'Lalat soldadu hitam' ialah sejenis lalat yang biasa dimana larvanya akan hidup dengan menghuraikan kompos terutama pada tahi ayam. Sehubungan dengan itu dilaporkan bahawa larva serangga ini banyak digunakan dalam proses menyediakan dan aktiviti pengurusan baja organik. Larva dan pupae serangga ini yang terhasil dari penguraian baja organik ini boleh juga digunakan sebagai makanan ikan hiasan atau makanan ternakan lain. Telor lalat BSF ini akan mengambil masa hanya 4 hari untuk menetas dan biasanya terdapat pada celah kayu atau berhampiran dengan bahan yang sedang mereput. Kerosakkan oleh serangga ini biasanya akan berlaku terhadap industri lebah dan kelulut apabila serangga dewasa bertelur dalam koloni lebah atau kelulut dimana telur yang menetas menjadi larva mengambil madu, roti lebah dan keseluruhan broodcell dalam proses pembesarannya. Akibatnya adalah dimana keseluruhan koloni akan terhapus dalam beberapa hari sahaja selepas dijangkiti oleh larva ini. Bagaimana pun penulis melihat selalunya tidak ada berlaku kerosakkan akan berlaku pada struktur propolis kerana ia ada kandungan lilin yang tinggi. Kes serangan serangga ini kurang dilaporkan oleh penternak pada waktu dahulu dahulu tetapi kini sudah kerap kedengaran apabila peserta projek kelulut mula terganggu. Artikel subuh ini saya berusaha untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis serangga perosak dinamakan Black Soldier Fly (BSF) atau mudahnya dipanggil Lalat Soldadu Hitam dan beberapa kaedah atau cara kawalan jika berlaku serangan sebagai bahan bacaan dan rujukkan anda.


Serangga BSF ini merupakan jenis lalat kosmopolitan dari famili Stratiomyidae dimana ia sebenarnya bersaiz agak agak besar seakan penyengat. Ia mempunyai sepasang sayap dan tidak mempunyai penyengat. Biasanya ditemui dalam persekitaran luar berhampiran ternakan atau bahan organic yang mereput, termasuk sisa haiwan. Pengalaman penulis blog mendapati BSF dewasa biasanya ditemui berehat pada tumbuh-tumbuhan, batang pokok dan dinding dan tingkap di kawasan perumahan dan persekitaran. Bagaimana pun peringkat yang merosakkan koloni kelulut adalah Larvanya. Larva digunakan secara meluas dalam pengurusan baja, mengawal populasi lalat rumah dan penukaran sisa organik kepada produk yang berguna seperti kompos. Dalam pada itu juga ada yang telah menjadikan larva untuk dijual sebagai sumber makanan yang penting untuk binatang peliharaan seperti amfibia, ikan dan ayam kerana kandungan kalsium tinggi. Tinjauan penulis blog mendapati dari segi ekonomi ianya mampu didalam mengurangkan kos pengurusan sisa buangan di tapak pelupusan. Bahan buangan yang dikompos oleh BSF diguna semula untuk dijadikan baja dan larva dan pre-pupa tinggi lemak dan protein amat sesuai untuk makanan ikan. Dalam kes lain dilaporkan pre-pupa boleh dijual untuk makanan ikan dan haiwan peliharaan. Lazimnya penggunaan BSF dalam pengurusan sisa najis dalam industri ternakan dapat meningkatkan pulangan hasil tahunan.



Tanda-tanda serangan BSF ada berbagai yang boleh kita kenali. Berikut adalah tanda yang penulis blog selelu dapat lihat dilapangan:

1. Terdapat perubahan bentuk pada corong pintu masuk sarang. Corong pintu masuk sarang kelihatan agak kering dimana ia jelas dilihat seperti foto dibawah.

2. Biasanya Koloni menjadi lemah dan aktiviti kelulut keluar masuk kurang.

3. Kantung madu didalam kotak super pecah dimana akan dilihat ada lelehan madu pada sarang dan juga ada madu berbau masam.

4. Kantung madu atau 'bee bread' telah pun biasanya telah dipenohi Larva 
atau ulat BSF. Selalunya akan ada kehadiran BSF dewasa di sekitar sarang. 


5. Propolis akan kelihatan seperti berdebu (seperti tanda terkena serangan kulat) tetapi sebenarnya tanda awal kehadiran larva BSF dalam sarang kelulut.

