AIR KELAPA (Cocos nucifera) merupakan satu daripada komponen produk hasilan kelapa. Kita di Malaysia amat beruntung kerana amat mudah untuk mendapatkan ait kelapa kerana mempunyai lebih daripada 24 juta pokok kelapa diseluruh negara deripada lebih daripada 15 varieti kelapa. Dimana-mana di Malaysia kita boleh dapati pokok kelapa ditanam dikawasan keliling rumah atau kampong terutama dikawasan persisir pantai. Sama ada pokok kelapa tersebut ditanam atau tumbuh sendiri kebanyakannya akan berbuah walau pun sedikit atau kurang berkualiti. Kita mengeluarkan lebih daripada 650 juta biji kelapa setahun sedangkan jumlah penduduk Malaysia sekitar 30 juta orang bermakna amat cukuplah bekalan kelapa untuk kegunaan rakyat tempatan dengan melimpah-ruah. Kelapa merupakan jenis tanaman 'Tree of Life" dimana semua bahagian pokok boleh digunakan dan ia merupakan asas ekonomi kawasan kampong tradisional semenjak dulu terutama untuk kawasan pulau-pulau. Walau pun kini keluasan tanaman pokok kelapa menurun akibat penanaman kelapa sawit dan getah, tetapi kesan ekonomi tanaman ini masih kuat kerana ia adalah tanaman keempat terpenting dalam negara. Dalam pada itu pengenalan varieti kelapa MATAG oleh Jabatan Pertanian telah membolehkan industri kelapa berkembang semula. Kelapa ini didapati mempu memberikan hasil yang tinggi dengan buah yang berkualiti serta mempunyai isipadu air kelapa yang benyak dan benilai komersil. Ramai kini penanam kelapa Matag telah menjual kelapa muda kerana ia lebih menguntungkan, cepat berhasil dan juga mendapat permintaan yang baik. Air kelapa kini dijual dipelbagai penjuru dalam negara dengan harga yang berpatutan dan kesegaran serta khasiat yang amat baik. Artikel kali ini bagaimana pun saya meulis dalam "Anim Agro Technology" satu laporan akhbar menyatakan bagaimana air kelapa dikomersilkan di Filipina untuk bacaan anda.
Negara Filipina merupakan antara beberapa buah negara yang luas menanam kelapa. Ini kerana negara tersebut adalah sebuah pulau yang mana penanaman kelapa adalah pilihan terbaik sebagai tanaman industri sejak beratus tahun dahulu diusahakan. Filipina merupakan pengeluar terbesar kelapa dunia sebanyak 20.5 juta mt pada tahun 2020 atau sebanyak 6.8% daripada pengeluaran dunia. Negera berpulau ini mempunyai agensi menawal industri kelapa iaitu Philipines Coconut Authority (PCA) yang berperanan membangunkan industri kelapa yang menjadi asas kepada sebahagian besar golongan petani mereka. Penulis yang dua kali melawat Filipina berpeluang membuat tinjauan semasa berkursus di Los Banos, Manila pada 1990 dan 2009. Kelapa di tanam secara komsersil dan oleh pekebun kecil dimerata lokasi. Kini Air kelapa juga telah dijadikan produk kelapa yang bernilai komersial selain daripada produk-produk lain berasaskan kelapa seperti minyak kelapa, santan, gula melaka, sabut kelapa, tuak dan banyak lagi. Industri kelapa dinegara ini diangggap matang sama seperti industri kelapa di Indonesia. Kedua negara ini mempunyai bilangan pokok kelapa yang banyak dimana ia menjadi industri penting dinegara tersebut.
Berbalik kepada industri kelapa diFilipina, ramai petani Filipina sebelum ini hanya memperoleh pendapatan hasil jualan isi kelapa. Laporan kajian kes dari PCA menyatakan petani yang mengusahakan tanaman kelapa di Filipina seperti Encik Liezl Balmaceda tidak pernah mengenali Madonna. Namun, sokongan Madonna terhadap minuman kelapa mungkin boleh mengubah cara kehidupan Balmaceda yang bergelut dengan kemiskinan. Ini disebabkan kerana sehingga kini, air kelapa menjadi minuman kegemaran bagi warga Filipina. Minuman yang kaya dengan khasiat mineral itu mendapat promosi yang amat agresif daripada syarikat industri minuman bertujuan mengimbangi jualan minuman soda di negara itu. Kajian tentang Balmaceda, 33, dan suaminya memproses kira-kira muatan sebuah trak yang mengandungi kelapa di belakang rumah mereka setiap minggu. Mereka juga mempunyai kemahiran menukarkan isi kelapa kepada minyak sayur-sayuran. Pasangan yang mempunyai tiga orang anak itu memperoleh pendapatan RM28 (AS$9) sebulan dan jumlah itu ternyata tidak mencukupi untuk mereka. Mereka akan membuang air buah itu semasa kami mengekstrak kopra (kelapa kering). Mereka akan mendapat pendapatan yang lebih sekiranya anda memberitahu sebenarnya orang ramai sanggup membayar untuk minum air kelapa dimana ia tinggal di Bandar Mulanay terletak di selatan Manila.
