Support My Blog

Thursday, April 16, 2015

MESIN PEMPROSESAN MAKANAN (Part 2)


MESIN PEMPROSES MAKANAN yang direkacipta oleh penyelidik dan fabrikator tempatan kini telah diperkenalkan kepada usahawan Industri Asas Tani. Beberapa ciptaan dan fabrikasi membolehkan mesin ini mempercepatkan proses membuat produk dengan lebih cekap dan berkualiti. Industri Asas Tani di Malaysia melibatkan seramai lebih 1,500 ushawan yang berdaftar dengan MOA dimana usahawan ini kebanyakannya dibawah Industri Kekil dan Sederhana (IKS). Pada masa ini ppengeluaran produk IAT menghasilkan nilai beratus juta ringgit setiap tahun. Kebanyakan produk proses dahulu dilakukan secara manual atau tradisional. Teknologi automasi dan mekanisasi pemprosesan makanan telah dimulakan secara berperingkat menggunakan ciptaan baru atau modifikasi mesin lain yang diimport dari luar negara. Antara beberapa mesin dan peralatan yang telah ada dijual dipasaran seperti Alat Pengasing Biji Durian, Alat Pencetak Kuih Deram, Alat Pengelim Kuih Karipap, Alat Pembentuk Roti Jala, Alat Pengelim Kuih Karipap, Mesin Memanggang Sate, Mesin Penyucuk Sate, Mesin Mini Murtabak, Mesin Pencetak  Kuih Ros dan Mesin Pembuat Rempeyek. Seterusnya adalah mesin seperti Mesin Pemproses Minima Buah Nenas, Mesin Pengekatrak Jus Buah-buahan, Mesin Mengasing Biji Rambutan, Alat Pembuka Buah Durian Mudahalih dan  Alat Pembuka Buah Manggis.Termasuk dalam senarai adalah Mesin Pembentuk Kelapa Muda. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa mesin dan peralatan untuk pemprosesan agro makanan bagi rujukan ini.  

(6) MESIN MEMANGGANG SATE
Sate atau Satay merupakan makanan yang amat popular di Malaysia dan Indonesia sama ada ia sate Daging, Sate Ayam atau terkini Sate Ikan. Aktiviti membuat dan memanggang sate secara tradisional memerlukan kemahiran khusus untuk mempastikan satu yang dipanggang tidak mentah lagi atau hangus. Memanggang sate dengan haba dari kayu arang lazimnya akan memberikan rasa bahan bakar yang disukai peminat sate. Bagaimana pun untuk kawasan menjual sate di Hotel atau Kompleks membeli belah, satu mesin memenggang sate yang tidak mengeluarkan asap banyak telah dicipta sesuai dengan keadaan sekeliling. Alat ini merupakan mesin yang mudah alih dengan kemampuan memanggang secara berterusan dan yang penting menghasilkan kualiti sate panggang yang sekata. Alatan ini mudah dibersihkan dan juga mudah untuk dikendalikan. Ia mempunyai kapasiti memanggang sekitar 1,000 cucuk sate satu jam.


(7) MESIN PENYUCUK SATE
Kerja menyediakan sate merupakan aktiviti yang rumit dan memerlukan kemahiran serta tenaga yang lama. Daging ayam, lembu, kambing dan lain-lain yang siap diperap perlu dicucuk kepada lidi buluh secara manual. Daging perlu diambil satu persatu dan dsusun pada lidi mengambil masa antara 2-5 minit bagi pekerja mahir. Bagaimana pun kini telah dicipta satu mesin penyucuk sate semia auto yang berkapasiti sekitar 300 cucuk sate sejam dengan seorang operator sahaja. Ia menghasilkan sate yang bersih dengan kualiti konsisten dan menepati akan faktor keselamatan makanan. Mesin ini sesuai digunakan oleh pengusaha kecil atau sederhana yang kekurangan tenaga kerja menyucuk sate. Sate yang siap disusuk boleh disimpan dalam freezer sebelum dijual.


(8) MESIN MINI MURTABAK
Murtabak merupakan makanan sihat kegemaran ramai yang dijual di Pasar Malam, Kedai Mamak dan juga di gerai khas menjual roti canai. Murtabak ayam atau murtabak daging lazimnya dibuat dengan unkuran standard berbentuk empat segi sekitar 12 -16 cm lebar. Bagaimana pun kini telah ada ramai penjual murtabak mini dipasar malam dengan rasa hampir sama dengan murtabak biasa. Satu mesin membuat murtabak mini telah dicipta dimana proses membuat murtabak dapat dilakukan secara berterusan seperti kilang. Mesin ini mempunyai kelajuan sistem penyampai boleh dilaraskan mengikut kehendak operator. Ia memberikan suhu ruang pemasakan boleh dilaraskan dengan kkapasiiti yang mampu untuk menghasilkan 120 keping murtabak sejam.


(9) MESIN KUIH ROS
Kuih Ros atau dikalangan orang Muar dikatakan Kuih Pulau Pinang merupakan sejenis kuih tradisional yang mudah dibuat, tahan dan enak dimakan. Kuih bunga ros hanya dibuat daripada tepong (tepong beras) dan gula dan digureng dalam kuali menggunakan pencetal tembaga yang dijual berasingan. Kini telah ada ciptaan sejenis mesin membuat kuih bunga ros yang mampu untuk mencelup, membentuk, menggoreng secara semi automatik yang moden. Mesin ini mempunyai kapasiti sekitar 800 - 900 keping sejam dengan memerlukan hanya 1-2 pekerja sahaja.


(10) MESIN MEMBUAT REMPEYEK
Kuih rempeyek merupakan sejenis kuih yang menjadi kemestian setiap sambutan Hari Raya. Kuih yang dibuat daripada tepong beras dengan kacang tanah atau kacang dal ini lazimnya dibuat secara tradisional dan manual. Kini telah dicipta sejenis mesin membuat kuih rempeyek semi automatik yang mempynyai kapasiti sebanyak 800 keping kuih rempeyek sejam. Mesin ini mampu beroperasi dengan menggunakan 2-3 orang pekerja dengan hasil rempeyek yang seragam dan mampunyai saiz sama. Pengusaha rempeyek komersil boleh menggunakan mesin ini yang praktikal. Baca Artikel Part 1 dan juga Part 3. Wasallam!.
PERLU ADA....MESIN DICIPTA...
MAMBANTU...USAHAWAN KITA...
MAHU BELI ...DIJUAL DIMANA...
TEKNOLOGI INI...KITA BANGGA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1016, Riverside Majestic Hotel,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(19 JmadilAkhir 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...