SEKAM PADI merupakan satu 'by product' dalam industri pemprosesan biji padi kepada beras dikilang memproses padi. 'Sekam' adalah bahagian dari bulir biji padi yang berupa lembaran yang kering, bersisik dan tidak dapat dimakan berfungsi dalam melindungi bahagian dalam (endospermium dan embrio). Sekam dapat dijumpai pada hampir semua anggota tumbuhan seperti rumput (Poaceae), walaupun ada beberapa jenis tanaman mempunyai variasi bulir tanpa sekam (misalnya jagung dan gandum). Dalam pertanian, sekam dapat dipakai sebagai campuran makanan haiwan, bahan alas kandang, dicampur di tanah sebagai baja tanaman, dibakar atau boleh diproses menjadi arang yang boleh dijadikan media tanaman. Biji padi (Oryza sativa) yang dituai setelah cukup masak di sawah padi akan dengan Jentuai Padi akan di hantar kekilang padi untuk diproses dalam tempoh yang cepat. Ini bagi mengurangkan kerugian kepada petani yang lambat menghantar hasil padinya menyebabkan kehilangan berat dan kerosakan biji padi tersebut. Sampai dikilang maka jumlah padi dituai akan ditimbang dan anslisa susutan akibat kandungan padi hampa, tahap kematangan biji padi dan kandungan kelembapan. Seterusnya padi tersebut akan dimasukkan kedalam loji pemprosesan padi bagi produk akhir untuk menghasilkan beras dan sekam padi.
Lazimnya cara pengiraan jumlah sekam padi yang dihasilkan dalam sehektar sawah boleh dikira sekiranya peratus beras tulin, beras hancur , kandungan jumlah dedak dan temukut diketahui. perkara ini amat penting didalam mementukan jumlah sekam yang akan dihasilkan dari keluasan sehektar padi. Daripada beberpa kajian BERNAS, Jabatan Pertanian dan MARDI, komposisi bagi sekilogram padi di Malaysia ia dilaporkan mengandungi sebanyak 57% beras tulen, 10% Beras hancur, 9% Dedak, 1% Temukut, 6% Air, 5% Sekam dan 12% adalah merupakan jerami dan Debu. Kandungan Beras Tulen dan Beras Hancur sebanyak 67% merupakan faktur terpenting dalam pemprosesan biji padi yang akan menentukan produk akhir iaitu Beras. Sekam padi (kulit gabah) yang juga merupakan hasil pemprosesan padi dikilang melalui proses pennggilingan atau pengumpulan sekam (gabah). Secara global seluruh dunia dianggarkan sebanyak 600 juta tan beras dari padi dikeluarkan setiap tahun. Jika formula dimana sekitar 20 % dari berat padi adalah sekam padi maka dikirakan antara 13 - 29 % darinya adalah komposisi sekam. Ia juga mungkin dalam bentuk abu sekam yang selalu dihasilkan setiap kali sekam dibakar dikilang padi. Jika 10 mt padi dijual kepada kilang padi, berapakah jumlah sekam yang akan terhasil?. Terdapat formula khusus untuk mengira sekam terhasil digunakan dimana 5% setiap 1 kg maka sekam padi yang akan dihasilkan menjadikan jumlah sekam adalah sebanyak 500 kg.