6. Terdapat larva BSF dalam kantung madu semasa dibuat pemeriksaan.

7. Struktur sarang dalam kotak koloni menyusut. Ia menjadi rwput seperti tiada kelulut yang menjaganya.

Didalam menjalankan pemantauan dan pemeriksaan kepada pengusaha kelulut, penulis mendapat banyak maklumat mengenai kaedah untuk mengurangkan atau mengawal serangan BSF. Bagaimana pun asasnya terdapat 7 kaedah yang boleh diamalkan bagi mengawal serangan BSF ini di Malaysia. Pertama adalah dengan mempastikan kawasan ternakan kelulut hendaklah bersih, jauh dari kawasan ternakan ayam yang ada najis atau pusat pengkomposan najis haiwan, pengurusan bahan organik dan ternakan BSF. Cara kedua adalah dengan memasang kotak topping madu dengan kemas, tiada sebarang lubang kecil untuk serannga BSF dewasa masuk kedalam koloni. Ke 3 dengan cara memasang jaring atau netting pada log untuk elakkan daripada serangga BSF dewasa bertelur. Teknik kawalan ke 4 dengan menyediakan perangkap untuk BSF bertelur. Ke 5 sebaiknya dipindahkan Ratu atau Koloni Kelulut yang telah diserang ke kotak baru jika koloni masih boleh diselamatkan. Kaedah yang lazim penulis blog lihat adalah dimana ramai pengusaha kelulut yang memusnahkan log dengan cara membakar bagi koloni yang tidak dapat diselamatkan. Akhir sekali yang paling penting adalah pengusaha kelulut selalu atau sentiasa memereksa kelulut. Kadar serangan BSF ini dilaporkan memuncak pada tahun 2016 apabila kemarau panjang dan suhu panas diikuti dengan hujan sekitar bulan Jun - Ogos 2016. Pemantauan penulis blog mendapat kadar serangan BSF berkurangan semenjak Januari - Mei 2017 kerana perubahan cuaca persekitaran dan kesedaran ramai pengusaha kelulut. Semuga artikel dalam anim agro technology ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!..
NAMA SINGKATAN BSF... APA DIANYA...
SERANG KELULUT...SERANGGA BAHAYA..
KERUGIAN DIREKODKAN....RM2.4 JUTA...
PERLU DIKAWAL... ILMU MESTI ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Kelulut,
Kg Paya Gaung, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(27 Rejab 1438H)

Thursday, April 27, 2017

KAJIAN PENYAKIT REPUT TERAS NENAS DI RIPP

PENYAKIT REPUT TANGKAI NENAS di Malaysia kini merupakan satu ancaman kepada industri tanaman nenas. Penulis blog mendapati penyakit ini merupakan sejenis penyakit penting yang memberi anaman serius kepada petani dan usahawan nenas. Apa pun daripada maklumat terkini yang diperolehi dalam pembentangan kertas pada Simposium Biosekuriti Tumbuhan 2017, penulis telah pun dimaklumkan oleh pakar ia berpunca daripada jenis patogen BAKTERIA dan patogen KULATPenyakit reput teras bakteria adalah disebabkan oleh bakteria dikenalpasti sebagai Dickeya spp. (dahulu bakteria ini dipanggil sebagai Erwinia chrysanthemi). Dalam penelitian penulis mendapati dimana Bakteria Dickeya spp. ini juga boleh menyerang buah nanas dan menyebabkan penyakit buah hantu. Perkara ini merupakan satu keadaan yang mengancam ramai penanam nenas diseluruh negara jika tiada pemantauan sempurna. Dalam pada itu Penyakit reput teras Phytophthora yang berlaku pula disebabkan oleh patogen kulat yang dikenali sebagai Phytophthora spp. Kulat ini merupakan sejenis kulat yang menyerang banyak tanaman lain dinegara kita. Dalam kajian kes yang dijalankan di Projek Nenas Bersepadu Rompin (Rompin Intergrated Pineapple Project) atau pun ringkasnya RIPP), Bahagian Biosekuriti Tanaman Jabatan Pertanian Pahang telah dilakukan. Projek yang luasnya 1,500 ekar ini dilaksanakan melalui ladang kontrak yang diuruskan oleh Anchor Company. Bagaimana pun kajian ini ditumpukan di Ladang Nukleus (300 ekar), Ladang Koperasi Orang Asli (100 ekar) dan Ladang Kontrak Usahawan (80 ekar) dimana tanaman nenas ssuai dijalankan kajian dan mendapat kerjasama yang baik daripada mereka. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu temuan laporan serangan penyekit reput teras nenas sebagai satu sumbangan penulis dalam teknologi tanaman nenas negara untuk rujukkan.

