8. Variety ‘CO. 6’
Betik varieti ini juga berasal dari negara India. Saya terfikir kenapa India mampu menghasilkan banyak varieti betik. Ia mempunyai warna kulit hijau dengan ada tompok-tompok kuning. Ia merupakan hasil pemilihan baka dari jenis betik besar (giant papaya selection). Buah betik varieti CO.6 mempunyai saiz sederhana dengan isi yang berwarna kuning sehingga kemerahan apabila cukup matak. Buah varieti ini amat sesuai dimakan segar dan manis.
9. Varieti ‘CO. 7’
Buah betik CO.7 juga merupakan hasil penyelidikan daripada negara India. Ia adalah buah betik dengan warna kulit hijau dan sedikit kekuningan (Green with sparse yellow tint). Betik ini merupakan kacukan daripada induk jenis Pusa Delicious, CO.3, CP. 75 dan Coorg Honey Dew. Buah berbentung lonjong dengan warna isi yang sederhana merah dan tekstur agak pejal. Betik ini memberi rasa manis dan sesuai digunakan untuk makan segar. Betik jenis ini belum ditanam di Malaysia.
10. Varieti ‘Higgins’
Varieti ini dahulu dinamakan sebagai Betik Line 17A yang berasal dari USA. Betik ini telah ditemui pada tahun 1960 secara kebetulan melalui kacukan banyak varieti yang kurang diketahui. Warna kulitnya kuning oren dengan purata berat buah sekitar 0.45 kg sebiji. Bentuknya juga berbeza iaitu bentuk Pyriform, isinya adalah berwarna kuning pekat. Pokok betik ini sangat sensitif dengan bekalan air dimana jika kurang air maka bsaiz buah akan menjadi kecil.
11. Varieti ‘Hortus Gold’
Seterusnya adalah varieti berasal dari South Africa iaitu Hortus Gold atau Hortus Emas. Ini kerana buahnya mempunyai warna kuning keemasan. Ia telah dilancarkan pada tahun 1950'an sebagai betik popular. Saya pun baru lahir pada hujung tahun 1950'an. Bentuk buah adalah bulat dan oval (Round-oval) dengan sedikit muncung seakan paruh pada hujungnya. Isinya sangat manis dengan tekstur lembut dan ada rasa seakan 'mushy' apabila terlalu masak.
12. Varieti ‘Hybrid No. 5’
Betik ini berasal daripada Australia dengan kulit buah berwarna Kuning. Ia merupakan hasil kacukan daripada dua jenis betik iaitu variety 'Bettina 100A' x 'Petersen 170' yang dikeluarkan lama dulu iaitu pada tahun 1947. Buah ini mempunyai kulit licin, berbentuk bulat-oval dengan isi yang padat dan rasa yang sangat sedap. Penulis hanya dapat paparkan foto varieti hybrid setelah membuat beberapa rujukkan.
13. Varieti 'IIHR39 dan IIHR54'
Varieti ini juga berasal dari negara India. Buah yang berwarna hijau ini adalah hasil pembiakbaka dari IIHR, Bangalore, India. Buah betik ini mempunyai tahap kemanisan sekitar 14.5° Brix dengan saiz buah kategori sederhana. Buah ini boleh disimpan agak lama selepas dipetik dari pokok. Varieti ini juga penulis tidak dapat paparkan foto IIHR54 untuk ditatap sama oleh pembaca semua tetapi paparkan sejenis varieti induk IIHR.
14. Varieti 'Kamiya'
Varieti kamiya sekali sebut macam perkataan Orang Asli atau macam bahasa India. Varieti ini dihasilkan dari USA iaitu hasil proses pemilihan (Breeding selection) betik jenis Waimanalo. Kulitnya berwarna hijau kekuningan dengan saiz buah yang kecil sehingga saiz sederhana. Ia hasil kerja yang dijalankan di University of Hawaii . Betik ini mempunyai bentuk yang agak bersegi (Blocky-shaped) dengan tangkai buah yang pendek. Isinya hampir mempunyai warna yang sama dengan warna kulit dengan sangat berair, pejal dan manis. Hasil varieti ini adalah tinggi.
15. Varieti 'Kapoho Solo'
Betik Kapoho Solo ini juga dikenali dengan nama 'Puna Solo'. Ia juga didaftarkan sebagai berasal dari Hawaii, USA. Buah masak mempunyai kulit warna kuning dan memang banyak ditanam di Hawaii. Bentuk buah adalah Pyriform dengan anggaran purata berat sekitar 400-800 gram sebiji. isi buah adalah kuning pekat sehingga berwarna oren pucat dengan mempunyai rasa seperti buah 'peach-melon'.
16. Varieti 'Laie Gold'
Varieti Laie Gold ini juga berdaftar di USA iaitu hasil kacukan diantara jenis Kamiya dengan varieti yang tidak diketahui tetapi memberikan kualiti buah yang baik. Warna kulitnya adalah hijau kekuningan. Ciri-ciri isi hampir serupa dengan varieti Kamia dari segi warna, kemanisan dan teksturnya.
Pemilihan varieti betik memberikan pilihan yang penting kepada petani. Dalam negara selain daripada MARDI, beberapa orang petani telah membuat biakbaka sendiri secara pemilihan (selection) atau membawa biji benih betik yang berpotensi dari luarnegara. Ini merupakan salah satu faktir bagaimana keasukkan penyakit PSRV dan Papaya Dieback yang dipaercayai dibawa masuk daripada Taiwan (negara tersebut telah diserang penyekit tersebut beberapa tahun sebelum berlaku wabak serangan di Malaysia). Kemungkinan kemasukan patogen perosak ini juga dikaitkan dengan kejasian banjir besar 2006 yang mana ia berlaku outberak yang serious selepas itu. Adalah penting petani yang melawat negara luar untuk mengistiharkan benih atau anakbenih yang cuba dibawa masuk kedalam negara untuk mengelakkan perkara sama berulang dimasa akan datang. Sila baca artikel kultivar betik Part 1 dan juga artikel Part 3 selanjutnya. Wasallam!.
NAMA BETIK...PAPAYA DIA JUGA...
DALAM DUNIA...25 VARIETI ADA...
BIAKBAKA...HIBRID JADIYA...
TIADA.. DI TANAM DI MALAYSIA...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 RabiulAwal 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.