Sekam Padi merupakan bahan yang dihasilkan dalam proses pengilangan padi dan amat berguna dalam beberapa industri. Kulit atau bulir dari berbagai tanaman bijirin seperti padi yang dikatakan menghasilkan sekam yang mudah untuk dikenalpasti. Tanaman bijirin (cereal crops) yang primitif seperti padi, gandum dan beberapa biji-bijian lain mempunyai jenis biji yang cenderung tertutup rapat oleh sekam. Ada juga jenis kultivar moden gandum dan padi memiliki sekam yang mudah lepas atau mudah dipecah ketika proses digiling. Terdapat kajian menunjukkan proses pemisahan sekam dari isinya secara tradisional perlu dilakukan dengan penumbukan biji padi memakai alat tumbuk atau seperti lesung (biasanya berupa alu dengan pemukulnya). bagaimana pun pada masa kini orang memakai mesin giling dan prosesnya disebut penggilingan dikilang komersil. Proses penggilingan atau penumbukan akan menghasilkan beras yang masih lagi tercampur dengan sisa-sisa sekam atau kotoran lainnya. Tahap pembersihan berikutnya adalah proses mengayak dimana secara tradisional dilakukan dengan 'menampi iaitu dengan melemparkannya ke udara sehingga bahagian yang lebih berat terpisah dari bahagian yang ringan iaitu beras.
Sekam tidak sama dengan 'Rice Bran'. Ini disebabkan sekam termasuk bahagian dari endosperm dan terbentuk dari lapisan aleuron dan perikarp yang melekat. Selalunya sekam tidak dimakan manusia tetapi ia kan digunakan terutama sebagai lantai kandang ternakan kerana sangat 'hygroscopic' sehingga berupaya menyerap cairan atau kelembaban. Beberapa jenis ternakan haiwan juga ada yang suka makan sekam sehingga sebagai campuran didalam makanannya. Sekam boleh juga dibakar di sawah bertujuan untuk bercampur ke tanah menjadi sumber baja. Satu teknik hidroponik yang murah juga telah dipromosi menggunakan arang sekam sebagai media untuk bahan tanaman. Sekam padi biasanya berkumpul dikilang dan menjadi bahan buangan disekitar pusat memproses padi. Pembakaran sekam padi menghasilkan arang yang dijadikan abu gosok untuk membersihkan peralatan rumah tangga. bagaimana pun ada yang gunakan sekam untuk mengeringkan bata pada dikilang membuat genteng atap dan kilang batu bata.
Dalam sekam dilaporkan mengandungi lapisan bahagian luar sekam padi bahan silika yang tinggi. Ia juga boleh menyebabkan bahan ini mempunyai kadar rongga (porosity) yang tinggi, ringan dan permukaan luaran yang luas yang membolehkan bahan ini sesuai dijadikan sebagai sebagai bahan penyerap (absoebent) dan penebat (isolator). Nilai paling biasa untuk penggunaan bahan Silika (SiO2) dalam abu sekam padi adalah sekitar 94 - 96 % dan apabila berlaku dimana nilainya mendekati atau dibawah 90 % ada berkemungkinan ianya disebabkan oleh sampel sekam yang telah berlaku kontaminasi oleh unsur lain yang kandungan silikanya rendah. Pada umumnya perbezaan kandungan silika dari abu sekam padi bergantung pada cara atau teknik pembakaran (waktu dan suhu). Pembakaran sekam padi pada suhu antara 550°C - 800°C dapat menghasilkan jenis silika amorf dan pembakaran pada suhu yang lebih tinggi akan menghasilkan silika kristal (kristobalit dan tridimat). Perkara ini sesuai dengan sifat silikat bahwa perubahan suhu dapat mengakibatkan perubahan bentuk senyawa silikatnya. Sebenarnya potensi penggunaan sekam padi banyak dalam industri lain seperti penanaman cendawan dan sebagainya. Semuga artikel ini menambah ilmu penulis blog "Anim Agro Technology" dan pembaca blog ini. Wasallam!.
PROSES PADI...SEKAM ADA....

PADI TULEN...HANCUR JUGA...
SEKAM SEBANYAK...5% SAHAJA..
BUKAN DIBUANG...BOLEH DIGUNA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Sawah Ring, Gerisek,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(17 RabiulAwal 1436H)
SEKAM SEBANYAK...5% SAHAJA..
BUKAN DIBUANG...BOLEH DIGUNA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Sawah Ring, Gerisek,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(17 RabiulAwal 1436H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.