Kaedah kajian telah dijalankan dengan membuat pemeriksaan dan bancian status di ladang dan pusat pengumpulan hasil. Pemeriksaan diladang dilakukan secara rawak terhadap pokok nenas dan kemudian sampel pokok yang memang menunjukkan simptom akan diambil untuk analisa dimakmal (Sila lihat foto disebelah). Kerja ini memerlukan kepakaran, kesabaran dan penelitian oleh pegawai. Kaedah kedua dimana sebanyak 10 biji buah nenas 'reject' di pusat pengumpulan hasil dan 15 biji buah nenas yang telah 'digred' untuk pasaran diambil untuk dibuat analisis di makmal. Dalam makmal pokok dan buah ini akan dibuat ujian dengan cara Sistem BIOLOG, 'Baiting' dan ''Blotter'. Hasil daripada kajian adalah dimana di Ladang Nukleus peratus kejadian penyakit adalah kurang dari 1% (>1%) bagi kedua-dua jenis Penyakit Reput Teras Bakteria (Bacterial Heart Rot) dan juga Penyakut Reput Teras Phytopthora (Phythopthora Heart Rot). Bagaimana pun keadaan ini berbeza didalam Ladang Nenas Orang Asli dimana kadar serangan adalah sekitar  3 - 10% untuk penyakit yang disebabkan oleh patogen Dickeya spp atau Penyakit Reput Teras Bakteria dan Penyakit Reput Teras Phythopthora.  Kajian maklmal juga mendapati keadaan serangan Reput Teras Bakteria yang disebabkan oleh patogen Dickeya spp di Ladang Kontrak agak tinggi iaitu sekitar 15 - 18% tetapi tidak ada serangan berlaku untuk Reput Teras Phythopthora dikawasan ini.

Berikut adalah beberapa keputusan temuan di makmal berkaitan sampel-sampel buah yang diambil di Pusat Pengumpulan hasil. Keputusan kajian mendapati bagi sampel buah 'reject' terdapat 4 jenis patogen yang menyebabkan 4 jenis penyakit ditemui. Patogen tersebut adalah Kulat Penicilium spp yang menyebabkan Penyakit Mata Hitam (Fruitlet Core Rot). Kedua ditemui patogen iaitu bakteria Dickeya spp yang menyebabkan Penyakit Buah Hantu (Fruit Collapse). Anda boleh lihat penyakit buah hantu di foto sebelah. Ketiga yang ditemui patogen jenis kulat iaitu Chalara parodaxa atau Thielaviopsis paradoxa yang telah menyebabkan Penyakit Reput Hitam Thielaviopsis atau Penyakit Reput Lembut Thielaviopsis (Thielaviopsis Softrot / Blackrot). Jenis patogen ke 4 yang dijumpai dalam buah 'reject' adalah patogen kulat Rhizopus spp yang menyebabkan Penyakit Reput Rhizopus (Rhizopus Rot). Keadaan berlainan berlaku pada sampel buah yang telah digred untuk pasaran diladang RIPP ini. Kajian makmal menemui hanya sejejis patogen yang ada dalam sampel buah ini iaitu patogen dikenali dengan nama Chalara parodaxa atau Thielaviopsis paradoxa yang telah menyebabkan sama dengan buah nenas yang diatas iaitu Penyakit Reput Hitam Thielaviopsis atau pun Penyakit Reput Lembut Thielaviopsis (Thielaviopsis Softrot / Blackrot). Bagaimana pun temuan ini memang tidak mengejutkan penulis blog yang beberapa kali membuat tinjauan teknologi kelokasi penanaman nenas yang luas di Pahang ini dibawah tajaan LPNM dan ECERDC.

Dalam membincangkan mengenai temuan kajian ini dari hasil lawatan juga mendapati tahap pengurusan ladang yang berbeza mengikut ladang telah pun mempengaruhi kejadian serangan penyakit yang menyerang nenas. Antara yang perlu dibincangkan adalah dimana keadaan rumpai di ladang koperasi dan ladang kontrak yang dilawati tidak terurusdengan baik berbanding dengan keadaan rumpai di Ladang Nukleus adalah baik. Selain itu didapati pengurusan untuk pokok-pokok nenas yang telah mati dan dijangkiti penyakit dibiarkan di dalam ladang yang menyebabkan kadar serangan lebih serius. Sementara itu di Pusat Pengumpulan, pula serangan oleh patogen bakteria Dickeya spp., kulat Penicillium spp., kulat Chalara paradoxa (atau dikenali dengan nama lain Kulat Thielaviopsis paradoxa) dan kulat Rhizopus spp. telah dapat diasingkan daripada sampel buah ‘reject’ yang telah diambil. Manakala bagi buah nenas yang telah ‘digred’ hanya terdapat jangkitan kulat selepas tuai iaitu kulat Penicillium spp., kulat Chalara paradoxa (=Thielaviopsis paradoxa) dan kulat Rhizopus spp dimakmal ketika saringan dijalankan. Bagaimana pun keputusan kajian adalah dimana kedua-dua Penyakit Reput Teras (Penyakit Reput Teras Bakteria Dickeya spp. dan Penyakit Reput Teras oleh patogen Phytophthora) dikesan di ladang-ladang RIPP. Seterusnya sebagai keputusan adalah dimana Penyakit Buah Hantu Dickeya spp telah dikesan pada buah dari pusat pengumpulan tetapi pada buah ‘reject’. Lain-lain penyakit buah nanas di pusat pengumpulan adalah penyakit lepas tuai yang didapati diladang ini.

