Support My Blog

Saturday, April 11, 2015

TOMATO - VARIETI NO 32

TOMATO (Lycopersicum esculentum L) merupakan sejenis sayuran buah yang ditanam di negara terutama di kawasan tanah tinggi. Bagaimana pun terkini telah ada varieti Tomato NO 32 iaitu varieti bari tomato tanah rendah yang berpotensi hasil kajian MARDI. Perkara ini didedahkan pada pemeran poster di Persidangan ConfrenTech 2015 yang diadakan di Kuching, Sarawak pada 6-9 April 2015. Penanaman tomato di Malaysia banyak di tumpukan di kawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland Pahang dan Kundasang Sabah. Terdapat seluas 23,567 hektar tanaman tomato dengan pengeluaran sebanyak 43,987 metrik tan pada tahun 2009 di Malaysia. Selain untuk penggunaan tomato segar sebagai salad dan sayuran, tommato tempatan juga sering digunakan untuk dibuat puree, paste dan concentrate. Malaysia mengekspot sebanyak 56.8 metrik tan puree ke Singapura dan Brunei pada 2009. Penggunaan tomato untuk di buat sos tomato merupakan satu industri yang besar dinegara ini dengan jenama seperti LIFE, MAGGI, Del Monte dan sebagainya. Pokok tomato mempunyai batang berwarna hijau yang lembut dan perlukan sistem sokongan untuk tumbuh. Batangnya mampu menjalar sehingga 8-10 meter dalam sistem rumah kaca yang terkawal. Pada tanaman terbuka biasanya tumbuh setinggi 0.5 - 1.0 meter. Daun tomato berbentuk oval dan berwarna hijau serta ada yang agak berbulu. Bunga tomato berwarna kuning yang keluar dari tunas ketiak dan didebungakan oleh serangga. Buah tomato berbentuk bulat, lonjong dan sebagainya yang mempunyai pelbagai warna mengikut kultivar dan yang paling popular adalah jenis tomato warna merah. Akar pokok tomato dari jenis akar serabut. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai varieti tomato No 32 yang berpotensi dimajukan dikawasan tanah rendah.


Tomato Varieti No 32 ini dari kajian di MARDI dan dikenalpasti sesuai untuk ditanam dikawasan tanah rendah. Ia terhasil daripada proses biakbaka iaitu kacukan antara varieti 'MTI' dan 'MTII' dengan varieti dari luar negara iaitu 'Fumikira'. Tomato ini amat sesuai dikomersilkan sebagai tomato untuk ditanam dikawasan tanah rendah berdasarkan kepa ciri-cirinya iaitu seperti hasil melebihi 2 kg sepokok. Tomato ini juga didapati toleran kepada penyakit layu bakteria dengan kadar hidup melebihi 93%. Ia membolehkan penanaman toma dikawasan tanah rendah akan memberi peluang baru kepada petani yang berminat. Laporan penyelidik menunjukkan hasil potensi varieti tomato No 32 sebanyak 25 mt sehektar. Dari segi marfologi didapati saiz buah kecil sekitar 24 - 45 gram sebiji  jika diuruskan dengan baik. Analisa kandungan anti-oksidan menunjukkan bahawa nilai kandungan Beta-Karotein didalamnya adalah tinggi iaitu sekitar 7 mg/kg. Tomato ini sesuai ditanam dikawasan tanah gambut dan juga tanah mineral. Bagaimana pun penyelidikan mendapati purata hasil tomato ini adalah 26% lebih tinggi daripada tanah mineral. Pengenalan varieti baru ini dijangka dapat meningkatkan pengeluaran tomato dalam negara meningkat dan mengurangkan pengimportan.


Tomato di Malaysia ditanam di atas tanah terbuka dan kini banyak menggunakan sistem Fertigasi dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH). Bagi penanaman secara terbuka penyediaan tanah dan batas disiapkan setiap musim penanaman dan dibubuh baja organik. Benih tomato varieti terpilih akan disemai menggunakan kotak semaian. Anak benih di ubah keatas batas yang telah di pasang plastik penutup sungkupan dengan jarah 0.6 m x 0.6 m dan memberikan sebanyak 20,800 pokok sehektar. Penanaman secara fertigasi mengikut Pakej Teknologi Tanaman Fertigasi. kebanyakan sistem fertigasi menanam jenis Tomato Ceri di Johor. Tanaman tomato mempunyai banyak risiko perosak dan penyakit. Penyakit yang paling serious adalah Layu Fusarium (Fusarium Wilt) yang disebabkan oleh patogen Ralstonia solanacerum dan memusnahkan pokok tomato dikawal dengan membakar pokok terjangkit dan amalkan tanaman giliran. Penyakit lain seperti Bintik Daun (Cercospora spp), Reput Pangkal (Sclerotium rolfsii), Hawar Pucuk (Choanephora cucubitarum), Antraknos (Collectroticum spp), Hawar Daun (Phythoptora infestans) atau Blight, Reput Buah (Phomopsis vexans) dan Mozek Virus mudah menyerang pokok tomato. Kawalan menggunakan kaedah Kawalan Bersepadu, pemilihan benih yang resistan, APB dan kawalan kimia perlu dijalankan. Tomato juga mempunyai pelbagai perosak seperti Ulat Pengorek Buah (Helicoverpa obsoleta) yang mengorek buah tomato dan jadi rosak dikawal dengan semburan BT atau sembur dengan racun serangga seperti chlorpyrifos, cypermethrin, tebufenozole atau lufenuron, Lalat Buah (Bactrocera latifrons) menyerang dengan bertelur dan larvanya merosakan buah tomato dikawal dengan racun kimia atau umpan methyl eugenol. Ulat Lipat Daun (Psara biounctalis) menyerang daun2 dan melipat daun dikawal dengan racun serangga. Ulat pengorek Buah atau Kuntum (Helicovera armigera) menyerang buah dan busuk. Pengenalan varieti baru ini membantu dalam produktiviti tomato di Malaysia. Wasallam!.


TANAM TOMATO...TANAH TINGGI...
BANYAK JENIS... JUGA VARIETI....
TOMATO NO 32.... VARIETI TERKINI...
TANAH RENDAH...IA BERPOTENSI..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Room 1016, Riverside Majestic Hotel,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(8 April 2015)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...