Dalam kenyataannya Presiden Filipina, Benigno Aquino baru-baru ini mengakui, bahawa air kelapa merupakan salah satu komiditi eksport terbaik yang dimiliki negara itu. Kini industri eksport air kelapa Filipina melonjak lebih sembilan kali ganda kepada 16.76 milion liter pada tahun 2011. Fruits of Life merupakan salah sebuah syarikat yang diusahakan oleh anak tempatan dan mendapat penghargaan dari negara Barat kerana mencipta inovasi air kelapa sebagai alternatif lain kepada minuman berkarbonat. Pengurus Jualan Fruits of Life, Phoebe de la Cruz memberitahu, orang ramai secara umumnya amat mementingkan kesihatan mereka. Syarikat tersebut mula mengeksport produk minuman kelapa sejak 2006. Kini, Fruits of Life membawa kira-kira 240 tan minuman dalam kotak dan tin setahun ke rangkaian pasar raya di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Jenama minuman terkenal di seluruh dunia seperti Coca-Cola dan Pepsi juga cuba untuk menjadikan air kelapa sebagai produk kesihatan sejak kebelakangan ini. Jenama minuman koko di AS, ZICO yang juga dimiliki oleh Coca-Cola mendapat sokongan daripada model, Gisele Bundchen dan pemain bola keranjang, Kevin Garnett.
Sementara itu, bintang Pop seperti Madonna, Rihanna serta pemain bola keranjang, Alex Rodriguez merupakan antara selebriti yang memegang saham dalam Vita Coco iaitu salah satu jenama utama dalam produk itu (Sila lihat foto sebelah). Dengan harga RM9 (AS$3) sekotak, ia dianggap sebagai minuman alternatif kepada minuman tenaga dengan isipadu sebanyak 0.33 liter. Filipina menjadi negara pengeksport kelapa terbesar di dunia. Kilang kelapa terbesar di Filipina juga memproses isi kelapa untuk menjadi tepung untuk memasak biskut, snek, kek dan pastri. Selain itu, isi kelapa juga boleh diproses menjadi minyak sayur-sayuran yang digunakan untuk memasak dan produk yang digunakan dalam kehidupan seharian termasuk sabun mandi. Bekalan kelapa tidak pernah menjadi masalah utama di Filipina. Menurut laporan Pihak PCA dengan 350 juta pokok tumbuh di pesisiran pantai sehingga ke lereng bukit, ladang Filipina menghasilkan sebanyak 15 juta buah kelapa tua setahun. Air kelapa masih kekal sebagai minuman paling popular di Filipina. Harga yang murah dan ia dijual terus kepada pelanggan selepas dipetik daripada pokok merupakan senario biasa di bandar dan juga desa.
Masalah logistik menjadi isu sementara air kelapa mempunyai potensi untuk membantu petani miskin di Filipina, timbul pula isu-isu logistik yang kini mula diperkatakan. Kini permintaan kelapa adalah tinggi dan ada masalah iaitu bagaimana untuk membawa air kelapa ke pusat pemprosesan sebelum ia rosak. Kebanyakan ladang kelapa terletak di kawasan berbukit dan tiada kemudahan jalan yang sempurna. Ada dalam kalangan petani yang masih ragu-ragu bahawa mereka bakal menjadi mangsa kerakusan pihak Barat. Mereka juga berpendapat akan terus kekal miskin untuk beberapa dekad lagi sementara perniagaan yang besar mendapat keuntungan hasil eksport buah kelapa. Salah seorang daripada mereka, Rodolfo Aquino, 68, berkongsi cerita, dia dibayar oleh peniaga untuk membawa kelapa dengan menggunakan kereta lembu selama dua jam dari manila. Sama ada mereka mahu isi dan air atau isi sahaja, kami tetap menerima bayaran yang sama. Begitu laporan mengenai industri air kelapa di Negara Filipina yang kini merupakan antara pengeluar Minuman Vita Coco unggul didunia. Wasallam!.
TANAM KELAPA... LUAS DIFILIPINA....
MINYAK KELAPA...PRODUK UTAMA...
AIR KELAPA... VITA COCO NAMANYA...
DIJUAL MAHAL... PENGELUAR UTAMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Main Hall, Everly Hotel,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(12 JamadilAkhir 1436H)
Hadir 2nd NFWG in Coconut Workshop.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.