Syor yang diberikan Jabatan Pertanian kepada pihak pengurusan RIPP adalah dengan sentiasa membuat pemeriksaan dan memantau serangan penyakit di ladang dan pusat pengumpulan. Pemantauan secara berjadual ini memang perlu memandangkan keseluruhan kawasan ladang yang luas ini akan terjejas jika berlaku serangan penyakit. Sistem pengurusan ladang perlu diperbaiki agar ladang sentiasa berada dalam keadaan baik bagi meminimumkan serangan perosak. Pokok dan juga buah yang menunjukkan simptom serangan di ladang perlu segera dimusnahkan dengan cara betul dan berjadual. Buah nanas di pusat pengumpulan yang kelihatan tidak normal atau berpenyakit perlu diasingkan dahulu dan dimusnahkan segera. Perlu dipastikan keadaan ladang dan juga pusat pengumpulan sentiasa bersih dan sanitasi yang baik. Perlu dilakukan Pengurusan Penyakit Secara Bersepadu (IPM) yang meliputi semua aspek pencegahan dan pengurusan penyakit dari peringkat sebelum menanam sehingga kepada peringkat lepas tuai di pusat pengumpulan. Amalan ini adalah amat penting dalam mencapai matlamat ke arah ladang yang bebas penyakit dan perosak dan seterusnya menjadi ladang perintis untuk pasaran eksport ke luar negara. Nenas daripada RIPP ini telah berjaya dieksport ke luar negara seperti ke negara-negara Teluk, Jeppun, Korea dan Hong Kong. Penghasilan buah berkualiti akan menjamin pasaran eksport nenas dari Malaysia akan terus berkembang dimasa akan datang. Semuga anda mendapat info berguna dari tulisan dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.

REPUT TANGKAI...PENYAKIT BAHAYA...
POKOK NENAS...ADA SERANGANNYA...
PERLU DIKAWAL...IKUT SIMPTOMNYA...
POKOK SIHAT... BUAH NENAS BERHARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Nenas RIPP, Kg Tanam,
Rompin, Pahang,
Malaysia.
(26 Rejab 1438H)

Wednesday, April 26, 2017

BURUNG HANTU DAN WALIT - TEKNOLOGI KAWALAN (Part 2)

BURUNG HANTU atau Pungguk Jelapang PADI (Tyto alba) dan BURUNG WALET (Collocalia fuciphaga) kini merupakan dua jenis burung yang menjadi bualan umum dikalangan orang Malaysia dan Indonesia. Ini kerana kedua-dua jenis burung ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam bidang pertanian. Burung BJP pada masa ini merupakan sejenis burung pemangsa yang dibuatkan sarang tiruan di tengah-tengah sawah padi dan ladang kelapa sawit untuk memburu tikus yang menjadi musuh kepada tanaman ini. Burung BJP ini aktif pada malam hari dengan memburu dan memakan tikus dan merupakan haiwan dalam pengamalan Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM). Sementara itu burung walit juga merupakan burung liar yang kini mendiami rumah-rumah burung walet yang diperbuat daripada bangunan konkrit dan bumbung kayu yang sesuai untuk dijadikan sarang walet yang kemudian diambil dan berharga tinggi. Kini industri burung walet mencecah jutaan ringgit setahun untuk menghasilkan produk saang burung walet yang berkhasiat dan dijual diseluruh dunia. Malaysia adalah salah satu negara yang kini menghasilkan produk sarang burung walit berkualiti untuk pasaran dunia. Bagaimana pun kini telah berlaku pertembungan dalam industri tanaman padii dan industri penternakan burung walit dinegara kita. Burung BJP yang merupakan pemangsa mampu menyerang burung waley dan mengakibatkan kesan terus sehingga banyak kematian dan akhirnya buurung walet berpindah keluar ketempat lain. Ini menjadikan pemilik burung walet akan menembak atau membunuh burung BJP yang terbang lalu dikawasannya. Pada pesawah pula kekurangan burung BJP menyebabkan populasi tikus bertambah dan mengurangkan hasil tanaman padi. Beras adalah makanan utama rakyat Malaysia dan bukannya produk sarang burung walet. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai situasi yang genting ini. 


Keluhan tentang gangguan burung BJP atau Burung hantu yang masuk ke dalam rumah walet memang satu isu sehingga hari ini selalu menjadi perhatian umum. Perkara ini memang menjadi masaalah serius dalam industri ternakan burung walet iaitu dibeberapa lokasi di negara kita. Keujudan burung hantu BJP bagi petani memang sangat membantu mengurangkan masaalah tikus dalam sawah padi yang merosakkan hasil tanaman padi. Bagi tujuan tersebut lazimnya Jabatan Pertanian dan pesawah menaikan rumah burung BJP ditengah-tengah sawah dan tiang 'T' untuk burung hantu ini bertenggek. Pada masa ini Jabatan Pertanian amat berjaya mengawal tikus dalam sawah dengan konsep Pengurusan Perosak Bersepadu (Intergrated Pest Managemeng - IPM) yang mesra alam. Burung hantu akan datang secara semula jadi dan dipantau kehadirannya serta diperiksa najisnya yang membuktikan bahawa ia pemangsa kepada tikus sawah. Peranan burung hantu juga digunakan diladang sawit untuk mengawal tikus diladang sawit. Ular senduk juga adalah satu haiwan yang diletakkan diladang sawit untuk kawal tikus. Apa pun bagi peternak burung walet burung hantu BJP ini didakwa sangat mengancam industri burung walit. Ini disebabkan burung hantu berkemungkinan akan tinggal dan membiak di dalam rumah walet terutama rumah  burung walet yang berada di sekitar sawah padi. Burung pemangsa daging ini mencari makan pada malam hari dan tidur pada waktu siang di rumah burung walet. Bagaimana pun jika burung hantu ada di dalam rumah walet maka sudah pasti ia akan sangat menakutkan bagi populasi walet dalam rumah etersebut. Apabila ada burung hantu maka populasi burung walet dalam rumah tersebut akan berkurang dan akhirnya keseluruhan koloni akan berpindah kesarang lain. Peternak walet akan menangis dan amat marah apabila usahanya di ganggu burung hantu kerana mengeluarkan kos yang tinggi dalam membina rumah walet sehingga lebih RM200,000 untuk rumah yang bersaiz standard.


Dalam beberapa tinjauan, penulis juga ada menerima keluhan daripada dua-dua pihak iaitu kelompok pesawah padi dan kelompok penternak burung walet. Bagi penternak burung walet ini lazimnya mereka akan membunuh burung hantu BJP dengan pelbagai kaedah dan cara. Kaedah paling popular adalah dengan menembakk burung hantu dengan gunakan senapang diwaktu tertentu. Ada juga penulis dengar dibeberapa lokasi dimana pemilik sarang burung walet 'mengupah orang' untuk memusnahkan sarang burung hantu BJP yang berada ditengah-tengah sawah (Sila lihat foto disebelah). Rekod daripada Jabatan Peranian menyatakan hampir 15 - 30% rumah burung walit yang  dipasang ditengah sawah 'hilang' atau 'musnah' akibat diganggu manusia. Berkemungkinan dahulu rumah ini menggunakan tiang besi dan ianya dicuri oleh penagih. Kini sarang burung hantu BJP diubah dengan gunakan struktur plastik dan tiang kayu sahaja. Kehadiran burung hantu yang mana ia bersifat pemangsa dalam kawasan sawah dan ladang kelapa sawit menyebabkan penternak walet marah dan terancam. Memang kedua-dua industri ini dilihat bersaing. Bagaimana pun penulis yang membuat rujukkan kepada Jabatan Verterinar ada mendapati bahawa penghasilan dari burung walet semakin menurun semanjak 2-3 tahun kebelakangan ini. Adakah ia berpunca daripada serangan burung hantu?, Adakah kerana jumlah rumah dan populasi walet yang tinggi menyebabkan makanan walet tidak mencukupi?. Adakah harga yang tidak menentu menyebabkan ramai pemilik burung walet kurang komited?.


Kaedah kedua mengelakan serangan burung hantu dengan memasang Lampu terang di LMBPemasangan lampu terang di atas LMB dengan jarak sekitar 60 cm didakwa membantu menakutkan burung hantu untuk berada di pintu masuk pada malam hari (Sila lihat foto disebelah). Tujuan pemasangan lampu ini disebebkan burung hantu BJP ini merupakan burung yang hidup malam hari. Ia biasa dengan keadaan persekitaran yang gelap. Di tempat gelap ia akan merasa selesa dan nampak jelas. Tempat yang dipilih untuk berada adalah tempat di mana ia boleh bersembunyi dan bebas mengintai mangsa. Lazimnya ia bersembunyi atau berada pada tempat yang gelap. Jika di sekitar pintu LMB dipasang lampu terang maka LMB itu bukan tempat yang sesuai bagi burung hantu untuk mengintai atau bersembunyi. Bagimana pun kajian penulis dengan beberapa pemilik rumah walet yang memang lapu terang benderang ia masih gagal mengawal kehadiran burung hantu. Perkara ini boleh berlaku kerana burung hantu tersebut sudah biasa dengan persekitaran yang terang dan bukan menjadi kelainan pada burung hantu tersebut. Pemasangan lampu ini bagaimana pun lebih 'selamat' berbanding dengan rumah walet yang tidak dipasang lampu langsung dari segi teknikalnya.


Kaedah seterusnya boleh digunakan bagi mengelakkan kehadiran burung hantu adalah dengan memasang jarum tajam dilantai puntu masuk pada rumah burung walet. Pasangkan jarum tajam dengan mana bahagian tajam diatasnya (Sila lihat rajah disebelah). Teknologi ini mudah dilakukan dengan kaedah meletakkan jarum tajam (yang tajam menghala keatas) pada papan lapis dan diletakkan dipintu masuk. Apabila burung hantu datang untuk bertenggek dipintu masuk masa kakinya akan tercucuk dengan jarum tajam ia ianya menyakitkan. Burung tersebut akan terkejut dengan jarum ini dan akhirnya ia akan terbang ketempat lain dan tidak mengulanginya untuk menyerang rumah walet tersebut. Bagaimana pun ada pengusaha yang bertanya penulis blog adakah pemasangan jarum tajam itu tidak membahayakan bagi lalu lintas burung walet?. Sebenarnya ia bergantung kepada saiz atau pun besarnya pintu LMB. Jika LMB itu kecil dan sempit iaitu sekitar ukuran 12 cm X 80 cm maka ada kemungkian mempunyai risiko tertentu dimana jarum ini akan mungkin membahayakan tubuh bahagian bawah burung walet semasa ia terbang melintas. Apalagi jika populasi walet itu jumlahnya sudah beribu-ribu dan memasukki rumah dengan banyak jumlahnya. Semasa waktu pagi dan petang hari dimana waktu kritikal burung walet terakhir masuk ke dalam rumah maka teknik pemasangan jarum tajam di bibir LMB sangat berisiko. Jika ukuran LMB yang terlalu sempit ia akan mencederakannya. Sebaiknya jika mau pasang jarum tajam maka puntu LMB paling minima berukuran tinggi 40 cm. Ini dikira sesuai kerana walet masuk akan memilih terbang di jalur tengah LMB tersebut. Pertanyaan selanjutnya adalah berapa tinggi hujung jarum di dasar bibir LMB itu dan perlu berapa banyak jarum tajam yg dipasang?. Disyorkan agar hujung jarum tajam itu berdiri maksima hanya 1 cm saja. Ini sudah efektif untuk menancap di kaki burung hantu semasa ia cuba bertenggek. Adapun jumlah jarum bergantung lebar dan panjang bibir LMB tersebut. Aturkan semasa anda yang memasang jarum itu yang agak renggang dengan posisi yang tidak teratur. Tinggi jarum juga jangan sama rata dan juga paras ketinggian tidak sama dimana ada yang rendah ada yang tinggi pada ketinggian maksima 1 cm sahaja.


Kaedah terakhir untuk menghindari burung hantu menghampiri rumah walet adalah dengan memasang gam pelekat dan memasang jaring (netting). Ada teknik meletakkan gam pelekat pada pintu masuk kedalam rumah burung walet. Apabila burung hantu datang menghampiri dan bertenggek pada lantai yang bergetah ini maka kakinya akan melekat. Perkara ini amat menakutkan burung hantu walau pun akhirnya ia akan terlepas dan terbang kelokasi lain. Bagaimana pun gam yang masih melekat pada burung hantu menyukarkan pergerakannya malahan ia mungkin tidak akan datang lagi. Bagaimana pun kehadiran gam ini juga mengangggu burung waliet yang terkena dengan gam pelekat ini. Teknik ini kurang pupular berbanding dengan cara lain diatas. Ada juga pengusaha burung walet yang memasng jaring ditempat burung hantu suka bertenggek. Lihat dalam rumah dan periksa dibahagian lantai dimana jika ada najis burung hantu maka pasangkan jaring dilokasi tersebut. Ada yang letakkan kain pada tempat burung hantu bertenggek dan dilumurkan dengan gam perekat. Kain ini diikat dengan tali pada paku pada kayu.Bila burung hantu melekat maka gam ini akan membolehkan burung tidak dapt terbang dan boleh ditangkap hidup-hidup. Ada juga teknik menjerat dengan jaring. Caranya jaring akan dipasang seperti sama seperti memasang kain tadi. Bezanya pada jaring ini tidak perlu dibubuh gam pelekat. Jaring ini adalah bertujuan untuk menjerat jari jari kaki burung hantu. Aturkan cara pemasangan jaring tidak rata, tidak beraturan, maksudnya agak melekuk atau agak melembung dan sebaiknya agak longgar. Kaedah ini membolehkan agar jari jari burung hantu tersebut langsung boleh masuk dan akan terjerat pada jaring. Bahkan semasa burung datang dan bertenggek maka jari jari kakinya akan masuk dalam perangkap jaring. Selalunya semakin kakinya bergerak berusaha melepaskan dari jeratan jaring maka semakin terjerat mengikat kuat. Semuga artikel Part 1 dan Part 2 dalam anim agro technology kali ini memberi info yang berguna kepada semua. Wasllam!!!
BURUNG HANTU... DISAWAH BERGUNA...
BURUNG WALET... SARANGNYA BERHARGA...
JADI MASAALAH.. PESAWAH PENGUSAHA...
TULIS ARTIKEL... ILMU PENULIS DI JANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Simposium Biosekuriti Tumbuhan 2017,
DITC, Telok Kalong, Kemaman,
Terengganu, Malaysia.
(25 Rejab 1438H)

Tuesday, April 25, 2017

BURUNG HANTU DAN WALIT - TEKNOLOGI KAWALAN (Part 1)

BURUNG HANTU atau Pungguk Jelapang PADI (Tyto alba) dan BURUNG WALET (Collocalia fuciphaga) kini merupakan dua jenis burung yang menjadi bualan umum dikalangan orang Malaysia dan Indonesia. Ini kerana kedua-dua jenis burung ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam bidang pertanian. Burung BJP ini merupakan sejenis burung pemangsa yang dibuatkan sarang tiruan di tengah-tengah sawah padi dan ladang kelapa sawit untuk memburu tikus yang menjadi musuh kepada tanaman ini. Burung BJP ini aktif pada malam hari dengan memburu dan memakan tikus dan merupakan haiwan dalam pengamalan Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM). Sementara itu burung walet juga merupakan burung liar yang kini mendiami rumah-rumah burung walet yang diperbuat daripada bangunan konkrit dan bumbung kayu yang sesuai untuk dijadikan sarang walet yang kemudian diambil dan berharga tinggi. Kini industri burung walet mencecah jutaan ringgit setahun untuk menghasilkan produk sarang burung walet yang berkhasiat dan dijual diseluruh dunia. Malaysia adalah salah satu negara yang kini menghasilkan produk sarang burung walit berkualiti untuk pasaran dunia. Bagaimana pun kini telah berlaku pertembungan dalam industri tanaman padi dan industri penternakan burung walit dinegara kita. Burung BJP yang merupakan pemangsa mampu menyerang burung walet dan mengakibatkan kesan terus sehingga banyak kematian dan akhirnya burung walet berpindah keluar ketempat lain. Ini menjadikan pemilik burung walet akan menembak atau membunuh burung BJP yang terbang lalu dikawasannya. Pada pesawah pula kekurangan burung BJP menyebabkan populasi tikus bertambah dan mengurangkan hasil tanaman padi. Beras adalah makanan utama rakyat Malaysia dan bukannya produk sarang burung walet. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai situasi yang genting ini. 


Keluhan tentang gangguan burung BJP atau Burung hantu yang masuk ke dalam rumah walet memang satu isu sehingga hari ini selalu menjadi perhatian umum. Perkara ini memang menjadi masaalah serius dalam industri ternakan burung walet iaitu dibeberapa lokasi di negara kita. Keujudan burung hantu BJP bagi petani memang sangat membantu mengurangkan masaalah tikus dalam sawah padi yang merosakkan hasil tanaman padi. Bagi tujuan tersebut lazimnya Jabatan Pertanian dan pesawah menaikan rumah burung BJP ditengah-tengah sawah dan tiang 'T' untuk burung hantu ini bertenggek. Pada masa ini Jabatan Pertanian amat berjaya mengawal tikus dalam sawah dengan konsep Pengurusan Perosak Bersepadu (Intergrated Pest Managemeng - IPM) yang mesra alam. Burung hantu akan datang secara semula jadi dan dipantau kehadirannya serta diperiksa najisnya yang membuktikan bahawa ia pemangsa kepada tikus sawah. Peranan burung hantu juga digunakan diladang sawit untuk mengawal tikus diladang sawit. Ular senduk juga adalah satu haiwan yang diletakkan diladang sawit untuk kawal tikus. Apa pun bagi peternak burung walet burung hantu BJP ini didakwa sangat mengancam industri burung walit. Ini disebabkan burung hantu berkemungkinan akan tinggal dan membiak di dalam rumah walet terutama rumah  burung walet yang berada di sekitar sawah padi. Burung pemangsa daging ini mencari makan pada malam hari dan tidur pada waktu siang di rumah burung walet. Bagaimana pun jika burung hantu ada di dalam rumah walet maka sudah pasti ia akan sangat menakutkan bagi populasi walet dalam rumah tersebut. Apabila ada burung hantu maka populasi burung walet dalam rumah tersebut akan berkurang dan akhirnya keseluruhan koloni akan berpindah kesarang lain. Peternak walet akan menangis dan amat marah apabila usahanya di ganggu burung hantu kerana mengeluarkan kos yang tinggi dalam membina rumah walet sehingga lebih RM200,000 untuk rumah walet yang bersaiz standard.


Dalam beberapa tinjauan, penulis juga ada menerima keluhan daripada dua-dua pihak iaitu kelompok pesawah padi dan kelompok penternak burung walet. Bagi penternak burung walet ini lazimnya mereka akan membunuh burung hantu BJP dengan pelbagai kaedah dan cara. Kaedah paling popular adalah dengan menembak burung hantu dengan gunakan senapang diwaktu tertentu. Ada juga penulis dengar dibeberapa lokasi dimana pemilik sarang burung walet 'mengupah orang' untuk memusnahkan sarang burung hantu BJP yang berada ditengah-tengah sawah (Sila lihat foto disebelah). Rekod daripada Jabatan Peranian menyatakan hampir 15 - 30% rumah burung walit yang  dipasang ditengah sawah 'hilang' atau 'musnah' akibat diganggu manusia. Berkemungkinan dahulu rumah ini menggunakan tiang besi dan ianya dicuri oleh penagih. Kini sarang burung hantu BJP diubah dengan gunakan struktur plastik dan tiang kayu sahaja. Kehadiran burung hantu yang mana ia bersifat pemangsa dalam kawasan sawah dan ladang kelapa sawit menyebabkan penternak walet marah dan terancam. Memang kedua-dua industri ini dilihat bersaing. Bagaimana pun penulis yang membuat rujukkan kepada Jabatan Verterinar ada mendapati bahawa penghasilan dari burung walet semakin menurun semanjak 2-3 tahun kebelakangan ini. Adakah ia berpunca daripada serangan burung hantu?, Adakah kerana jumlah rumah dan populasi walet yang tinggi menyebabkan makanan walet tidak mencukupi?. Adakah harga yang tidak menentu menyebabkan ramai pemilik burung walet kurang komited?.


Kaedah kawalan serangan burung hantu yang hadir kerumah burung walet boleh dilakukan dengan mereka bentuk iaitu Lubang Burung Masuk (LBM) dalam bentuk Segi Lima. Umumnya reka bentuk ini dibuat kajian oleh beberapa usahawan walet dinegara jiran untuk mengurangkan risiko serangan burung hantu. Burung hantu lazimnya akan meninjau kawasan rumah burung walit dengan bertenggek dipintu masuk atau okasi lain disekitar rumah burung walet. Burung hantu tidak selesa untuk bertenggek pada pintu masuk atau sebarang struktur dengan bersegi lima. Burung hantu akan terbang pada malam hari diwaktu gelap dan mengintai laluan masuk burung walet dan akan segera menyambarnya apabila pemangsa ini terbang berhampiran. Kemudian ia akan  berada dikawasan pintu masuk jika keadaan pintu tersebut rata dan ianya akan memudahkan ia hinggap dan menunggu mangsa. Bentuk lima segi pada LBM akan menyukarkan ia bertenggek dan akhirnya ia terbang kelokasi lain. Bagaimana pun jika burung hantu ini sudah terbiasa dengan rekabentuk LMB Segi Lima maka tahap keberkesanan kaedah ini kurang sesuai. Sebenarnya rumah burung walet yang didirikan berhampiran dengan sawah padi atau ladang sawit memang terdedah dengan ancaman oleh burung hantu terutama apabila musim tikus tidak dapat makan padi disawah. Teknik ini merupakan salah satu kaedah mengurangkan ancaman burung hantu dirumah burung walet yang boleh dilaksanakan. Artikel ini penulis sambung pada Part 2 dimana ada 4 lagi kaedah lain untuk mengurangkan ancaman burung hantu. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!....
Penulis dan Timbalam Menteri Pertanian tinjau Sarang BJP di Pekan.
BURUNG HANTU... DISAWAH BERGUNA....
BURUNG WALET... SARANGNYA BERHARGA...
JADI MASAALAH.. PESAWAH PENGUSAHA...
TULIS ARTIKEL... ILMU PENULIS DI JANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Simposium Biosekuriti Tumbuhan 2017,
DITC, Telok Kalong, Kemaman,
Terengganu, Malaysia.
(25 Rejab 1438H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...